Showing posts with label PENYAKIT STROK. Show all posts
Showing posts with label PENYAKIT STROK. Show all posts
1

Friday, October 31, 2014

RESEPI MERAWAT PENYAKIT JANTUNG

Penyakit Jantung


Penyakit Jantung adalah istilah kepada berbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan kemerosotan kesihatan pada organ jantung, otak, bahkan melibatkan ginjal dan lain-lain organ tubuh. Kemerosotan kesihatan timbul akibat dari sistem organ-organ tersebut tidak mampu berfungsi dengan baik atau lansung gagal.

Penyakit jantung merupakan salah satu masalah kesihatan yang banyak meragut nyawa manusia didunia ini.

Punca yang menyebabkan penyakit jantung adalah pelbagai. Namun atherosclerosis (salurah darah arteri menjadi tebal, keras, hilang keanjalan, dan menyumbat aliran darah) dan hypertension (tekanan darah tinggi) adalah punca yang paling kerap berlaku. Atherosclerosis dan hypertension timbul disebabkan lemak, kolesterol dan berbagai bahan-bahan lain yang bertompok pada dinding-dinding arteri. Tompok-tompok tersebut lama kelamaan menjadi semakin keras, yang disebut "plaque". Apabila berlarutan, plaque tersebut menjadi semakin tebal. Sehingga akhirnya arteri tersumbat. Darah tidak dapat mengalir melintasi arteri untuk menuju ke jantung, atau otak. Apabila bekalan darah kejantung terjejas, maka berbagai masalah kesihatan timbul dimana-mana bahagian tubuh bahkan seluruh tubuh. Atau apabila bekalan darah tidak sampai ke otak, maka strok pun berlaku, dan maut padahnya.

Usia lanjut juga merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada risiko penyakit jantung. Tubuh yang semakin tua selalunya akan menjadi semakin lemah, kurang pergerakan dan uzur. Sistem-sistem dalaman tubuh juga mudah terjejas.

Gaya hidup yang tidak sihat juga mendorong kepada pertambahan risiko kepada penyakit jantung; seperti permakanan yang kurang sihat dan berkhasiat, kurang senaman, dan merokok.  

Walaupun penyakit jantung selalu berlaku pada warga berusia, akan tetapi punca penyakit jantung boleh bermula sejak awal usia, menjadikan usaha-usaha awal sejak usia muda adalah perlu.

Resepi Merawat Penyakit Jantung


Dari Mufti Mohammed Kantharvi. London UK.

Kejadian bermula dimana beliau telah dinasihatkan menjalani pembedahan Angiography atau Bypass. Beliau telah mencuba ramuan ini. Dengan izin Allah, sembuh.

Pada 18 April 2013, sebelum pergi ke Sahiwaal (Pakistan) dari UK, untuk menghadiri majlis tahunan Khatme-e-Nabuwat (jemaah tabligh), beliau telah mengalami sakit yang kronik di dada kiri di bahagian jantung. Kesakitannya berterusan buat beberapa waktu.

Tiba di Pakistan, beliau telah bertemu dengan Moulana Bashir Ahmed Usmani Saheb. Beliau mengadu kepada Moulana bahawa doktor telah mengesan 3 saluran injap darah telah tersumbat, dan tarikh pembedahan Bypass akan dilakukan dalam masa sebulan.

Moulana Bashir kemudiannya telah menyediakan ramuan, dan memberitahu ramuan-ramuannya serta cara penyediaannya.

Ramuan-ramuannya:
  1. 1 cawan jus lemon
    (1 cup of fresh lemon juice)
  2. 1 cawan jus halia
    (1 cup of fresh ginger juice)
  3. 1 cawan jus bawang putih
    (1 cup of fresh garlic juice)
  4. 1 cawan cuka epal
    (1 cup of apple cider vinegar)
  5. 3 cawan madu
    (3 cups of honey)
Cara Penyediaannya:
  • Bancuh kesemua ramuan - jus lemon +jus halia+jus bawang putih+cuka epal (kecuali madu). 
  • Kemudian panaskan perlahan-lahan selama 30 minit sehingga kira-kira 1 cawan kandungan campuran tadi telah terwap keluar (evaporate), yang tinggal hanya 3 cawan sahaja.
  • Selepas itu, biarkan ia sejuk, lalu masukkan 3 cawan madu kedalam ramuan tadi. 
  • Akhir sekali, isikan ke dalam botol bersih. Minumlah sebanyak 3 sudu teh setiap pagi ketika perut masih kosong.

Sehari sebelum pembedahan Bypass di Cardiology Hospital, Lahore (Pakistan), pemeriksaan dilakukan. Doktor doktor terkejut dengan keputusan lapuran terkini, kerana kesemua saluran injap telah terbuka dan berfungsi secara normal. Oleh yang demikian, tiada pembedahan perlu dilakukan.

Doktor-doktor yang memeriksa bertanya samada beliau ada mengambil apa-apa perubatan sebelum kali terakhir pemeriksaan tersebut. Lalu diberitahu bahawa Moulana Bashir yang telah memberi ramuan untuk diamalkan.‎

Wallohu 'aklam...




3

Wednesday, April 23, 2014

VERSI RUMI: DOA PELINDUNG DARI RIHUL AHMAR dan BERBAGAI PENYAKIT BERAT


VERSI RUMI:

  • wabihi nasta-'iin ! bismillah, wabillah, waminalloh, wa-ilalloh, walHamdulillah, walaa-ilaha illalloh, wallohu akhbar.  wa-a 'aZZu wa ajallu mimma a-khoofu wa aHzar, allohu akhbar kabiron, walHamdulillahi ka-tsiron, wasubHanallohi bukrotan wa-aSiila.  bismillahish-syaafi, bismillahil kaafi, bismillahil mu-'aafi, bismillahillazi laaa-yazurru ma-'asmihi syai-un fil-arzhi walaaa fissamaa-i wahuwas samii-'ul 'aliiim. wanunaZZilu minal qur-aaani maahuwa syifa-uw waroHmatun lil mukminiiin.
  • allohumma anarrooqi wa-antash syaafi, a-'u zubika min syarrima qozaid, allohu akhbar 3x ayyuhal malakanil akhbaraan. a-'u zubillahi robbi warobbikuma, wa khooliqi wakhooliqikuma, wamuSawwiri muSawwirikuma, khooliqiSSuwaari wa-roZiqil basyar, a-'u zubillahi min jamii-il aafaati wal-'aahaati wal balaa-i wal amroo-zhi wal asqaami walkasaali wal khumuudi walkhibal, a-'iz Haamila kitaabi li haazaa bismikal 'iZhami wa-ala ikattamam, ya zaljalali wal ikram, ya man lahul mulku wal malakuut, ya man lahul jalaalu waljabaruut. subHanaka maa ak-Zhama syaknak, ya fa-thirossamaawati wal arz, ya maljaa-al malhufiin, ya rooHimal masaakiin, yazal 'a-dZho-mati wassulthaan, ya zar rokfati wal eHsaan, ya Hannan ya mannan, ya qoohiru laa yuq-har, ya jaa-iru laayujaaru 'alaih, a-'u-zubika min 'azaabil badani walmiHaan, a-'u-zubika minar riiHil aHmari waminad daa-il akhbar, finnafsi warruuHi waddaami wallaHmi wal 'adZmi waljildi wal-'uruuqi wal-'aSb, subHaanaka iza qazoita amran fa-innama taquulu lahu kun fayakuun, allohu akhbar 3x.
  • ya baari-u ya barru ya mu-ghiist, ya jabbar ya qahhar ya qoosiith ya muqsiith, ya qo-iman bil qist, ya So-ri-khal mustaS-rikhiin, ya mubdi-u ya mu-'iid, ya daa-fik', ya kaafi ya mu-'aafi, ya ghiyyastal musta-ghi-tsiin, ya syakiir, ya syukuur, ya 'athuuf, ya ra-uuf, ya naaSiir ya naSiir, ya qoodiir ya muqtadiir, ya ahya ya soroohiya adwa naaya aSbaa-uta aaala syadda alwahaiim, ya buyuuna syamkhiyya, ya syamkhiy-tsa, ya-'adhiim, ya muqaddim, ya mu-ak-khiir, ya Hayyu ya qayyum, ya qoo-iman 'ala kulli nafsiin bimaa kasabat, ya saiyyidah ya maulah ya maalikah ya ghoo-yah ya ragh-bah ya mujiir, ya man yak' lamu maa nukhfi wamaa nuk'-liin, ya aHkamal Haakimiin, ya waliyyal mukminiin, ya 'awnazh zhu-'afaa-i walmasaakiin, ya kaa-fiyal mutawakkaliin, ya mukaarriral laili 'alannahaari wannahaari 'alallail, ya qoohira kulli syaithonim mariid, ya qoohira kulli jabbarin 'aniid, ya nik'-mal mawla waya nik'man naSiir, ya rooZiqath thif-lisso-ghiir, ya roo-Himash syai-khil kabiir, ya waliyyal mukminiin, ya ilahal awwaliina wal aakhiriin, ya Habibat tawwabiin, ya arHamar roHiminn, ya khoiral ghaafiriin, ya khoiral waa ri-tsiin, ya khoiral faa-Siliin, ya maalaka yawmiddiin !
  • allohumma iyya kanak' budu waiyyaka nasta-'iin, wa-'alaika natawakkalu wafiika nar-ghabu, wafiima ladaika narju waminka na-khof.  allohummakfini jami-'al aaalaaami wal asqam, wajami-'al amrooZhi wal-'ilaali waddamil aswaad, allohummakfinid da-al akhbar, warriHal aHmar, waddamal aSfar,  wajamii-'al aafaati wal 'aahaati was saktaata walhamma wal-ghomma wal khuzna wassijna.  allohummakfinii syarrol wuHuu-syi walhawam, wamusya hanatal 'awami wal inhiZam, wa syarrosh syaithani wassulthani wal qoHti wal ghola-i waZZilZaali walbalaa-i wahadmil binaa-i wa-syama tatil 'aqdak.  allohummakfini syarrol ash-rar, wakaidil fujjar, wamakh-talafa 'alaihil lailu wannahaaru illa thoriqan yath-ruqu bi-khoir, ya arHamarroHimiin.  a-'uzubika min syarri kuulli daaaabbatin anta aaaakhi-zu binasiyatiha, inna robbi 'ala sirothimmustaqqiiim, anta robbi wa-'alaika tawakkaltu, wa anta Hasbi wanik'mal wakiilu nik'malmawla wanik'mannaSiiru walaa hawlawala quwwata illa billahil 'aliyyil 'ahzhiim, waHasbunallohu nik'mal wakiilu nik'malmawla wanik'mannaSiir.  allohulkaafii, allohush syaafi allohul Haafi, waSollullohu 'ala saiyyidina Muhammadin wa-'ala aalihi waSohbihi wasallam, walHamdulillahi robbil 'aalamiiin.


MAKSUD DOA:

Dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
  • DenganNya kami mohon pertolongan, dengan nama Allah, bersama Allah, dari Allah, kepada Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, Maha Mulia, Maha Agung, yang aku takut dan bimbang terhadapNya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaranNya, segala pujian bagi Allah sebanyak-banyak pujian, Maha Suci Allah setiap pagi dan petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan, dengan nama Allah yang menyihatkan, dengan nama Allah yang tiada apa jua dibumi dan dilangit berkuasa memudaratkan, Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sebahagian dari Al-Quran menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang mukmin.
  • Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung denganMu dari kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha Besar 3x. Aku berlindung dengan Allah, Rabbku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta rupabentukku dan Pemberi rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah dari sekalian kebinasaan, segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala jangkitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan. Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) surat ini dengan nama-namaMu yang Maha Agung dan sifat-sifatMu yang sempurna, wahai Pemilik kebesaran dan kekayaan, wahai Pemiliki kerajaan dan sekelian alam malakut, wahai Pemilik keagungan dan sekelian alam jabarut (jinn)!!!
  • Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai Pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung bagi mereka yang penuh-sesal (akan dosa-dosa mereka), wahai Pengasih terhadap orang-orang miskin, wahai Pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Pembelas-kasih dan ehsan, wahai Tuhan yang penuh kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak pemberian, wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkanNya, wahai Pelindung yang tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung denganMu dari azab badan dan kesempitan, aku berlindung denganMu dari Rihul Ahmar, penyakit kronik yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf. Maha Suci Engkau yang apabila menghendaki sesuatu Engkau hanya mengatakan “Jadilah! maka jadilah ia”. Allah Maha Besar 3x.
  • Wahai Yang menjadikan, wahai Yang membuat kebajikan, wahai Yang memberi pertolongan, wahai Yang Maha Gagah, wahai Yang Maha Adil, wahai Yang Berdiri dengan keadilan, wahai Yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Yang mengembalikan, wahai Yang menolak, wahai Yang Mencukupkan, wahai Yang menyembuhkan, wahai Yang meng’afiatkan, wahai Yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan, wahai Yang menerima kesyukuran, wahai Yang banyak memberi balasan atas kesyukuran, wahai Yang Maha Kasih Sayang, wahai Yang Maha Belas Kasihan, wahai Yang memberi pertolongan, wahai Yang Maha Berkuasa, wahai Yang Maha Gagah, wahai Yang Penuh Berkuasa, wahai Yang Maha Agung, wahai Yang mendahulukan, wahai Yang mengemudiankan, wahai Yang hidup, wahai Yang berdiri dengan sendiriNya, wahai Yang membalas mereka dengan balasan ke atas apa yang mereka usahakan, wahai Yang memerintahku, wahai Yang memilikiku, wahai Yang memberi perlindungan, wahai Yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan, wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Pemerintah sekalian orang-orang yang beriman, wahai Pembantu orang-orang yang dhaif dan miskin, wahai Yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal, wahai Yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam, wahai Yang Gagah (mengalahkan) setiap syaitan yang sangat durhaka, wahai Yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil, wahai Sebaik-baik Pemerintah, wahai Sebaik-baik memberi pertolongan, wahai Pemberi rezeki anak-anak yang kecil, wahai Yang Maha Pengasih terhadap orang tua-renta, wahai Pemerintah orang-orang yang beriman, wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian, wahai Pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Pengasih dari kalangan yang mengasihi, wahai Sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni, wahai Sebaik-baik pewaris, wahai Sebaik-baik Pemberi Keputusan, wahai Pemerintah pada Hari Pembalasan!!!
  • Ya Allah, hanya Engkau yang aku sembah, hanya pada Engkau aku memohon pertolongan, padaMu aku bertawakkal, padaMu aku gemar dengan apa yang ada di sisiMu, padaMu aku berharap dan hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup dan penyakit-penyakit, segala kesakitan, kesusahan dan darah hitam.
    Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya, dari Rihul Ahmar, penyakit darah kuning, segala kebinasaan, segala maksiat dan ketidak-sedaran, kerunsingan, kesedihan, dukacita dan terpenjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, gempabumi, bala bencana, keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat, tipudaya orang-orang yang melampau, dari sesuatu yang menyelinap silih berganti oleh malam dan siang melainkan yang datang adalah dengan baik, wahai Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
    Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya, sesungguhnya Tuhanku di jalan yang tegak dan lurus. Engkau Tuhanku, pada Engkau jua aku bertawakkal, Engkaulah yang Mencukupkan aku, sebaik-baik Wakil, sebaik-baik Pemerintah, dan sebaik-baik Pemberi Pertolongan. Tiada daya upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Cukuplah kami oleh Allah, sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan selawat Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan para sahabatnya, selamat sejahtera, dan segala pujian bagi Allah Pemerintah Semesta Alamraya. Amin!!!

1

Sunday, November 11, 2012

Doa Pelindung Dari Rihul Ahmar

Kesihatan Zahir dan Batin

Kesihatan tubuh manusia merangkumi aspek zahir dan juga batin. Disegi zahir, tubuh memerlukan bekalan nutrien seperti zat-zat galian dan berbagai vitamin yang mencukupi agar terpelihara sihat. Namun, kadangkala penyakit datang juga. Ini disebabkan sumber penyakit kepada tubuh bukan sahaja datang dari faktor-faktor yang zahir, akan tetapi faktor yang batin perlu disaksamakan.

Keistimewaan orang-orang islam kerana adanya amalan yang menitik-beratkan kesihatan batin. Tidak akan lengkap penjagaan kesihatan tubuh sekiranya tidak ada amalan "Doa Pelindung dari Rihul Ahmar." Doa ini sangat menyuluruh, merangkumi berbagai penyakit kronik mahu pun tidak kronik, menyirna segala macam sebab-musabab yang boleh menjejaskan kesihatan tubuh. Doa ini telah diamal dan diajarkan oleh Rasullullah SAW. Nasihat Baginda, bacalah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup semoga kita terpelihara diri dari serangan Rihul Ahmar ini. Insyaallah!!!

Rihul Ahmar adalah makhluk jinn. Makhluk ini menjadi punca pada pelbagai jenis penyakit kronik pada tubuh manusia. Ia lahir dari dalam luar dan dalam tubuh manusia. Amalan dan gayahidup zahir yang kurang sihat menjadikan ia membesar dan mengganas sejajar dengan sejauhmana gayahidup yang tidak terpelihara. Ia boleh berkembang biak di dalam tubuh. Ia bersifat merosak anggota tubuh dan membunuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...