Keistimewaan bayam terletak pada kandungan vitamin K;
setiap 100 g membekal lebih dari 483 mcg, bersamaan 460% lebih vitamin K dari kadar saranan harian
Sayur Bayam
Bayam. Spinach. Nama sains
Spinacia oleracea. Bayam adalah sejenis pohon sayuran dari pepohonan Amaranthaceae. Tumbuh sepanjang tahun. Meninggi sekitar 30 sm.
Ia merupakan sayuran yang sangat terkenal dan dimakan oleh hampir seluruh penduduk dunia.
Banyak varieti bayam, tapi semuanya tergolong dalam 3 kelompok utama:
- Bayam Savoy. Daunnya hijau pekat dan berkeriput. Terdiri dari beberapa varieti; seperti bayam Bloomsdale, Merlo Nero (dari Itali) dan
Viroflay (jenis daun besar lebar). Kelompok ini banyak terdapat di negara-negara Amerika.
- Bayam Spara Savoy. Kelompok kacukan. Daunnya mirip bayam savoy, sedikit berkeriput dan lebih mudah dicuci. Teksturnya hampir sama dengan savoy.
- Bayam Rata. Daunnya mendatar atau licin tapi agak lebar. Lebih mudah dicuci berbanding kelompok bayam savoy dan spara savoy.
Khasiat Bayam
Bayam berkhasiat tinggi pada kesihatan. Mengandungi beberapa jenis vitamin, zat gizi dan zat phyto yang diperlukan oleh tubuh. Memiliki nilai-nilai anti-oksidan, anti-keradangan dan anti-kanser bagi melindungi tubuh dari penyakit.
Vitamin-Vitamin Dalam Bayam. Bayam kaya dengan vitamin A; tinggi kandungan lutein dan zeaxanthin.
Ia juga mengandungi vitamin B-kompleks; B1/thiamin, B2/rivoflavin, B3/niasin, B6/pyridoxine, dan B9/folate paling tinggi. 'Polyglutamyl folate' dari B9 merupakan bahagian yang penting pada sel-sel. Namun memasak bayam boleh menghilangkan separuh dari kandungan folatenya.
Sepertimana dengan kebanyakan sayur-sayuran lain, bayam juga tinggi kandungan vitamin C. Turut terkandung ialah vitamin E.
Vitamin K dalam bayam paling tinggi. Bayam sarat dengan vitamin K; setiap 100 g membekal lebih dari 483 mcg, bersamaan
460% lebih vitamin K dari kadar saranan harian. Jarang terdapat jenis sayur-sayuran yang tinggi kandungan vitamin K sepertimana bayam dan juga kale.
Apakah kelebihan vitamn K ?
Share via Whatsapp