Showing posts with label PENYAKIT KULIT. Show all posts
Showing posts with label PENYAKIT KULIT. Show all posts
0

Tuesday, February 11, 2014

Zat Gizi Zinc dan Kesihatan Kulit

Zinc (Zn) adalah zat gizi yang sangat berpengaruh pada kesihatan kulit. Samada ‎dibekalkan kepada tubuh melalui bahan-bahan makanan alami, supplemen, atau krim sapuan, Zn menyumbang kepada pemeliharaan dan kesembuhan dari berbagai jenis penyakit kulit. Antaranya:

1   JerawatZn didapati berkesan merawat dan menghilangkan jerawat biasa dan jerawat batu.

Minyak dan hormon adalah 2 ‎penyebab utama kepada timbul jerawat. Zn adalah zat yang
mengawal-urus aktiviti kelenjar-kelenjar penghasil minyak dan kadar hormon dalam lapisan kulit. Zn juga memelihara kesaimbangan hormon-hormon seks lelaki seperti ‘testosterone’ yang menyebabkan timbul jerawat pada wanaita. 

Zn merawat dan menyembuhkan jerawat yang sudah timbul. Zn juga membantu mengurangkan kesan parut, dan juga bengkak merah dari radang jerawat. Luka disebabkan jerawat adalah ‎tarikan pada jangkitan bakteria dan virus, dan Zn meransang penghasilan sel-sel darah putih untuk ‎melawan jangkitan.

Jenis zinc gluconate dan zinc sulfate sering digunakan bagi mengurangkan radang kulit pada jerawat; dan merawat, menyembuh parut ‎jerawat. Namun begitu, perlu di ingat, manfaat Zn tidak berlaku pada semua individu. Zn mungkin berkesan dan sesuai bagi setengah individu, manakala pada individu lain tidak lansung menunjukkan sebarang kesan.

0

Thursday, December 19, 2013

Zat Gizi Zinc

Apakah Zinc?


Zinc (Zn). Zinc adalah zat gizi kelumit yang sangat penting bagi memelihara kesihatan tubuh. Meskipun hanya sekelumit, Zn merupakan zat yang perlu ada dalam setiap bahagian tubuh. Zn berperanan dalam pelbagai fungsi biologi dalaman tubuh. Semua bahagian tubuh memerlukan Zn untuk kekal berfungsi secara normal.

Di dalam tubuh, Zn adalah zat gizi kelumit ke-2 terbanyak, selepas zat besi. Otot dan tulang mengandungi kira-kira 90% dari keseluruhan Zn dalam tubuh. Paling pekat dalam kelenjar ‎prostat dan mata. Sangat pekat dalam otak, pancreas, ‎hati, kelenjar ginjal, dan air mani lelaki.‎ Tubuh memerlukan antara 2-4 gm setiap masa, 6.2-6.7 mg setiap hari. Tubuh tidak mempunyai sistem khusus bagi menyimpan Zn. Justru, bekalan Zn setiap hari adalah mustahak bagi memelihara kesihatan.

Fungsi Zinc


Hanya Zn, zat gizi yang berada dalam semua jenis enzim. Ia menjadi komponen utama kepada lebih ‎dari 100 jenis enzim (ada sumber mengatakan 300 jenis). Ia juga menjadi penggalak ‎kepada aktiviti enzim-enzim. Semua enzim-enzim tersebut bergantung kepada Zn untuk mampu memberi bertindak-balas kimia untuk menyihatkan tubuh, antara lain:
  • pembinaan dan ‎kembang-biak sel-sel.
  • penghasilan protein dan DNA yang sempurna, kembang-biak gene.
  • metabolisma karbohaidrat dan tenaga.
  • kesembuhan dari luka, jangkitan dan penyakit.
  • pengurusan penghasilan dan kadar ‎hormon dalam tubuh.
  • penghasilan enzim anti-oksidan ‎‎‘superoxide dismutase’ (SOD).
  • membantu penghasilan asid perut dan enzim-enzim penghadaman dalam pancreas.
  • tumbesaran normal, sejak perkembangan janin, kanak-kanak, dan keremajaan.
  • fungsi deria rasa, bau, selera makan, juga pengaruh kepada syahwat.
  • fungsi kekebalan tubuh.
0

Friday, October 18, 2013

Zinc ‎ | Pemuliharaan Kulit ‎

Zinc Untuk Kesihatan Kulit

Zinc adalah zat gizi yang sangat penting pada keseluruhan sistem kekebalan tubuh dan untuk ‎pemuliharaan tubuh. ‎

Zinc memiliki pelbagai fungsi dalaman tubuh.
  • DNA. Zat ini diperlukan dalam proses cambah-biak DNA bagi menghasilkan sel-sel baru dan juga ‎membaik-pulih DNA. ‎
  • Ejen Kesembuhan. Zinc juga merupakan komponen untuk membolehkan enzim berfungsi dengan sempurna ‎untuk membaik-pulih dan menyembuh sebarang kecederaan pada kulit. 
  • Ejen Penegang. Zinc menegangkan kulit, mengecut dan ‎memejal tisu-tisu tubuh. Kulit menjadi lebih bersih, cerah dan sihat.
  • Anti-keradangan. Zinc oxide bertindak sebagai ejen pengering dan anti-keradangan pada ‎kulit, juga membantu meredakan gatal-gatal, ruam, dan lembab diselangkangan ‎terutama pada kanak-kanak.‎
  • Anti-oksidan. Zinc diperlukan dalam penghasilan ‎‎‘superoxide dismutase’ (SOD), iaitu sejenis enzim anti-oksidan yang berkesan melindungi semua ‎jenis sel yang terdedah kepada oxygen termasuk sel-sel kulit.
  • Penghasilan Protein. Zinc juga sebagai faktor gandingan untuk kulit menghasilkan protein ‘metalloproteinase’ ‎‎(MMP) yang terlibat dalam penyusunan semula tona kulit dan bertindak mengeluarkan ‎tisu-tisu yang rosak.
  • Sistem Kekebalan. Zinc juga membantu penyerapan Vitamin A bagi mempertingkat proses kesembuhan dan ‎melawan jangkitan bakteria. Ia juga sebagai faktor gandingan dalam penghasilan enzim ‎‎‘adenosine deaminase’ (ADA), yang bertugas memberi signal kepada sel-sel T sebagai sebahagian ‎dari proses pertahanan tubuh mencegah dari jangkitan. ‎
Semua proses-proses tersebut ini melibatkan penghasilan sel-sel baru, menyumbang kepada kesembuhan dan baik-pulih tubuh. Tanpa kadar zinc yang mencukupi, proses pulihara kulit akan menjadi lembab atau ‎lansung tidak berlaku. Bagi warga berusia, kadar zinc dalam tubuh lebih mudah berkurangan. ‎Justru, zinc sangat penting untuk kulit dan kesihatan tubuh pada keseluruhannya. ‎

0

Sunday, October 13, 2013

Bawang Putih | Jangkitan Kurap ‎

Apakah Jangkitan Kurap    ?‎

Kurap (dermatophytosis) terdiri dari beberapa jenis penyakit kulit yang disebabkan oleh ‎jangkitan kulat. Jangkitan boleh berlaku pada kulit manusia, dan juga binatang. Jangkitan kurap berbentuk bintik-bintik merah bulat melingkari seperti cincin atau ‘ring’, tetapi ia bukan ‎disebabkan cacing melainkan dari beberapa jenis kulat. ‎

Kurap sangat gatal dan sangat menganggu perasaan dan fikiran. Semakin di garu akan semakin ‎gatal. ‎

Kurap boleh berjangkit pada mana-mana bahagian tubuh. Kulat-kulat mudah dijangkiti apabila ‎sering berlaku sentuhan. Begitu juga dengan berkongsi pakaian, kasut, tempat tidur dsbnya. ‎

Jangkitan pada mana-mana bahagian kulit muncul semarak dan kian membiak. Kurap yang baru ‎akan mula muncul bersebelahan sebaik saja kurap yang lama mula hilang. Dan ia akan terus ‎menerus membiak, membesar, dan meluas. ‎

3

Tuesday, October 8, 2013

Bawang Putih | Penyakit Psoriasis

Apakah Penyakit Psoriasis ?‎

Psoriasis adalah gejala yang timbul pada kulit. Kulit jadi berpenyakit, tetapi tidak berjangkit. ‎Hampir semua jenis psoriasis diiringi dengan sengal dan pegal pada sendi, ‎banyak kelemumur di kulit kepala, kuku jari-jari kaki dan/atau tangan menebal, bergumpal membengkok, berwarna kuning-kecoklatan. ‎

Secara amnya, terdapat 5 jenis Psoriasis:‎
  1. Plaque Psoriasis. Ini jenis psoriasis yang biasa terjadi. Radang pada bahagian epidermis kulit, ‎menebal, membengkak, kemerahan, kering, jelas kelihatan tompok-tompok kuping putih. Kuping-kuping ‎ini selalunya terdapat pada bahagian kulit kepala, siku, lutut dan bahagian bawah di ‎belakang tubuh. Psoriasis jenis ini gatal dan sakit. Kekadang tompok-tompok psoriasis pecah dan ‎berdarah. ‎
  2. Erythrodermic Psoriasis. Jenis psoriasis yang jarang sekali berlaku. Jenis yang kronik. ‎Ia boleh merebak ke merata bahagian kulit. Kawasan kulit yang terjejas lebih meluas, membengkak dan merah seperti udang bakar, terlalu gatal, dan sakit ‎apabila di sentuh. Sangat tidak selesa ‎pada perubahan cuaca panas atau sejuk. Di anggap sebagai rebakan Plaque Psoriasis yang tidak terkawal. ‎
  3. Inverse Psoriasis. Jenis psoriasis yang timbul di bahagian selangkangan, celah ketiak, di ‎bahagian bawah payudara, di celah-celah kulit yang berlapis. Semakin gatal apabila di garu ‎atau berpeluh. Tidak begitu berkeruping. ‎
  4. Gluttate Psoriasis. Psoriasis berupa tompok-tompok kecil kemerahan yang muncul bertaburan di merata ‎bahagian kulit. ‎
  5. Pustular Psoriasis. Lepuh putih yang mengelembung, berair pekat, kekadang terdapat nanah, ‎dikelilingi dengan radang kulit berwarna merah dan gatal.

0

Friday, September 20, 2013

Eczema ‎|‎ Dermatitis

Apakah Penyakit Eczema?

‎Eczema adalah singkatan kepada "Eczema Hypertrophicum", juga di sebut "Dermatitis." Eczema atau ‎dermatitis, adalah istilah kepada beberapa jenis penyakit atau masalah radang kulit yang tidak ‎menyelesakan, samada radang tersebut dalam bentuk kulit kering, panas, berkuping, lebam, ‎kasar, menebal, kemerahan, gatal-gatal sehingga kulit sangat terdorong untuk di garu, kian di garu kian luka, berair dan ‎seterusnya berdarah, dan sekiranya tidak di rawat akan bernanah. Apabila sembuh bersifat sementara, kemungkinan besar akan timbul kembali, dan menjadi semakin merebak. Setiap kali sembuh akan meninggalkan kesan parut kehitaman yang lambat untuk kembali ke tona dan warna asal kulit.

‎Dengan penjagaan dan perawatan kulit yang rapi, terutama pada bahagian yang selalu timbul radang kulit, ‎eczema boleh dikurangkan, tetapi kulit akan sentiasa sensitif dan eczema dengan mudah akan timbul ‎kembali. Eczema boleh berlaku pada semua peringkat usia. Eczema tidak pula berjangkit.

Eczema  ‎|‎  Jenis-Jenis  

Berikut adalah beberapa jenis eczema. Gejala-gejala eczema hampir sama semuanya. ‎Puncanya mungkin berbeza. Dan kaedah rawatannya juga berbeza.

‎●‎    Atopic Eczema. Atopic eczema ini dipercayai masalah kulit yang diwarisi, berkait-rapat ‎dengan faktor genetik. Sejenis eczema yang sering terjadi, dikaitkan dengan penyakit ‎lelah/asma bronchitis (sesak nafas, bersin, hidung berair, batuk-batuk, paru-paru banyak kahak) ‎dan juga hayfever (sesak nafas disebabkan rongga hidung tersumbat kerana berkahak). 

0

Wednesday, August 28, 2013

Gejala Kulit Tipis & Kendur

Organ Kulit

Kulit adalah organ yang terbesar pada tubuh manusia. Ia mempunyai pelbagai fungsi; melindungi tubuh dari hawa alam sekitar. Membantu ‎mengimbangi suhu, cecair dan elektrolait (electrolyte) di dalam tubuh. Di dalam kulit terkandungi reseptor saraf, dengan demikian mampu merasa sebarang sentuhan, ransangan, urutan, ‎kesakitan, kedinginan, kepanasan, tekanan dsbnya. ‎

Kulit terdiri dari beberapa lapisan. Secara amnya, terbahagi kepada 3 : ‎

Bahagian luar di sebut epidermis, mengandungi sel-sel kulit, pigmen dan protein. ‎

Bahagian tengah di sebut dermis, mengandungi saluran-saluran darah kecil, saraf, folikel ‎‎(akar) rambut, kelenjar keringat/peluh dan kelenjar berminyak. Dermis juga berfungsi ‎membekalkan nutrien kepada epidermis.‎

Bahagian dalam di bawah lapisan dermis di sebut lapisan-lapisan hypodermis atau subcutis/subcutaneous tissue, ‎mengandungi kelenjar keringat/peluh, juga folikel (akar) rambut, saluran-saluran darah ‎kecil, dan lapisan lemak. Setiap lapisan mengandungi tisu-tisu penghubung. Tisu-tisu penghubung menghubungkan kulit dengan serat kolagen ‎dan serat elastin; serat kolagen mengukuhkan struktur kulit, dan serat elastin menganjal dan mengutuhkan kulit. ‎

Kulit yang sihat, lelaki mahupun perempuan, akan kelihatan segar, bugar, bersih, anjal, dan licin. Tubuh kelihatan menarik dan tampan. Pada perempuan, wajah kelihatan cantik, jelita dan bersinar.

‎Memelihara kulit agar sentiasa sihat adalah perlu. Pada kebanyakan orang, kulit akan mula bermasalah apabila ‎meningkat usia. Salah satu gejala atau masalah kulit ialah kulit tipis dan kendur. ‎

0

Tuesday, January 17, 2012

ROSACEA: Rawatan Semulajadi/Alami...

Apakah Penyakit Rosacea?

Rosacea adalah sejenis penyakit kulit; muncul bintik-bintik merah, berjerawat dan membengkak pada bahagian muka/wajah, kening, leher, kelopak mata dan kulit kepala.

Meskipun penyakit ini tidak dikategorikan sebagai merbahaya, namun penderita penyakit ini melalui hari-hari yang gusar. Rasa malu untuk bersosial, lebih menghindar apabila bertemu dengan teman-teman, bahkan lebih memilih untuk menyendiri. Perasaan jadi tertekan. Bagi penderita Rosacea kronis mungkin hilang kepercayaan diri di dalam pergaulan.

Berbagai "ubat", "cream" atau "lotion" jerawat digunakan; kekadang ada kesan positif sementara, namun....penyakit ini muncul kembali !!! Syukurlah bagi mereka yang tidak pernah mengalaminya !!!

1

Friday, December 23, 2011

Madu & Kayu Manis: Rawatan Penyakit Kulit



Rawatan:‎

Jerawat, Kaki Di makan Air (athlete foot), Alahan ‎Kulit (eczema), Gatal Kulit

Nilai-nilai istimewa yang terdapat pada madu ialah anti-kuman; mampu menghapus, menghalang ‎sebarang jangkitan dan pembiakan bakteria dan kulat, dan memulihara kulit.

Madu juga anti-‎keradangan; mengurangkan bengkak dan kesakitan, menyembuhkan dengan segera‎, bahkan ‎mengurangkan kesan parut.‎

Serbuk atau minyak kayu manis juga mempunyai nilai-nilai anti-bakteria, anti-kulat. Adunan kedua-dua bahan ini dapat dimanfaatkan untuk merawat berbagai jenis penyakit kulit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...