0

Thursday, November 29, 2012

Ayat Kursiyy & Fadhilatnya

Ayat Kursiyy, iaitu Ayat 255, Surah Al-Baqarah. Dikenali sebagai ‘Penghulu Segala Ayat-Ayat Al-Quran’.

Firman Allah SWT (Ayat Kursiyy), yang bermaksud:

[Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Maha Hidup Kekal dan Berdiri Dengan Sendirinya, tiada Dia dipengaruhi oleh rasa ngantuk dan tidur, padaNya memiliki segala apa jua di langit dan di bumi, tiada seorang pun sanggup memberi syafaat disisiNya kecuali dengan izinNya, Yang Maha Tahu apa jua di hadapan dan di belakang, sedangkan mereka tidak mengetahui sesuatu apapun dari ilmuNya melainkan sekadar mana yang Dia kehendaki, betapa luas kursi/singgahsanaNya meliputi seluruh langit dan bumi, dan tiada jua berat bagiNya memelihara kedua-duanya, Dia Maha Tinggi lagi Maha Agung].

Ayat Kursiyy memiliki 170 huruf, 50 kalimah/kata-kata, 7 ayat. Ayat ini diwahyukan selepas hijrah Rasulullah SAW ke Madinah. Turunnya ayat ini diiringi oleh gerombolan 70,000 malaikat memuliakannya. Waktu ayat ini diturunkan, semua syaitan gempar, lari bertempiaran dan bertabrakan sesama sendiri, sehingga pergi mengadu kepada ketua mereka, iaitu iblis. Mereka kemudian di suruh menyiasat apa yang telah berlaku. Tiba di Madinah, tahulah mereka bahawa Ayat Kursiyy telah diturunkan untuk umat islam, sebagai perisai utuh yang akan merintangi dan menghancurkan kekuatan mereka. Alhamdulillah!!!

0

Wednesday, November 28, 2012

Anak Kunci Khazanah Amalan

Anak Kunci Khazanah Amalan

[Ya Allah, sesungguhnya aku persembahkan padaMu keharibaan (di antara 2 tanganMu) dari setiap nafas, kerdipan, peredaran, dan kerlipan, yang berkelipan/berligar daripada ahli-ahli langit dan ahli-ahli bumi, dan setiap  sesuatunya yang di dalam ilmu (dan kerajaan) Engkau, yang wujud atau telah sekian wujudnya, ku persembahkan padaMu keharibaan (di antara 2 tanganMu) setiap sesuatunya yang sedemikian itu.....]

0

Tuesday, November 27, 2012

Solat Jenazah

Solat Jenazah hukumnya adalah fardu kifayah; perlu dilaksanakan oleh sebahagian dari umat Islam.

ehsan dari Ensiklopedia Muslim
Syafaat. Setiap mayat orang Islam wajib disolatkan, solat tersebut dinamakan Solat Jenazah, yakni secara berjemaah. Jika jemaah yang mengerjakan Solat Jenazah mencapai 40 atau 100 orang, maka Allah SWT akan kabulkan permohonan syafaat mereka untuk jenazah tersebut.

Ini berdasarkan nas yang diriwayatkan oleh Kuraib (pelayan Ibnu ‘Abbas), dari ‘Abdullah bin ‘Abbas ra, bahawa Ibnu Abbas ra berkata: ...... sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: 'Tidaklah seorang Muslim meninggal dunia lalu ada 40 orang yang mendirikan Solat Jenazah baginya, yang mereka tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun, melainkan Allah akan mengabulkan permohonan syafaat mereka untuk jenazah tersebut.'  (Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Janaaiz, no: 948).

0

Monday, November 26, 2012

Solat Witir

Solat Witir merupakan solat sunat terakhir di malam hari. Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkan bersolat witir, wahai ahli Al-Quran." HR Abud Dawud dan Tirmizi.

Waktu untuk mengerjakan solat ini ialah selepas solat isyak sehingga terbit fajar.

Dilakukan secara bersendirian, atau dilaksanakan secara berjemaah. Berjamaah selalunya dilakukan di bulan Ramadhan sesudah Solat Tarawih, bersolat witir 3 rakaat, menjadi amalan sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Solat Witir di bulan Ramadan, selepas 15 Ramadhan, disunatkan membaca doa Qunut pada rakaat terakhir, setelah bangun dari ruku’.

Jumlah rakaat bagi solat witir ialah ganjil, bersesuaian dengan nama witir, iaitu ganjil. Paling sedikit 1 rakaat, atau 3, 5, 7, 9, 11 rakaat. Ada juga nas sehingga 13 rakaat. Afdalnya 11 rakaat.

0

Sunday, November 25, 2012

Solat Tahajjud

Solat Tahajjud adalah solat sunat, dilakukan di waktu malam, setelah tidur terlebih dahulu, kerana "tahajjud" juga membawa maksud bangun di malam hari. Solat Tahajjud juga merupakan terapi bagi sebarang kemudaratan disegi zahir mahupun batin, dunia mahupun akhirat.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash, Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Solat yang paling disukai oleh Allah SWT adalah solat Nabi Daud AS, dan puasa yang paling disukai oleh Allah SWT adalah puasa Nabi Daud AS. Beliau biasa tidur seperdua malam dan solat pada sepertiganya, kemudian tidur lagi seperenamnya, dan beliau berpuasa satu hari dan tidak berpuasa satu hari.” (HR Bukhari)

Sepertiga (1/3) Malam: Rasulullah SAW bersabda: "Rabb (Tuhan) kita turun disetiap malam ke langit yang terendah, iaitu saat sepertiga malam terakhir, maka Dia berfirman: 'Siapa yang berdoa kepadaKu maka Aku kabulkan, siapa yang meminta kepadaKu maka Aku berikan kepadanya, dan siapa yang meminta ampun kepadaKu maka Aku ampunkan untuknya'." (HR Al Bukhari)

Waktu bilakah bermulanya sepertiga malam? Ianya bermula selepas selesai solat Isyak, sehingga sebelum masuk waktu Subuh. Dibahagikan kepada 3 bahagian: jarak antara waktu Isyak - Subuh adalah 9 jam, maka 3 jam pertama selepas Isyak dikira 1/3 awal, 3 jam kedua di kira 1/3 pertengahan, dan 3 jam terakhir dikira 1/3 akhir malam. Bermakna (di Malaysia), bermula kira-kira pukul 2.30-3.00 pagi itulah bermula waktu 1/3 akhir malam (Indonesia 1.30-2.00 pagi). Maka, Solat Tahajjud boleh dilakukan samada pada 1/3 awal, 1/3 pertengahan, atau 1/3 akhir malam!!!

0

Saturday, November 24, 2012

Solat Tasbih

Solat Tasbih adalah solat sunat, bertujuan mengharap keampunanan Allah SWT dan terhapus dari segala dosa.

"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun." Surah Al-Israa [44]


Daripada Ibnu ‘Abbas RA; “Rasulullah SAW telah bersabda kepada bapa saudaranya Abbas bin Abdul Muthallib; 

‘Wahai al-‘Abbas, bapa saudaraku! Sukakah aku berikan, aku kurniakan dan aku ajarkan kepadamu ‘sepuluh kelebihan’ jika kamu lakukannya, nescaya Allah akan mengampunkan dosa kamu dari awal hingga akhirnya, yang lama dan yang baru, yang tersalah dan yang disengajakan, yang kecil dan yang besar, yang tersembunyi dan yang terang-terangan?;

...iaitulah kamu menunaikan solat empat rakaat di mana kamu membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah dan satu surah (yang lain), kemudian apabila selesai membaca (al-Fatihah dan surah itu) engkau bacalah ketika sedang berdiri itu; “سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر” (Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaaha Ilallah Wallahu Akbar) sebanyak 15 kali. Kemudian kamu rukuk dan semasa rukuk itu kamu membaca sebagaimana bacaan tersebut sebanyak 10 kali. Kemudian kamu angkat kepalamu dari rukuk dan membaca 10 kali juga (ketika sedang berdiri I’tidal itu). Kemudian kamu sujud dan membaca semasa sujud sebanyak 10 kali. Kemudian kamu bangun dari sujud dan membaca 10 kali lagi. Kemudian kamu sujud semula dan membaca 10 kali juga. Kemudian engkau angkat kepalamu dari sujud dan membacanya 10 kali lagi sebelum bangun ke rakaat berikutnya. Demikianlah 75 kali pada setiap rakaat. 

...Hendaklah kamu lakukannya dalam 4 rakaat. Jika kamu dapat kerjakan solat itu pada setiap hari sekali, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, lakukanlah sekali pada setiap jumaat. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap bulan. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap tahun. Jika tidak mampu juga, lakukanlah sekali seumur hidup'.” (HR Imam Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

0

Friday, November 23, 2012

Solat Istikharah

Solat Istikharah adalah solat sunat memohon petunjuk dari Allah SWT tentang pilihan yang harus diikuti untuk kehidupan.

Manusia sentiasa berhadapan dengan pilihan di dalam kehidupan. Kekadang pilihan di kira sudah cukup baik, namun kesudahannya amat disesali. Dan kekadang taqdir Tuhan di kira tidak memenuhi citarasa, rupa-rupanya bahagia yang memenuhi jiwaraga.

Apabila ada keraguan dihati, apabila fikiran kusut memikirkan mana yang baik harus dipilih, atau apabila tidak mahu tersalah pilih dalam kehidupan, Solat Istikharah jangan ditinggalkan. Ikutlah langkah-langkah taqdir dari ketentuan Ilahi melalui "istikharah", insyaAllah selamat dan bahagia dunia dan akhirat.

Cara Solat Istikharah:
  • 2 rakaat 1 salam; rakaat pertama Fatihah + Surah Al-Kafiruun, rakaat kedua Fatihah + Surah Al-Ikhlas.
  • Lafaz Niat: [sahaja aku solat sunat istikharah 2 rakaat kerana Allah Ta'ala]
  • Waktu; tidak ditentukan, malam atau siang, pagi atau petang (kecuali waktu-waktu yang diharamkan bersolat).

0

Thursday, November 22, 2012

Solat Dhuha

Keutamaan Solat Dhuha

Solat Dhuha adalah solat sunat. Sangat banyak diperkatakan di dalam hadis-hadis. Dan sangat banyak disarankan mengamalkannya selama hidup di dunia.

Solat Dhuha merupakan solat para nabi, para solihin, para siddiqin, dan para tawwabin (orang-orang yang bertaubat). Juga dikatakan sebagai amalan keberkahan, mendatangkan rezeki dan menolak kepapaan.

Solat Dhuha merupakan sedekah bagi menebus setiap anggota badan dan diri, sebagai penebus dari dosa-dosa, dan sebagai amalan membina bekalan di syurga.

Riwayat dari HR Al-Hakim dan At-Tabrani, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”

43

Tuesday, November 20, 2012

Solat Hajat, Mustajab!!!

Manusia, Antara Cobaan Dan Citarasa  

Manusia, takkan sunyi dari cobaan hidup. Cobaan datang tak di pinta, tak di doa, tak di undang. Datangnya kekadang hingga mengoyak dan meremuk hati, tak tetanggung dek perasaan!!!

Hajat, memang banyak sekali yang sentiasa meruntun citarasa manusia. Berbagai keinginan, berbagai keperluan. Sabda Rasulullah SAW di dalam satu hadis, bahawa tidak akan tumbuh satu pohon pun di muka bumi ini seandainya tidak ada impian dan cita-cita. Namun, dalam kebanyakan hal, mencapainya sulit bangett deh!!!    

Selagi hayat masih di kandung badan, pasti ada saja cobaaan hidup yang membadai, dan sentiasanya juga hati dan fikiran manusiawi di ulit citarasa, impikan sesuatu untuk kelansungan hidup yang di kira bahagia di dunia ini!!!

Sehubungan ini, Rasulullah SAW telah mengajarkan kepada umatnya yang islam, solat hajat yang amat mustajab. Pesanan Baginda, mohonlah sesuatu yang baik dengan niat yang baik, kerana yang baik itu diredzai Allah SWT dan RasulNya, yang buruk akan sentiasa disenangi oleh syaitan iblis dan musuh-musuh islam dari kalangan manusia.

2

Saturday, November 17, 2012

Penyakit Gusi Dan Gigi

Masalah Gusi Dan Gigi
- Penyakit Gingivitis dan Periodontitis
- Peranan Vitamin-Vitamin dan Zat Gizi

Memelihara kesihatan gigi sama pentingnya memelihara kesihatan gusi. Gusi berperanan besar menyihatkan gigi. Apabila gusi bermasalah, gigi turut terlibat dan bermasalah. Apabila gusi sakit, bengkak, nyilu, berdarah, bernanah atau mengecut; gigi akan turut sakit, longgar, sekiranya tidak di rawat, mungkin tertanggal dari gusi. Penyakit gusi perlu ditanggani segera agar tidak menjejaskan gigi sehingga tertanggal atau ditanggalkan.



Gingivitis. Seringkali penyakit gusi bermula dari radang gusi, disebut “Gingivitis”. Gingivitis adalah peringkat awalan kepada penyakit gusi “periodontitis.”

Namun, bukan semua gingivitis awalan kepada periodontitis; perubahan hormon boleh menyebabkan gingivitis; gingivitis puber, mungkin dialami oleh gadis baru aqil baligh, di mana pertambahan hormon secara mendadak memacu pengaliran darah ke gusi menyebabkan gingivitis; ada wanita yang mengalami gingivitis setiap kali kedatangan haid; gingivitis hamil, selalunya berlaku dari bulan ke 2-3 kehamilan, berterusan bulan ke 8; penggunaan pil-pil perancang keluarga/KB juga boleh menimbulkan gingivitis; kadangkala, wanita yang melalui menopaus, juga mengalami gingivitis.
0

Friday, November 16, 2012

Selawat Qalbi



1

Istighfar Rejab

Kelebihan Istighfar Rejab

Istighfar Rejab, adalah doa istighfar yang menunjukkan betapa maha luarbiasa sifat maghfiroh (keampunan) Allah SWT kepada manusia.

Sebagai manusia, pasti kita tidak lari dari berbuat kesilapan, sengaja mau pun tidak sengaja. Semoga amalan Istighfar Rejab dapat memberi harapan agar terampun jua segala dosa dan ketelanjuran untuk menghadapi hidup sesudah mati nanti. Di suatu hari di suatu masa, mati kan datang jua!!! 

Hadis Rasulullah SAW, sabda Baginda kepada Sayyidina Ali bin Abi Thalib: “Wahai Ali, tulislah Raja Istigfar ini. Kerana siapa yang membacanya, atau menyimpan tulisannya di dalam rumah atau pada harta bendanya, atau tulisan itu di bawa kemana saja ia pergi, maka Allah memberi kepadanya pahala 80,000 nabi, 80,000 siddiqin, 80,000 malaikat, 80,000 orang mati syahid, 80,000 orang yang beribadah haji dan pahala membangun 80,000 masjid.” Dan barangsiapa yang membacanya sebanyak 4 kali atau 2 kali sepanjang hidupnya, maka diampuni dosanya oleh Allah Ta’ala, walaupun ia ditetapkan akan masuk neraka.

Rasulullah SAW juga pernah bersabda: “Barangsiapa yang membaca Istigfar Rejab ini, maka akan dibangunkan 80 negeri di syurga, setiap negeri mempunyai 80 mahligai, setiap mahligai mempunyai 80 rumah, setiap rumah mempunyai 80 kamar, setiap kamar ada 80 bantal, dan setiap bantal, 80 bidadari."

7

Tuesday, November 13, 2012

Doa Akasyah

Kelebihan Doa Akasyah

Doa Akasyah adalah doa taubat. Kata-katanya teratur indah, bagaikan sajak. Doa ini juga sangat tinggi martabatnya. Sangat baik dijadikan amalan, meskipun di baca sekali seumur hidup. Doa ini juga banyak kelebihannya bagi sesiapa yang bermunajat pada Allah SWT dengan sesuatu hajat.

Dalam kitab Mujarabat dan juga Makmuk Syarif ada menyatakan bahawa Doa Akasah asalnya di bawa oleh Malaikat Jibril as dari Arasy. Diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra; "pada suatu hari aku sedang duduk di hadapan Rasulullah SAW di dalam Masjid Madinatul Munawwarah, tiba-tiba datang Malaikat Jibril as dengan membawa Doa Akasyah, lalu diberikan kepada Rasulullah SAW seraya berkata: "wahai Rasulullah, sesungguhnya aku membawa Doa Akasyah, sejak dari Adam as dan nabi-nabi lain belum pernah di beri kecuali kepada engkau."  Kata Malaikat Jibril lagi: "sesungguhnya aku melihat Doa Akasyah ini tergantung di bawah Arasy selama 90,000 tahun sebelum Allah menciptakan dunia seisinya."

1

Sunday, November 11, 2012

Doa Pelindung Dari Rihul Ahmar

Kesihatan Zahir dan Batin

Kesihatan tubuh manusia merangkumi aspek zahir dan juga batin. Disegi zahir, tubuh memerlukan bekalan nutrien seperti zat-zat galian dan berbagai vitamin yang mencukupi agar terpelihara sihat. Namun, kadangkala penyakit datang juga. Ini disebabkan sumber penyakit kepada tubuh bukan sahaja datang dari faktor-faktor yang zahir, akan tetapi faktor yang batin perlu disaksamakan.

Keistimewaan orang-orang islam kerana adanya amalan yang menitik-beratkan kesihatan batin. Tidak akan lengkap penjagaan kesihatan tubuh sekiranya tidak ada amalan "Doa Pelindung dari Rihul Ahmar." Doa ini sangat menyuluruh, merangkumi berbagai penyakit kronik mahu pun tidak kronik, menyirna segala macam sebab-musabab yang boleh menjejaskan kesihatan tubuh. Doa ini telah diamal dan diajarkan oleh Rasullullah SAW. Nasihat Baginda, bacalah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup semoga kita terpelihara diri dari serangan Rihul Ahmar ini. Insyaallah!!!

Rihul Ahmar adalah makhluk jinn. Makhluk ini menjadi punca pada pelbagai jenis penyakit kronik pada tubuh manusia. Ia lahir dari dalam luar dan dalam tubuh manusia. Amalan dan gayahidup zahir yang kurang sihat menjadikan ia membesar dan mengganas sejajar dengan sejauhmana gayahidup yang tidak terpelihara. Ia boleh berkembang biak di dalam tubuh. Ia bersifat merosak anggota tubuh dan membunuh.

0

Doa Tawassul

 

Kata para arifin billah: doa adalah senjata mukmin, manakala af'allah adalah kesaktian para wali."

Doa tawassul merupakan doa tawajjuh pada Allah SWT yang disertai Rasulullah SAW. Doa ini amat mustajab. Hendaknya digunakan demi untuk kebaikan semata-mata.

0

Selawat Nuruzzaati

Selawat Nuruzzaati sangat ringkas dan padat. Selawat ini dinisbatkan pada Syeikh Abu Hassan As-Syazali ra, seorang ahli sufi yang mursyid.

Sayyed Ahmad As-Syawi telah menamakan selawat ini sebagai “Nuruzzaati.”
(Ya Allah, limpahkanlah selawat, salam dan keberkahan ke atas junjungan kami Muhammad, cahaya dari zat, rahsia dari yang terahsia, dalam segala nama dan sifat...dan salam ke atas ahli keluarganya dan para sahabatnya).
*Setiap selawat menjadi sempurna apabila diakhiri dengan salam ke atas ahli keluarga Baginda SAW. Justru, sesiapa yang ingin mengamalkan selawat ini, sebaiknya diakhiri dengan "wa-'ala alihi wasoHbihi wasallim."  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...