Apakah Boron ?
BORON. Nama-nama lain: Borate, Sodium Borate, Boric Acid, Boric Anhydride, Boric Tartrate.
Boron adalah zat gizi kelumit, bersimbolkan B. Hanya sekelumit boron yang diperlukan oleh tubuh bagi memelihara pertumbuhan dan kesihatan normal.
Boron adalah unsur bukan logam, yang memiliki 5 jumlah atom. Ia terdapat dalam lapisan mukabumi pada kepekatan 0.001%. Walaupun boron bukan berunsur logam, tapi dikelaskan sebagai 'metalloid' kerana memiliki ciri-ciri mirip logam.
Boron diserap oleh pohon-pohon dari alam sekitar dalam kadar kelumit. Manusia dan binatang mendapat bekalan boron dalam kadar sekelumit melalui permakanan bahagian-bahagian pokok. Boron alami terdiri dari asid borik dan borate dan boleh diperdapat melalui permakanan buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, bijian dan bijiran.
Ada pendapat mengatakan boron bukan zat yang benar-benar diperlukan oleh tubuh manusia. Sebab itu, ia tidak disahkan secara resmi sebagai nutrien penting bagi kesihatan tubuh manusia.
Namun pendapat yang semakin diterima, boron merupakan zat gizi kelumit yang diperlukan oleh tubuh manusia bagi memenuhi berbagai proses biologi dalaman tubuh yang belum sepenuhnya difahami.
Fungsi Boron
Fungsi-fungsi utama boron sejauh yang difahami, antaranya:
| ||
| ||
| ||
| ||
|

- membantu nutrien yang terlibat dengan metabolisma tubuh seperti vitamin D, kalsium dan magnesium; meningkat kemampuan tubuh menyerap kalsium dan magnesium, membantu kalsium dalam pembinaan tulang dan mencegah hakisan kalsium, dan membantu mengimbangi kekurangan vitamin D3.
- mempengaruhi paras hormon dan kelenjar-kelenjar thyroid dan parathyroid bagi mengurus kesaimbangan kalsium, magnesium, dan fosforus. Meningkat kepekatan hormon steroid (estrogen dan testosterone) pada lelaki dan wanita.
- memiliki nilai-nilai anti-oksidan yang bermanfaat bagi mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
- membantu memelihara fungsi selaput sel dan menstabilkan receptor hormon pada selaput sel.
- pencegah enzim tertentu (mengikat dan mengurangkan aktiviti enzim) dan pada masa yang sama menjadi faktor gandingan kepada tindak-balas enzim yang lain.