0

Thursday, January 12, 2012

VITAMIN A...

Vitamin A

Vitamin A adalah nama umum pada sekumpulan molekeul "retinoids" yang terdapat di dalam bahan makanan, yang berasal dari binatang, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Vitamin A yang terkandung di dalam makanan yang berasal dari binatang disebut "retinol". Retinol dianggap sebagai vitamin A sejati dan sudah terbina, kerana ia lansung dapat diserap dan digunakan oleh tubuh. Vitamin A yang terkandung dalam buah-buahan dan sayur-sayuran pula dikenali sebagai "Provitamin A carotenoids"; jenis-jenisnya pula ialah beta-carotene, alpha-carotene, dan beta-cryptoxanthin. Vitamin A jenis ini tidak lansung dapat di serap sepertimana vitamin A dalam makanan yang berasaskan binatang; perlu di tukar menjadi "retinol" di dalam tubuh.

Vitamin A sangat penting untuk kesihatan seluruh tubuh; mempunyai peranan tersendiri pada setiap bahagian tubuh. Vitamin ini turut terlibat dalam pengendalian sel-sel organ otak, otot, paru-paru, darah, kulit, tisu, dan selaput-selaput penting di dalam tubuh.

Tubuh menyimpan retinol dan Provitamin A carotenoids di dalam organ hati, dipergunakan apabila tubuh memerlukannya. 

Sumbangannya yang utama pada kesihatan tubuh, antara lain:

1)  Kesihatan Pada Mata dan Penglihatan

Vitamin A menyihatkan lapisan permukaan dan tisu mata, selaput-selaput lembab (mucous membranes), terutama pada "cornea" yang sangat penting untuk penglihatan yang baik.

Vitamin ini juga bertindak sebagai lapisan penghadang pada mata dari kuman bakteria dan virus, dengan demikian menghalang dari risiko jangkitan pada mata.

Vitamin A juga diperlukan oleh "retina", untuk penyerapan cahaya dan pengecapan warna yang baik.

Diperlukan untuk mengaktifkan pigmen foto (rhodopsin) untuk penglihatan di waktu malam.

Kekurangan vitamin A dikaitkan dengan silau mata di waktu malam (night blindness) dan kabur penglihatan. Pengecaman warna akan terjejas, bola dan kelopak mata menjadi kering, deria-rasa dan deria-bau merosot, selera makan berkurangan dan tubuh lemah hilang kesaimbangan.

2)  Kesihatan Pada Kulit

Vitamin A menyihatkan kulit dan selaput-selaput atau lapisan-lapisan lembab (mucous membranes) yang terdapat pada paru-paru dan saluran pernafasan, menjadikan bahagian-bahagian tersebut lebih berkesan sebagai penghadang kepada sebarang jangkitan kuman bakteria dan virus.


Kekurangan vitamin A di dalam tubuh akan mengundang beberapa jenis penyakit yang berkaitan dengan kulit; seperti "psoriasis", sejenis keradangan yang parah pada sebahagian besar kulit badan, di mana kulit membengkak merah, bergerutu kasar dan tebal.

Penyakit kulit lain; seperti "rosacea", sejenis penyakit yang menyebabkan muncul bintik-bintik merah berjerawat pada bahagian muka dan leher. Penyakit kulit lainnya; seperti bisul-bisul, ketuat, campak, cacar dan berbagai lagi.

3)  Keutuhan Pada Sistem Kekebalan Tubuh

Vitamin A memperteguhkan sistem kekebalan tubuh. Sistem kekebalan tubuh adalah sistem yang berfungsi mencegah dan menghapus sebarang jangkitan kuman melalui sel-sel darah putih (leukocytes). Vitamin A juga membantu sejenis sel darah putih yang dikenali sebagai "lymphocytes" untuk mencegah jangkitan kuman dengan lebih berkesan.

Kekurangan vitamin A akan melemahkan sistem kekebalan tubuh, menyebabkan seseorang itu lebih mudah di serang berbagai jenis penyakit; seperti AIDS, bronkhitis (paru-paru berair/tersumbat), jangkitan kulat/jamur, keputihan pada alat kelamin wanita dan lain-lain.

4)  Kesihatan Pada Sistem Peranakan Dan Pertumbuhan Tulang

Vitamin A mempunyai peranan dalam sistem peranakan. Ia mempengaruhi hormon untuk perkembangan dan tumbesaran bayi sewaktu di dalam kandungan.

Sekiranya mendapat kadar vitamin A yang mencukupi, perkembangan bayi di dalam kandungan menjadi lebih sempurna, terutamanya pada pembinaan struktur dan kerangka tulang-tulang, 

Kekurangan vitamin A pada wanita yang hamil boleh memberi kesan pada bayi; seperti pertumbuhan struktur dan kerangka tulang yang lemah.

Kekurangan vitamin A pada orang dewasa, boleh menyebabkan tulang menjadi kurang mampat. Sebaliknya, sekiranya vitamin A terlalu berlebihan, boleh pula menyebabkan tulang menjadi rapuh dan mudah patah. Bererti, vitamin A sangat diperlukan oleh tubuh, tetapi tidak terlalu banyak !!!

Menurut "Institute of Medicine of the National Academies, USA - RDA adalah dos yang di kira selamat dan mencukupi yang diperlukan oleh kebanyakan orang (97 to 98%).


Sumber Vitamin A

Secara amnya, terdapat 2 kategori vitamin A, bergantung kepada sumber makanan samada berasaskan dari binatang-binatang atau pokok-pokok dan sayur-sayuran.

Makanan Berasaskan Binatang 

Vitamin A jenis "retinol" boleh di perdapat dari makanan yang berasaskan binatang dan juga dari makanan bijiran.

Makanan-makanan yang banyak mengandungi vitamin A:

*kuning telur *susu *hati *keju *mentega *minyak ikan *bijiran *dan lain-lain lagi.


Makanan Berasaskan Pokok dan Sayuran 

Vitamin A jenis "provitamin A carotenoid" boleh diperdapat dari buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna-warni terang, seperti kuning, oren, hijau dll. 

Provitamin A carotenoids yang selalu terdapat di dalam sayur-sayuran dan buah-buahan ialah: beta-carotene, alpha-carotene, dan beta-cryptoxanthin. Beta-carotene adalah antara yang paling berkesan ditukar menjadi retinol. Alpha-carotene dan beta-cryptoxanthin boleh ditukar menjadi vitamin A, tetapi hanya sebahagiannya sahaja yang berkesan ditukar menjadi retinol.

Makanan-makanan yang banyak mengandungi Provitamin A carotenoids: *lobak merah *tembikai/semangka *tembikai susu *rock melon *keledek *bayam * kobis *betik/papaya *mangga *buah apricot *peach *cabai/cili *broccoli *asparagus *dan lain-lain lagi.‎


Sekian dahulu...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...