0

Monday, January 9, 2012

Nira Kelapa Berkhasiat Luarbiasa.....

Kelapa, Pohon Anugerah Alam !!! 


Pohon Kelapa. Juga dikenali sebagai Nyiur. Nama sains "Cocos nucifera L", dari keluarga Arecaceae iaitu keluarga palma. Dikelaskan dalam ‎genus Cocos.

Tumbuh hampir di seluruh kawasan tropika. Merupakan pohon palma yang tinggi ‎mencecah 6 - 30 meter, dengan pelepah daun (pinnate) sepanjang 4 - 6 meter, helaian ‎daun (pinnae) sepanjang 60-90 cm; pelepah tua akan luruh, meninggalkan batang pohon menjadi licin. Usia pohon melebihi 25 tahun.

Kegunaan. Keseluruhan pohon kelapa dapat dimanfaatkan kepada pelbagai guna. Seiring dengan nama asalnya dari bahasa ‎Sanskrit "kalpa vriksha", di terjemah bermaksud "pohon yang membekalkan semua keperluan kehidupan".

a) batang kelapa dan pelepah boleh dijadikan bahan-bahan binaan seperti papan, dinding dan lantai;
b) daun boleh di buat pembalut makanan, atap, dinding pada dangau, teratak atau pondok;
c) lidi boleh di buat penyapu;
d) sabut boleh di buat tali;
e) tempurung boleh menjadi salah satu bahan ubat nyamuk, juga barangan kraftangan;
f) sabut boleh di buat bahan tanah taneh kompos dalam pertanian "peat soil";
g) minyak kelapa sebagai minyak masak, minyak pelita dan sabun;
h) akar kelapa dicampur daun pulasari sebagai herba merawat cirit-birit, air direbus dan diminum;
i) kelapa muda, isi dan kandungan airnya sebagai bahan minuman seperti ABC, ais teler, halo-halo dll;
j) isi kelapa tua boleh di perah untuk mendapatkan santan sebagai menambah rasa lemak pada masakan; dan
k) nira kelapa boleh di buat gula merah, dan cuka.
Purata, sepohon kelapa mampu menghasilkan ‎antara 60-150 biji setahun. Justru, pohon kelapa mempunyai nilai komersial yang tinggi.



Penghasilan Nira Kelapa


Nira kelapa adalah cecair yang di perdapat dari bunga-bunga kelapa (mayang).

Secara amnya, nira boleh dihasilkan ketika mayang masih di dalam seludang; seludang merupakan daun pelindung yang menyelubungi seluruh jambak-jambak mayang yang belum mekar. Hujung seludang di pangkas/hiris untuk mengeluarkan nira.

Bagi seludang yang sudah terpecah atau di belah, mayang yang terbuka dari seludang di ikat rapi, lalu di ikat kuat 2 batang kayu dipangkalnya agar pemekaran bunga jadi terhambat. Mayang membengkak, setelah pembengkakan ‎berhenti, hujung mayang di pangkas/hiris untuk mengeluarkan nira.

Nira akan mengalir keluar, dan perlu ‎ ‎di tadah ke dalam bekas buluh atau plastik yang dinamakan 'tukir'. Setengah ‎amalan memasukkan sedikit 'laghu' (laru) ke dalam tukir agar nira tidak ‎cepat masam. Bermacam-macam laru boleh digunakan; lain tempat lain pula caranya. Kepingan kayu cengal, kepingan kayu nangka, kulit buah manggis, ubat gula “cap 3 gajah” atau air kapur.

Nira di dalam tukir boleh di ambil sekali sehari, atau 2 kali sehari waktu pagi dan petang. Proses penghasilan nira ini boleh diulang-ulang setiap hari sehingga seludang kelapa atau mayang tadi di hiris sampai habis ke pangkal.

Nira yang baru di tuai segar, perlu segera di minum. Warnanya putih kesusuan. Rasanya manis, tidak memabukkan. Aduhai...memang enak di minum segar !!! Resepi bulan Ramadhan !!!

‎Nira mula masam selepas 24 jam; perlu di simpan di dalam peti sejuk dalamasa 24 jam tersebut. ‎Selepas 24 jam, nira melalui proses pentapaian (fermentasi) semulajadi,. Mula kelihatan berbuih-buih, kemudian bertukar menjadi tuak masam. Awas, tuak ini tinggi kandungan alkoholnya. ‎Ia sudah di kira sebagai arak; di minum memabukkan, lansung masuk ke alam maya, ‎berdangdut dan nyanyi-nyanyi di tepi jalan, cari jalan pulang ke rumah sudah tak ketahuan !!!

Proses fermentasi semulajadi, dari nira kepada tuak, dan seterusnya bertukar menjadi cuka, berlaku lebih kurang selama seminggu. Tuak yang berbuih akan bertukar menjadi ‎jernih. Cecair jernih itu adalah "cuka"; enak berkhasiat, berguna di dalam resepi makanan !!! ‎

Khasiat Nutrien Nira Kelapa

Kata pepatah " tak kenal maka tak cinta". Begitu juga dengan nira, sesiapa yang tahu khasiatnya pasti tidak melepaskan peluang meminumnya. Rasanya enak menyegarkan, nutriennya juga sangat bermanfaat untuk kesihatan.

Nira manis, tapi hanya mempunyai 35 GI (Glycemic Index). GI ialah ukuran berapa cepat gula mempengaruhi perubahan paras gula di ‎dalam darah. ‎Apabila  dibandingkan dengan GI madu 55-83 dan GI gula pasir 65-100, nira di kelaskan sebagai makanan yang rendah GI. Bererti, tubuh perlu menggunakan sedikit insulin untuk menukar gula nira menjadi tenaga.

Nira mentah dan segar, kaya dengan (1) berbagai jenis Asid Amino, (2) Vitamin dan (3) Zat Galian/Gizi. Kesemua nutrien ini adalah semulajadi/alami, tidak dicemari oleh bahan kimia.

 1) Asid Amino

Asid amino adalah nama umum kepada beberapa jenis asam yang membina protein. Sangat diperlukan untuk membina tubuh yang sihat.

Nira kelapa mengandungi 17 jenis asid amino. Berikut ini adalah penjelasan secara ringkas tentang khasiat-khasiat beberapa jenis asid amino yang terkandung di dalam nira:  

Asid Glutamik (singkatnya "Glu" atau "E").
  • Glu sangat ‎bermanfaat merawat penyakit yang parah; seperti kecederaan, trauma, kelecuran, kesan ‎sampingan kanser, mempercepat kesembuhan luka selepas pembedahan.
  • Dalam istilah "neuroscience", Glu adalah makanan pada otak. Bermanfaat mempertingkat fungsi otak dalam pembelajaran dan ingatan. Juga, sebagai transmitter dari otak ke seluruh sistem saraf-saraf dan sel-sel tubuh.
  • Berperanan penting dalam metabolisma sel-sel dan terlibat dalam seluruh fungsi tubuh. Juga sebagai ejen mengeluarkan nitrogen berlebihan dari tubuh. 
  • Glu selalu digunakan untuk merawat kekalutan perangai dan tabiat manusia (personality and behavioral disorders), epilepsi/ayan/gila babi, kekejangan otot, dan penyakit Parkinson. Ia juga sebagai ubat kepada "hypoglycemic coma" iaitu koma yang disebabkan kurang kandungan gula di dalam darah, penyakit jantung, dan penyakit kelenjar prostate parah (BPH-benign prostate hyperplasia).
  • Meskipun begitu, terlalu banyak Glu di dalam tubuh boleh menyebabkan pening-pening dan sakit kepala. Bagi penderita penyakit ginjal atau organ hati, dinasihat tidak terlalu banyak meminum nira kelapa, kerana akan memberi perkembangan negatif pada ginjal atau hati.
Asid Threonine.
  • Bermanfaat untuk pertumbuhan "enamel" (lapisan luar gigi), "elastin" (keanjalan tisu-tisu), dan "collagen" (diperlukan oleh mana-mana bahagian-bahagian tisu, otot, kulit, tulang, saluran darah, usus, sendi-sendi dll). Collagen membantu merawat tulang-tulang lembut dan sendi-sendi tulang, juga menjadi alas perantara kepada sendi-sendi dan tulang berlakang.
  • Threonine, bekerjasama dengan asam cysteine, lysine, alanine, dan aspartik, mengutuhkan sistem kekebalan tubuh. Ia mempengaruhi kelenjer "thymus" untuk lebih berkesan membina kekebalan tubuh.
  • Asam threonine juga membantu organ hati, menjadi pengganti apabila asam choline yang diperlukan berkurangan di dalam tubuh.
  • Para doktor menggunakan threonine untuk meredakan kekejangan otot-otot, tekanan perasaan, dan fikiran yang kalut dan kusut. 
Asid Aspartik.
  • Membantu sel-sel tubuh berfungsi. Membantu perkembangan sistem kekebalan tubuh. Menambah stamina, mempertingkat perkembangan otak dan fungsi saraf.
  • Membantu kelenjer-kelenjer menerbitkan hormon dan mengendali pembuangan sisa hormon dari tubuh. Membantu organ hati meng-nyah ammonia berlebihan dan juga bahan toksik yang lain dari dalam darah.
  • Kekurangan zat asam ini boleh menyebabkan kelesuan dan tekanan perasaan.
Asid Serine.
  • Penting untuk kesihatan keseluruhan tubuh, lahir dan batin.
  • Serine adalah penting untuk otak dan sistem saraf berfungsi dengan baik. Mempertingkat daya ingatan dan pengecaman pada otak. Juga bertindak sebagai lapisan pelindung kepada otak dan saraf.
  • Diperlukan untuk metabolisma lemak, pertumbuhan dan keutuhan sel-sel, tisu-tisu dan otot-otot dan mempertingkat kemampuan dayatahan "antibody" dalam sistem kekebalan tubuh.
  • Sering digunakan dalam bahan kosmetik sebagai  pelembab kulit.
Asid Proline (singkat "Pro" atau "P").
  • Pro diperlukan untuk membina collagen dan tulang-tulang lembut serta sendi tulang "cartilage", juga menjadikan otot-otot dan sendi-sendi tulang bertambah anjal dan tangkas. Ia menyihat dan menegangkan kulit. Merawat kulit apabila berlaku kecederaan, mengurangkan kekedutan kulit.
  • Proline membantu tubuh memecahkan protein untuk kegunaan sel-sel. Justru, proline baik untuk merawat penyakit rapuh tulang "osteoarthritis", kesakitan atau sengal-sengal sendi dan tulang belakang.
  • Mempertingkat kesihatan pembuluh-pembuluh darah yang berhubungan dengan jantung.
  • Asam ini bermanfaat kepada ahli-ahli sukan yang kerap menjalani latihan intensif.
Asid Valine.
  • Menyumbang kepada tumbesaran tubuh yang normal, memperbaiki tisu dan otot, mengurus gula di dalam darah, dan memberi tenaga. Meransang sistem saraf yang diperlukan untuk otak berfungsi dan berfikir dengan baik.
  • Valine membantu menghalang otot-otot daripada runtuh dengan membekalkan glukos kepada otot-otot untuk pertambahan tenaga sewaktu tubuh menjalani latihan intensif atau melakukan kerja berat.
  • Juga membantu membuang sisa nitrogen yang toksik dari organ hati, dan juga bertindak membawa nitrogen kepada tisu-tisu lain yang memerlukan.
  • Valine membantu merawat kerosakan organ hati dan hempedu yang disebabkan alkohol atau dadah. Membantu orang yang sering koma atau pengsan disebabkan masalah organ hati atau kesan alkohol pada fungsi otak.
Asid Alanine (aka L-alanine).
  • Mengawal kandungan glukos di dalam darah dan kadar tenaga yang diperlukan oleh tubuh. Asam ini menghalang sel-sel menjadi rosak sewaktu aktiviti intensif, dimana tubuh akan menggunakan protein dari otot untuk mendapatkan tenaga.
  • Ujikaji menunjukkan bahawa L-alanine berkesan menghalang pesakit kencing manis dari pengsan disebabkan kurang kandungan gula di dalam darah "hypoglycemic coma".
  • Alanine juga penting untuk memelihara paras nitrogen di dalam tubuh. Juga berperanan membuang sisa toksik berlebihan dari organ hati. Mana-mana nitrogen berlebihan akan ditukar menjadi urea dan dikeluarkan dari tubuh melalui air kencing.
Asid Arginine (aka L-arginine).
  • Berkhasiat memperteguh sistem kekebalan tubuh. Arginine meransang sistem kekebalan tubuh dengan menambahkan pengeluaran T lymphocytes (T-cells) dari kelenjer thymus.
  • Arginine diperlukan oleh tubuh untuk memelihara dan merawat organ hati, kulit, sendi-sendi, dan otot agar sentiasa sihat. Arginine juga merawat tisu yang cedera atau rosak, dengan demikian sangat baik untuk para ahli sukan dan juga penderita penyakit arthritis. 
  • Arginine juga membantu nyah-toksik dari organ hati, dengan cara menyirna kesan ammonia dan bahan-bahan toksik di dalam tubuh. Justru, sangat baik untuk pesakit kanser dan penyakit yang disebabkan sistem kekebalan tubuh dalam keadaan lemah.
  • Arginine membantu mengawal kandungan hormon dan gula di dalam tubuh, membantu kesuburan lelaki, melancarkan aliran darah, merawat impoten dan penyakit jantung.

2) Vitamin

Nira Kelapa juga kaya dengan vitamin. Mengandungi rangkaian Vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9 dan B12). Mengandungi vitamin “Inositol” ‎yang tertinggi. Juga terdapat vitamin "Choline" dan vitamin C.


Vitamin B1 (aka Thiamin, Aneurin).
  • Penting untuk memelihara otak dan sistem saraf agar berfungsi dengan sempurna, ia di gelar "morale vitamin". 
  • Menyihat dan menguatkan otot jantung supaya jantung mampu bekerja dengan utuh. 
  • Perlu ada di dalam tubuh untuk membolehkan karbohaidrat di tukar menjadi tenaga.
  • Merokok dan meminum arak menganggu penyerapan thiamin ke dalam tubuh. Kekurangan vitamin B1 boleh menyebabkan penyakit biri-biri. 
Vitamin B2 (aka Riboflavin).
  • Menyumbang kepada pembinaan sel-sel darah merah. 
  • Membantu memelihara sistem kekebalan tubuh dengan cara melindungi tubuh dari kerosakan yang diakibatkan oleh radikal bebas. 
  • Menyihatkan rambut, bulu, kuku, kulit dan penglihatan mata.
  • Tanpa riboflavin, beberapa jenis vitamin B lain seperti vitamin B3 dan vitamin B6 tidak mampu berfungsi.
  • Tanpa riboflavin untuk menghasilkan "lavin mononucleotide" dan "flavin adenine dinucleotide", 2 jenis enzim yang bertindak menukar lemak, karbohaidrat dan protein menjadi tenaga, bekalan tenaga ke seluruh sel-sel di dalam tubuh terjejas.
  • Tanpa riboflavin untuk menukar vitamin B9 dan vitamin B5 menjadi transmitter otak, fungsi otak akan terganggu tidak dapat berfikir dan mengingat dengan baik. Kadar riboflavin yang tinggi telah terbukti dapat meningkatkan daya ingatan yang cemerlang.
  • Meskipun jarang berlaku kekurangan riboflavin, akan tetapi ubat perancang keluarga, minuman alkohol, kerja berat yang selalu dilakukan, penyakit kencing manis, adalah antara faktor yang menyebabkan pengurangan kandungan riboflavin di dalam tubuh.  
Vitamin B3 (aka Niacin).
  • Berganding dengan vitamin B2 dan vitamin B6 untuk menyihatkan kulit, dan memelihara sistem saraf dan pencernaan berjalan dengan lancar. Dan saling bergandin dengan beberapa jenis vitamin B yang lain untuk menghasilkan tenaga sel-sel, mengendali peredaran darah, hormon, glukos, dan asid hydrochlorik di dalam tubuh.
  • Digunakan untuk merawat ulser mulut/luka-luka sariawan, nyanyuk, tekanan perasaan, cirit-birit, sakit kepala, pening, telinga berdesing, masalah peredaran darah kurang lancar, kelesuan, mulut dan nafas berbau, dan masalah pencernaan, sulit tidur, lemah dan sengal otot, kurang selera makan, kulit kering mengelupas.
  • Kekurangan niacin yang parah boleh menyebabkan penyakit "Pellagra"; tanda-tandanya ialah cirit-birit, kewarasan fikiran tidak menentu, tekanan perasaan keterlaluan dan kulit bermasalah. 
Vitamin B5 (aka Asid Pantothenik).
  • Vitamin B5 adalah vitamin anti-stress. Membantu merawat tekanan perasaan dan keresahan.  
  • Diperlukan untuk menghasilkan hormon dan sel-sel darah merah yang sihat, menukar karbohaidrat dan lemak kepada tenaga, membantu membina dayatahan tubuh, dan sebagai pencetus stamina.    
  • Kekurangan vitamin ini menyebabkan kelesuan, sulit untuk tidur, sakit kepala, loya dan pening kepala atau perut tidak selesa.
Vitamin B6 (aka Pyridoxine).
  • Berperanan utama dalam memelihara sistem kekebalan dan saraf tubuh. 
  • Membantu tubuh menukar protein, lemak dan karbohaidrat menjadi tenaga.
  • Bekerjasama dengan vitamin B9 dan vitamin B12,  melindungi jantung dengan cara menyirna sisa "homocysteine" dalam darah. Homocysteine adalah asid amino terkandung di dalam daging yang menyebabkan sel-sel darah melekat dan bertompok di dinding pembuluh darah. Terlalu banyak homocysteine akan merosakkan dinding pembuluh darah, menyumbang kepada penyakit saluran darah yang berhubung dengan jantung  "atherosclerosis", seterusnya serangan jantung. 
Vitamin B7 (aka Biotin, Vitamin H).
  • Saling bekerjasama dengan vitamin-vitamin B yang lain untuk menyihatkan sel-sel tubuh, dan menukar karbohaidrat, lemak dan protein menjadi tenaga.
  • Meningkatkan kesihatan rambut, kulit, tisu saraf, tulang sumsum. 
  • Kekurangan biotin boleh menyebabkan; anemia (pucat tanda kekurangan darah), tekanan perasaan, keguguran rambut, kuku rapuh, paras darah tinggi, sulit tidur (insomnia), hilang selera makan, sengal-sengal otot, sakit kepala, lidah bintik-bintik keradangan. 
  • Pesakit Diabetes Jenis  II memerlukan banyak biotin. Satu kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil 9,000 mg setiap hari untuk jangkamasa 1 bulan, paras gula dalam darah menurun hampir separuh. Biotin yang berlebihan di dalam tubuh tidak membahayakan kesihatan, belum ada berita kesan sampingannya.  
Vitamin B9 (aka Asid Folik, Folate, Folacin).
  • Diperlukan untuk membina tenaga dan sistem kekebalan tubuh yang utuh. 
  • Penting untuk menyihatkan setiap sel di dalam tubuh , termasuk sel-sel kulit, sel-sel usus kecil, dan untuk sel-sel darah merah dan darah putih.
  • Membantu membina DNA dan RNA dalam sistem genetik untuk berfungsi dengan lebih baik. Justru, sangat baik untuk wanita hamil, untuk perkembangan bayi alam kandungan dan bagi wanita yang menyusu bayi. Wanita hamil perlu sekurang-kurangnya 400 mg/hari, ibu yang menyusu tambahan 100 mg.
Vitamin B12 (aka Cobalamin, Cyanocobalamin). 
  • Diperlukan untuk membina sel-sel darah yang sihat; sel darah merah untuk membekalkan oxygen kepada tubuh, sel darah putih untuk mencegah jangkitan penyakit.
  • Bekerjasama dengan vitamin B6 dan B9; menukar makanan menjadi tenaga, melindungi jantung dengan cara menyirna sisa "homocysteine" dalam darah.
  • Mencegah kerosakan pada saraf; dengan cara menghasilkan "myelin" iaitu lapisan pelindung kepada urat-urat saraf yang membawa berita keseluruh tubuh, juga menghasilkan "acetylcholine" yang mempertingkatkan daya ingatan dan pembelajaran. 
  • Kekurangan vitamin B12 boleh menjejaskan sistem saraf  dan fungsi otak.
Inositol.
  • Menyihatkan otak untuk berfungsi dengan baik. Sangat baik untuk sistem saraf; meredakan ketegangan perasaan, keresaahan dan kerunsingan, perasaan yang ‎tidak menentu, fikiran yang kusut dan kalut, menstabilkan perasaan dan menenangkan ‎fikiran.‎
  • Bermanfaat mengurangkan sebarang kesakitan pada tubuh, ‎mengurangkan gelembongan cecair “oedema” akibat dari kelecuran, dan mengurangkan “Diabetic neuropathy” iaitu ‎kerosakan yang berlaku pada saraf di dalam tubuh akibat dari kandungan gula di dalam darah yang tinggi pada pesakit ‎kencing manis.
  • Bermanfaat mengurangkan kadar kolestrol di dalam darah, meruntuhkan tompokan kolestrol pada pembuluh darah.       
  • Inositol dan choline bekerjasama menghasilkan "lecithin" yang diperlukan untuk membina lapisan tisu tubuh. Lecithin juga menyihatkan otak, jantung dan hati, dan membantu penyerapan vitamin B1.
  • Inositol sangat penting untuk pertumbuhan rambut.
  • Kekurangan Inositol boleh menyebabkan pembuluh darah menjadi keras dan pengaliran darah jadi merosot, sembelit, keguguran rambut, kadar kolestrol tinggi, gatal-gatal kulit, dan tekanan perasaan yang tidak menentu. 
Choline.  
  • Choline bukan dari keluarga vitamin B, tapi ia saling bekerjasama dengan vitamin-vitamin B terutamanya B9 dan B12 untuk memproses lemak dan menyihatkan jantung dan otak. 
  • Choline menghasilkan "acetylcholine" (pembawa berita otak "neurotransmitter") untuk fungsi daya ingatan otak.
  • Menyihatkan organ hati dengan cara mengeluarkan lemak dari hati membawa kepada sel-sel lain di dalam tubuh. Menghasilkan "phosphatidylcholine (PC)", untuk membina lapisan-lapisan sel dan merawat kerosakan hati.
  • Kekurangan choline boleh menyebabkan kemerosotan pada fungsi hati dan pembuluh darah menjadi keras.  
  • Choline dikaitkan dengan perkembangan otak bayi. Justru, wanita hamil perlu mendapatkan choline yang mencukupi setiap hari.
Vitamin C (aka Asid Askorbik). 
  • Berperanan sebagai anti-oksidan yang sangat berkesan mencegah radikal bebas. Radikal bebas adalah penyebab kepada kulit dan juga organ-organ lain menjadi luntur, berkerut, berkeriput dan runtuh. Vitamin C mempertahankan keruntuhan kulit, menyihatkan collagen dan merawat kerosakan  tisu-tisu tubuh, dan penyakit-penyakita lain yang disebabkan oleh radikal bebas; seperti cataracts (selaput mata), arthritis, penyakit jantung, dan kanser. 
  • Berfungsi sebagai anti-keradangan; membantu tubuh merawat penyakit-penyakit yang berkaitan dengan keradangan; seperti  arthritis, bronchitis, sengal-sengal otot dan tulang, bintik-bintik gatal, kurap, rosacea dan lain-lain.
  • Membantu penyerapan zat galian besi, sangat baik terutama pada orang yang kekurangan darah.

3) Zat Galian/Gizi

Nira, secara semulajadi, mengandungi banyak zat galian/gizi. Berikut ini adalah penjelasan secara ringkas tentang ciri-ciri zat galian yang terkandung di dalam nira:

Nitrogen (N).  Membantu merawat dan mengurangkan masalah saluran-saluran darah yang berhubungan dengan jantung ‎‎“cardiovascular diseases”.

Phosphorus (P). Menyumbang kepada pertumbuhan dan kesihatan tulang, sel-sel dan melancarkan fungsi ginjal.

Potassium (K). Mengurangkan tekanan darah tinggi, membantu pengawalan gula dan kolestrol di dalam ‎darah, dan berat badan.‎

Kalsium (Ca)‎. Penting untuk kekuatan gigi, tulang dan otot-otot.

Magnesium (Mg). Penting untuk membantu sistem metabolisma tubuh dan sistem saraf; juga baik untuk perkembangan fungsi otak.

Sodium (Na).‎ Penting kepada fungsi saraf dan otot-otot.

Chloride (Cl)‎. Penting untuk kawalan tekanan cecair di dalam tubuh dan kesaimbangan sistem saraf.

Sulfur (S).‎ Penting untuk memelihara rambut, kulit dan kuku agar sihat, dan membantu mengendalikan ‎oxygen untuk otak berfungsi.

Boron (B). Penting untuk pertumbuhan tulang dan sendi yang sihat; meningkatkan kemampuan tubuh untuk ‎menyerap kalsium dan magnesium.

Zinc (Zn). Disebut juga sebagai “zat makanan untuk meningkatkan kebijaksanaan”, penting untuk perkembangan ‎otak.

Manganese (Mn)‎. Merupakan anti-oksidan, anti radikal bebas, penting untuk penghadaman makanan yang ‎lancar, dan juga untuk membina struktur tulang yang kukuh.

Copper (Cu). ‎ Membantu pengeluaran tenaga, pengeluaran melanin dalam kulit, pengeluaran sel-sel ‎darah merah; dan membantu penyerapan dan penghantaran zat besi ke seluruh tubuh.

Besi (Fe).‎ Penting untuk memelihara kualiti darah; untuk perkembangan otak dan sistem kekebalan tubuh.


Rumusan

Sungguh luar-biasa khasiat kesihatan yang terkandung di dalam nira kelapa, NIRA IS EXCELLANT FOR YOU !!!

Masih beruntung sebuah keluarga, meskipun mempunyai hanya sepohon kelapa yang tumbuh di sudut perkarangan rumah, kerana serbagunanya, termasuk NIRA KELAPA, mampu dimanfaatkan untuk kesihatan untuk sebuah keluarga, tidak perlu menghabiskan wang untuk memberi supplemen B-Complex dan Amino Acid !!! 

Di sudut perladangan komersial, potensi sangat tinggi. Berbagai produk dapat dihasilkan; dari produk santan yang dikotakkan, nira, manisan nektar dan cuka yang dibotolkan, hingga kepada gula kristal kecil "semut", gula Melaka/Jawa, dan tepung kelapa, semuanya menjadi pilihan untuk dipersembahkan kepada masyarakat. Perladangan/perkebonan, mampu menjana hasil/pulangan untuk selama sekurang-kurangnya 25 tahun usia pohon kelapa !!! Lumayan? soal lumayan bergantung pada Market Promotion & Information To Create Awareness !!! 

Di Indonesia dan Filipina, perusahaan produk-produk dari kelapa semakin rancak. Di Malaysia, belum begitu berjaya memikat perhatian masyarakat !!!

"contoh produk-produk kelapa dari negara Filipina"



Akhirkata, serangkap pantun nyiur (kelapa): 

Nyiur gading puncak mahligai,
Sayang ketupat berisi inti,
Hancur daging tulang berkecai,
Belum dapat belum berhenti !!! 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...