Apakah Zat Gizi Kalsium
Kalsium bersimbolkan Ca. Ia sejenis zat galian/gizi bukan organik berunsurkan logam bumi yang lembut, berwarna kelabu, sifatnya ber-alkalin.
Kalsium sangat mustahak pada tubuh dan kehidupan. Dibandingkan dengan zat-zat galian lain, kalsium paling banyak terkandung didalam tubuh. Kira-kira 99% kalsium berada dan tersimpan dalam tulang dan gigi. Bakinya berada diseluruh cecair tubuh bagi memenuhi berbagai fungsi dan metabolisma tubuh. Kalsium lebih diperlukan oleh tubuh dari mana-mana zat gizi lain. Permakanan yang sihat perlu sentiasa ada kalsium.
Fungsi-Fungsi Kalsium
Kalsium menyumbang berbagai peranan kepada tubuh. Ia merupakan zat gizi utama dalam pembinaan tulang dan gigi. Tubuh sentiasa memerlukannya untuk memastikan kesinambungan penguncupan semua otot, terutama otot jantung. Kalsium juga terlibat dalam urusan pengeluaran hormon, fungsi otak dan saraf berkaitan penghantaran maklumat ke otak dan pelepasan neurotransmitter dari sel-sel saraf neuron. Kalsium juga merupakan komponen penting dalam penghasilan enzim dan hormon yang mengurus penghadaman dan metabolisma tenaga dan lemak, komponen mustahak dalam sistem pembekuan darah. Ia juga bertindak sebagai ejen pembawa ion (bahan yang dihidupkan dengan tenaga letrik) untuk melintasi selaput/membrane, membantu memelihara semua sel dan tisu penghubung dalam tubuh, dan membantu kesembuhan luka.