Showing posts with label VITAMIN C. Show all posts
Showing posts with label VITAMIN C. Show all posts
0

Saturday, March 29, 2014

Ada Apa Pada Buah Kiwi ?

Buah Kiwi, Gooseberi Cina

‎ 
Buah Kiwi, Gooseberi Cina (Chinese gooseberry), yáng táo (bahasa cina), adalah buah yang boleh dimakan.

Kiwi dalah pohon jenis menjalar dan merembat, genus Actinidia. Genus Actinidia terdiri dari kira-kira 60 spesis. Kebanyakan buah kiwi mudah dikenal kerana bentuk buahnya; kulitnya sedikit sebanyak berbeza pada warna dan bulu. Isinya juga turut berbeza pada warna, jus, tekstur dan rasa.

Sebenarnya Kiwi berasal dari China Utara. Terdapat juga spesis actinidia lain yang berasal dari negara India, Jepun, dan Siberia.

Bermula dari China, lalu diperkenal ke New Zealand pada tahun 1906. Sejak itu tumbuh bercambah. Dan pada tahun 1937, kiwi terus ditanam secara komersial di New Zealand. Kiwi semakin popular, akhirnya nama Chinese gooseberry diketepikan. Pada tahun 1959 diberi nama baru "kiwifruit" sempena nama burung "kiwi", iaitu simbol negara New Zealand. Sehingga kini, kiwifruit mendapat nama pada semua spesis komersial dari pepohonan Actinidia.

Hari ini, kiwi ditanam dalam beberapa negara; seperti Italy, Chile, Greece, India, China, Amerika, Turki, Iran, Perancis dan Portugal.
Sebenarnya, kiwi juga boleh tumbuh subur dan berbuah di Malaysia, cuma belum timbul yang berbentuk komersial ! 

Spesis kiwi yang banyak terdapat dipasaran kini:
  • Fuzzy Kiwifruit (A. deliciosa)
  • Golden Kiwifruit (A. chinensis)
  • Chinese Egg Gooseberry (A. coriacea)
  • Baby Kiwifruit (A. arguta)
  • Arctic Kiwifruit (A. kolomikta)
  • Red Kiwifruit (A. melanandra)
  • Silver Vine (A. polygama)
  • Purple Kiwifruit (A. purpurea)

Spesis komersial paling popular Actinidia deliciosa. Kulitnya berbulu, berwarna coklat kehijauan atau kekuningan. Bentuk buah bujur telur, bersaiz sebesar telur besar (5–8 cm/2.0–3.1 in) panjang dan (4.5–5.5 cm/1.8–2.2 in) lebar. Isinya berwarna hijau atau kekuningan bersama lengkaran biji-biji kecil berwarna hitam yang juga lansung dimakan bersama isinya. Rasanya masam manis. Jenama terkenal: 'Hayward', 'Blake', dan 'Saanichton 12'.

0

Thursday, November 7, 2013

Ada Apa Pada Betik ?

Asal Betik

Betik, nama lain ialah papaya (America Utara, Belize, United Kingdom), papaw/paw paw ‎‎(Australia, Afrika, United Kingdom), Papiitaa (India), Papaiya, Papaya, Popoo (Jepun), ‎Pappali (Tamil), Loko, Ma Kuai Thet, Malako, Malakor, Sa Kui Se (Thai) atau Mamao (Brazil). ‎Betik adalah buah dari pohon Carica papaya, satu-satunya spesis dari genus Carica dari kerabat pepohonan ‎Caricaceae.
 ‎
Pohon betik berasal dari negara-negara Amerika tropika, dipercayai persekitaran Mexico Selatan (terutama Chiapas dan Veracruz), Amerika Tengah, dan Amerika Selatan. Pelayar, peneroka ‎Sepanyol dan Portugis telah membawa spesis betik ke Eropah pada tahun 1500an. Dari sana, betik ‎terus tersebar ke negara-negara sub-tropika yang mereka (Sepanyol dan Portugis) tempuhi, termasuk Afrika, India, ‎Filipina, Indonesia dan Malaysia. Christopher Columbus menggelarnya 'buah para malaikat' (the fruit of the ‎angels). Dalam abad 20an, betik di bawa ke Amerika Syarikat di tanam di Hawaii, kemudian ‎Barbados dan Jamaica dalam tahun 1911. ‎

Berbagai variety betik kini tumbuh bertaburan di kebanyakan negara-negara tropika dan subtropika. ‎Harini, pengeluar terbesar secara komersial ialah Amerika Syarikat, ‎Mexico dan Puerto Rico. ‎

0

Wednesday, August 28, 2013

Gejala Kulit Tipis & Kendur

Organ Kulit

Kulit adalah organ yang terbesar pada tubuh manusia. Ia mempunyai pelbagai fungsi; melindungi tubuh dari hawa alam sekitar. Membantu ‎mengimbangi suhu, cecair dan elektrolait (electrolyte) di dalam tubuh. Di dalam kulit terkandungi reseptor saraf, dengan demikian mampu merasa sebarang sentuhan, ransangan, urutan, ‎kesakitan, kedinginan, kepanasan, tekanan dsbnya. ‎

Kulit terdiri dari beberapa lapisan. Secara amnya, terbahagi kepada 3 : ‎

Bahagian luar di sebut epidermis, mengandungi sel-sel kulit, pigmen dan protein. ‎

Bahagian tengah di sebut dermis, mengandungi saluran-saluran darah kecil, saraf, folikel ‎‎(akar) rambut, kelenjar keringat/peluh dan kelenjar berminyak. Dermis juga berfungsi ‎membekalkan nutrien kepada epidermis.‎

Bahagian dalam di bawah lapisan dermis di sebut lapisan-lapisan hypodermis atau subcutis/subcutaneous tissue, ‎mengandungi kelenjar keringat/peluh, juga folikel (akar) rambut, saluran-saluran darah ‎kecil, dan lapisan lemak. Setiap lapisan mengandungi tisu-tisu penghubung. Tisu-tisu penghubung menghubungkan kulit dengan serat kolagen ‎dan serat elastin; serat kolagen mengukuhkan struktur kulit, dan serat elastin menganjal dan mengutuhkan kulit. ‎

Kulit yang sihat, lelaki mahupun perempuan, akan kelihatan segar, bugar, bersih, anjal, dan licin. Tubuh kelihatan menarik dan tampan. Pada perempuan, wajah kelihatan cantik, jelita dan bersinar.

‎Memelihara kulit agar sentiasa sihat adalah perlu. Pada kebanyakan orang, kulit akan mula bermasalah apabila ‎meningkat usia. Salah satu gejala atau masalah kulit ialah kulit tipis dan kendur. ‎

0

Tuesday, June 18, 2013

Menyingkap Misteri Vitamin C

Vitamin C ‎ 
Sesungguhnya, vitamin C sangat bermanfaat untuk kesihatan !!!
Seluruh anggota tubuh sentiasa memerlukannya. Ia membina kesihatan, memelihara dan merawat tubuh dari ‎penyakit. Ia memperkasa sistem kekebalan tubuh. Anti-kuman, anti-toksin, anti-oksidan, anti-kanser, ‎anti-‎‎penuaan, anti-keradangan, anti-impoten. Ia membangunkan kolagen, mengutuhkan gusi dan gigi, menyuburkan sistem penghadaman, memantapkan organ-organ tubuh, menyegarkan fungsi otak, ‎melancarkan sistem pengaliran darah, dan berbagai lagi manfaat vitamin C. ‎‎

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, supplemen vitamin C sangat ‘popular’di kalangan ‎pencinta kesihatan. Berbagai jenama vitamin C kini bersaing di pasaran, lokal mahupun di persada antarabangsa. Antara jenama-jenama vitamin C ialah Asid Askorbik yang ‎sering dilabel dan disamakan sebagai vitamin C. Justru, ramai yang turut memilih vitamin C “Asid ‎Askorbik” ini. ‎
0

Tuesday, April 30, 2013

Dilema Dos Mega Vitamin C

Kenapa Perlu Vitamin C ?

Vitamin C adalah vitamin anti-skurvi!

Vitamin C memperkasa sistem kekebalan tubuh. ‎Sistem kekebalan dikatakan utuh apabila tubuh memiliki dayatahan dari jangkitan kuman (virus, bakteria, kulat, parasit) dan juga ‎kecemaran toksin. Bukan sekadar ‎menjadi sistem perisai tubuh, bahkan mampu menyerang, menghapus dan meng-nyah anasir-anasir yang menurut sistem tubuh akan memudharatkan mana-mana bahagian tubuh.‎

Menurut kajian sains dan klinikal, vitamin C diperlukan untuk berbagai fungsi di dalam tubuh, antaranya:
  • ‎terlibat secara lansung dalam penghasilan collagen, dan menyihatkan collagen; ‎collagen sihat bererti komponen-komponen otot dan sendi menjadi kuat, ‎keseluruhan struktur tubuh mantap;
  • ‎memiliki sifat anti-oksidan yang berkesan, membasmi radikal bebas ‎yang sentiasa mengancam ‎mana-mana bahagian tubuh, radikal bebas adalah sisa beracun yang perlu di sirna sebanyak mungkin dari tubuh; ‎
  • memiliki sifat anti-kanser, membantu menghalang risiko dan rebakan kanser; ‎
0

Wednesday, April 24, 2013

Kakadu Plum - Vitamin C Mega No. 1 Dunia !!!

Pohon Kakadu Plum
Kakadu Plum. Nama botani: Terminalia ferdinandiana, genus Terminalia, dari kerabat pohon berbunga Combretaceae.‎

Nama lain ialah Billy Goat Plum, Green Plum, Salty Plum, Wild Plum, Kimberley Plum, Murunga, Marnybi, Manmohpan, Kullari Plum, Gurumal, Gubinge dan berbagai nama lagi.

Pohon Kakadu banyak tumbuh meliar di daerah Utara-Barat sehingga ke Timur Australia. Sebahagian besar kawasan tersebut didiami oleh beberapa kaum asli Australia.

Pohon Kakadu tidak begitu merimbun. Tinggi sederhana, boleh mencecah sehingga 32 meter. Kulit ‎dahan dan batang pokok berwarna krim-coklat. Daunnya agak lebar berwarna hijau ‎muda, mula berguguran bulan Julai-Ogos. Mula berbunga bulan September-Disember. ‎Bunga-bunganya agak kecil, putih, dan harum. ‎

Buah Kakadu, sewaktu muda berwarna hijau, semakin matang menjadi semakin kuning. Saiz tidak besar, cuma lebih kurang 2-3 sm panjang, 2 sm lebar, ‎bentuk seperti buah almond. Isi buah sangat tinggi kandungan vitamin C. ‎Di dalam isinya, terdapat biji yang agak keras dan besar. Buah Kakadu mula matang bulan March-Julai.‎ ‎

Tidak seperti buah-buahan lain, buah Kakadu tidak lekang tangkainya, tidak tanggal dari pohon, meskipun sudah masak ‎ranum. Ia kekal di pohon, sebagai penyimpan zat-zat makanan untuk pohonnya sendiri. ‎Seandainya berlaku perubahan iklim atau cuaca yang mencabar, pokok Kakadu akan terus hidup ‎menggunakan zat-zat yang tersimpan pada buah-buahnya, manakala pohon-pohon lain ‎menghadapi kematian. ‎
3

Saturday, April 20, 2013

Camu Camu - Buah Vitamin C-Mega !!!


Camu Camu, nama botani  - Myrciaria dubia, genus Myrciaria, dari kerabat Myrtaceae. Nama lain - Cacari, Camocamo, ‎Araca d'agua, Araza de Agua, Guapuro Blanco, dan berbagai nama lagi.‎

Spesis yang terdekat dengannya ialah Jaboticaba (Myrciaria cauliflora), Guavaberry/Rumberry (Myrciaria ‎floribunda), dan Gowok/Kupa/Kepa (Syzygium polycephalum).‎

Pohon Camu Camu tumbuh bertaburan di merata lembah kehutanan Amazon; Peru, Brazil, Colombia, Ecuador, ‎Bolivia, Venezuela dan negara persekitarannya.

2

Monday, April 15, 2013

Jom Tanam Pohon Acerola@Barbados !!!

Ceri Acerola

Nama botani Ceri Acerola ialah Malpighia emarginata/glabra, dari kerabat pepohonan Malpighiaceae.‎ Dikenali juga Ceri Barbados, West Indian Cherry, Cerise des Antilles, Cerise de la Barbade, Puerto Rican Cherry, Crapemyrtle dan berbagai nama menurut negara di mana ia tumbuh. Di Malaysia, ada yang menamakannya Ceri Siam.


Acerola berasal dari Yucatán (Mexico). Tumbuh bertaburan di Mexico, ‎Peru, Brazil, Caribbean, Florida, Lembah Rio Grande Texas. Turut di tanam di ‎negara-negara tropika dan sub-tropika, termasuk Australia, Kepulauan Canary, Madagascar, ‎Ethiopia, Zanzibar, Ghana, India, China, Taiwan, Hawaii, Australia, dan Thailand.

Pohon Acerola rendang, tidak besar. Tinggi sekitar 2-3 meter, kadangkala mencecah 6 meter. ‎Dahan-dahannya kecil dan pendek.Bagi penggemar pokok hiasan, pohon Acerola sering di bentuk menjadi "bonsai".

Bunganya berumpun kecil, berwarna merah jambu dan jingga.Bunga-bunganya bersifat "bisexual", bunga jantan dan betina pada satu pohon. Bunga-bunga dikelilingi ‎dedaunan hijau kecil.

Besar ceri/buah Acerola, sekitar 1-3 sm diameter. Kira-kira sebesar buah longan/lengkeng biasa. Berangkai dan berumpun 2 biji atau lebih. Warna hijau ketika muda, ‎merah muda terang apabila mula masak, merah kehitaman apabila ‎ranum.

Ceri Acerola mentah (muda, masak atau ranum) boleh lansung di makan. Rasanya masam-manis. Isinya lembut, penuh jus, ‎bagaikan isi jambu air, sesuai di buat jus. Di Brazil dan beberapa negara Eropah, jus Acerola menjadi minuman kebiasaan.
0

Saturday, October 13, 2012

VITAMIN C

Apakah Vitamin C ?

Vitamin C; nama lain ialah Asam Askorbik, Asam L-ascorbik, atau L-ascorbate.

Vitamin C adalah zat makanan yang amat penting pada kesihatan tubuh secara keseluruhannya. Ia membantu berbagai sistem utama di dalam tubuh agar terlaksana dengan baik. Ia merupakan penghalang kepada berbagai jenis penyakit yang menjangkiti tubuh.

Fungsi-fungsi tubuh yang sangat dipengaruhi oleh vitamin C ini ialah: penghasilan collagen, sistem kekebalan, aktiviti anti-oksidan, aktiviti anti-keradangan dan aktiviti anti berbagai jenis penyakit lain.

Vitamin C banyak terdapat terutamanya di dalam sayur-sayuran dan buah-buahan.

Manfaat Vitamin C Untuk Kesihatan

1   Penghasilan Collagen 

Vitamin C bukan sahaja menyihatkan "Collagen", tetapi terlibat secara lansung dalam proses penghasilan collagen.

19

Monday, January 30, 2012

Jom Tanam Pohon Goji Berry !!!

Pohon Goji adalah tumbuhan asli Selatan dan Timur Eropah, dan negara-negara Asia. Terdapat 2 varieti yang hampir sama, spesis Lycium barbarum dan L. chinense. Dan kira-kira 90 sub-spesis yang tumbuh di zon beriklim sederhana dan subtropika.

Buah Goji Lonjong Kecil
 Kira-kira berapa usia? mungkin 70 + tahun....
Pohon Goji tumbuh meninggi sekitar 1-3 meter. Spesis L. chinense  lebih rendah dari L. barbarum. Bunganya berbentuk seperti loceng selebar 9–14 mm, berwarna lavender atau jingga muda. Secara amnya, buahnya kecil bujur lonjong (*buah gharqad bulat) melingkari sekitar 1–2 cm, manis dan sedikit masam. Di dalam buah Gojiberry, terdapat sebanyak 10–60 biji-biji kecil berwarna kuning. 

Gojiberry adalah nama komersial yang diberikan oleh negara Barat. China mengenalinya 'gǒuqǐ' dan 'pinyin.' Dikenali juga sebagai Goji Tibet, Goji Himalaya. Ramai orang, termasuk warga Barat masih terkeliru mengenalinya sebagai 'Wolfberry' yang juga merujuk kepada 'Gharqad.' Sebenarnya goji bukan gharqad, hanya spesis-spesis dibawah kerabat Lycium, sepertimana spesis-spesis gharqad. 

Gojiberry sangat di sanjung oleh para sami Tibet sehingga diadakan upacara meraikannya selama 2 minggu pada setiap akhir tahun.

Di negara China, Gojiberry sangat istimewa, terutama pada masyarakat Zhongning, negeri Ningxia. Gojiberry di tempat ini dikatakan yang terbaik di dunia, mungkin kerana tanah beralkalin (pH 8.2 – 8.6) dan iklim yang bersuhu melampau dari 102 F – 16 F (38 C -27 C).

Penduduk Ningxia kebanyakannya beragama Islam dan ‎mengamalkan Gojiberry sebagai makanan harian untuk kekal sihat. Rata-rata, usia mereka melewati 100 tahun. 

"Lagenda Kerajaan Ningxia, kira-kira 3000 tahun yang silam, ketika Raja Ningxia berburu di Bukit He Lan, ‎Baginda ternampak seorang wanita sedang memukul seorang lelaki tua berjanggut. Baginda hairan, lalu bertanya kepada wanita itu apa yang terjadi? Wanita itu menjawab: "Saya sedang memukul cucu saya!".

Baginda amat terkejut dan ‎bertanya kepada wanita itu berapa umurnya dan kenapa dia kelihatan begitu muda. Wanita itu ‎menjawab: ‎"Saya berumur 260 tahun. Ketika musim bunga, saya makan daun Goji dan minum teh Goji. ‎Ketika musim panas, saya makan buah Goji, dan pada musim luruh saya mengambil akar Goji ‎dan membuat pes. Inilah rahsia saya".

Baginda amat kagum dan menasihati seluruh rakyat Baginda agar mengamalkan permakanan Gojiberry. ‎Semenjak hari itu, rakyat negara itu mengamalkannya setiap hari."


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...