Showing posts with label KATARAT. Show all posts
Showing posts with label KATARAT. Show all posts
0

Thursday, May 15, 2014

LUTEIN DAN ZEAXANTHIN

  Lutein dan zeaxanthin adalah zat makanan untuk mata !

Apakah Lutein dan Zeaxanthin   ? 



Lutein dan Zeaxanthin,  2 jenis zat makanan yang sering dikatakan sangat penting bagi memelihara kesihatan mata; mengurangkan risiko kemerosotan mata dan penglihatan disebabkan faktor usia/age-related macular degeneration (AMD) dan katarat.

Lutein dan zeaxanthin adalah dari jenis karotenoid, dari kumpulan kira-kira 600 karotenoid yang terdapat di alam semulajadi. Karotenoid merupakan pigmen organik yang terhasil dan berada dalam pokok-pokok, sayur-sayuran hijau dan juga dalam beberapa jenis organisma; seperti bakteria dan kulat.

Lutein dan zeaxanthin dari kalangan karotenoid yang berjenis 'xanthophyll', iaitu yang memiliki pigmen berwarna kuning, oren dan merah; mewarnai secara alami pada pokok-pokok, sayur-sayuran hijau, dan pada binatang yang memakan daun-daun atau bahagian pokok yang menghijau.

Meskipun pigmen lutein dan zeaxanthin berwarna kuning, namun jika pekat warnanya akan menjadi oren-merah. Ia merupakan pewarna pada bayam, cili, cili benggala, jagung, za'faran, goji berry, kuning telur, kulit ayam, lemak binatang, dll.

Di alam semulajadi, lutein dan zeaxanthin bertugas menyerap lebihan tenaga suria bagi menghalang kerosakan pada pokok dari panas terik cahaya suria, terutama panahan cahaya yang tinggi tenaga dikenali sebagai cahaya biru.  (*cahaya ultra-violet/UV ditakrifkan sebagai spekrum cahaya yang bergelombang antara 380nm - 200nm, manakala gelombang cahaya biru antara 500nm - 381nm).

Dalam tubuh manusia, kedua-dua zat lutein dan zeaxanthin sangat pekat dalam mata; terutama dalam lensa, retina, dan macula. Zat-zat ini juga mewarnai mata dengan warna kekuningan. Macula juga disebut "macula lutea" (macula, dalam bahasa Latin bererti "tompok" dan lutea, bermaksud "kuning"). Beberapa kajian juga turut menunjukkan kaitan antara pengambilan lutein dan zeaxanthin dengan perubahan warna pada mata.

0

Friday, December 27, 2013

Katarat dan Penawar DMSO

"If God didn’t make it, don’t eat it.
Following this advice will do more to prevent and treat illness than anything else."
- Dr. Robert J. Rowen
Apakah Katarat   ?


Katarat adalah kekeruhan berupa kabus berselaput yang berkembang menyelubungi lensa mata, sedikit demi sedikit menyekat ketembusan cahaya ke lensa, menyebabkan penglihatan semakin kabur. Katarat apabila parah boleh mengakibatkan buta.

Katarat bermula secara perlahan tanpa disedari. Biasanya katarat menjejaskan kedua belah mata, meskipun pada awalnya bermula dengan sebelah mata.
Pada awal serangan, penderita katarat merasa gatal-gatal pada mata. Mata berair. Penglihatan terganggu. Silau pandangan pada sinar lampu di waktu malam. Setelah berkembang 3-5 tahun, daya penglihatan semakin terjejas. Selanjutnya, selaput berupa kabus keruh mula muncul di lensa mata. Semakin hari semakin merebak dan menebal menyelubungi lensa mata. Ditahap ini, katarat dianggap parah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...