Apakah Zinc?
Zinc (Zn). Zinc adalah zat gizi kelumit yang sangat penting bagi memelihara kesihatan tubuh. Meskipun hanya sekelumit, Zn merupakan zat yang perlu ada dalam setiap bahagian tubuh. Zn berperanan dalam pelbagai fungsi biologi dalaman tubuh. Semua bahagian tubuh memerlukan Zn untuk kekal berfungsi secara normal.
Di dalam tubuh, Zn adalah zat gizi kelumit ke-2 terbanyak, selepas zat besi. Otot dan tulang mengandungi kira-kira 90% dari keseluruhan Zn dalam tubuh. Paling pekat dalam kelenjar prostat dan mata. Sangat pekat dalam otak, pancreas, hati, kelenjar ginjal, dan air mani lelaki. Tubuh memerlukan antara 2-4 gm setiap masa, 6.2-6.7 mg setiap hari. Tubuh tidak mempunyai sistem khusus bagi menyimpan Zn. Justru, bekalan Zn setiap hari adalah mustahak bagi memelihara kesihatan.
Fungsi Zinc
Hanya Zn, zat gizi yang berada dalam semua jenis enzim. Ia menjadi komponen utama kepada lebih dari 100 jenis enzim (ada sumber mengatakan 300 jenis). Ia juga menjadi penggalak kepada aktiviti enzim-enzim. Semua enzim-enzim tersebut bergantung kepada Zn untuk mampu memberi bertindak-balas kimia untuk menyihatkan tubuh, antara lain:

- pembinaan dan kembang-biak sel-sel.
- penghasilan protein dan DNA yang sempurna, kembang-biak gene.
- metabolisma karbohaidrat dan tenaga.
- kesembuhan dari luka, jangkitan dan penyakit.
- pengurusan penghasilan dan kadar hormon dalam tubuh.
- penghasilan enzim anti-oksidan ‘superoxide dismutase’ (SOD).
- membantu penghasilan asid perut dan enzim-enzim penghadaman dalam pancreas.
- tumbesaran normal, sejak perkembangan janin, kanak-kanak, dan keremajaan.
- fungsi deria rasa, bau, selera makan, juga pengaruh kepada syahwat.
- fungsi kekebalan tubuh.