Showing posts with label POLITIK MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label POLITIK MALAYSIA. Show all posts
0

Wednesday, October 30, 2013

Peristiwa 13 Mei 1969: The May 13 Tragedy

Peristiwa 13 Mei 1969: The May 13 Tragedy: This Report has been prepared with the full realisation that important matters must noPublish Post longer be swept under the carpet and that the fact...
0

Sunday, May 19, 2013

YES to Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi !!!


Kerajaan sudah berlemah lembut, beramah mesra, bertoleransi, berkasih sayang dan berharmoni antara kaum. Sudah terlalu lama di pupuk, melalui media massa, tv dan sebagainya.

Perkara 10 Perlembangaan bukan peruntukan asing pada Kerajaan; menjamin hak bersuara mengeluarkan pendapat dan ideologi, berhimpun dan berpesatuan. Banyak sudah perhimpunan-perhimpunan dilakukan, banyak sudah laungan dan jeritan yang menggugat keharmonian masyarakat, banyak sudah cubaan-cubaan yang mencabar toleransi kaum, bahkan mencabar kedaulatan undang-undang. Sudah banyak kali berlaku dan masih berlarutan. Apakah jaminan-jaminan Perkara 10 perlu leluasa tiada batasannya?  
0

Saturday, May 18, 2013

Malaysia: Kabinet BN 2013

Senarai Menteri & Timbalan Menteri Kabinet 2013



Perdana Menteri 
- Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Perdana Menteri 
- Tan Sri Muhyiddin Yassin
0

Thursday, May 9, 2013

Nik Aziz Oh Nik Aziz !!!

Nik Aziz Nik Mat berkata, beliau akan 'meludah' muka ahli UMNO yang datang bertemunya bagi menyatukan dua parti terbesar orang Melayu !

Tersentak ambo mendengar kata-kata yang keluar dari seorang yang di anggap ulamak besar, Mursyidul Am Pas. Kenapa sampai begini sekali kata-kata Nik Aziz ini? Kenapa acapkali celupar mulut ? Apakah ini gambaran pribadi seorang ulamak atau "alamak", pemimpin besar yang harus diikuti ? Kata-katanya yang tak pernah sunyi mengundang kontroversi, membuat ambo bertanya sendiri apakah orang ini merasakan dia seorang "wali besar", terasa sangat kata-kata yang datang dari hati yang ria dan angkuh seolah-olah orang lain hina di mata dan hatinya !  Ingatlah, kita hina orang lain, orang lain mungkin lebih lagi !

Apa yang keluar di mulut adalah tasdiq dari hati. Hati ambo ini semakin menjauh dari PAS, rasa pulak nak ludah PAS sekarang ni, kecewa amat menyaksikan gelagat seorang "alamak" berperibadi sebegini. Kalau bapa kencing berdiri, bagaimana pulak anak-anak ???
0

Anwar Mengukir Sejarah Politik Malaysia !!!

Surat ini, katanya dari Anuar. Apa benarkah dari Anuar? Sejauh manakah kebenaran isi surat ini? Benar atau salah, faktanya perlu di beri perhatian oleh wira-wira Melayu, anak cucu Hang Tuah kini. Perlu siasat kebenarannya, perlu banteras sekiranya benar, perlu dikuburkan aliran pertuanan Cina, kerana ini aliran bahaya yang boleh mencetuskan huru-hara di Malaysia, boleh menggadaikan maruah bangsa Melayu...

Sumber dari Facebook "Isu Politik Semasa"
 




Andai surat ini satu fitnah, maka celakalah si pencetus fitnah; Allah murka, Rasulullah pun tak suka... Andai benar surat ini benar dari Anuar, "marahkan nyamuk, jangan sampai kelambu yang hendak dibakar." Perlu selalu ingat kita ini hanya manusia, diciptakan dhaef semata, tiada yang hebat tentang kita. Kalau kita rasa hebat wira, masih ramai lagi wira-wira lain yang diciptakan Allah, mungkin jauh lebih hebat dari anda.
0

PRU-13, Apa Kata Orang Berpengalaman (Tun Dr Mahathir Mohamad) !!!

BERITA

Rabu Mei 8, 2013

Dr Mahathir Akui Berlaku 'Tsunami Kaum Cina' Pada PRU-13

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) sememangnya menampakkan berlaku 'tsunami kaum Cina' selain wujud masyarakat Melayu yang tamak.

Dr Mahathir berkata beliau pernah menyentuh perkara itu dalam beberapa kempen pilihan raya sebelum ini, misalnya di Johor, apabila menyatakan negeri itu menyaksikan pelaksanaan konsep perkongsian kuasa yang baik bagi kaum Melayu, Cina dan India.

"... tetapi datang Kit Siang (penasihat DAP Lim Kit Siang), dia membawa konsep Malaysian Malaysia yang bertujuan menimbulkan kebencian orang Cina terhadap kaum Melayu, kononnya dikatakan (Melayu) memiliki segalanya setelah merdeka," katanya kepada pemberita pada satu sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Selasa.

Beliau berkata situasi itu dilihat berkembang di seluruh negara sehingga menyebabkan kaum Cina menolak persahabatan masyarakat Melayu sekali gus tercetus 'tsunami kaum Cina'.
0

Wednesday, May 8, 2013

PRU-13: Hancur Luluh Hati Anwar !!! Jiwanya Teramat Derita !!!

Hanya Allah saja yang tahu betapa hancur luluhnya hati anwar ibrahim menghadapi kekalahan pada PRU-13 ini. Usia semakin lanjut, hari pun dah petang, semakin maghrib, harapan nak jadi Perdana Menteri tak jadi jadi jugak. Kalau nak jugak, terpaksa bertungkus lumus lagi 5 tahun yang mendatang. Itu pun kalau menang. Kalau kalah lagi ??? Adui, tak letih ke ???

Sudahlah bang anuar, takkan nak jumpa Tuhan nanti rekod dunia sebagai Perdana Menteri Malaysia perlu ada. Lagi berat kalau jadi Perdana Menteri kot. Nak berjuang menggempur umno lagi 5 tahun, buang masa je no. Biaq pi lah umno dengan keletah mereka. Takkan habih. Bukan apa, takut tak sempat nak bersihkan mana-mana yang ternoda, tercela, atau apa-apalah. Tok guru nik aziz, hj hadi, haron din tak nasihat ke ? mat sabu tak boleh pakai. Duit banyak berjuta-juta yang ada tu pi lah beli/sewa condo kat mekah sana, menghening diri di sana... lebih baik gitu sebelum terlambat, mana tau anytime angel of death can come, karpal singh, kit siang tak daya nak tolong !!!      
0

PRU-13, Kenapa Tsunami Kaum Cina!!!

‘Tidak kenang jasa’. Ini pandangan mantan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, setelah tewas dalam PRU-13, terhadap majoriti kaum Cina!!!

“Saya berani bertanding kerana kita mati dalam perjuangan. Bila orang tanya mengapa ambil risiko, saya cakap takkan orang Cina tidak mahu bagi undi kerana saya sudah membuat banyak benda untuk mereka.

“Kalau tak kenang 50 peratus, 20 pun jadi la. Tetapi, ini hanya satu atau dua peratus saja. Kenapa orang Cina tak bagi penghargaan kepada saya yang selama 13 tahun berkhidmat termasuk di Bukit Katil,” kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau menganggap sentimen kuat perkauman masyarakat Cina antara faktor utama kekalahannya kepada Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin yang merampas kerusi Parlimen Bukit Katil pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kali ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...