0

Friday, October 4, 2013

Ada Apa Pada Labu ?

Labu  |  Serba-Serbi Zat

Labu (Malaysia dan Indonesia), Pumpkin (Amerika), Pumpion (British), Pompons (French), ‎Melon Besar atau 'Pepon' (Greek) dan berbagai nama lagi mengikut negara dan daerah.

Labu dipercayai berasal dari Amerika Utara, Mexico. Nama botani ‎ialah Cucurbita moschata, dari pepohonan Cucurbitaceae. Pohonnya bersifat menjalar/merembat di ‎atas tanah dengan daunnya yang bulat atau bujur lebar dan berbulu.

Saiz, warna kulit, dan bentuk buah labu berbeza-beza, bergantung pada spesisnya. Kebanyakan labu ‎berbentuk bujur, atau bulat sedikit meleper. Tetapi, ada juga yang berbentuk lonjong.

Warna kulit labu juga berbagai. Ada yang berwarna hijau berjalur, oren-kecoklatan, oren kuning, kelabu, putih, merah, hijau muda, dan hijau tua. Warna labu dipengaruhi oleh kandungan pigmen oren di dalam kulit dan isinya. ‎

Saiz buahnya, ada yang kecil, sederhana, atau 'gergasi' sehingga berat maksima boleh mencecah 34 kg. Purata berat labu sekitar 4-8 ‎kg, dan isinya setebal kira-kira 3 sm. Rasa isi labu sedikit manis. Isi labu besar dikatakan kurang enak. Biji labu dijadikan sebagai cemilan 'kuaci'. ‎

Labu  |  Nilai Nutrisi

Labu, sarat dengan zat makanan.  Buah labu berserat, mengandungi asid lemak mono tak tepu, berbagai nutrien seperti zat gizi, ‎vitamin dan zat phyto yang menyihatkan tubuh. ‎

Labu mengandungi ‎semua vitamin, kecuali vitamin D yang mudah di ‎perdapat setiap hari melalui sinaran matahari pada kulit tubuh. Vitamins A (alpha-karoten dan ß-karoten). B-Kompleks seperti B1 (thiamin), B3 (niacin), B5 (asid ‎pantothenik), B6 (pyridoxine), B9 (folate). C, E, dan K.

Labu sangat tinggi kandungan Vitamin A, membekalkan lebih dari 250% nilai dos saranan harian RDA ‎dari setiap 100 mg.‎ Alpha-karotin dan ß-karotin ‎bertukar menjadi vitamin A apabila di proses di dalam tubuh.‎

Banyak zat gizi seperti kalsium, tembaga, besi, magnesium, manganese, fosforus, selenium, zinc, ‎potassium dan sodium.‎

Juga zat-zat phyto dari kalangan poly-phenolic flavonoid; seperti cryptoxanthin, lutein ‎dan zeaxanthin.‎

Biji-biji labu juga sumber terbaik asid amino tryptophan. Tryptophan berubah ‎menjadi GABA (transmitter saraf) di dalam otak. ‎

Labu‎  |‎  Manfaat Kesihatan

Labu | Vitamin A, Anti-Oksidan & Anti-Keradangan

Labu merupakan sumber terkaya ‎Vitamin A. Vitamin A dari labu berbentuk karotenoid, iaitu alpha-karotin, beta-karotin, dan beta-cryptoxanthin. Karotenoid ini adalah 'pemula vitamin A', kerana perlu di serap terlebih dahulu ke dalam tubuh, kemudian metabolisma di dalam tubuh menukarnya menjadi vitamin A.‎ ‎Setiap 100 mg labu mampu membekalkan lebih dari 250% nilai vitamin A dari dos saranan harian RDA.  ‎

Alpha-karotin dan Beta-karotin merupakan enzim anti-oksidan yang sangat berkesan mencegah dan menyirna radikal bebas dari mengancam dan merosakkan sel-sel, tisu-tisu, otot-otot dan DNA tubuh yang boleh membawa akibat berbagai penyakit kronik.
  • Alpha-karotin menyihatkan pembuluh-pembuluh darah yang berhubungan dengan jantung.
  • ‎Alpha-karotin juga meransang komunikasi antara sel-sel tubuh, satu proses yang dipercayai ‎sangat penting bagi memastikan pengagihan/pembahagian sel-sel lebih sempurna dan saksama ‎pada seluruh bahagian tubuh.
  • Alpha-karotin dan beta-karotin memelihara kulit menjadi lebih sihat, segar, lembut dan anjal, menjadikan ‎kulit lebih bersinar dan tidak cepat di mamah usia.
  • Berganding dengan Vitamin C, Vitamin E dan zat gizi Selenium, peranan alpha-kerotin ‎dan beta-karotin lebih berkemampuan untuk menyembuh penyakit, mempertingkat kesihatan ‎tubuh pada keseluruhannya, dan menambah usia.‎

‎Alpha dan Beta-karotin bersifat anti-oksidan, dan juga anti-keradangan yang tinggi, berperanan penting memperteguh sistem kekebalan tubuh dan mencegah berbagai penyakit dan masalah seperti berikut:‎
  • Anti-penuaan.
  • Penyakit Kemerosotan Retina Mata "Age-related macular degeneration." ‎
  • Kataract (Selaput Mata).‎
  • Rabun Mata. ‎
  • Sakit Uluhati; disebabkan jantung tidak menerima aliran darah yang mencukupi.‎
  • Penyakit Jantung. ‎
  • Asma. ‎
  • Pneumonia.‎
  • Kanser Larynx (Tekak, Kerongkong) ‎
  • Kanser Paru-paru. ‎
  • Kanser Rahim. ‎
  • Penyakit Dalam Rahim/Kandungan "Cervical dysplasia." ‎
  • Penyakit Keputihan Alat Kelamin Perempuan. ‎
  • Penyakit Jangkitan Pada Alat Kelamin Lelaki "Chlamydial infection". ‎
  • Masalah Kesuburan Sistem Peranakan, Lelaki dan Perempuan. ‎
  • Ketidak-saimbangan Hormon dan Ketidak-selesaan Menopaus.
  • Kanser Prostat. ‎
  • Arthritis. ‎
  • Kanser Kulit. ‎

Labu  |  Karotenoid, DNA & Mata 

Labu tinggi kandungan karotenoid. Warna-warni, buah labu disebabkan banyak kandungan karotenoid ‎didalamnya. Lebih pekat ‎warna kekuningan atau orennya menandakan lebih banyak kandungan karotenoid didalamnya. Karotenoid ‎adalah anti-oksidan yang bertanggungjawab menggempur radikal bebas yang sentiasa mengancam dan merosakkan sel-sel tubuh sehingga apabila parah boleh berubah menjadi kanser.‎ ‎Kajian menunjukkan bahawa makanan yang mengandungi karotenoid (termasuk alpha-karotin dan beta-‎karotin) berperanan utama dalam mengurang dan mencegah berbagai jenis penyakit. 

Di sampng vitamin A, labu adalah sumber yang kaya dengan beberapa jenis karotenoid; seperti cryptoxanthin, lutein dan zeaxanthin. ‎ ‎

Sebagai karotenoid, cryptoxanthin adalah anti-oksidan yang membantu menghalang kerosakan pada DNA, dan juga meransang baik-pulih kerosakan pada DNA, yang diakibatkan oleh radikal bebas.‎ ‎

Lutein banyak berada di dalam retina mata, maka ia adalah komponen mustahak untuk penglihatan. Ia juga ‎bertindak sebagai anti-oksidan mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

Manakala zeaxanthin bertindak menapis sinaran UV (ultra-violet) dalam macula lutea yang terletak dalam retina ‎mata dan melindungi mata dari kemerosotan. ‎

Justru, lutein dan zeaxanthin ‎melindungi organ mata dari dirosaki oleh radikal bebas dan menghalang dari terbina kataract atau melindungi masalah mata dari mengalami kemerosotan organ mata ‘age-related macular disease (ARMD) ‎yang selalu dialami oleh warga berusia, yang mana sekiranya tidak di rawat, boleh menyebabkan buta penglihatan.

Dengan memakan bahan makanan yang mengandungi banyak karotenoid, seperti labu yang mengandungi cryptoxanthin, lutein dan zeaxanthin, boleh mengurangkan risiko masalah mata dan penglihatan. ‎ ‎

Labu  |  Perbagai Manfaat Kesihatan

Serat Makanan: Kolesterol dan Masalah Penghadaman. Labu tinggi kandungan serat makanan. Berkalori rendah; membekalkan hanya 26 cal setiap ‎‎100 gm. Ia tidak mengandungi lemak tepu. Ia bebas kolesterol. ‎

Serat makanan yang banyak dalam labu, bersama dengan kehadiran zat gizi magnesium dan ‎potassium, menjadikan ia berkesan merawat masalah penghadaman perut dan usus ‎‎“gastrointestinal disorders” seperti sembelit, makanan tak hadam, keracunan makanan dll. Labu boleh di anggap sebagai penawar sembelit yang mujarab. Serat labu membantu mengeluarkan sisa-sisa makanan, bahan-bahan toksin, parasit, koloni cacing, yang berkembang dan bertompok dalam usus. Labu sangat baik untuk kesihatan perut dan usus.

Serat makanan bersama dengan potassium dalam labu juga membantu mengurangkan tahap kolesterol LDL ‎‎(mudharat) dalam darah, mengawal kadar gula dalam darah, dan mengurangkan tekanan darah. ‎Manakala potassium sendiri berperanan mengurangkan risiko masalah/penyakit saluran darah berkaitan dengan jantung dan tekanan darah tinggi.  

Asid Amino L-tryptophan dan Masalah Mental. Labu juga mengandungi kimia dikenali sebagai L-tryptophan. L-tryptophan adalah sejenis asid amino ‎yang berpengaruh memacu perasaan lega, tenang, dan menceriakan perasaan. Memakan labu ‎sebagai sebahagian dari permakanan harian dapat membantu merawat masalah sulit untuk tidur ‎‎(insomnia), kemurungan, tekanan perasaan, meringankan tekanan jiwa yang berkaitan ‎dengan kekacauan mental.‎

Kesihatan Kelenjar Prostat. Labu sangat berguna bagi meningkatkan kesihatan kelenjar prostat, dan meringankan masalah ‎kencing kurang lawas yang dikaitkan dengan kelenjar prostat yang membesar. ‎

Terutama biji-bijian labu (kuaci) yang banyak mengandungi zat phyto-sterol, labu boleh mengurangkan risiko ‎kanser prostat. Zat phyto-sterol ini bertindak mengecutkan kelenjar prostat dengan cara meransang pelepasan zat kimia yang ‎menghalang hormon testosterone menjadi dihydrotestosterone (DHT). Kadar DHT yang tinggi boleh ‎menyebabkan kelenjar prostat mengembang dan membesar atau di sebut BPH - Benign Prostate ‎Hyperplasia. ‎

Kulit Mulus dan Anjal. Kandungan Vitamin A, C dan E dan juga zat gizi Zinc yang terkandung ‎dalam labu, menjadikan ia bahan makanan yang sangat baik menyumbang kepada kesihatan kulit ‎yang mulus, gebu dan anjal. Vitamin C sudah terkenal sebagai unsur yang membina ‎kolagen dalam tubuh dan baik untuk kesihatan kulit. ‎

Zat-zat Gizi.   Zinc dalam labu baik untuk mepertingkat kemantapan sistem kekebalan tubuh. Juga bermanfaat mengurangkan rapuh tulang (osteoporosis), kerana zinc juga diperlukan untuk ketumpatan tulang. Manakala magnesium adalah zat gizi yang penting untuk berbagai fungsi dalam tubuh, terutama dalam pemeliharaan tulang dan gigi. 

Labu‎  |‎  Cara Memakan

Hampir semua bahagian pohon labu boleh dimanfaatkan. Pucuk pohon dijadikan ulam/lalap atau di masak sebagai sayur-sayuran, bunga, isi, dan biji-bijinya.

Labu boleh di makan dalam berbagai cara dan resepi, menurut kaedah masyarakat yang berbeza. Di masak, di bakar, di rebus, di steam, di buat pengat, di tambah dalam sup, gulai dan sayuran dsbnya. Juga sebagai bahan kepada kek, pie, custard, jus minuman dll. 

Pada yang ingin mencuba, berikut adalah salah satu dari resepi popular yang sering disajikan di Eropah dan beberapa negara Barat.

Jus Labu

Bahan-bahan:
  • 2 cawan labu (dipotong-potong, di blend, tapis jadikan jus)
  • 2 cawan jus epal
  • 1/2 cawan jus nenas
  • 1 sudu teh madu
  • serbuk/bubuk kayu manis, halia/jahe, pala   ‎
Disajikan bersama ketulan ais agar sejuk/dingin dan menyegarkan.  Enjoy !

________________________________________

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...