3

Tuesday, October 8, 2013

Bawang Putih | Penyakit Psoriasis

Apakah Penyakit Psoriasis ?‎

Psoriasis adalah gejala yang timbul pada kulit. Kulit jadi berpenyakit, tetapi tidak berjangkit. ‎Hampir semua jenis psoriasis diiringi dengan sengal dan pegal pada sendi, ‎banyak kelemumur di kulit kepala, kuku jari-jari kaki dan/atau tangan menebal, bergumpal membengkok, berwarna kuning-kecoklatan. ‎

Secara amnya, terdapat 5 jenis Psoriasis:‎
  1. Plaque Psoriasis. Ini jenis psoriasis yang biasa terjadi. Radang pada bahagian epidermis kulit, ‎menebal, membengkak, kemerahan, kering, jelas kelihatan tompok-tompok kuping putih. Kuping-kuping ‎ini selalunya terdapat pada bahagian kulit kepala, siku, lutut dan bahagian bawah di ‎belakang tubuh. Psoriasis jenis ini gatal dan sakit. Kekadang tompok-tompok psoriasis pecah dan ‎berdarah. ‎
  2. Erythrodermic Psoriasis. Jenis psoriasis yang jarang sekali berlaku. Jenis yang kronik. ‎Ia boleh merebak ke merata bahagian kulit. Kawasan kulit yang terjejas lebih meluas, membengkak dan merah seperti udang bakar, terlalu gatal, dan sakit ‎apabila di sentuh. Sangat tidak selesa ‎pada perubahan cuaca panas atau sejuk. Di anggap sebagai rebakan Plaque Psoriasis yang tidak terkawal. ‎
  3. Inverse Psoriasis. Jenis psoriasis yang timbul di bahagian selangkangan, celah ketiak, di ‎bahagian bawah payudara, di celah-celah kulit yang berlapis. Semakin gatal apabila di garu ‎atau berpeluh. Tidak begitu berkeruping. ‎
  4. Gluttate Psoriasis. Psoriasis berupa tompok-tompok kecil kemerahan yang muncul bertaburan di merata ‎bahagian kulit. ‎
  5. Pustular Psoriasis. Lepuh putih yang mengelembung, berair pekat, kekadang terdapat nanah, ‎dikelilingi dengan radang kulit berwarna merah dan gatal.

Punca Penyakit Psoriasis
  1. Sistem Kekebalan Tubuh Lemah. Psoriasis muncul bila sel-sel kulit yang baru dihasilkan ‎begitu cepat, sehingga sel-sel kulit yang lama tidak sempat untuk dihakiskan. Keadaan ini ‎menyebabkan sel-sel yang mati melekat dan bertompok pada permukaan kulit. Proses ini terjadi ‎apabila seseorang itu mempunyai sistem kekebalan tubuh yang lemah atau terjejas, terutama ‎bagi mereka yang mengidap kekalutan sistem kekebalan “autoimmune disorders”, atau yang ‎melalui rawatan chemotherapy, atau mengidap AIDS. ‎
  2. Faktor Genetik. Banyak jenis penyakit yang dihidapi oleh manusia adalah diwarisi dari keturunan.Psoriasis juga boleh timbul dari faktor genetik. ‎
  3. Faktor Alam Sekitar. Alam sekitar yang tercemar, udara kering dalam cuaca ‎kedinginan, tidak cukup sinaran cahaya matahari, dan sebagainya juga merupakan sebahagian dari penyebab kepada timbulnya psoriasis atau menjadikan psoriasis lebih parah. ‎
  4. Jangkitan dan Ubat-ubatan. Psoriasis boleh diaktifkan atau menjadi lebih semarak disebabkan stres, jangkitan bakteria atau ‎virus, kecederaan pada kulit yang terjejas, dan  ubat-‎ubatan seperti lithium, beta-blocker, anti-malaria dll. ‎
Bawang Putih Merawat Psoriasis

Rawatan Psoriasis yang selalu diberikan terdiri dari sapuan krim steroid 'corticosteroid, retinoid, dan phototherapy'. ‎ Namun, rawatan alternatif boleh juga mengurangkan gejala psoriasis; seperti penggunaan madu ‎bersama serbuk kayu manis dll. Salah satu rawatan alternatif yang sering digunakan kerana didapati ‎berkesan ialah bawang putih. ‎

Bawang putih mempunyai nilai-nilai anti-keradangan. Maka ia sesuai membantu mencegah atau ‎mengurangkan gejala psoriasis. Bawang putih didapati boleh menghalang 'lipoxygenase', sejenis ‎enzim yang apabila bergabung dengan asid arachidonik akan menimbulkan keradangan. Oleh ‎kerana pengidap psoriasis mempunyai kadar asid arachidonik yang tinggi dalam kulit dan lapisan tisu-tisu ‎lemak, maka pengambilan bawang putih setiap hari boleh melambatkan atau mencegah timbulnya ‎psoriasis. ‎

Dalam satu keluaran dari jurnal "Annals of The New York Academy of Sciences," Disember 2004, ‎para pengkaji dari Universiti Texas telah merumuskan bahawa bawang putih mengandungi bahan aktif termasuk ‘diallyl sulfide, S-allylmercaptocysteine, dan ajoene.’ Bahan-bahan aktif tersebut didapati mampu menyekat “nuclear transcription factor kappa B” yang dikaitkan dengan psoriasis, dari diaktifkan.

Justru, pengambilan bawang putih dalam permakan setiap hari boleh mencegah timbulnya ‎psoriasis. Menyapu minyak bawang putih lansung pada bahagian ‎kulit yang terjejas juga boleh digunakan. Sapuan sekali atau 2 kali setiap hari adalah disarankan. ‎

Disamping itu, bawang putih juga tinggi kandungan vitamin C dan selenium, kedua-duanya sangat ‎bermanfaat bagi menyihatkan kulit. ‎
________________________________________

3 comments:

  1. penyakit ini memang membuatkan pesakitnya tidak selesa, malah mempunyai keyakinan yang rendah apabila berdepan orang ramai.
    Semoga semua yang diduga dengan penyakit ini boleh sempuh dengan cepat, atau setidak2nya semakin berkurang.

    Rawatan Terbaik Untuk Penyakit Psoriasis, Sakit Kulit Yang Seakan Eczema.

    ReplyDelete
  2. Salam. Hai..saya syafiqa. Saya juga penghidap psoriasis. Jemput singgah blog saya untuk info berkaitan psoriasis dan penyakit kulit. Terima kasih

    ReplyDelete
  3. Terima kasih untuk maklumat. Kami dari wong medical centre ada menyediakan ubat herba tradisional untuk penyakit kulit psoriasis. Jika anda inigin mengetahui lebih lanjut tentang ubat atau ada sebarang pertanyaan sila hubungi kami di talian +6012452007

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...