Showing posts with label SAYUR-SAYURAN. Show all posts
Showing posts with label SAYUR-SAYURAN. Show all posts
0

Friday, May 16, 2014

Ada Apa Pada Bayam ?

Keistimewaan bayam terletak pada kandungan vitamin K;
setiap 100 g membekal lebih dari 483 mcg, bersamaan 460% lebih vitamin K dari kadar saranan harian

Sayur Bayam



Bayam. Spinach. Nama sains Spinacia oleracea. Bayam adalah sejenis pohon sayuran dari pepohonan Amaranthaceae. Tumbuh sepanjang tahun. Meninggi sekitar 30 sm. Ia merupakan sayuran yang sangat terkenal dan dimakan oleh hampir seluruh penduduk dunia.

Banyak varieti bayam, tapi semuanya tergolong dalam 3 kelompok utama:

  • Bayam Savoy. Daunnya hijau pekat dan berkeriput. Terdiri dari beberapa varieti; seperti bayam Bloomsdale, Merlo Nero (dari Itali) dan Viroflay (jenis daun besar lebar). Kelompok ini banyak terdapat di negara-negara Amerika.
  • Bayam Spara Savoy. Kelompok kacukan. Daunnya mirip bayam savoy, sedikit berkeriput dan lebih mudah dicuci. Teksturnya hampir sama dengan savoy.
  • Bayam Rata. Daunnya mendatar atau licin tapi agak lebar. Lebih mudah dicuci berbanding kelompok bayam savoy dan spara savoy.

Khasiat Bayam



Bayam berkhasiat tinggi pada kesihatan. Mengandungi beberapa jenis vitamin, zat gizi dan zat phyto yang diperlukan oleh tubuh. Memiliki nilai-nilai anti-oksidan, anti-keradangan dan anti-kanser bagi melindungi tubuh dari penyakit.

Vitamin-Vitamin Dalam Bayam.   Bayam kaya dengan vitamin A; tinggi kandungan lutein dan zeaxanthin.

Ia juga mengandungi vitamin B-kompleks; B1/thiamin, B2/rivoflavin, B3/niasin, B6/pyridoxine, dan B9/folate paling tinggi. 'Polyglutamyl folate' dari B9 merupakan bahagian yang penting pada sel-sel. Namun memasak bayam boleh menghilangkan separuh dari kandungan folatenya.

Sepertimana dengan kebanyakan sayur-sayuran lain, bayam juga tinggi kandungan vitamin C. Turut terkandung ialah vitamin E.

Vitamin K dalam bayam paling tinggi. Bayam sarat dengan vitamin K; setiap 100 g membekal lebih dari 483 mcg, bersamaan 460% lebih vitamin K dari kadar saranan harian. Jarang terdapat jenis sayur-sayuran yang tinggi kandungan vitamin K sepertimana bayam dan juga kale.

Apakah kelebihan vitamn K   ?

0

Thursday, May 15, 2014

LUTEIN DAN ZEAXANTHIN

  Lutein dan zeaxanthin adalah zat makanan untuk mata !

Apakah Lutein dan Zeaxanthin   ? 



Lutein dan Zeaxanthin,  2 jenis zat makanan yang sering dikatakan sangat penting bagi memelihara kesihatan mata; mengurangkan risiko kemerosotan mata dan penglihatan disebabkan faktor usia/age-related macular degeneration (AMD) dan katarat.

Lutein dan zeaxanthin adalah dari jenis karotenoid, dari kumpulan kira-kira 600 karotenoid yang terdapat di alam semulajadi. Karotenoid merupakan pigmen organik yang terhasil dan berada dalam pokok-pokok, sayur-sayuran hijau dan juga dalam beberapa jenis organisma; seperti bakteria dan kulat.

Lutein dan zeaxanthin dari kalangan karotenoid yang berjenis 'xanthophyll', iaitu yang memiliki pigmen berwarna kuning, oren dan merah; mewarnai secara alami pada pokok-pokok, sayur-sayuran hijau, dan pada binatang yang memakan daun-daun atau bahagian pokok yang menghijau.

Meskipun pigmen lutein dan zeaxanthin berwarna kuning, namun jika pekat warnanya akan menjadi oren-merah. Ia merupakan pewarna pada bayam, cili, cili benggala, jagung, za'faran, goji berry, kuning telur, kulit ayam, lemak binatang, dll.

Di alam semulajadi, lutein dan zeaxanthin bertugas menyerap lebihan tenaga suria bagi menghalang kerosakan pada pokok dari panas terik cahaya suria, terutama panahan cahaya yang tinggi tenaga dikenali sebagai cahaya biru.  (*cahaya ultra-violet/UV ditakrifkan sebagai spekrum cahaya yang bergelombang antara 380nm - 200nm, manakala gelombang cahaya biru antara 500nm - 381nm).

Dalam tubuh manusia, kedua-dua zat lutein dan zeaxanthin sangat pekat dalam mata; terutama dalam lensa, retina, dan macula. Zat-zat ini juga mewarnai mata dengan warna kekuningan. Macula juga disebut "macula lutea" (macula, dalam bahasa Latin bererti "tompok" dan lutea, bermaksud "kuning"). Beberapa kajian juga turut menunjukkan kaitan antara pengambilan lutein dan zeaxanthin dengan perubahan warna pada mata.

0

Wednesday, April 30, 2014

Ada Apa Pada Kai-lan ?

Sayur Kai-lan



Sayur Kailan
Kailan Ikan Masin
Kailan Udang
Kai-lan (atau gai-lan), panggilan dalam bahasa Kantonis pada sejenis sayuran. Kai-lan juga dikenali sebagai Brokoli China atau Kale China.

Kai-lan dan Brokoli adalah dari spesis yang sama iaitu Brassica oleracea, tetapi kai-lan tergolong dalam kelompok alboglabra yang bermaksud 'putih tanpa bulu'. Rasanya hampir sama dengan brokoli, tetapi lebih sedikit pahit, manis, masam dan menyengat.

Kai-lan adalah sayuran berdaun tebal berwarna hijau, sedikit berkeriput, batang daun bulat tebal, dan sejumlah kecil hujungnya  berbunga kecil mirip bunga brokoli.

Kai-lan sering digunakan dalam masakan Cina, terutama masakan Kantonis. Sayur ini lazim ditumis bersama halia dan bawang putih, atau digoreng dengan sos tiram. Bukan saja daun, tetapi batang kailan juga boleh dimakan, dipotong-potong kecil sebelum dimasak.

Sayur kai-lan tidak asing pada warga Asia Tenggara, terutama masyarakat Vietnam, Myanmar, Thailand, Malaysia dan Indonesia. Ia menjadi sajian berbagai masakan.

Nilai Nutrisi Kai-lan



Serat Sayuran. Kailan rendah kalori, tetapi kaya dengan serat makanan. Sayur kailan adalah pilihan makanan berserat yang baik.

  • Permakanan yang kaya berserat boleh menyihatkan usus, dan mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser, tekanan darah tinggi, kencing manis, buncit, kadar kolesterol tinggi dan strok.

0

Friday, April 25, 2014

Ada Apa Pada Asparagus ?

Sayur Asparagus



Asparagus. Nama sains Asparagus officinalis. Ia adalah pohon renek jenis berbunga dari pepohonan Asparagaceae. Ia iras pepohonan bebawang Liliaceae seperti bawang merah, bawang putih, tulip dll. Dipercayai berasal dari kebanyakan negara Eropah, Afrika Utara dan Asia Barat.

Asparagus dijadikan makanan sejak zaman purba Greek dan Rom. Merupakan salah satu makanan sayuran yang tertua didunia. Kini asparagus menjadi sayuran komersial yang utama di China, Eropah, Peru, Australia, dan USA. Dan menjadi antara tanaman sayuran pilihan diAsia Tenggara.

Asparagus antara sayur yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Pohon ini mudah tumbuh. Bagi yang gemar berkebun boleh cuba menanam asparagus di kawasan rumah sepertimana atau bersama pohon-pohon sayuran lain.

Pohon dewasa meninggi kira-kira 100–150 sentimeter (39–59 in) sahaja. Hanya pucuknya yang muda disebut 'tunas sulur' dipotong untuk dijadikan sayuran. Tunas sulur lembut, rangup dan belum berkembang, dipotong sepanjang 0.18- 0.2 meter (7 - 9 inci).

Bila pucuk asparagus sudah berkembang, ia menjadi lebih berserat dan liat, terpaksa melakukan lebih kunyahan, menjadikan ia kurang sesuai untuk dimakan.

0

Monday, April 14, 2014

‎Zat Gizi Potassium

Apakah Potassium


Swiss Chard
Bayam
Sawi Bok Choy
Kobis Brussels
Brokoli
Tubuh manusia mengandungi kira-kira 65% oxygen, 18.5% karbon, 9.5% hydrogen, 3.2% nitrogen, 1.5% kalsium, 1% fosforus, 0.4% potassium, 0.3% belerang, 0.2% sodium, 0.2% khlorin, dan 0.1% magnesium. Bererti, potassium adalah unsur ke-7 atau zat gizi ke-3 terbanyak berada dalam tubuh.

Potassium adalah zat gizi bersimbolkan K. Ia beralkalin. Wujud dalam bentuk garam yang larut air. Disegi struktur, ia seiras sodium, sehinggakan potassium selalu terbina dalam gumpalan, ketulan atau bongkah sodium di mukabumi. Ia juga banyak larut dalam air laut, dan sentiasa terkumpul bersama beberapa jenis zat gizi lain.

Potassium merupakan galian yang sangat aktif bertindak-balas terhadap oxygen dan air di udara, boleh menghasilkan haba, dan mampu menyalakan hydrogen. Lebih aktif tindak-balasnya apabila tulen, sehingga gas yang terhasil boleh meletus!

Potassium sangat berpengaruh pada kesihatan tubuh. Tanpa atau kekurangannya akan menimbulkan berbagai masalah kesihatan pada tubuh. Justru, permakanan yang membekalkan potassium mencukupi perlu diberi perhatian.

Potassium | Fungsi


Potassium adalah zat gizi yang asasi, ke-3 yang terbanyak dalam tubuh bagi memenuhi keperluan semua sel, tisu, otot, saraf, organ dll. Setiap sistem dalaman tubuh memerlukan potassium untuk mampu berfungsi dengan sempurna.

Potassium juga mempunyai jaringannya sendiri, disebut saluran-saluran potassium (potassium channels). Saluran-saluran potassium terdiri dari pelbagai jenis selaput/membrane protein pada sel-sel. Melalui saluran-salurannya, potassium terlibat dan bertugas melaksanakan berbagai fungsi yang diperlukan oleh tubuh.

Antara fungsi potassium dalam tubuh:
  • memelihara kesaimbangan cecair, electrolyte dan pH dalam tubuh. 
  • membantu sistem saraf yang diperlukan bagi penghantaran isyarat. 
  • mempertingkat daya pemikiran otak melalui menghantaran oxygen. 
  • memelihara pertumbuhan, kesihatan dan jangka hayat sel-sel; mempertingkat kesasaan dan penguncupan otot.
  • mengawal tekanan darah dan memelihara perjalanan fungsi jantung.
  • membantu penghasilan tenaga dari protein, lemak dan karbohidrat dalam proses metabolisma, membantu memperbaiki fungsi hati, cecair untuk bile dan pancreas.
  • membantu proses penghadaman, dan penghasilan cecair penghadaman, dan pengeluaran bahan sisa dan karbon dioxida dari tubuh. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...