|
Ubi Keledek
|
Carrot/Lobak Merah
|
Capsicum/Paprika
|
Turnip
|
Kale
|
Broccoli
|
Mustard Hijau
|
Bayam Hijau
|
Lettuce
|
Collard
|
Labu/Pumpkin
|
Alpukat/Avocado
|
Tembikai/Semangka
|
Mangga/Mempelam
|
Kiwi
Buah kiwi pun sudah ada lokal sekarang
|
Markisa |
| Apakah Alpha-Karotin dan Beta-Karotin?
Alpha-karotin dan Beta-karotin adalah "Provitamin A."
Alpha-karotin dan Beta-karotin juga anti-oksidan dari keluarga "carotenoid". Carotenoid adalah suatu kumpulan anti-oksidan yang sangat berkesan melindungi tubuh dari gejala radikal bebas.
Ahli-ahli keluarga carotenoid yang lain ialah - Lycopene, Zeaxanthin, dan Lutein. Tetapi, jenis-jenis ini tidak tergolong sebagai ahli keluarga vitamin A.
Dari kalangan keluarga carotenoid, hanya alpha-karotin dan beta-karotin sahaja yang boleh di tukar menjadi vitamin A oleh sistem tubuh. Oleh itu, alpha-karotin dan beta-karotin dikenali sebagai "Provitamin A" atau Pemula kepada vitamin A.
Provitamin A tidak boleh di serap terus sepertimana vitamin A sejati (Retinol), yang kebanyakannya terdapat di dalam bahan makanan yang berasaskan binatang. Provitamin A perlu di tukar terlebih dahulu menjadi retinol
untuk dapat di serap oleh tubuh.
Antara alpha-karotin dan beta-karotin, beta-karotin lebih banyak dapat di tukar menjadi vitamin A berbanding alpha-karotin.
Di dalam alpha-karotin dan beta-karotin terkandung "flavonoid". Flavonoid adalah bahan anti-oksidan yang mengeluarkan berbagai warna dan rasa kepada buah-buahan dan sayur-sayuran. Flavonoid banyak terkumpul pada bahagian
kulit.
Warna kekuningan pada daun-daun hijau adalah disebabkan oleh lapisan "chlorophyll" yang menyelubungi flavonoid.
Manfaat Alpha-Karotin dan Beta-Karotin
Peranan Anti-Oksidan
Alpha-karotin dan Beta-karotin adalah anti-oksidan yang sangat berkesan. Antara keduanya, alpha-karotin lebih berkesan sebagai anti-oksidan daripada beta-karotin.
Anti-oksidan adalah enzim yang mencegah radikal bebas dari memusnahkan sel-sel, tisu-tisu, otot-otot dan DNA tubuh. Alpha-karotin mampu menyirna radikal bebas dan mengeluarkannya dari tubuh sebelum ia dapat merosakkan sel-sel, tisu-tisu, otot-otot tubuh yang boleh mengakibatkan penyakit-penyakit yang lebih kronik.
Alpha-karotin menyihatkan pembuluh-pembuluh darah yang berhubungan dengan jantung.
Alpha-karotin juga dapat meransang komunikasi antara sel-sel di dalam tubuh, satu proses yang dipercayai sangat penting untuk memastikan pengagihan/pembahagian sel-sel dengan lebih sempurna dan saksama pada seluruh bahagian tubuh.
Alpha-karotin dan beta-karotin juga menghalang se-sel, tisu-tisu, otot-otot, dan kulit dari cepat runtuh, kendur, berkedut dan berkeriput. Memelihara kulit menjadi lebih sihat, segar, lembut dan anjal, menjadikan kulit lebih bersinar dan tidak cepat di mamah usia.
Kajian menunjukkan bahawa makanan yang mengandungi Carotenoid (termasuk alpha-karotin dan beta-karotin) berperanan utama dalam mengurangkan kesan sampingan akibat dari penyakit; seperti penyakit jantung,
kemerosotan sistem kekebalan tubuh, cataracts (selaput mata), kanser pada paru-paru, usus dan rahim. Terdapat juga kes dimana beta-karotin mampu mencegah penyakit-penyakit tersebut.
Carotenoid, terutamanya beta-carotene, juga membantu mencegah dari penyakit cataracts dengan cara menyerap radikal bebas yang boleh merosakkan mata. Membantu menyihatkan mata untuk penglihatan yang baik, dan juga mengutuhkan sistem kekebalan tubuh.
Peranan Bersama Vitamin C, E dan Selenium
Berganding dengan Vitamin C, Vitamin E dan Selenium (zat galian/gizi), peranan alpha-kerotin dan beta-karotin lebih berkemampuan untuk menyembuh penyakit, mempertingkat kesihatan tubuh pada keseluruhannya, dan menambah usia !!!
Ringkasan Manfaat
Carotenoid (Alpha-karotin, Beta-karotin) berperanan penting menyumbang kepada pencegahan penyakit-penyakit berikut:
-
Acquired Immunodeficiency Syndrome (AIDS)
- Penyakit Kerosakan Retina Mata "Age-related macular degeneration."
- Cataracts (Selaput Mata).
- Rabun Mata.
- Sakit Uluhati; disebabkan jantung tidak menerima aliran darah yang mencukupi.
- Penyakit Jantung.
- Asma.
- Pneumonia.
- Kanser Larynx (Tekak, Kerongkong)
- Kanser Paru-paru.
- Kanser Rahim.
- Penyakit Dalam Rahim/Kandungan "Cervical dysplasia."
- Penyakit Keputihan Alat Kelamin Perempuan.
- Penyakit Jangkitan Pada Alat Kelamin Lelaki "Chlamydial infection".
- Masalah Kesuburan Sistem Peranakan, Lelaki dan Perempuan.
- Kanser Prostate.
- Rapuh Tulang (Osteoarthritis).
- Arthritis.
- Kanser Kulit.
Dos Harian
Alpha-karotin dan Beta-karotin tidak mempunyai had/batas dos harian yang ditetapkan (RDA).
"The Institute of Medicine" (IOM), USA menyarankan dos antara 3 mg - 6 mg beta-karotin setiap hari (bersamaan 833 IU - 1,667 IU vitamin A) sebagai kadar kandungan yang stabil di dalam darah.
"National Cancer Institute, USA" pula menyarankan dos sekurang-kurangnya 6 mg beta-karotin setiap hari.
Masalah Kekurangan Alpha-Karotin & Beta-Karotin
Alpha-karotin dan beta-karotin memerlukan bahan makanan berlemak berada di dalam usus pencernaan, agar mudah di serap ke dalam tubuh.
Pesakit yang mengalami sakit usus, kekurangan enzim dalam organ pancreas, penyakit hempedu dan hati, menghadapi kesukaran untuk menyerap alpha-karotin dan beta-karotin.
Begitu juga pada mereka yang sedang memakan ubat mengawal kolestrol di dalam darah, pil perancang keluarga, ubat untuk merawat arthritis, psoriasis dan kanser.
Perokok, peminum arak memerlukan lebih banyak alpha-karotin dan beta-karotin setiap hari.
Begitu juga bagi mereka yang kurang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran. Justru, amalan permakanan ulam-ulaman atau lalap adalah baik untuk menjana kandungan alpha-karotin dan beta-karotin di dalam tubuh.
Sumber Makanan
Alpha-karotin dan Beta-karotin banyak terkandung dalam makanan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Buah-buahan; seperti jenis-jenis labu, lobak merah, tomato, ubi keledek, tembikai susu, tembikai, kiwi, alpukat, apricot, mangga, dan banyak lagi.
Sayur-sayuran; seperti bayam, broccoli, paprika/capsicum, salad, kobis, lettuce, kale, jenis-jenis kobis dan bermacam- macam lagi.
Memasak dengan kepanasan api yang rendah tidak merosakkan kandungan alpha-karotin dan beta-karotin, sebaliknya memperbaiki kandungan alpha-karotin dan beta-karotin untuk lebih mudah dicerna oleh usus. Namun, memasak terlalu lama dengan suhu kepanasan terlalu tinggi boleh
mengurangkan kandungan Alpha-karotin dan Beta-karotin, bahkan boleh meruntuhkan struktur aslinya.
Nature Heals !!!
Zaman semakin moden, kita semakin dimanjai oleh berbagai makanan alaf baru; KFC, Burger, Ice-Cream (Häagen-Dazs enak lho !!!), Lasagna, Italia (wow, sampai menjilat jari !!!), Cakes, Pizza, dan berbagai lagi.
Namun, jangan pula dilupakan makanan berupa buah-buahan dan sayur-sayuran yang tumbuh di perkarangan rumah, yang terjual di tepi-tepi jalan, meskipun tidak "glamour" kekadang makanan-makanan tersebut lebih baik untuk kesihatan, lebih berkhasiat kerana dihasilkan oleh alam semulajadi !!!
Percayalah, yang asli lokal di jamin lebih enak dari yang campur-campuran barat, satisfaction guaranteed !!!
Sekian dahulu buat kali ini.... |
No comments:
Post a Comment