Lutein dan zeaxanthin adalah zat makanan untuk mata !
Apakah Lutein dan Zeaxanthin ?
Lutein dan zeaxanthin adalah dari jenis karotenoid, dari kumpulan kira-kira 600 karotenoid yang terdapat di alam semulajadi. Karotenoid merupakan pigmen organik yang terhasil dan berada dalam pokok-pokok, sayur-sayuran hijau dan juga dalam beberapa jenis organisma; seperti bakteria dan kulat.
Lutein dan zeaxanthin dari kalangan karotenoid yang berjenis 'xanthophyll', iaitu yang memiliki pigmen berwarna kuning, oren dan merah; mewarnai secara alami pada pokok-pokok, sayur-sayuran hijau, dan pada binatang yang memakan daun-daun atau bahagian pokok yang menghijau.
Meskipun pigmen lutein dan zeaxanthin berwarna kuning, namun jika pekat warnanya akan menjadi oren-merah. Ia merupakan pewarna pada bayam, cili, cili benggala, jagung, za'faran, goji berry, kuning telur, kulit ayam, lemak binatang, dll.
Di alam semulajadi, lutein dan zeaxanthin bertugas menyerap lebihan tenaga suria bagi menghalang kerosakan pada pokok dari panas terik cahaya suria, terutama panahan cahaya yang tinggi tenaga dikenali sebagai cahaya biru. (*cahaya ultra-violet/UV ditakrifkan sebagai spekrum cahaya yang bergelombang antara 380nm - 200nm, manakala gelombang cahaya biru antara 500nm - 381nm).
Dalam tubuh manusia, kedua-dua zat lutein dan zeaxanthin sangat pekat dalam mata; terutama dalam lensa, retina, dan macula. Zat-zat ini juga mewarnai mata dengan warna kekuningan. Macula juga disebut "macula lutea" (macula, dalam bahasa Latin bererti "tompok" dan lutea, bermaksud "kuning"). Beberapa kajian juga turut menunjukkan kaitan antara pengambilan lutein dan zeaxanthin dengan perubahan warna pada mata.
Lutein dan zeaxanthin adalah karotenoid yang juga berfungsi sebagai anti-oksidan yang sangat berkesan. Bersama dengan zat anti-oksidan yang lain, seperti vitamin C, beta-karotin dan vitamin E, lutein dan zeaxanthin melindungi tubuh dari kerosakan yang dihasilkan oleh perosak radikal bebas. Justru, lutein dan zeaxanthin dianggap sangat penting pada kesihatan mata dan penglihatan. Lutein dan zeaxanthin adalah zat makanan untuk mata.
Manfaat Lutein dan Zeaxanthin
Nilai Bagi Setiap 100 gm | ||
| ||
| ||
| ||
| ||
| ||
| ||
| ||
| ||
| ||
| ||
| ||
AMD dan katarat adalah 2 jenis penyakit mata yang semakin meningkat. Semakin ramai warga dunia mengidapnya. Katarat adalah gejala pertama pada kebanyakan warga berusia. Dan AMD adalah punca utama kepada buta penglihatan bagi warga yang berusia lebih dari 55.
Dari kira-kira 600 jenis karotenoid yang terdapat di alam semulajadi, hanya lutein dan zeaxanthin yang banyak terkumpul dalam retina mata.
Lutein dan zeaxanthin adalah karotenoid yang bertindak menapis cahaya biru matahari berkuasa tinggi yang boleh memudharatkan organ mata. Kedua-dua zat ini juga bertindak sebagai anti-oksidan dalam mata, membantu melindungi dan memelihara sel-sel agar terpelihara sihat dan tidak terjejas akibat dari radikal bebas atau bebanan oksidasi.
Retina banyak menyerap lutein dan zeaxanthin. Zeaxanthin merupakan komponen utama pada bahagian tengah 'macula/macula lutea', iaitu suatu bahagian kecil yang terdapat pada retina mata yang bertanggungjawab pada penglihatan dibahagian tengah mata. Lutein pula lebih pekat dibahagian persekitaran retina, bertindak sebagai pelindung kepada retina dari kesan kerosakan radikal bebas yang dihasilkan oleh cahaya biru.
Jumlah lutein dan zeaxanthin dibahagian macula retina boleh diukur dalam bentuk 'macular pigment optical density (MPOD)'. Terbaru, MPOD telah menjadi ukuran atau petunjuk/biomarker bagi menjangka jenis penyakit dan mengambil langkah awal pencegahan bagi melindungi fungsi mata dan penglihatan.
Beberapa kajian menunjukkan bahawa paras lutein dan zeaxathin yang tinggi dalam tisu mata dikaitkan dengan penglihatan yang lebih baik, terutama pada individu yang mengalami masalah silau cahaya dalam suasana suram.
Permakanan yang kaya dengan dua (2) zat anti-oksidan ini didapati dapat melindungi dari penyakit mata yang terkait dengan usia.
Katarat. Fungsi utama lensa kristal (atau lensa asli dalam mata) ialah menerima cahaya untuk difokuskan keatas retina. Justru, lensa perlu sentiasa jernih bagi membolehkan fungsi penglihatan berkekalan baik sepanjang hayat.
Oksidasi terhadap lensa adalah punca utama katarat, yang mana oksidasi akan menghasilkan lapisan atau selaput keruh dan berkabus pada lensa. Sebagai zat makanan anti-oksidan yang menyirna radikal bebas yang dikaitkan dengan kerosakan retina mata, lutein dan zeaxanthin memainkan peranan besar dalam pencegahan katarat.
Kajian terbaru mendapati bahawa permakanan yang tinggi kandungan lutein, zeaxanthin dan vitamin E dapat menurunkan risiko mengidap katarat; risiko berkurangan sehingga 50% bagi mereka yang memakan bahan makanan yang tinggi zeaxanthin, terutama bayam, kale, brokoli dsbnya.
Dari data yang dikumpul selama 13-15 tahun oleh Nutrition and Vision Project (NVP), telah dirumuskan bahawa:
- pengambilan lutein/zeaxanthin lebih dari 2.4 mg setiap hari, samada dari permakanan bahan makanan alami atau pun supplemen,
telah menurunkan kadar kes-kes kabur penglihatan kerana kekeruhan lensa atau lebih tepat 'nuclear lens opacities'.
Satu kajian yang dilakukan oleh Stringham dan Hammond, disiarkan dalam Journal of Food Science, 2010 juga mendapati penglihatan mata menjadi lebih baik dan masalah silau mata juga berkurangan pada individu yang mengambil:
- lutein 10 mg dan zeaxanthin 2 mg setiap hari.
Age-Related Macular Degeneration (AMD). Pada tahun 2005, US Food and Drug Administration telah menolak permohonan dari Xangold dengan menyatakan tidak cukup bukti bagi menyokong penggunaan supplemen mengandungi zeaxanthin bagi tujuan mencegah dari AMD.
Namun, banyak pula bukti-bukti dan dari beberapa kajian yang menyokong peranan lutein dan zeaxanthin, menambah pigmentasi macula dan mengurangan risiko penyakit mata seperti AMD. Beberapa kajian juga menyokong pendapat bahawa supplemen lutein dan/atau zeaxanthin boleh membantu melindungi dari AMD.
Kajian-kajian lain pula mendapati bahawa dengan menambah lutein dan zeaxanthin dengan zat-zat makanan lain, seperti vitamin C dan E adalah lebih baik bagi memelihara atau merawat masalah mata.
Pada tahun 2007, kajian selama 6 tahun dari National Eye Institute, Maryland mendapati bahawa lutein dan zeaxanthin (zat-zat dalam telur, bayam, dan sayur-sayuran hujau yang lain) dapat melindungi mata dari buta penglihatan (kemerosotan macula) yang melanda warga yang melewati usia 65, dan mengurangkan risiko AMD.
Pada tahun 2013, hasil kajian selama 5 tahun terhadap Penyakit Mata Yang Berkaitan Dengan Usia/Age-Related Eye Disease Study 2 (AREDS2), kajian klinikal yang ke-2 terbesar keatas manusia yang telah dilapurkan dalam JAMA, dilakukan oleh National Eye Institute menunjukkan bahawa:
- supplemen lutein and zeaxanthin boleh melambatkan perkembangan AMD jika sudah dihidapi; dan
- pengambilan sebanyak 10 mg/hari lutein dan 2 mg/hari zeaxanthin boleh memberi kesan bermanfaat daripada risiko mengalami AMD.
Manfaat Lain. Lutien juga didapati dapat membantu melindungi tubuh dari atherosclerosis (tompokan lemak dalam arteri), iaitu suatu masalah pada pembuluh darah arteri yang boleh menyebabkan serangan jantung.
Kadar Saranan Harian
Lutein dan zeaxanthin tidak mampu dihasilkan sendiri oleh tubuh sepertimana vitamin D. Oleh itu, jenis permakanan menjadi amat mustahak bagi memastikan kadar harian lutein dan zeaxanthin agar mencukupi.
Sejauh ini belum ada ketetapan tentang kadar saranan harian untuk lutein atau zeaxanthin. Begitu juga dengan pengambilan had maksima yang masih dianggap selamat.
Banyak kajian terkini menunjukkan manfaat kesihatan pada mata. Melalui beberapa kajian dan bagi memelihara kesihatan mata, maka American Optometric Association menyarankan:
- 10 mg/hari untuk lutein, dan
- 2 mg/hari untuk zeaxanthin.
Supplemen zeaxanthin juga boleh diambil. Seringkali digunakan bagi merawat beberapa penyakit yang melibatkan mata. Belum ada kesan sampingan dari supplemen zeaxanthin.
Namun begitu, pengambilan lutein dan zeaxanthin yang berlebihan boleh menjadikan kulit bertukar warna menjadi kekuningan.
Lutein dan zeaxanthin didapati kurang diserap bila diambil bersama dengan Orlistat, minyak mineral, dan Chitosan.
Sumber Makanan
Lutein dan zeaxanthin merupakan nutrien yang penting, banyak terdapat dalam sayur-sayuran hijau.
Bahan makanan yang dikira tinggi kandungan lutein dan zeaxanthin; seperti sayur kale, bayam, dandelion, serbuk berbagai jenis cili, lobak cina, swiss chard, mustard, sawi collard, parsley, selada air, selada romaine, brokoli, zucchini, buah kiwi, jagung, lobak merah, kobis brussel, telur dll.
Spirulina juga merupakan supplemen yang kaya dengan lutein dan zeaxanthin.
No comments:
Post a Comment