1

Monday, December 26, 2011

HALITOSIS: Rawatan Alami...






Mulut atau nafas berbau?

Mulut dan nafas berbau, istilah sainsnya di sebut "halitosis". Halitosis sering berlaku pada orang dewasa. Di segi pergaulan, halitosis menjadi salah satu penghalang kepada keakraban.

Terdapat banyak faktor-faktor yang menyebabkan halitosis.



Mulut Berbau. Beberapa faktor yang menyebabkan mulut berbau. Antaranya; ‎

1) Kerosakan pada mana-mana bahagian gigi;
2) Penyakit gusi membengkak atau menanah;‎
3) Sisa-sisa makanan terperap di celah gigi;‎
4) Banyak bakteria pada lidah;
5) Jangkitan pada tekak atau kerongkong; atau
6) Resdung. ‎

Mulut berbau selalunya disebabkan oleh peranan bakteria yang mengeluarkan gas sewaktu memecahkan protein-protein ‎makanan di dalam rongga mulut. Bakteria-bakteria ini mudah berkumpul di celah-celah gigi, di lubang-lubang gigi yang rosak, ‎pada gusi bermasalah, membengkak atau bernanah.


Ada juga jenis makanan yang mengandungi minyak yang mengeluarkan bau, umpamanya bawang putih, bawang merah, petai atau jering. ‎Merokok juga menjadi salah satu sebab yang menyumbang kepada mulut berbau. ‎

Bakteria-bakteria mudah membiak, terutama waktu malam ketika tidur di mana pengeluaran ai liur berkurangan, menyebabkan mulut akan berbau apabila ‎bangun tidur.

Keperluan tubuh seseorang juga berbeza. Ada tubuh yang lebih banyak memerlukan bakteria dari yang lain, ‎menjadikan dia lebih mudah di serang halitosis.

Faktor lain terjadinya mulut berbau ialah Resdung. Resdung terjadi akibat dari jangkitan kuman kepada selaput yang mengeluarkan lendir; terutamanya selaput di bahagian saluran pernafasan, telinga atau gigi yang menghubungkan dengan rongga mulut. Jangkitan kuman menyebabkan keradangan pada selaput saluran. Selaput akan mengeluarkan lendir atau kahak pekat bersama dengan sel-sel darah putih yang bertindak membunuh kuman. Selalunya tanda-tanda ini disebabkan selsema, batuk, atau jangkitan ‎pada rongga hidung, rongga telinga atau tekak.

Amalan biasa memberus gigi setiap hari; di waktu pagi, selepas makan dan sebelum tidur dapat mengurangkan ‎kehadiran bakteria dan juga kesan bau yang dikeluarkannya. ‎Amalan berkumur dengan "Listerine" juga akan mengurangkan jangkitan kuman pada rongga mulut dan saluran-saluran yang berkaitan.


Nafas Berbau. Beberapa faktor yang menyebabkan nafas berbau. Antaranya;


1) Kekurangan air atau makanan di dalam sistem pencernaan;
2) Resdung;
3) Perjalanan udara atau lendir tersekat atau tersumbat;
4) Bronchitis;
5) Paru-paru berair;
6) Sistem pencernaan yang bermasalah; atau
7) Makanan di dalam usus terperap.

‎Suatu perkara biasa, apabila berpuasa mulut dan nafas akan berbau. Ini disebabkan kekurangan air dan makanan di dalam sistem percernaan. Hari-hari biasa, meskipun tubuh menerima makanan dan minuman, namun masih jua nafas berbau, ini bererti ada ‎sistem di dalam tubuh yang tidak lancar atau terganggu. Sebaiknya, perlu di beri perhatian!!!

2 factor utama yang menyebabkan nafas berbau; apabila terdapat jangkitan pada saluran pernafasan dan masalah pada saluran pencernaan seperti usus kecil ‎dan usus besar. ‎

‎Jangkitan resdung banyak mengganggu sistem pernafasan. Tindakan sel-sel darah putih yang membunuh kuman atau bakteria menjadikan lendir atau kahak pekat yang dikeluarkan oleh selaput akan ‎berbau hanyir atau busuk. Lendir atau kahak pekat ini juga akan menyempitkan saluran pernafasan dan sesak nafas. ‎

Nafas berbau juga disebabkan oleh penyakit pada organ pernafasan, iaitu Bronchitis dan Pneumonia. Bronchitis adalah keradangan pada selaput lender “bronci” , iaitu ‎saluran yang menyalurkan udara kepada paru-paru. Sedang pneumonia atau paru-paru berair adalah jangkitan kuman ‎pada paru-paru.

Ulser dan kanser usus juga menyumbang kepada nafas berbau. Seperti yang diketahui, ulser dan kanser usus adalah disebabkan oleh kuman bakteria. Bakteria-bakteria ini mengeluarkan gas yang berbau busuk, seperti "hydrogen sulphide, methyl mercaptan and dimethyl ‎sulphide". Sel-sel darah putih bertindak membunuh kuman atau bakteria lalu menghasilkan bau yang busuk di dalam usus, yang kemudiannya dikeluarkan melalui pernafasan.


Rawatan Mulut Dan Nafas Berbau. Ujikaji sains membuktikan bahawa Madu Lebah memiliki sifat-sifat anti-virus, anti-kulat, anti-‎bakteria, anti-mikrob, anti-biotik asli yang sangat berkesan membantu tubuh melawan, mencegah berbagai jenis penyakit. Kulit kayu manis pula mempunyai nilai-nilai anti-bakteria, anti-kulat. Minyak pati ‎"essential" yang terkandung di dalam kulit kayu manis sudah dikenalpasti berkesan sebagai anti-mikrob.

Segelas air yang dilarutkan dengan Madu Lebah, ukuran manis sederhana. Lalu dicampurkan sedikit serbuk kayu manis. Di minum setiap pagi dan sebelum tidur. Sekiranya diamalkan, lambat laun akan menghilangkan nafas dan mulut dari berbau, mengembalikan kesegaran dalam pernafasan. Amalan ringkas tetapi berkesan !!!

Selamat Mencoba !!!

1 comment:


  1. Artikel yang menarik. Memang nafas berbau atau halithosis
    kerap disebabkan oleh kurang penjagaan kebersihan mulut, gigi dan gusi. 

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...