Apakah Potassium
Tubuh manusia mengandungi kira-kira 65% oxygen, 18.5% karbon, 9.5% hydrogen, 3.2% nitrogen, 1.5% kalsium, 1% fosforus, 0.4% potassium, 0.3% belerang, 0.2% sodium, 0.2% khlorin, dan 0.1% magnesium. Bererti, potassium adalah unsur ke-7 atau zat gizi ke-3 terbanyak berada dalam tubuh.
Potassium adalah zat gizi bersimbolkan K. Ia beralkalin. Wujud dalam bentuk garam yang larut air. Disegi struktur, ia seiras sodium, sehinggakan potassium selalu terbina dalam gumpalan, ketulan atau bongkah sodium di mukabumi. Ia juga banyak larut dalam air laut, dan sentiasa terkumpul bersama beberapa jenis zat gizi lain.
Potassium merupakan galian yang sangat aktif bertindak-balas terhadap oxygen dan air di udara, boleh menghasilkan haba, dan mampu menyalakan hydrogen. Lebih aktif tindak-balasnya apabila tulen, sehingga gas yang terhasil boleh meletus!
Potassium sangat berpengaruh pada kesihatan tubuh. Tanpa atau kekurangannya akan menimbulkan berbagai masalah kesihatan pada tubuh. Justru, permakanan yang membekalkan potassium mencukupi perlu diberi perhatian.
Potassium | Fungsi
Potassium adalah zat gizi yang asasi, ke-3 yang terbanyak dalam tubuh bagi memenuhi keperluan semua sel, tisu, otot, saraf, organ dll. Setiap sistem dalaman tubuh memerlukan potassium untuk mampu berfungsi dengan sempurna.
Potassium juga mempunyai jaringannya sendiri, disebut saluran-saluran potassium (potassium channels). Saluran-saluran potassium terdiri dari pelbagai jenis selaput/membrane protein pada sel-sel. Melalui saluran-salurannya, potassium terlibat dan bertugas melaksanakan berbagai fungsi yang diperlukan oleh tubuh.
Antara fungsi potassium dalam tubuh:
| ||
| ||
| ||
| ||
|

- memelihara kesaimbangan cecair, electrolyte dan pH dalam tubuh.
- membantu sistem saraf yang diperlukan bagi penghantaran isyarat.
- mempertingkat daya pemikiran otak melalui menghantaran oxygen.
- memelihara pertumbuhan, kesihatan dan jangka hayat sel-sel; mempertingkat kesasaan dan penguncupan otot.
- mengawal tekanan darah dan memelihara perjalanan fungsi jantung.
- membantu penghasilan tenaga dari protein, lemak dan karbohidrat dalam proses metabolisma, membantu memperbaiki fungsi hati, cecair untuk bile dan pancreas.
- membantu proses penghadaman, dan penghasilan cecair penghadaman, dan pengeluaran bahan sisa dan karbon dioxida dari tubuh.