Tembikai | Makanan Menyihatkan
Tembikai atau Timun Cina di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Semangka di Indonesia, Watermelon, nama botani Citrullus lanatus (thunb.). Tembikai tergolong dalam keluarga pepohonan Cucurbitaceae. Pohonnya menjalar merembat (memanjat dan melata), dikategori pohon jenis berbunga. Dipercayai berasal dari Afrika Selatan. Kini tumbuh hampir di serata pelusuk dunia, menjadi salah satu tanaman komersial popular didunia. Terdapat lebih dari 1,200 varieti tembikai; berbeza saiz buahnya,
kemanisan isinya, dan juga warna isinya dari merah, oren, kuning dan
putih.
Disebutkan oleh Al-Thabrani dalam kitab Al-Mu`jam Al-Ausath dan juga Al-Hakim, Anas ra menyatakan bahawa Rasulullah SAW mengambil kurma masak dengan tangan kanan dan tembikai dengan tangan kiri. Baginda lalu menyantap kurma dan juga tembikai, salah satu buah yang Baginda gemari. (Hadis disahihkan oleh Al-Suyuthi)
Dari Ibnu Abbas ra, Rasulullah SAW bersabda: “Tembikai adalah makanan, minuman dan raihan (tanaman harum), mencucikan pundi kencing, membersihkan perut, memperbanyak air punggung (tulang belakang), membantu bercampur (gaul suami-isteri), mencerahkan kulit dan mengatasi kelemahan.” (Kitab Ath-Thibbun Nabawi)
![]() |