Apakah Karbohidrat ?
Nutrien (zat makanan) terbahagi kepada 6 bahagian utama: Karbohidrat, Lemak, Protein, Air, Vitamin-Vitamin, dan Zat-Zat Gizi/Galian. Kesemua 6 bahagian nutrien ini terbahagi kepada 2 kategori:
Karbohidrat, salah satu dari nutrien makro yang diperlukan oleh tubuh untuk kesihatan dan kehidupan. Karbohidrat paling banyak membekal
tenaga kepada tubuh, berbanding lemak dan protein.
Karbohidrat adalah sakkarida, iaitu gula. Molekeul sakkarida mengandungi atom karbon, hydrogen, dan oxygen. Nisbah atom hydrogen : oxygen ialah 2:1 (sepertimana air). Disegi struktur, sakkarida terdiri dari aldehyde (ikatan ganda-dua atom karbon dan oxygen, campur 1 atom hydrogen), dan ketone (ikatan ganda-dua atom karbon dan oxygen, campur 2 atom karbon).
Justru, memakan karbohidrat, sebenarnya memakan gula, cuma dalam bentuk yang berbeza.
Jenis-Jenis Karbohidrat
Karbohidrat terdiri dari beberapa jenis sakkarida: monosakkarida, disakkarida, dan polisakkarida.
Pengkelasan ini disebabkan bilangan unit gula disebut 'monomer' yang terkandung didalamnya (unit ringkas disebut monomer, unit kompleks disebut polimer). Monosakkarida, disakkarida, atau polisakkarida masing-masing mengandungi 1, 2, atau 3 dan lebih monomer.
Monosakkarida adalah gula paling ringkas. Contoh: glukos, galaktos dan fruktos. Sebenarnya, glukos merujuk kepada gula dalam darah, kerana glukos menjadi sumber utama tenaga kepada sel-sel tubuh. Disegi permakanan, galaktos banyak terdapat dalam susu dan produk tenusu, manakala fruktos banyak terdapat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan.
Karbohidrat rigkas lebih mudah diserap, lebih cepat menambah kadar glukos dalam darah. Tetapi, terdapat juga karbohidrat ringkas (seperti fruktos) yang mempunyai kaedah metabolisma yang berbeza dan tersendiri (fructolysis), mengakibatkan hanya sebahagian sahaja ditukar menjadi glukos.
Nutrien (zat makanan) terbahagi kepada 6 bahagian utama: Karbohidrat, Lemak, Protein, Air, Vitamin-Vitamin, dan Zat-Zat Gizi/Galian. Kesemua 6 bahagian nutrien ini terbahagi kepada 2 kategori:
Nutrien Makro (diperlukan dalam jumlah yang banyak) | Nutrien Mikro (diperlukan dalam jumlah yang sedikit) | ||||
Karbohidrat (dan serat) | Lemak | Protein | Air | Vitamin-Vitamin | Zat-Zat Gizi/Galian |
![]() |