0

Tuesday, December 27, 2011

Gula Palma: Pemanis Pilihan Yang Berkhasiat...

Gula pasir @ sukros hanya membawa padah pada kesihatan manusia !
Justru, apakah pilihan lain selain dari gula pasir @ sukros ?

Madu Lebah tetap pilihan utama bagi menggantikan gula pasir @ sukros !

Gula Palma juga memiliki khasiat yang istimewa sebagai pemanis yang boleh menggantikan gula pasir @ sukros !

Gula Palma begitu sinonim dengan masyarakat Asia Tenggara. Sayang 1000 kali sayang, ia masih sering diketepikan dengan lebih memilih gula pasir @ sukros. 

Apakah Gula Palma ?


Gula palma terdiri dari beberapa jenis, yang dihasilkan dari nira berbagai jenis pohon palma.

Rata-rata, gula palma berwarna kecoklatan. Warnanya ada yang kurang coklat, coklat pekat atau kekuningan. Berbentuk silinder, tempurung kelapa, lembut, keras, benyai, cecair pekat, serbuk ‎atau biji-biji kecil disebut gula semut (lebih popular diIndonesia dan Filipina).

Gula palma juga dikenali sebagai gula koko (coco sugar), coconut palm sugar or ‎coco sap sugar.‎ 

Masyarakat diAsia Tenggara menggunakan gula palma sebagai pemanis dalam berbagai ‎jenis pembuatan kueh-mueh. Justru, pasaran gula palma agak terhad, lebih bersekitar dinegara-negara Asia Tenggara. Mungkin kini semakin diterima oleh masyarakat antarabangsa sebagai pengganti gula, kerana masyarakt ‎semakin peka dengan kemudharatan yang ditimbulkan oleh gula sukros.

Pengeluar terbesar dunia ialah Filipina, diikuti dengan Indonesia.

Jenis-Jenis Gula Palma


Banyak jenis pohon-pohon palma yang lazim dijadikan gula. Antaranya:

Gula Melaka. Dihasilkan dari nira pohon kelapa (nyior), cocos nucifera. ‎Disebut gula melaka diMalaysia, gula jawa diIndonesia.‎

Gula Aren. Dihasilkan dari nira pohon aren/enau/kabung/ijuk dll, arenga pinnata atau gomuti palm. Kadangkala disebut juga gula jawa, gula merah di Indonesia.

Gula Apong. Dihasilkan dari nira pohon nipah; jenis palma yang tumbuh dikawasan bakau terutama tempat air pasang-surut ditepi laut. ‎

Gula Pohon Kurma. Dihasilkan dari nira pohon kurma jenis berbunga, phoenix sylvestris. Phoenix sylvestris juga dikenali sebagai Silver Date Palm atau Sugar Date Palm. Banyak tumbuh diPakistan, India dan Bangladesh.

Gula Palma Caryota. Dihasilkan dari palma jenis caryota; terdiri dari berbagai spesis seperti palma kitual/indian sago (caryota urens), dan palma fishtail/palma toddi (caryota mitis). Banyak tumbuh diIndia dan Asia Tenggara. DiIndia, nira dari pohon-pohon ini dibuat minuman todi. DiMalaysia, pohon-pohon tersebut dikenali dengan banyak nama seperti beridin, ngedin, kekudoq, dudoq, risik, pinang moyang, ngedeng dsbnya.   

Gula Kelapa Laut. Dihasilkan dari nira kelapa laut afrika. Pohon ini banyak nama; pokok tal, lontar, siwalan, palmyra, African Fan, borasus, doub, ron, tala, palma todi, taad, tnaot (Khmer) dan toon taan (Thai) atau palma Kemboja (Cambodia). Banyak tumbuh dinegara-negara Asia Tenggara, terutama diKemboja menjadi pokok kebangsaan bagi negara Kemboja.

Perbezaan Gula Palma Dan Gula Merah


Gula palma sering dikelirukan dengan gula merah/brown sugar. ‎Kekadang gula palma juga disebut gula merah. Pada hakikatnya, gula palma bukan gula merah. Gula merah adalah gula pasir berwarna coklat. Warnanya yang coklat disebabkan kehadiran 'molasses' (cairan gula pekat merupakan bahan sampingan sewaktu memproses gula putih). Ia terhasil seiring dengan pemprosesan tebu atau ubi bit untuk dijadikan gula pasir @ sukros sehingga putih. Cuma ia tidak diperhalusi atau di 'bleach' sepenuhnya sepertimana gula pasir, tidak di adun dengan beberapa jenis kimia untuk memutih dan menjernihkannya.

Cecair molasses dalam gula merah masih mengandungi sedikit zat makanan alami. Meskipun ‎kadar zatnya sedikit, lebih berzat dari gula pasir yang sudah di 'bleach' putih. Ia masih mengandungi zat-zat gizi seperti kalsium, potassium, magnesium dan besi. Kajian peratusan mendapati: gula pasir 99.9% sukros tulin, manakala gula merah 97% sukros, 2% air dan 1% bahan-bahan lain; 1 sudu teh gula pasir mengandungi 16 kilokalori, manakala gula merah 17 kilokalori. Perbezaan ini tidak ketara dan tidak menyumbang kepada kesihatan tubuh. Hakikatnya, gula pasir @ sukros dan gula merah, masih memudharatkan kesihatan tubuh.

Nutrien Gula Palma Dan Lain-lain


Berikut adalah analisa kandungan nutrien yang terdapat didalam Gula Kelapa, berbanding dengan nutrien didalam 3 jenis gula: Madu Lebah, ‎Gula Merah dan Gula Pasir (Sukros).

Gula Kelapa/Melaka masih banyak mengandungi zat-zat gizi alami dan juga vitamin.

Gula Melaka/Kelapa mempunyai GI (Glycemic Index) 35, di kelaskan sebagai makanan yang rendah GI. Gula pasir @ sukros dan gula merah pula kira-kira GI 60. GI ialah ukuran kesan gula karbohaidrat terhadap kecepatan perubahan paras gula didalam darah. GI 55 atau kebawah boleh dianggap pilihan yang lebih menyihatkan, manakala GI 70 atau keatas perlu dihindari. Justru, gula palma (gula melaka) lebih sesuai dan dianggap selamat dimakan oleh pesakit diabetes sebagai ganti kepada gula sukros.

Perhatian ! Gula palma dari Thailand tidak 100% dibuat dari nira kelapa. Ia diadun dengan gula sukros dan gula malta. Adunan ini menjadikan gula palma Thailand berwarna kekuningan dari kecoklatan. 

Berikut adalah perbandingan kandungan nutrien, antara beberapa jenis gula. Data-data nutrien Gula Kelapa dan Madu Lebah di sini adalah di anggap secara purata. Kerana, akan terdapat ‎perbezaan nutrien gula kelapa dan madu lebah dari daerah lain yang dipengaruhi oleh faktor iklim dan bunga-bungaan.

PERBANDINGAN NUTRIEN 4 JENIS GULA
Nutrien Makro
setiap ‎‎100 g
Gula Kelapa
mg
Madu Lebah
mg
Gula Merah
mg
Gula Pasir
mg
Nitrogen (N)‎202-100
Fosforus (P)79430
‎Potassium (K)‎‎1,03052652.5
Kalsium (Ca)86246
Magnesium (Mg)‎29271
Sodium (Na)‎45421
Khlorida (Cl)‎470-1610
Belerang (S)‎26-132
Boron (B)‎0.6-00
‎Zinc (Zn)‎20.220.1
Manganese (Mn)0.10.120
Besi (Fe)‎20.41.260.1
Tembaga (Cu)‎0.23000
B1/Thiamin0.41000
Vitamin C23.40.500
Sumber Data: Analisa ini dilakukan oleh PCA-‎TAL, Sept. 11, 2000.
Dikeluarkan oleh “Philippines ‎Food and Nutrition Research Institute”.


























Ciri-ciri Nutrien Yang Terkandung Di Dalam Gula Kelapa: 
Jenis Nutrien Khasiat Makanan
Nitrogen (N)Membantu merawat dan mengurangkan masalah saluran-saluran darah yang berhubungan dengan jantung ‎‎“cardiovascular diseases”.
Fosforus (P) Menyumbang kepada pertumbuhan dan kesihatan tulang, sel-sel dan melancarkan fungsi ginjal.
Potassium (K)‎Mengurangkan tekanan darah tinggi, membantu pengawalan gula dan kolestrol di dalam ‎darah, dan berat badan.
Kalsium (Ca)‎ Penting untuk kekuatan gigi, tulang dan otot-otot.
Magnesium (Mg) Penting untuk membantu sistem metabolisma tubuh dan sistem saraf; juga baik untuk perkembangan fungsi otak.
Sodium (Na)‎ Penting kepada fungsi saraf dan otot-otot.
Khlorida (Cl)‎ Penting untuk sistem pengawalan tekanan cecair di dalam tubuh dan kesaimbangan sistem saraf.
Belerang (S)‎ Penting untuk memelihara rambut, kulit dan kuku agar sihat, dan membantu mengendalikan ‎oxygen untuk otak berfungsi.
Boron (B) Penting untuk pertumbuhan tulang dan sendi yang sihat; meningkatkan kemampuan tubuh untuk ‎menyerap kalsium dan magnesium.
Zinc (Zn)Disebut juga sebagai “zat makanan untuk meningkatkan kebijaksanaan”, penting untuk perkembangan ‎otak.
Manganese (Mn)‎Merupakan anti-oksidan, anti radikal bebas, penting untuk penghadaman makanan yang ‎lancar, dan juga untuk membina struktur tulang yang sihat.
Besi (Fe)‎ Penting untuk memelihara kualiti darah; untuk perkembangan otak dan sistem kekebalan tubuh.
Belerang (Cu)‎ Membantu pengeluaran tenaga, pengeluaran melanin dalam kulit, pengeluaran sel-sel ‎darah merah; dan membantu penyerapan dan penghantaran zat besi ke seluruh tubuh.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...