
Betik, nama lain ialah papaya (America Utara, Belize, United Kingdom), papaw/paw paw (Australia, Afrika, United Kingdom), Papiitaa (India), Papaiya, Papaya, Popoo (Jepun), Pappali (Tamil), Loko, Ma Kuai Thet, Malako, Malakor, Sa Kui Se (Thai) atau Mamao (Brazil). Betik adalah buah dari pohon Carica papaya, satu-satunya spesis dari genus Carica dari kerabat pepohonan Caricaceae.
Pohon betik berasal dari negara-negara Amerika tropika, dipercayai persekitaran Mexico Selatan (terutama Chiapas dan Veracruz), Amerika Tengah, dan Amerika Selatan. Pelayar, peneroka Sepanyol dan Portugis telah membawa spesis betik ke Eropah pada tahun 1500an. Dari sana, betik terus tersebar ke negara-negara sub-tropika yang mereka (Sepanyol dan Portugis) tempuhi, termasuk Afrika, India, Filipina, Indonesia dan Malaysia. Christopher Columbus menggelarnya 'buah para malaikat' (the fruit of the angels). Dalam abad 20an, betik di bawa ke Amerika Syarikat di tanam di Hawaii, kemudian Barbados dan Jamaica dalam tahun 1911.
Berbagai variety betik kini tumbuh bertaburan di kebanyakan negara-negara tropika dan subtropika. Harini, pengeluar terbesar secara komersial ialah Amerika Syarikat, Mexico dan Puerto Rico.