0

Sunday, November 11, 2012

Selawat Nuruzzaati

Selawat Nuruzzaati sangat ringkas dan padat. Selawat ini dinisbatkan pada Syeikh Abu Hassan As-Syazali ra, seorang ahli sufi yang mursyid.

Sayyed Ahmad As-Syawi telah menamakan selawat ini sebagai “Nuruzzaati.”
(Ya Allah, limpahkanlah selawat, salam dan keberkahan ke atas junjungan kami Muhammad, cahaya dari zat, rahsia dari yang terahsia, dalam segala nama dan sifat...dan salam ke atas ahli keluarganya dan para sahabatnya).
*Setiap selawat menjadi sempurna apabila diakhiri dengan salam ke atas ahli keluarga Baginda SAW. Justru, sesiapa yang ingin mengamalkan selawat ini, sebaiknya diakhiri dengan "wa-'ala alihi wasoHbihi wasallim."  


Menurut Syeikh Abu Hassan, selawat ini sebanding dengan 100,000 selawat lainnya.

Dan menurut Sayyid Ahmad As-Syawi; sekiranya di baca 500 kali setiap hari, nescaya akan terhindar dari kesulitan hidup, insyaAllah!


Moga bermanfaat!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...