0

Friday, November 23, 2012

Solat Istikharah

Solat Istikharah adalah solat sunat memohon petunjuk dari Allah SWT tentang pilihan yang harus diikuti untuk kehidupan.

Manusia sentiasa berhadapan dengan pilihan di dalam kehidupan. Kekadang pilihan di kira sudah cukup baik, namun kesudahannya amat disesali. Dan kekadang taqdir Tuhan di kira tidak memenuhi citarasa, rupa-rupanya bahagia yang memenuhi jiwaraga.

Apabila ada keraguan dihati, apabila fikiran kusut memikirkan mana yang baik harus dipilih, atau apabila tidak mahu tersalah pilih dalam kehidupan, Solat Istikharah jangan ditinggalkan. Ikutlah langkah-langkah taqdir dari ketentuan Ilahi melalui "istikharah", insyaAllah selamat dan bahagia dunia dan akhirat.

Cara Solat Istikharah:
  • 2 rakaat 1 salam; rakaat pertama Fatihah + Surah Al-Kafiruun, rakaat kedua Fatihah + Surah Al-Ikhlas.
  • Lafaz Niat: [sahaja aku solat sunat istikharah 2 rakaat kerana Allah Ta'ala]
  • Waktu; tidak ditentukan, malam atau siang, pagi atau petang (kecuali waktu-waktu yang diharamkan bersolat).

Doa Istikharah, di baca apabila selesai solat:

[Ya Allah, aku mohon petunjukMu dengan ilmuMu, aku mohon ketentuanMu dengan kekuasaanMu, dan aku mohon dariMu limpah kurniaMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Penentu sedang aku tidak berkuasa menentukan, Engkau Maha Mengetahui sedang aku tidak mengetahui, dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau tahu urusan ini (sebutkan urusan.....) adalah baik bagiku dalam agamaku, keduniaanku (kehidupanku) dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka takdirkan ia bagiku, berkatkan darinya bagiku, serta permudahkan bagiku, jika Engkau tahu urusan ini (sebutkan urusan.....) mendatangkan keburukan bagiku dalam agamaku, keduniaanku (kehidupanku) dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka palingkan aku darinya dan palingkan ia dariku, takdirkan kebaikan bagiku dalam apa jua keadaan serta redhailah aku dengannya].
  Wasallam, moga bermanfaat!!! 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...