Showing posts with label JALAN KE AKHIRAT. Show all posts
Showing posts with label JALAN KE AKHIRAT. Show all posts
0

Sunday, July 20, 2014

Siapa Calon Suami atau Isteri Menurut Islam ?

"Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu.

Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu.

(Yang demikian ialah kerana) orang-orang kafir itu mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke syurga dan memberi keampunan dengan kehendakNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil peringatan (daripadanya)."





Kehidupan yang kita lalui didunia ini hanya sementara. Kecantikan dunia tidak kekal. Kemegahan yang diraih tidak abadi.

Disuatu detik, kematian akan datang juga. Setiap yang bernyawa akan mati. Setiap kita akan pergi dari dunia ini. Tidak terdaya dihindari. Tidak terkuasa untuk lari. Kematian akan membawa kita ke suatu alam yang kekal abadi.

Tinggallah segala kecantikan, segala kemegahan, segala kemewahan sebagai suatu episod dunia, tidak dibawa bersama. Episod dunia yang akan diperhitungkan, yang nantinya membentuk siapa kita  di SANA...

Amal yang baik, yang solleh, yang diredzai Allah dan RasulNya, akan mewarnai wajah dan keunggulan kita di SANA. Sebaliknya, amal yang jelek, yang dimurkai, yang tidak terampun oleh Allah, entah bagaimana rupa dan nasib malang akan menimpa kita di SANA??? Nasib malang yang kita tempah sejak kehidupan didunia !!!!

Suatu perkara asas dalam episod kehidupan didunia ialah menentukan pasangan hidup: samada sebagai suami atau isteri.

Ada orang memilih pasangan kerana kecantikan, kekacakan, kebangsaan, tanpa memperdulikan agama. Ada pula kerana kekayaan, kerana keturunan dan nasab yang hebat, kerana mengejar kehidupan "glamour." Harta kekayaan, pangkat darjat, kemegahan, kekacakan kecantikan, kemiskinan kedaifan, kejelekan rupa, sentiasanya mencabar pemilihan siapa pasangan hidup kita? Hanya keimanan yang tebal teguh, pasrah, redha, dan berkehendak kepada Allah yang dapat membantu menentukan sesuatu pilihan yang membahagiakan kehidupan di akhirat kelak. Rasulullah menyuruh memilih pasangan kerana agama. Kerana amal agama yang akan membina kehidupan abadi diSANA; bukan kecantikan, kekacakan, darjat, kekayaan, nasab atau keturunan. Firman Allah: "Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling takwa."

Calon Isteri

Bagi lelaki, Nabi SAW bersabda (yang bermaksud): “Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara; harta kekayaannya, kedudukannya, kecantikannya dan agamanya. Hendaklah memilih yang taat beragama, nescaya engkau akan beruntung.” (HR Bukhari dan Muslim). Isteri yang taat pada agama akan memupuk kesejahteraan rumahtangga, terbendung dari masalah kederhakaan pada suami, engkar pada Allah dan Rasul. Dan dari penceraian.

Calon Suami

Bagi wanita, Aisyah Ra berkata (yang bermaksud): "Pernikahan hakikatnya adalah penghambaan, maka hendaknya dia melihat dimanakah kehormatannya akan diletakkan."

Kerana suami dipertanggungjawab sepenuhnya untuk mendidik, memimpin isteri dan zuriat-zuriat seisi keluarga diatas landasan kehidupan beragama untuk meniti jalan ke SANA.

Nabi SAW bersabda, maksudnya: "Takutlah kepada Allah di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanat (titipan) yang berada di sampingmu; barang siapa tidak memerintahkan solat kepada isterinya dan tidak mengajarkan agama kepadanya, maka ia telah berkhianat kepada Allah dan RasuNya."

Firman Allah, maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya Malaikat-malaikat yang kasar dan keras, yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan mereka selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At-Tahrim: 6)

Suami yang beragama, berkemungkinan besar dapat memimpin isteri, melahirkan zuriat yang soleh-solehah, serta membina kehidupan yang baik lagi abadi di akhirat kelak. Sebaliknya, jika gagal mendidik dan memimpin keluarga, anak-anak, isteri dan dirinya sendiri akan terjerumus ke lembah neraka.

Justru, jika wanita tersilap memilih, maka boleh membawa padah pada kehidupan di akhirat nanti.

                       "Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu.
Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam). Dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu.
(Yang demikian ialah kerana) orang-orang kafir itu mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya)."


0

Tuesday, January 7, 2014

KASYAF - Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi

Firman Allah SWT dalam Ayatul Kursiyy (Ayat 255, Surah Al-Baqarah) yang bermaksud:

[Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Maha Hidup Kekal dan Berdiri Dengan Sendirinya, tiada Dia dipengaruhi oleh rasa ngantuk dan tidur, padaNya memiliki segala apa jua di langit dan di bumi, tiada seorang pun sanggup memberi syafaat disisiNya kecuali dengan izinNya, Yang Maha Tahu apa jua di hadapan dan di belakang, sedangkan mereka tidak mengetahui sesuatu apapun dari ilmuNya melainkan sekadar mana yang Dia kehendaki, betapa luas kursi/singgahsanaNya meliputi seluruh langit dan bumi, dan tiada jua berat bagiNya memelihara kedua-duanya, Dia Maha Tinggi lagi Maha Agung].

Apakah Kasyaf  ?


Menurut Imam Al-Ghazali, kasyaf ialah "tersingkap maklumat disebalik hijab berupa perkara ghaib dan perkara perkara yang benar ada." 

Golongan sufi berpendapat bahawa kasyaf adalah anugerah dari Allah SWT kepada seseorang hambaNya. Apabila seseorang dibukakan hijab, maka tersingkaplah rahsia alam langit dan bumi, sidratul muntaha, luh mahfuz, syurga, neraka, kursi, qalam dan lain-lain yang selamanya terselubung dari penglihatan manusia kebanyakan dan menjadi rahsia.

Al-Ghazali mengakui kasyaf tidak diperolehi melalui jalan biasa. Ia diperdapat melalui jalan takwa dan mujahadah. Namun menurutnya, tidak semua orang berjaya mendapatkannya. Dan ilmu dan rahsia yang diperoleh melalui kasyaf tidak boleh ditulis di dalam kitab, kerana kemungkinan banyak rahsia-rahsia Ilahi bertentangan dengan hukum syarak yang terpakai bagi kebanyakan manusia. Hakikat ini dibayangkan dalam kitabnya 'Manhaj Al-Abidin' menerusi 2 bait syair yang dihubungkan kepada Ali Zainal yang bermaksud: “Kadangkala ilmu ini kalau aku hebahkan rahsianya, nanti aku dituduh penyembah berhala. Orang Islam akan menghalalkan darahku kerana menganggap baiknya perkara keji yang mereka lakukan itu.” 

Terdapat juga anugerah kasyaf diberikan kepada seseorang tanpa diminta. Allah berkuasa memberikan apa jua dan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Kasyaf juga tidak mungkin diperdapat melalui paksaan. Umpamanya, memaksa seseorang memindahkan anugerah kasyaf dari seseorang kepada orang yang lain. Anugerah Allah SWT tidak boleh diperdapat melalui rompakan dsbnya.

Namun, kasyaf juga boleh diminta, iaitu Allah mengabulkan permohonan seseorang yang bermunajat atau bermusyahadah untuk mendapatkan kasyaf, lalu Allah menjadikan orang tersebut kasyaf. Agar mukasyafah (orang-orang yang kasyaf) tersebut dapat mengenalNya dan menjadi hambaNya yang sollih insan kamil mukamil.

Jenis-Jenis Kasyaf 


Terdapat banyak takrif kasyaf. Kasyaf mata dan penglihatan, kasyap telinga dan pendengaran, kasyaf lidah dan percakapan, kasyaf hati dan mata basyirah (firasat tinggi mengetahui sesuatu yang tersembunyi lagi ghaib), kasyaf laduni - rasa/zhauk yang berhubungan secara terus kepada Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW, yang bermaksud: “Hendaklah kamu takuti firasat orang mukmin kerana dia melihat dengan pandangan Allah”.

Dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi


Bagi mereka yang inginkan anugerah kasyaf untuk bermusyhadah kejalan Allah SWT, saranan Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi, dari keterangan yang terdapat didalam kitab Khawasul Qur'an, mengamalkan Ayatul Kursiyy seperti berikut;
sesiapa membaca Ayat Kursiyy sebanyak 1000 kali dalam sehari ‎semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi al-Quran yang mulia, Allah SWT akan ‎membuka baginya pandangan rohani, menghasilkan apa yang dimaksud, dan berpengaruh kepada ‎manusia.

Wallohhu 'aklam.
0

Monday, November 25, 2013

Orang Yang Arif

Petikan dari kata-kata Ibnu Sina (980-1037) tentang 'orang yang arif';‎
Orang yang arif mempunyai kedudukan dan darjat yang istimewa dalam kehidupan di ‎dunia ini. Jiwanya bebas dari ikatan raganya, dan membumbung tinggi menuju alam yang qudus. ‎Dalam dirinya ada sesuatu yang tersembunyi, tetapi dari dirinya timbul sesuatu yang nyata. ‎

Orang yang arif hanya punya satu tujuan saja, iaitu mendekati ‘Alhaqqu Awwalu’ ‎kebenaran pertama. Sekali-kali tidak mempunyai tujuan lain. Dan tidak satu pun yang dapat ‎mempengaruhinya. Dia beribadat hanya kepada satu saja, yakni Kebenaran. Kerana Dia hanya ‎yang mustahak buat diibadati. Hubungan dengan yang Esa itu semata-mata hubungan kemuliaan, ‎bukan kerana harap (raghban) dan bukan pula kerana cemas (arhaban).‎

Orang yang arif selalu gembira, senyum dan jernih mukanya. Dia berlaku hormat kepada ‎orang kecil sebagaimana hormatnya kepada orang besar, kerana dia tawadu’, dapat ‎mendudukkan dirinya. Dihadapinya orang tiada terkenal sama dengan menghadapi orang ‎istimewa. Betapa wajahnya tiada jernih, padahal hati sanubarinya sendiri yang telah gembira ‎sejak dia mengenal kebenaran, dan di mana-mana dia melihat hanya satu saja, iaitu Al Haqq, ‎kebenaran. Dia memandang semua sama, kerana semua memang sama. ‎

Orang yang arif tidak mengintip-ngintip dan mencari-cari kelemahan orang, dan tidak ‎tersinggung lekas marah bila melihat yang mungkar, dan jiwanya diliputi rahmat. Dia memandang ‎sirrullah atau rahsia Ilahi yang terbentang dalam qudratNya. Kalau dia menyuruh berbuat ma’ruf ‎‎(kebenaran dan keadilan) selalu dengan lemah lembut, tidak dengan kekerasan dan tidak dengan ‎mencerca. Dan kalau yang ma’ruf itu telah jelas, dia cemburu atasnya dari yang selain ahlinya.‎

Orang yang arif berani. Betapa dia tidak akan berani, padahal dia tidak mengenal lagi ‎akan takut mati.‎ Orang yang arif adalah dermawan. Betapa dia tidak akan dermawan, padahal cintanya ‎tidak lebih lagi sama sekali kepada benda.‎

Orang yang arif adalah pemaaf. Betapa dia tidak akan pemaaf, padahal kemuliaan murni ‎jiwanya lebih tinggi nilai baginya daripada menghubung-hubung kesalahan orang lain.‎

Orang yang arif tidak mengenal dendam. Betapa dia tidak akan berdendam, padahal ‎ingatannya keseluruhannya dipenuhi oleh satu, iaitu mengingati Al Haqq sehingga tidak ada ‎tempat didalamnya buat yang lain.
Justru, nasihat dari Bapak Baginda Muchtar (2/10/1973), bacalah dan cobalah renungkan akan huraian Filasauf Ibnu Sina ini, dan nasihat seterusnya;
Perbaikilah keadaanmu dengan apa yang ada padamu, dan
Perbaikilah keadaan yang di luar badandirimu juga dengan apa yang telah ada padamu.
Kalau dapat memahami betul-betul akan kata-kata tersebut di atas dan dapat pula membawakannya, insyaAllah, segala yang dikehendaki dan diingatkan akan maqbul. Ketahuilah olehmu bahawa dalam diri itu ada sesuatu yang tersembunyi, dan pada ilmu yang telah ada padamu itu, apa sesuatu yang tersembunyi itu telah menjadi kenyataan bagimu sendiri, kerana dia itu terbitnya atau timbulnya dari dirimu sendiri yang engkau sendiri telah dapat merasakannya.....Dan awas, jangan lupa pada diri sendiri dan jangan lupa pada akumu. Segala sesuatunya, lakukanlah dengan sabar dan tenang, jauh dari takabbur dan sombong!
________________________________________

0

Monday, November 11, 2013

Istighfar & Taubat

Istighfar dan Taubat adalah amalan para nabi dan rasul, para ariffinbillah, para solihin, pejuang dan pencari ilmuNya, dan orang-orang yang jiwanya ber-tuhan. Semakin tinggi ilmu, semakin mendalam makrifah seorang hamba kepada Allah, semakin luluh hatinya, semakin kecil keberadaanya di sisi Allah.

Menganggap diri sempurna, memandang rendah pada orang lain, menganggap kehidupan di dunia akan selama-lamanya, itulah sifat keangkuhan dan ria'. Semakin menjauh diri dari Allah, semakin hati menjadi keras, tegar, dan tidak peka pada melakukan kesilapan dan dosa. Kerana hidup penuh kebarangkalian, setiap langkah ke hadapan, belum tahu lagi apa nasibnya, apakah akan menemui ajal? Boleh saja kemungkinan itu berlaku !     

"To err is human" melakukan kesilapan itu memang sifat manusia. Untuk itu, Baginda SAW menasihati supaya membiasakan diri melafazkan istighfar dan taubat andai tersedar diri dari melakukan sebarang kesilapan atau dosa.

Istighfar dan Taubat, di baca ketika tersedar perbuatan atau perkataan boleh memusnahkan amalan. Mulakan dengan yang ringkas dan mudah.


" aku mohon ampun kepada Allah Maha Agung, yang tiada lain berhak di sembah melainkan hanya Dia Maha Hidup lagi Maha Berdiri Dengan Sendirinya, dan aku bertaubat padaNya,  aku mohon taubat dan maghfirohNya (keampunanNya), sesungguhnya Dia Penerima Taubat dan Maha Penyayang."

________________________________________  
0

Friday, July 19, 2013

ZAKAT: BERKENAAN SIAPA & HARTA YANG WAJIB

Siapa Yang Wajib

Setiap individu yang ingin membayar zakat harus di ambil kira syarat wajib zakat yang perlu difahami dan dipenuhi sebelum membuat taksiran. Syarat-syarat tersebut ialah:

Islam. Zakat hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja.

Merdeka. Syarat ini tetap dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib.

Sempurna Milik. Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.
0

Asnaf Zakat

Skop Agihan Zakat Lembaga Zakat Selangor (MAIS) berdasarkan yang telah ditetapkan oleh syara’. Asnaf tersebut seperti mana yang dijelaskan dalam surah At-Taubah ayat 60:


“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”  
Siapa Yang Layak Menerima Zakat  ?

Zakat akan diagihkan kepada beberapa asnaf. Asnaf-asnaf tersebut ialah:

1)    Asnaf Fakir.  Fakir ialah orang Islam yang tidak mempunyai harta hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya untuk memenuhi keperluan dirinya dan tanggungannya termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain.

2)    Asnaf Miskin. Miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta dan hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya tetapi masih tidak mencukupi untuk menanggung keperluan dirinya dan tanggungannya.
0

LAMAN SOAL JAWAB AGAMA: ZAKAT FITRAH ORANG TIDAK MAMPU

0

Thursday, June 20, 2013

KASIHI IBU !!!

PERLU DIBACA oleh setiap insan... ‎

IBU anda, PEMINAT SETIA anda !!!‎

Ibumu telah membawamu di dalam kandungannya, selama # 9 bulan. Selama itu, dia mengharungi susah-payah ‎perit-jerih menanggung sakit, pening, loya, muntah, mules, kelelahan dan berbagai. Dilihat kedua kakinya membengkak, kekadang "cramp" sakitnya teramat, kulit kaki dan perutnya menegang, merekah terkoyak. Dia juga yang tercungap-cungap sesak nafas kepenatan menaiki ‎tangga. Malam mendatang, matanya terkebil-kebil merenung jauh, sukar melelapkan, tidurnya kurang sekali. Kemudian...dia melalui KESAKITAN YANG MEMERITKAN... untuk melahirkan anda ke dunia ini.

Sejak itu, ‎dialah pencinta anda, perawat anda, pendokong anda, chef anda, pembantu-rumah anda, pemandu/sopir anda, peminat setia anda, dan ‎teman akrab anda. Dialah yang berusah-payah untuk anda, berlapar kerana anda, menangis kerana anda, mengharap yang terbaik ‎bagi anda, dan jiwa dan raganya bermohon untuk anda, kerana baginya andalah orang yang teristimewa di dunia ini. ‎

Kebanyakan kita menganggap semua ini perkara biasa saja. Akan tetapi, ada orang yang bernasib malang kehilangan ibunya ‎buat selamanya, dan ada juga yang tidak pernah lansung mengenali ibunya. ‎
LIKE sekiranya anda sayang anda kasih ibu anda, dan tinggalkan komen TERIMA KASIH WAHAI IBUKU ‎‎!!! Atau jangan peduli sekiranya anda memang tidak menghargai ibu anda…‎

*Petikan dari:
Love and Relationship ZONE's photo.‎
0

Thursday, April 11, 2013

BACALAH AL QUR'AN !!!


Bacalah al-Qur’an kerana ia adalah kitab Allah, firman-firman Allah kepada manusia. Ia mengandungi: ‎ilmu dan amalan kepada manusia, mengajar manusia tentang Allah Maha Penguasa dan Pencipta segala sesuatunya. ‎MengenalNya, nama-namaNya, sifat-sifatNya, dan af'alNya. Tentang penciptaan dan ketauhidan, perihal dunia dan akhirat, ibadah, akhlak, suruhan dan ‎larangan, iktibar dan pedoman, kisah dan teladan, garis panduan kehidupan tatkala di dunia menuju akhirat. ‎Bahkan segala-galanya tentang alam semestaraya yang telah manusia ketahui atau belum ketahui terkandung di dalam al-Qur’an.

Bacalah, hayatilah al-Qur’an !!! pastinya amalan sedemikian menghasilkan banyak kebaikan untuk kehidupan di ‎dunia mahu pun di akhirat. Terdapat banyak hadis Rasulullah SAW yang menerangkan berbagai kelebihan membaca ‎dan mengamalkan isi kandungan al-Qur’an, antara intisarinya : ‎


Bacalah al-Qur’an!!!  kerana sesungguhnya orang yang dalam hatinya tidak ada sesuatu apapun dari al-Qur'an, maka dia ibarat rumah yang kosong.

3

Monday, April 8, 2013

Ayat 1000 Dinar (Ayat 2 & 3, Surah At-Thalaq)



Ayat 1000 Dinar
“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia menjadikan baginya jalan keluar (2). Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di duga, dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Dia akan mencukupkannya, sesungguhnya Allah melaksana urusan yang dikehendakiNya, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu (3).” (Surah At-Thalaq: 2 -3)
  

Ayat 2 - 3, Surah At-Thalaq ini lebih dikenali sebagai ‘Ayat 1000 Dinar.’‎ Ayat-ayat ini merupakan amalan yang berkaitan dengan pemeliharaan Allah ketika menghadapi kemelut kehidupan dan kurniaan rezeki dariNya. 

Riwayat Turunnya Ayat 1000 Dinar

Ayat 1000 Dinar diturunkan oleh Allah SWT berkaitan peristiwa Auf bin Malik al-Asyja’i. Beliau mempunyai anak lelaki yang di tawan oleh kaum musyrikin. Lalu mengadu kepada Rasulullah SAW. Baginda meminta Auf agar bersabar, sambil bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT akan menjadikan jalan keluar bagimu.”

0

Friday, March 15, 2013

Hikmah kalimah “BISMILLA HIRROHMA NIRROHIIM” !!! ‎


Kenapa perlu kalimah “Bismilla hirroHma nirroHiim” dilekapkan di ambang pintu rumah atau terpahat di dalam hati sanubari??? ‎

Petikan singkat di bawah ini adalah suatu riwayat tentang pertembungan Nabi Musa AS dan Fir’aun, dari Imam Fakhruddin ar-Razi, tercatit di dalam Kitab Madinatul-Asroor. Riwayat ini menggambarkan betapa besar hikmah kalimah “bismilla hirroHma nirroHiim" meskipun hanya terlekap di ambang pintu rumah!
2

Sunday, December 30, 2012

Doa Ismul A'zham Merawat Tubuh

[Ya Allah, aku memohon padaMu, wahai Yang Maha Mengetahui segala ketakutan! Wahai Zat Yang KudratNya teguh menguasai langit! Wahai Zat Yang KudratNya berlansung hanya dengan kata-kata kehendakNya dibumi! Wahai Zat Yang Cahaya KeagunganNya memancar menerangi matahari dan bulan! Wahai Yang Mengkabulkan kepada setiap diri yang suci! Wahai Yang Menghilangkan rasa ketakutan di kalangan manusia! Wahai Zat Yang Disisinya Menunaikan segala hajat para makhluk! Wahai Zat Yang Menyelamatkan Nabi Yusuf dari pengkelanaan! Wahai Zat yang tiada bagiNya perantara bagi mereka yang menyeruNya, dan bagiNya tiada memiliki kepalsuan, dan tiada pembantu menunaikannya, dan tiada Rabb yang lain selain Dia tempat berdoa, dan tiada melayani segala hajat melainkan dengan kemurahan dan kebaikanNya! Selawat keatas Muhammad dan ahli keluarganya, perkenankanlah permintaanku, sesungguhnya Engkau berkuasa keatas setiap sesuatunya, Wahai Yang Maha Hidup! Wahai Yang Berdiri Dengan Sendirinya! Wahai Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!]
11

Saturday, December 22, 2012

Wirid-Wirid Berupa Kunci-Kunci Langit & Bumi

Kunci-Kunci Langit dan Bumi  merupakan wirid-wirid di bawah ini; yakni Zikir Khusus, Selawat A'zhimiah, dan Istighfar Kabir.

Rasulullah SAW bersabda: "wahai Ahmad, kini telah aku berikan kepadamu kunci-kunci langit dan bumi; iaitu zikir yang khusus, selawat yang agung (selawat a'zhimiah), dan istighfar yang besar (istighfar kabir)”.

7

Friday, December 21, 2012

Doa Ismul A'zham Zaid Haritsah RA

Rasulullah SAW bersabda, “hai Zaid, engkau telah di ajar oleh Allah SWT kalimah ismul ‘akzham, sesiapa yang berdoa dengannya akan diperkenankan, dan sesiapa yang meminta dengannya akan di beri dengan segera.” 

[Ya Allah, Maha Pencinta 3x Wahai Pemilik Arasy Yang Mulia, Wahai Zat Yang Menzahirkan, Wahai Zat Yang Mengembalikan, Wahai Zat Yang Berbuat SekehendakNya, aku memohon padaMu demi nur wajahMu yang memenuhi seluruh ruang ArasyMu, dan demi qudratMu yang telah Engkau taqdirkan ke atas sekelian makhlukMu, dan demi rahmatMu yang meliputi setiap sesuatunya, tiada tuhan melainkan Engkau, demi rahmatMu yang memberi pertolongan, Wahai Zat Yang Menolong orang yang meminta pertolongan, tolonglah aku 3x].

0

Thursday, November 29, 2012

Ayat Kursiyy & Fadhilatnya

Ayat Kursiyy, iaitu Ayat 255, Surah Al-Baqarah. Dikenali sebagai ‘Penghulu Segala Ayat-Ayat Al-Quran’.

Firman Allah SWT (Ayat Kursiyy), yang bermaksud:

[Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Maha Hidup Kekal dan Berdiri Dengan Sendirinya, tiada Dia dipengaruhi oleh rasa ngantuk dan tidur, padaNya memiliki segala apa jua di langit dan di bumi, tiada seorang pun sanggup memberi syafaat disisiNya kecuali dengan izinNya, Yang Maha Tahu apa jua di hadapan dan di belakang, sedangkan mereka tidak mengetahui sesuatu apapun dari ilmuNya melainkan sekadar mana yang Dia kehendaki, betapa luas kursi/singgahsanaNya meliputi seluruh langit dan bumi, dan tiada jua berat bagiNya memelihara kedua-duanya, Dia Maha Tinggi lagi Maha Agung].

Ayat Kursiyy memiliki 170 huruf, 50 kalimah/kata-kata, 7 ayat. Ayat ini diwahyukan selepas hijrah Rasulullah SAW ke Madinah. Turunnya ayat ini diiringi oleh gerombolan 70,000 malaikat memuliakannya. Waktu ayat ini diturunkan, semua syaitan gempar, lari bertempiaran dan bertabrakan sesama sendiri, sehingga pergi mengadu kepada ketua mereka, iaitu iblis. Mereka kemudian di suruh menyiasat apa yang telah berlaku. Tiba di Madinah, tahulah mereka bahawa Ayat Kursiyy telah diturunkan untuk umat islam, sebagai perisai utuh yang akan merintangi dan menghancurkan kekuatan mereka. Alhamdulillah!!!

0

Wednesday, November 28, 2012

Anak Kunci Khazanah Amalan

Anak Kunci Khazanah Amalan

[Ya Allah, sesungguhnya aku persembahkan padaMu keharibaan (di antara 2 tanganMu) dari setiap nafas, kerdipan, peredaran, dan kerlipan, yang berkelipan/berligar daripada ahli-ahli langit dan ahli-ahli bumi, dan setiap  sesuatunya yang di dalam ilmu (dan kerajaan) Engkau, yang wujud atau telah sekian wujudnya, ku persembahkan padaMu keharibaan (di antara 2 tanganMu) setiap sesuatunya yang sedemikian itu.....]

0

Tuesday, November 27, 2012

Solat Jenazah

Solat Jenazah hukumnya adalah fardu kifayah; perlu dilaksanakan oleh sebahagian dari umat Islam.

ehsan dari Ensiklopedia Muslim
Syafaat. Setiap mayat orang Islam wajib disolatkan, solat tersebut dinamakan Solat Jenazah, yakni secara berjemaah. Jika jemaah yang mengerjakan Solat Jenazah mencapai 40 atau 100 orang, maka Allah SWT akan kabulkan permohonan syafaat mereka untuk jenazah tersebut.

Ini berdasarkan nas yang diriwayatkan oleh Kuraib (pelayan Ibnu ‘Abbas), dari ‘Abdullah bin ‘Abbas ra, bahawa Ibnu Abbas ra berkata: ...... sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: 'Tidaklah seorang Muslim meninggal dunia lalu ada 40 orang yang mendirikan Solat Jenazah baginya, yang mereka tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun, melainkan Allah akan mengabulkan permohonan syafaat mereka untuk jenazah tersebut.'  (Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Janaaiz, no: 948).

0

Monday, November 26, 2012

Solat Witir

Solat Witir merupakan solat sunat terakhir di malam hari. Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkan bersolat witir, wahai ahli Al-Quran." HR Abud Dawud dan Tirmizi.

Waktu untuk mengerjakan solat ini ialah selepas solat isyak sehingga terbit fajar.

Dilakukan secara bersendirian, atau dilaksanakan secara berjemaah. Berjamaah selalunya dilakukan di bulan Ramadhan sesudah Solat Tarawih, bersolat witir 3 rakaat, menjadi amalan sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Solat Witir di bulan Ramadan, selepas 15 Ramadhan, disunatkan membaca doa Qunut pada rakaat terakhir, setelah bangun dari ruku’.

Jumlah rakaat bagi solat witir ialah ganjil, bersesuaian dengan nama witir, iaitu ganjil. Paling sedikit 1 rakaat, atau 3, 5, 7, 9, 11 rakaat. Ada juga nas sehingga 13 rakaat. Afdalnya 11 rakaat.

0

Sunday, November 25, 2012

Solat Tahajjud

Solat Tahajjud adalah solat sunat, dilakukan di waktu malam, setelah tidur terlebih dahulu, kerana "tahajjud" juga membawa maksud bangun di malam hari. Solat Tahajjud juga merupakan terapi bagi sebarang kemudaratan disegi zahir mahupun batin, dunia mahupun akhirat.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash, Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Solat yang paling disukai oleh Allah SWT adalah solat Nabi Daud AS, dan puasa yang paling disukai oleh Allah SWT adalah puasa Nabi Daud AS. Beliau biasa tidur seperdua malam dan solat pada sepertiganya, kemudian tidur lagi seperenamnya, dan beliau berpuasa satu hari dan tidak berpuasa satu hari.” (HR Bukhari)

Sepertiga (1/3) Malam: Rasulullah SAW bersabda: "Rabb (Tuhan) kita turun disetiap malam ke langit yang terendah, iaitu saat sepertiga malam terakhir, maka Dia berfirman: 'Siapa yang berdoa kepadaKu maka Aku kabulkan, siapa yang meminta kepadaKu maka Aku berikan kepadanya, dan siapa yang meminta ampun kepadaKu maka Aku ampunkan untuknya'." (HR Al Bukhari)

Waktu bilakah bermulanya sepertiga malam? Ianya bermula selepas selesai solat Isyak, sehingga sebelum masuk waktu Subuh. Dibahagikan kepada 3 bahagian: jarak antara waktu Isyak - Subuh adalah 9 jam, maka 3 jam pertama selepas Isyak dikira 1/3 awal, 3 jam kedua di kira 1/3 pertengahan, dan 3 jam terakhir dikira 1/3 akhir malam. Bermakna (di Malaysia), bermula kira-kira pukul 2.30-3.00 pagi itulah bermula waktu 1/3 akhir malam (Indonesia 1.30-2.00 pagi). Maka, Solat Tahajjud boleh dilakukan samada pada 1/3 awal, 1/3 pertengahan, atau 1/3 akhir malam!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...