0

Tuesday, November 27, 2012

Solat Jenazah

Solat Jenazah hukumnya adalah fardu kifayah; perlu dilaksanakan oleh sebahagian dari umat Islam.

ehsan dari Ensiklopedia Muslim
Syafaat. Setiap mayat orang Islam wajib disolatkan, solat tersebut dinamakan Solat Jenazah, yakni secara berjemaah. Jika jemaah yang mengerjakan Solat Jenazah mencapai 40 atau 100 orang, maka Allah SWT akan kabulkan permohonan syafaat mereka untuk jenazah tersebut.

Ini berdasarkan nas yang diriwayatkan oleh Kuraib (pelayan Ibnu ‘Abbas), dari ‘Abdullah bin ‘Abbas ra, bahawa Ibnu Abbas ra berkata: ...... sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: 'Tidaklah seorang Muslim meninggal dunia lalu ada 40 orang yang mendirikan Solat Jenazah baginya, yang mereka tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun, melainkan Allah akan mengabulkan permohonan syafaat mereka untuk jenazah tersebut.'  (Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Janaaiz, no: 948).


Dari ‘Aisyah ra, katanya Nabi SAW bersabda, yang bermaksud: "Tidaklah seorang yang meninggal dunia lalu disolatkan oleh umat islam yang jumlahnya mencapai 100 orang, yang semunya memohon syafaat baginya, melainkan mereka akan diberikan syafaat untuk jenazah tersebut." (riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Janaaiz, no: 947).

Tempat Solat. Solat Jenazah boleh dilakukan di dalam masjid. Juga di luar masjid, yakni di tempat khusus yang disediakan untuk mensolati jenazah. Di larang mengerjakan di kuburan secara sengaja kerana terdapat dalil-dalil yang mengharamkan untuk bersolat di kuburan atau menghadap kuburan. Namun, bagi mereka yang tidak sempat mengerjakan solat jenazah sedangkan mayat itu telah dikuburkan, maka dalam situasi sebegini dibenar mengerjakan Solat Jenazah di kuburan tersebut. 

Posisi Imam. Jika mayat lelaki, Imam berdiri lurus di kepala mayat tersebut. Jika mayat perempuan, Imam berdiri di tengah-tengah mayat tersebut. Jika beberapa jenazah yang bercampur lelaki dan perempuan, Imam boleh membuat pilihan sama ada mengerjakan Solat Jenazah satu persatu, atau serentak untuk semua jenazah. Jika solat dilakukan serentak, maka posisi jenazah lelaki (walaupun masih kanak-kanak) berada di hadapan imam sedangkan jenazah wanita diletakkan setelah jenazah lelaki (dalam satu barisan panjang) sesuai dengan arah kiblat.

Shaff. Disunatkan menyusun shaff menjadi 3 barisan. Riwayat dari Malik bin Hubairah, dia berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: "Tidaklah seorang Muslim meninggal dunia lalu disolatkan oleh 3 shaff kaum Muslimin, melainkan diwajibkan (baginya syurga)." (hadits riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Janaaiz, no: 2753). Anak-anak kecil juga berdiri dalam shaff yang sama dengan orang dewasa ketika Solat Jenazah kerana Ibnu ‘Abbas ra ketika itu masih kanak-kanak lagi.

Jumlah Takbir. Solat Jenazah merupakan satu solat yang dikerjakan sambil berdiri disertakan dengan sejumlah takbir tanpa rukuk, sujud dan tasyahud. 

Sebenarnya, terdapat beberapa jumlah takbir yang dilakukan oleh Rasulullah SAW; iaitu 4, 5, 6, 7 dan 9 takbir. Namun, bila diharuskan untuk berpegang kepada salah satunya, maka 4 takbir di anggap sepakat memandangkan terdapat banyak riwayat yang menceritakannya.

Tatacara Solat Jenazah:

1] Berdiri lurus, bersama niat lalu angkat Takbir Pertama "Allohu akbar", lantas membaca Al-Fatihah;
"Sahaja aku solat ke atas jenazah lelaki ini 4 takbir fardhu kifayah makmum kerana Allah taala."
"Sahaja aku solat ke atas jenazah perempuan ini 4 takbir fardhu kifayah makmum kerana Allah taala."
"Sahaja aku solat ke atas jenazah kanak-kanak lelaki ini 4 takbir fardhu kifayah makmum kerana Allah taala."
"Sahaja aku solat ke atas jenazah kanak-kanak perempuan ini 4 takbir fardhu kifayah makmum kerana Allah taala."

***Berbeza dengan solat-solat lain, solat jenazah tidak dibacakan doa iftitah dan ini merupakan pendapat jumhur (majoriti) para ulamak. Ada juga hadits-hadits menyatakan setelah takbir pertama dibacakan surah al-Fatihah dan satu surah dari al-Qur’an secara perlahan (sirr).

2] Angkat Takbir Kedua "Allahu akbar", lantas membaca selawat ke atas Nabi SAW;

atau


[Ya Allah, berilah selawat keatas Muhammad dan ahli keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat keatas lbrahim dan keluarga lbrahim. Dan berkati Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga lbrahim, bagi seluruh alam, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Pemurah].

*** Boleh dibaca selawat pendek, atau selawat Ibrahimiah sepertimana dalam tahiyyat akhir solat fardhu.  

3] Angkat Takbir Ketiga "Allahu akbar", lantas mendoakan keampunan ke atas mayat;

 
atau,

mayat lelaki
Doa yang panjang untuk mayat lelaki ---
mayat perempuan
[Ya Allah, ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakan dia, ampunilah dosa dan kesalahannya, sambutlah kedatangannya, dan luaskanlah tempat tinggalnya. Bersihkan dia dengan air, salji dan embun, luputkan dari segala dosa seperti kain putih bersih dari segala kekotoran, dan gantikan baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya yang dahulu, dan gantikan baginya ahli keluarga yang lebih baik dari ahli keluarganya yang dahulu (dan gantikan pasangan hidupnya dengan pasangan yang lebih baik dari dahulu, dan masukkan dia ke dalam Syurga dan jauhi dia dari azab kubur serta fitnahnya dan lindungi dia dari azab api neraka).]
Dan jika mayat kanak-kanak:

[Ya Allah, jadikan dia sebagai tuah bagi ibubapanya, sebagai taruhan, simpanan, pengajaran, iktibar dan penolong, dan beratkan timbangan amal keduanya, dan tuangkan kesabaran yang santun (indah) ke atas hati mereka, dan jangan Engkau timpakan bencana  keduanya sesudah (kematian anaknya) dan jangan Engkau haramkan kedua mereka ganjarannya].

*** jika anak perempuan, sebutan hu, hi ditukar kepada sebutan (ha).

4] Angkat Takbir Ke Empat "Allahu akbar", lantas berdoa;


atau doa lebih panjang...
[Ya Allah, janganlah tertegah pahalanya pada kami, janganlah Engkau beri kami fitnah sepeninggalannya, ampuni kami dan dia dan saudara-saudara kami yang terdahulu beriman dari kami, dan jangan Engkau jadikah hati kami dipenuhi dengki dan khianat terhadap orang-orang yang beriman. Rabb kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang].

*** jika perempuan, sebutan "hu" ditukar kepada sebutan (ha).

5] Memberi salam ke kanan dan ke kiri. Selesai.


Wasallam, moga syafaat dikabulkan buat jenazah!!!
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...