Apakah Penyakit Rosacea?
Rosacea adalah sejenis penyakit kulit; muncul bintik-bintik merah, berjerawat dan membengkak pada bahagian muka/wajah, kening, leher, kelopak mata dan kulit kepala.
Meskipun penyakit ini tidak dikategorikan sebagai merbahaya, namun penderita penyakit ini melalui hari-hari yang gusar. Rasa malu untuk bersosial, lebih menghindar apabila bertemu dengan teman-teman, bahkan lebih memilih untuk menyendiri. Perasaan jadi tertekan. Bagi penderita Rosacea kronis mungkin hilang kepercayaan diri di dalam pergaulan.
Berbagai "ubat", "cream" atau "lotion" jerawat digunakan; kekadang ada kesan positif sementara, namun....penyakit ini muncul kembali !!! Syukurlah bagi mereka yang tidak pernah mengalaminya !!!
Perubatan sains mengkategorikan Penyakit Rosacea kepada 4 jenis. Ada pesakit yang menderita lebih dari satu (1) kategori yang tersebut di bawah ini:
Erythematotelangiectatic rosacea: Wajah kemerah-merahan dipenuhi lapisan darah di bawah kulit. Urat-urat darah halus jelas kelihatan di raut wajah. Kekadang wajah gatal dan rimas, terutama apabila terdedah kepada sinaran matahari.
Papulopustular rosacea: Wajah penuh bintik-bintik merah, bengkak merebak mengandungi nanah yang akan pecah dan hilang dalamasa seminggu. Wajah selalu berminyak.
Phymatous rosacea: Bintik-bintik merah berjerawat merebak, kulit wajah menjadi tebal, menggerutu tidak licin, di bahagian hidung membengkak, mengembang. Boleh merebak hingga ke pipi, dahi, dagu, kelopak mata, telinga, leher, hingga ke kulit kepala. Wajah jadi berminyak. Urat-urat darah halus jelas kelihatan di raut wajah.
Ocular rosacea: Kelopak mata kemerah-merahan, berbintik-bintik, rasa gatal di dalam dan sekitar kelopak mata seolah-olah ada yang bergerak di bola-bola mata, mata juga kekeringan. Sentiasa merasa tidak selesa.
Apakah Penyebabnya?
Pakar/ahli perubatan tidak pasti apa yang menjadi penyebab sebenar kepada penyakit Rosacea. Penyakit ini lebih cenderung di alami oleh orang yang berkulit putih atau yang mudah merah wajahnya apabila merasa malu "blush". Ada pendapat yang mengatakan penyakit ini adalah penyakit "genetic", warisan dari keturunan atau masalah DNA.

Para doktor mampu berusaha memberi ubat-ubatan untuk mencegah penyakit ini dari terus merebak. Umpamanya;
- Krim atau pil anti-biotik digunakan untuk merawat jerawat, bintik-bintik merah pada wajah, dan juga masalah mata gatal-gatal. Keberkesanan anti-biotik mengambil masa 1-2 bulan. Wanita sedang hamil tidak dinasihatkan mengambil anti-biotik.
- Sekiranya anti-biotik kurang berkesan, ubat-ubat yang lebih efektif digunakan; seperti isotretinoin (Sotret) atau krim tretinoin (Retin-A); wanita sedang hamil sama sekali tidak boleh mengambil anti-biotik jenis ini; atau
- Pembedahan dan rawatan laser.
Rawatan Cara Alami/Semulajadi...
Setiap orang yang dilahirkan, mewarisi kelemahan dan kelebihan tersendiri. DNA yang diwariskan pada seseorang melalui keturunan selalu berbeza. Kekadang sesuatu makanan yang baik pada seseorang tetapi menjadi makanan alahan pula pada orang lain. Begitu juga dengan perawatan Rosacea, tidak dapat di kenal-pasti kaedah yang tepat meskipun secara alami. Cara yang selamat ialah perawatan yang merangkumi hampir keseluruhan aspek dengan memberi fokus kepada kesihatan kulit.
1) VITAMIN A
Kekurangan vitamin A di dalam tubuh akan mengundang beberapa jenis penyakit yang berkaitan dengan kulit, termasuk penyakit Rosacea.
Menurut "Institute of Medicine of the National Academies, USA - RDA, dos yang selamat dan mencukupi bagi tubuh seorang dewasa normal ialah 3,850UI-15,000 UI sehari. Nilai dos Jadual ini dalam ug, di tukar kepada IU perlu 5x. Contohnya 3,000 ug=15,000 IU.
Untuk rawatan penyakit Rosacea, dos vitamin A antara 5,000UI - 25,000UI masih di anggap rendah.
Hasil amalan seorang pesakit Rosacea yang menderita selama 15 tahun, sembuh setelah 1 bulan, melalui kaedah berikut:
Makanan yang banyak mengandungi vitamin A jenis "retinol" (iaitu jenis yang lansung di serap dan dipergunakan oleh tubuh) boleh di perdapat dari makanan yang berasaskan binatang dan bijiran: *minyak ikan (fish oil/cod liver oil) *hati *kuning telur *keju *mentega.
Makanan yang banyak mengandungi Vitamin A jenis "provitamin A carotenoid" (iaitu jenis yang perlu di proses oleh tubuh untuk di tukar menjadi retinol) boleh di perdapat dari buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna-warni terang, kuning, oren, hijau dll.: *lobak merah *tembikai/ semangka *tembikai susu *keledek *bayam *kobis *betik/papaya *mangga *labu merah *cabai/cili *broccoli *asparagus.
2) VITAMIN E
Vitamin E adalah anti-oksidan. Ia menghalang cetusan radikal bebas yang merosakkan sel-sel, tisu-tisu dan sistem di dalam tubuh termasuk DNA. Radikal bebas bahaya pada kesihatan; cetusannya di dalam tubuh boleh menjadikan penyakit yang sedang dihidapi semakin parah. Justru, vitamin E sangat diperlukan untuk menghalang keparahan sesuatu penyakit yang dihidapi.
Vitamin E juga berupa vitamin utama yang menyegarkan dan melembutkan kulit. Ia bertindak sebagai anti-keradangan, juga melindungi kulit dari kerosakan disebabkan panahan cahaya matahari.
Justru, ciri-ciri yang terdapat pada vitamin E sangat baik untuk merawat penyakit Rosacea.
Menurut "The Food and Nutrition Board at the Institute of Medicine, USA", seorang dewasa (usia 15 tahun ke atas) memerlukan 15 mg atau 22.38 UI vitamin E setiap hari. Perkiraanya (1 UI = 0.67mg).
Makanan yang kaya vitamin E adalah *minyak wheat germ *minyak bunga matahari *minyak kelapa sawit *kacang dan minyak kacang *alpukat *asparagus *kiwi *broccoli *labu merah *ubi keledek *mangga *tomato *papaya/betik *bayam *sayur-sayuran.
3) VITAMIN C
Secara keseluruhannya, vitamin C memperteguh sistem kekebalan tubuh, memperkuat tisu-tisu penghubung, dan mempercepat kesembuhan.
Vitamin C terkenal dengan peranan memperbaiki tekstur kulit, melembut dan menganjal kulit. Kulit menjadi lebih tegang dan berseri. Vitamin ini juga menyembuhkan kecederaan pada kulit dan mencegah dari jangkitan penyakit kulit.
Vitamin C juga anti-oksidan yang mencegah cetusan radikal bebas dari merosakkan tisu dan sel-sel kulit.
Vitamin C juga anti-keradangan; ia bergandingan dengan vitamin E, membantu tubuh mencegah penyakit-penyakit yang membengkak; termasuk rosacea, arthritis, bronkhitis, sengal-sengal otot dan tulang, dan banyak lagi.
Ciri-ciri kesihatan dari vitamin C menjadikan vitamin ini sangat baik untuk merawat penyakit Rosacea.
Vitamin C mudah diperdapat, banyak di dalam buah-buahan, sayur-sayuran. Amalan permakanan ulam/lalap sangat baik untuk mendapat vitamin C yang mencukupi. Kesan sampingannya juga tidak membahaya kesihatan, mungkin sedikit gatal-gatal pada kulit. Kandungan vitamin C yang tertinggi terdapat pada buah Kakadu Plum 1000-5300 (mg / 100g), buah Camu Camu 2800 (mg / 100g), Ceri Acerola/Barbados 1677 (mg / 100g).
Pohon Acerola/Barbados, mudah di tanam meskipun di dalam pasu. Anak pokok/bibit ada di jual di nursery pokok. Pohonnya tidak terlalu meninggi dan membesar. Buahnya banyak dan lebat. Boleh di tanam di perkarangan rumah sebagai tanaman hiasan, sekaligus buahnya yang merah mudah di petik untuk di makan.
4) SPIRULINA
Spirulina adalah makanan semulajadi/alami daripada algae/rumpai/lumut, yang banyak mengandungi nutrien yang diperlukan untuk kesihatan tubuh. Setiap manusia dilahirkan mempunyai kelebihan dan kelemahan pada tubuh. Justru, Spirulina sebagai makanan supplemen yang baik untuk mengimbangi kelemahan sistem di dalam tubuh kita.
Secara amnya, spirulina mengandungi Karbohaidrat, Lemak, Protein dan berbagai zat lagi.
* Protein; Alanine, Arginine, Asid Aspartik, Cystine, Asid Glutamik, Glycine, Histidine, Isoleucine, Leucine, Lysine, Methionine, Phenylalanine, Proline, Serine, Threonine, Trytophan, Tyrosine, Valine.
* Vitamin-vitamin; Vitamin A, Vitamin K, Thiamine B1, Riboflavin B2, Niacin B3, Vitamin B12.
* Zat Galian/gizi; Kalsium, Besi, Magnesium, Zinc, Manganese, Copper, Chromium, Sodium, Potassium.
* Phytonutrients; Phycocyanin, Polysaccharides, Sulfolipids, SOD, Chlorophyll, Asid Gamma Linolenik, Asid Linoleik, Carotenoids, Lutein.
Spirulina memang banyak terjual di pasaran. Perlu berhati-hati membelinya. Ada yang murah tetapi cara pembuatannya yang rambang mungkin telah memusnahkan banyak nutrien yang terkandung di dalam rumpai tersebut. Hasilnya tidak seperti yang diwarwarkan dalam label. Kekadang hanya layak menjadi makanan pada ikan hiasan sahaja.
Dari kajian penulis, yakin Spirulina dari Cyanotech Corporation, Hawaii telah melalui proses teknologi yang memuaskan, sehingga kandungan nutrien di dalam algae/rumpai/lumut terpelihara dan tidak musnah, justru salah satu pilihan yang terbaik buat masa ini.
5) MADU DAN SERBUK/MINYAK KAYU MANIS
Madu lebah dan serbuk kayu manis mengandungi nilai-nilai istimewa pada kesihatan.
Madu adalah sumber terbaik anti-oksidan. Menyirna radikal bebas, merawat sel-sel dan tissu-tissu tubuh.
Kedua-dua bahan ini adalah anti-kuman, anti-bakteria, anti-kulat yang sangat berkesan; mampu menghapus, menghalang sebarang jangkitan dan pembiakan bakteria dan kulat (bahkan bakteria yang sulit untuk dihapuskan), dan memulihara kulit.
Madu dan serbuk kayu manis juga anti-keradangan; mengurangkan bengkak dan kesakitan, menyembuhkan dengan segera, bahkan mengurangkan kesan parut.
Adunan kedua-dua bahan ini dapat dimanfaatkan untuk merawat berbagai jenis penyakit kulit.
Sebenarnya, gula pasir @ sukros dan susu pasteur terlalu banyak bahayanya pada kesihatan.
Kajian sains banyak menunjukkan gula sukros tidak diterima sebagai bahan makanan. Hakikatnya, perlu dijauhi lansung. Ia bertindak secara perlahan, tetapi tetap meruntuhkan seluruh sistem di dalam tubuh. Gula sukros (termasuk apa jua bahan makanan yang di adun dengan gula sukros; seperti minuman dalam tin, kek dan bermacam-macam lagi) akan menjadikan suasana tubuh berasid; menjadikan kuman bakteria dan kulat mudah berkembang membiak, dan menjadikan tubuh mudah diserang kuman. Pengurangan gula pada pesakit Rosacea, mungkin memberikan kesan positif ke arah kesembuhan.
Sesuatu yang membingungkan, terdapat juga pesakit Rosacea mengalami alahan pada susu. Menurut Dr. Mercola (pakar nutrition), sebenarnya susu pasteur (serta bahan-bahan makanan yang berkaitan dengan susu pasteur, banyak memberi kesan sampingan kepada kesihatan tubuh, dan menimbulkan banyak allergi.
Tidak dinafikan proses "pasteurisation" bertujuan untuk menghapus kuman yang merbahaya pada kesihatan. Akan tetapi, kepanasan antara suhu 145 F - 150 F telah memusnahkan bakteria yang bermanfaat, enzim-enzim, serta kebanyakan nutrien yang berada di dalam susu. Sebaliknya, menjadikan gula susu galaktos tidak stabil, merubah suasana menjadikan bakteria yang merbahaya dan mudah membiak.
Justru, kurangkan atau hindari bahan makanan berasaskan gula sukros dan susu pasteur.
Ringkasan:
Moga Berkesan Untuk Anda....
Setiap orang yang dilahirkan, mewarisi kelemahan dan kelebihan tersendiri. DNA yang diwariskan pada seseorang melalui keturunan selalu berbeza. Kekadang sesuatu makanan yang baik pada seseorang tetapi menjadi makanan alahan pula pada orang lain. Begitu juga dengan perawatan Rosacea, tidak dapat di kenal-pasti kaedah yang tepat meskipun secara alami. Cara yang selamat ialah perawatan yang merangkumi hampir keseluruhan aspek dengan memberi fokus kepada kesihatan kulit.
1) VITAMIN A
Kekurangan vitamin A di dalam tubuh akan mengundang beberapa jenis penyakit yang berkaitan dengan kulit, termasuk penyakit Rosacea.
Institute of Medicine of the National Academies, USA - RDA |
Menurut "Institute of Medicine of the National Academies, USA - RDA, dos yang selamat dan mencukupi bagi tubuh seorang dewasa normal ialah 3,850UI-15,000 UI sehari. Nilai dos Jadual ini dalam ug, di tukar kepada IU perlu 5x. Contohnya 3,000 ug=15,000 IU.
Untuk rawatan penyakit Rosacea, dos vitamin A antara 5,000UI - 25,000UI masih di anggap rendah.
Hasil amalan seorang pesakit Rosacea yang menderita selama 15 tahun, sembuh setelah 1 bulan, melalui kaedah berikut:
- Mengurangkan permakanan jenis susu-susuan;
- Dos vitamin A, 25,000 IU dari Fish Liver Oil, 2 kali sehari, waktu pagi dan petang/malam. Dos ini adalah untuk jangkamasa sementara. Sekiranya ada kesan positif, dos perlu dikurangkan secara berperingkat sehingga ke tahap normal.
Makanan yang banyak mengandungi vitamin A jenis "retinol" (iaitu jenis yang lansung di serap dan dipergunakan oleh tubuh) boleh di perdapat dari makanan yang berasaskan binatang dan bijiran: *minyak ikan (fish oil/cod liver oil) *hati *kuning telur *keju *mentega.
Makanan yang banyak mengandungi Vitamin A jenis "provitamin A carotenoid" (iaitu jenis yang perlu di proses oleh tubuh untuk di tukar menjadi retinol) boleh di perdapat dari buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna-warni terang, kuning, oren, hijau dll.: *lobak merah *tembikai/ semangka *tembikai susu *keledek *bayam *kobis *betik/papaya *mangga *labu merah *cabai/cili *broccoli *asparagus.
2) VITAMIN E
Vitamin E adalah anti-oksidan. Ia menghalang cetusan radikal bebas yang merosakkan sel-sel, tisu-tisu dan sistem di dalam tubuh termasuk DNA. Radikal bebas bahaya pada kesihatan; cetusannya di dalam tubuh boleh menjadikan penyakit yang sedang dihidapi semakin parah. Justru, vitamin E sangat diperlukan untuk menghalang keparahan sesuatu penyakit yang dihidapi.
Vitamin E juga berupa vitamin utama yang menyegarkan dan melembutkan kulit. Ia bertindak sebagai anti-keradangan, juga melindungi kulit dari kerosakan disebabkan panahan cahaya matahari.
Justru, ciri-ciri yang terdapat pada vitamin E sangat baik untuk merawat penyakit Rosacea.
Menurut "The Food and Nutrition Board at the Institute of Medicine, USA", seorang dewasa (usia 15 tahun ke atas) memerlukan 15 mg atau 22.38 UI vitamin E setiap hari. Perkiraanya (1 UI = 0.67mg).
Makanan yang kaya vitamin E adalah *minyak wheat germ *minyak bunga matahari *minyak kelapa sawit *kacang dan minyak kacang *alpukat *asparagus *kiwi *broccoli *labu merah *ubi keledek *mangga *tomato *papaya/betik *bayam *sayur-sayuran.
3) VITAMIN C
Secara keseluruhannya, vitamin C memperteguh sistem kekebalan tubuh, memperkuat tisu-tisu penghubung, dan mempercepat kesembuhan.
Vitamin C terkenal dengan peranan memperbaiki tekstur kulit, melembut dan menganjal kulit. Kulit menjadi lebih tegang dan berseri. Vitamin ini juga menyembuhkan kecederaan pada kulit dan mencegah dari jangkitan penyakit kulit.
Vitamin C juga anti-oksidan yang mencegah cetusan radikal bebas dari merosakkan tisu dan sel-sel kulit.
Vitamin C juga anti-keradangan; ia bergandingan dengan vitamin E, membantu tubuh mencegah penyakit-penyakit yang membengkak; termasuk rosacea, arthritis, bronkhitis, sengal-sengal otot dan tulang, dan banyak lagi.
Ciri-ciri kesihatan dari vitamin C menjadikan vitamin ini sangat baik untuk merawat penyakit Rosacea.
Vitamin C mudah diperdapat, banyak di dalam buah-buahan, sayur-sayuran. Amalan permakanan ulam/lalap sangat baik untuk mendapat vitamin C yang mencukupi. Kesan sampingannya juga tidak membahaya kesihatan, mungkin sedikit gatal-gatal pada kulit. Kandungan vitamin C yang tertinggi terdapat pada buah Kakadu Plum 1000-5300 (mg / 100g), buah Camu Camu 2800 (mg / 100g), Ceri Acerola/Barbados 1677 (mg / 100g).
Pohon Acerola/Barbados, mudah di tanam meskipun di dalam pasu. Anak pokok/bibit ada di jual di nursery pokok. Pohonnya tidak terlalu meninggi dan membesar. Buahnya banyak dan lebat. Boleh di tanam di perkarangan rumah sebagai tanaman hiasan, sekaligus buahnya yang merah mudah di petik untuk di makan.
4) SPIRULINA
Spirulina adalah makanan semulajadi/alami daripada algae/rumpai/lumut, yang banyak mengandungi nutrien yang diperlukan untuk kesihatan tubuh. Setiap manusia dilahirkan mempunyai kelebihan dan kelemahan pada tubuh. Justru, Spirulina sebagai makanan supplemen yang baik untuk mengimbangi kelemahan sistem di dalam tubuh kita.
Spirulina, dari Cyanotech Corporation, Hawaii |
* Protein; Alanine, Arginine, Asid Aspartik, Cystine, Asid Glutamik, Glycine, Histidine, Isoleucine, Leucine, Lysine, Methionine, Phenylalanine, Proline, Serine, Threonine, Trytophan, Tyrosine, Valine.
* Vitamin-vitamin; Vitamin A, Vitamin K, Thiamine B1, Riboflavin B2, Niacin B3, Vitamin B12.
* Zat Galian/gizi; Kalsium, Besi, Magnesium, Zinc, Manganese, Copper, Chromium, Sodium, Potassium.
* Phytonutrients; Phycocyanin, Polysaccharides, Sulfolipids, SOD, Chlorophyll, Asid Gamma Linolenik, Asid Linoleik, Carotenoids, Lutein.
Spirulina memang banyak terjual di pasaran. Perlu berhati-hati membelinya. Ada yang murah tetapi cara pembuatannya yang rambang mungkin telah memusnahkan banyak nutrien yang terkandung di dalam rumpai tersebut. Hasilnya tidak seperti yang diwarwarkan dalam label. Kekadang hanya layak menjadi makanan pada ikan hiasan sahaja.
Dari kajian penulis, yakin Spirulina dari Cyanotech Corporation, Hawaii telah melalui proses teknologi yang memuaskan, sehingga kandungan nutrien di dalam algae/rumpai/lumut terpelihara dan tidak musnah, justru salah satu pilihan yang terbaik buat masa ini.
5) MADU DAN SERBUK/MINYAK KAYU MANIS
Madu lebah dan serbuk kayu manis mengandungi nilai-nilai istimewa pada kesihatan.
Madu adalah sumber terbaik anti-oksidan. Menyirna radikal bebas, merawat sel-sel dan tissu-tissu tubuh.
Kedua-dua bahan ini adalah anti-kuman, anti-bakteria, anti-kulat yang sangat berkesan; mampu menghapus, menghalang sebarang jangkitan dan pembiakan bakteria dan kulat (bahkan bakteria yang sulit untuk dihapuskan), dan memulihara kulit.
Madu dan serbuk kayu manis juga anti-keradangan; mengurangkan bengkak dan kesakitan, menyembuhkan dengan segera, bahkan mengurangkan kesan parut.
Adunan kedua-dua bahan ini dapat dimanfaatkan untuk merawat berbagai jenis penyakit kulit.
- Madu dan Serbuk Kayu Manis, di aduk keduanya dan di minum di waktu pagi dan malam;
- Madu dan Serbuk Kayu Manis, di aduk keduanya dan kemudian sapu pada kulit wajah yang berjerawat, bintik-bintik gatal pada wajah sekali di waktu malam.
Sebenarnya, gula pasir @ sukros dan susu pasteur terlalu banyak bahayanya pada kesihatan.
Kajian sains banyak menunjukkan gula sukros tidak diterima sebagai bahan makanan. Hakikatnya, perlu dijauhi lansung. Ia bertindak secara perlahan, tetapi tetap meruntuhkan seluruh sistem di dalam tubuh. Gula sukros (termasuk apa jua bahan makanan yang di adun dengan gula sukros; seperti minuman dalam tin, kek dan bermacam-macam lagi) akan menjadikan suasana tubuh berasid; menjadikan kuman bakteria dan kulat mudah berkembang membiak, dan menjadikan tubuh mudah diserang kuman. Pengurangan gula pada pesakit Rosacea, mungkin memberikan kesan positif ke arah kesembuhan.
Sesuatu yang membingungkan, terdapat juga pesakit Rosacea mengalami alahan pada susu. Menurut Dr. Mercola (pakar nutrition), sebenarnya susu pasteur (serta bahan-bahan makanan yang berkaitan dengan susu pasteur, banyak memberi kesan sampingan kepada kesihatan tubuh, dan menimbulkan banyak allergi.
Tidak dinafikan proses "pasteurisation" bertujuan untuk menghapus kuman yang merbahaya pada kesihatan. Akan tetapi, kepanasan antara suhu 145 F - 150 F telah memusnahkan bakteria yang bermanfaat, enzim-enzim, serta kebanyakan nutrien yang berada di dalam susu. Sebaliknya, menjadikan gula susu galaktos tidak stabil, merubah suasana menjadikan bakteria yang merbahaya dan mudah membiak.
Justru, kurangkan atau hindari bahan makanan berasaskan gula sukros dan susu pasteur.
Ringkasan:
Nutrien | Khasiat Kesembuhan |
Vitamin A | Fish Liver Oil/Cod Liver Oil --- dos vitamin A, 25,000 IU, 2 kali sehari, pagi dan petang/malam. Dos ini adalah untuk jangkamasa sementara. Sekiranya berkesan, dos perlu dikurangkan secara berperingkat kepada dos normal 3,850UI-15,000 UI sehari. |
Vitamin E | Anti-oksidan; berkesan menghalang cetusan radikal bebas yang
merosakkan sel-sel, tisu-tisu dan sistem di dalam tubuh termasuk DNA. Sumber: Minyak wheat germ, minyak kelapa sawit, alpukat, tomato dll. |
Vitamin C | Kesembuhan kulit; peranan memperbaiki tekstur kulit, melembut dan menganjal kulit. Kulit menjadi lebih tegang dan berseri. Menyembuh kecederaan pada kulit dan mencegah jangkitan penyakit kulit. Anti-oksidan; mencegah cetusan radikal bebas dari merosakkan tisu dan sel-sel kulit. Sumber: buah-buahan dan sayur-sayuran. |
Spirulina | Supplemen zat-zat yang diperlukan untuk kesaimbangan seluruh sistem dalaman tubuh. |
Madu & Serbuk Kayu Manis | Madu; sumber terbaik anti-oksidan, menyirna radikal bebas, merawat dan memulihkan sel-sel dan tisu-tisu
tubuh. Serbuk Kayu Manis; anti-kuman, anti-bakteria, anti-kulat yang sangat berkesan; mampu menghapus, menghalang sebarang jangkitan dan pembiakan bakteria dan kulat (bahkan bakteria yang sulit untuk dihapuskan), dan memulihara kulit. |
Tiada Makanan Gula & Susu | Gula; tanpa gula sukros, menyumbang kepada kesembuhan segera. Susu; tanpa susu, mengurangi kemungkinan disebabkan alahan sekiranya Rosacea disebabkan penyakit genetik. |
Moga Berkesan Untuk Anda....
No comments:
Post a Comment