PAPAYA UNTUK MENANGGANI GEJALA SEMBELIT !!!
Sembelit bukan penyakit, cuma suatu gejala usus. Sembelit terjadi apabila bahan makanan di dalam usus menjadi keras dan kering sehingga menyebabkan pergerakan sisa bahan makanan untuk keluar menjadi terlalu lambat atau tersekat. Akibatnya, pembuangan air besar menjadi sulit dan kadangkala sakit sehingga perut terasa memulas. Selalunya najis yang dikeluarkan berwarna gelap kehitaman. Kekadang terdapat darah bersama dengan najis yang keluar.
Kekerapan membuang air besar bagi setiap individu adalah berbeza; ada yang 2-3 kali dalam sehari, ada sekali sehari, dan ada pula 2-3 kali dalam seminggu. Apabila terdapat kesulitan membuang air besar, mengurangi kadar normal kekerapan seseorang individu, maka gejala sembelit mungkin terjadi.
Antara penyebab-penyebabnya:
a) kurang pengambilan makanan yang berserat;
b) kurang pengambilan air (meminum) setiap hari;
c) kesan sampingan dari pengambilan ubat-ubatan bagi pengidap penyakit seperti kencing manis dll.;
d) kemurungan, tekanan perasaan yang terpedam lama;
e) ketidak-tentuan pengeluaran hormon dari kelenjer-kelenjer akibat dari penyakit, seperti penyakit ginjal dll.;
f) kurang senaman/olahraga atau jenis kerja yang kurang pergerakan dan banyak duduk terperap di tempat duduk atau bangku; atau
e) penyakit ulser atau tumor di dalam usus atau rektum (bahagian akhir usus).
Gejala sembelit lebih kerap terjadi pada wanita dan juga kanak-kanak. Pada wanita, mungkin kerana kurang senaman/olahraga, kurang aktiviti melibatkan pergerakan atau banyak bentuk kerja melibatkan duduk terperap. Pada kanak-kanak, mungkin kerana perubahan bahan makanan dari susu kepada makanan jenis berserat di mana pencernaan ususnya masih belum utuh. Sembelit juga selalu dialami oleh orang dewasa yang lanjut usia.
Bagi penderita sembelit yang kronik, dinasihatkan berjumpa doktor untuk mengenal-pasti sebab sebenar dan bagi mendapatkan rawatan yang lebih khusus.
Secara umumnya, sembelit tergolong dari gejala yang mudah diubati. Banyak jenis ubat-ubatan yang sedia terjual di farmaci/apotik.
Bagi rawatan alami yang mudah tanpa perlu membelanjakan banyak wang, cubalah papaya/betik !!!
Betik adalah buah yang sangat istimewa. Rasanya enak dan menyegarkan. Di samping kaya dengan kandungan nutrien, juga banyak gunanya. Umpamanya, daun muda (pucuk) dan bunga-bunganya boleh di rebus di buat ulam/ lalap. Buah muda di cincang halus lalu dimasukkan bersama dengan masakan daging supaya daging cepat menjadi lembut/lunak. Dalam dunia masakan, banyak bahan makanan yang liat atau keras akan menjadi lembut/lunak apabila di tambah dengan buah papaya/betik yang masih muda dan bergetah. Dan ia tidak mengubah rasa sejati pada resepi masakan.
Bagi penderita sembelit, makanlah sebiji buah yang masak (ranum atau setengah masak, ikut kegemaran). Sebaiknya di makan pada waktu malam sebelum tidur. Sebaiknya juga pilih hari cuti/libur. Dan lihat kesannya......
Selamat Mencuba !!!
No comments:
Post a Comment