Showing posts with label VITAMIN D. Show all posts
Showing posts with label VITAMIN D. Show all posts
0

Tuesday, July 30, 2013

Vitamin D

Kumpulan Vitamin D

Terdapat 5 jenis vitamin D; vitamin D1, D2, D3, D4, D5.
  • ‎vitamin D1 - molekeul dari gabungan ergocalciferol dan lumisterol.‎ 
  • vitamin D2 - ergocalciferol, terhasil dari ergosterol (terhasil dari tindak-balas ‎dengan cahaya matahari/UVB). ‎ 
  • vitamin D3 - cholecalciferol, terdiri dari 7-dehydrocholesterol (terhasil dari tindak-balas ‎dengan cahaya matahari/UVB).‎ 
  • vitamin D4 - 22-dihydroergocalciferol. 
  • ‎vitamin D5 - sitocalciferol (terdiri dari 7-dehydrositosterol). ‎
Vitamin-vitamin ini adalah sekumpulan secosteroids, singkatnya vitamin steroid, vitamin ‎prohormon yang terserap lemak. berfungsi utama meransang penyerapan dan metabolisma ‎kalsium dan phosphorus. ‎

Vitamin D: Calciferol ‎

Hanya 2 dari 5 jenis vitamin steroid ini yang menjadi keperluan utama tubuh, iaitu vitamin D2 dan ‎vitamin D3. Kedua-duanya dinamakan “calciferol”. Istilah vitamin D yang sering digunakan ‎merujuk kepada D2 dan D3 atau salah satu darinya. ‎

D2 dan D3 boleh di perdapat melalui bahan-bahan makanan dan supplemen. ‎Banyak terkandung di dalam minyak ikan atau jenis ikan-ikan berlemak.‎

Akan tetapi, vitamin D3 tidak semata-mata bergantung pada permakanan. Vitamin D3 mampu ‎dihasilkan oleh tubuh apabila kulit tubuh terdedah secara lansung kepada cahaya matahari/UVB. ‎
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...