Showing posts with label ROSACEA. Show all posts
Showing posts with label ROSACEA. Show all posts
0

Tuesday, February 11, 2014

Zat Gizi Zinc dan Kesihatan Kulit

Zinc (Zn) adalah zat gizi yang sangat berpengaruh pada kesihatan kulit. Samada ‎dibekalkan kepada tubuh melalui bahan-bahan makanan alami, supplemen, atau krim sapuan, Zn menyumbang kepada pemeliharaan dan kesembuhan dari berbagai jenis penyakit kulit. Antaranya:

1   JerawatZn didapati berkesan merawat dan menghilangkan jerawat biasa dan jerawat batu.

Minyak dan hormon adalah 2 ‎penyebab utama kepada timbul jerawat. Zn adalah zat yang
mengawal-urus aktiviti kelenjar-kelenjar penghasil minyak dan kadar hormon dalam lapisan kulit. Zn juga memelihara kesaimbangan hormon-hormon seks lelaki seperti ‘testosterone’ yang menyebabkan timbul jerawat pada wanaita. 

Zn merawat dan menyembuhkan jerawat yang sudah timbul. Zn juga membantu mengurangkan kesan parut, dan juga bengkak merah dari radang jerawat. Luka disebabkan jerawat adalah ‎tarikan pada jangkitan bakteria dan virus, dan Zn meransang penghasilan sel-sel darah putih untuk ‎melawan jangkitan.

Jenis zinc gluconate dan zinc sulfate sering digunakan bagi mengurangkan radang kulit pada jerawat; dan merawat, menyembuh parut ‎jerawat. Namun begitu, perlu di ingat, manfaat Zn tidak berlaku pada semua individu. Zn mungkin berkesan dan sesuai bagi setengah individu, manakala pada individu lain tidak lansung menunjukkan sebarang kesan.

0

Friday, October 18, 2013

Zinc ‎ | Pemuliharaan Kulit ‎

Zinc Untuk Kesihatan Kulit

Zinc adalah zat gizi yang sangat penting pada keseluruhan sistem kekebalan tubuh dan untuk ‎pemuliharaan tubuh. ‎

Zinc memiliki pelbagai fungsi dalaman tubuh.
  • DNA. Zat ini diperlukan dalam proses cambah-biak DNA bagi menghasilkan sel-sel baru dan juga ‎membaik-pulih DNA. ‎
  • Ejen Kesembuhan. Zinc juga merupakan komponen untuk membolehkan enzim berfungsi dengan sempurna ‎untuk membaik-pulih dan menyembuh sebarang kecederaan pada kulit. 
  • Ejen Penegang. Zinc menegangkan kulit, mengecut dan ‎memejal tisu-tisu tubuh. Kulit menjadi lebih bersih, cerah dan sihat.
  • Anti-keradangan. Zinc oxide bertindak sebagai ejen pengering dan anti-keradangan pada ‎kulit, juga membantu meredakan gatal-gatal, ruam, dan lembab diselangkangan ‎terutama pada kanak-kanak.‎
  • Anti-oksidan. Zinc diperlukan dalam penghasilan ‎‎‘superoxide dismutase’ (SOD), iaitu sejenis enzim anti-oksidan yang berkesan melindungi semua ‎jenis sel yang terdedah kepada oxygen termasuk sel-sel kulit.
  • Penghasilan Protein. Zinc juga sebagai faktor gandingan untuk kulit menghasilkan protein ‘metalloproteinase’ ‎‎(MMP) yang terlibat dalam penyusunan semula tona kulit dan bertindak mengeluarkan ‎tisu-tisu yang rosak.
  • Sistem Kekebalan. Zinc juga membantu penyerapan Vitamin A bagi mempertingkat proses kesembuhan dan ‎melawan jangkitan bakteria. Ia juga sebagai faktor gandingan dalam penghasilan enzim ‎‎‘adenosine deaminase’ (ADA), yang bertugas memberi signal kepada sel-sel T sebagai sebahagian ‎dari proses pertahanan tubuh mencegah dari jangkitan. ‎
Semua proses-proses tersebut ini melibatkan penghasilan sel-sel baru, menyumbang kepada kesembuhan dan baik-pulih tubuh. Tanpa kadar zinc yang mencukupi, proses pulihara kulit akan menjadi lembab atau ‎lansung tidak berlaku. Bagi warga berusia, kadar zinc dalam tubuh lebih mudah berkurangan. ‎Justru, zinc sangat penting untuk kulit dan kesihatan tubuh pada keseluruhannya. ‎

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...