0

Friday, December 16, 2011

Madu Lebah---Pilihan Utama Pengganti Gula !!! Berkhasiat Istimewa Untuk Kesihatan !!!


Madu Lebah

 







Manisan Lebah Asli.

Dihasilkan oleh koloni lebah-lebah, formula alami dari alam semulajadi, makanan berkhasiat tinggi untuk kesihatan !!!

Pengganti gula sukros @ gula pasir @ granul @ tiruan formula ciptaan manusia, pemanis yang menjadi ibu kepada segala macam penyakit !!!


Apakah Madu Lebah?

Madu lebah, singkatnya "madu", adalah cairan yang manis, pekat, lengket dan kayarasa. Dihasilkan melalui teknologi koloni lebah-lebah dari formula alami, asli dan kompleks. Bahannya dari nektar berbagai jenis bunga yang berada di persekitaran sarangnya.


Nektar bunga-bunga di hisap ke dalam tubuh lebah-lebah pemungut, lalu diterbangkan ke sarangnya. Disarangnya, kumpulan lain akan memproses nektar bunga tersebut, dengan mencampurkan berbagai jenis enzim. Pemprosesan madu  dilakukan di dalam strata-strata kecil 6 persegi (hexagon) yang membangunkan struktur sarangnya. Kumpulan lebah-lebah di sarang akan sentiasa bekerja tanpa henti siang atau malam, sentiasa memelihara mutu madu agar kandungan air tidak merosakkan madu, menambah dan mengadunkan enzim-enzim agar madu tidak masam, tidak dicemari kuman; mikro-organisma, virus, kulat atau bakteria.

Apabila madu sudah mencapai kualitinya, menurut piawaian kumpulan lebah-lebah tersebut, madu yang berada di dalam strata-strata hexagon tersebut kemudiannya di tutup rapi dengan lapisan berupa lilin yang tipis. Madu tersebut akan sentiasa terpelihara sebagai simpanan makanan kepada ahli-ahli koloni lebah-lebah tersebut, sehingga tiba masa keperluan mereka membukanya untuk di makan.

Selalunya, lebah-lebah membuat sarang di dahan-dahan pokok di dalam hutan atau di pokok-pokok tanaman. Dan banyak  juga sarang-sarang yang di buat oleh manusia dalam perusahaan perternakan lebah-lebah bagi mendapatkan madu.


Satu koloni lebah, terdiri dari 30,000 hingga 80,000 ekor, paling sedikit, 10,000 ekor lebah. 1 koloni tinggal di dalam sebuah sarang; tergolong dari para pemungut nektar bunga, para pekerja pemprosesan madu, dan seekor ratu yang aktif berfungsi untuk 1 koloni.

Cara mereka menghasilkan madu sungguh menakjubkan. Untuk menghasilkan 1 kg madu, gerombolan pemungut nektar akan berterbangan ke merata kawasan persekitaran sarangnya, untuk menyerikan nektar dari kira-kira 4 juta bunga-bungaan. Dan jumlah jarak penerbangan mereka meliputi lebih kurang 177,028 km.

Madu: Jenis-Jenis Dan Kayarasa

Madu yang dihasilkan oleh lebah-lebah - bermacam-macam warna; kebeningan, putih kekuningan, kesusuan, keemasan, kemerahan, kehitaman dan sebagainya.

Semua madu rasanya manis, tetapi masih berbeza antara satu dengan yang lainnya. Kerana rasa madu berkait rapat dengan jenis-jenis bunga yang di hisap nektarnya, dan jenis-jenis spesis lebah itu sendiri. Secara amnya, madu yang berwarna kecerahan rasanya sederhana, yang berwarna kehitaman rasanya lebih menyengat. Spesis lebah juga berbeza; sejauh yang dikenali terdapat 20,000 spesis lebah di dunia ini. Dari jumlah tersebut, 7 spesis lebah (sub-spesis 44) yang dikenalpasti menghasilkan madu.

Dewasa ini, berbagai jenis jenama madu yang di jual di mall-mall, supermarket, kedai-kedai, online dan juga pasar malam. Banyak jenama-jenama yang didatangkan dari negara-negara Timur Tengah seperti Arab Saudi (madu khawla, al-shifa), madu dari Iran, Hadramaut, Kashmir, Yamen, Ethiopia, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand (madu Manuka), Canada, Cina, Indonesia dan lain-lain lagi. Masing-masing negara dengan keungulan jenama dan kualiti tersendiri.

Di Malaysia dan rantau Indonesia; madu Bunga Kelapa, Bunga Durian, Bunga Rambutan, Bunga Kopi, Aneka Bunga, Tualang dan banyak lagi. Khasiat, keistimewaan, rasa dan aroma masing-masing sedikit berbeza antara satu dengan yang lain.


Dari kebanyakan jenama-jenama unggul tersebut, terdapat juga madu yang paling murah ‎paling dimana-mana, iaitu madu tiruan.

Madu Tiruan.‎ Madu tiruan adalah produk penipuan.

Sikap segelintir manusia yang mencari rezeki dan keuntungan dengan cara pintar tetapi tidak jujur. Dilabel madu “asli”, tetapi isi kandungan sebenar tidak menepati label.

Kadar isi kandungan madu dipalsukan. Sedikit kadar madu yang berkualiti, banyak di campur di tambah kadar madu yang rendah kualiti dan murah. Atau pun, sedikit kadar madu asli, banyak di tambah dan di adun dengan bahan-bahan lain seperti sirup jangung (corn syrup), gula sukros, pati buah-buahan dan sebagainya. Atau pun, banyak di tambah air dan bahan-bahan lain, lalu dipanaskan sehingga menjadi kental dan lengket, sehingga sirna semua zat-zat galian dan vitamin yang asli. Atau pun, 100% palsu, di adun dengan bahan-bahan kimia.

Pintarnya para pembuat madu tiruan sehingga kelihatan warna, rasa dan aromanya seakan-akan sama dengan madu asli. Sehingga sukar untuk pembeli mengenal-pasti ketulinannya.

Penjualan madu tiruan sangat leluasa di pasaran. Murah. Sangat menyakinkan. Kebanyakan para pembeli dan masyarakat umum akan sentiasa tertipu !!! Dan tiada undang-undang efektif yang membantras perusahaan dan kegiatan penjualan madu tiruan ini !!!

Memilih Madu. Apabila membeli madu di pasaran, sebaiknya yang berlabel “mentah” "raw" atau sekurang-kurangnya "un-pasteurized." Madu yang mentah hanya di tapis/saring agar bahan-bahan yang tidak tersengaja seperti habuk-habuk kayu dan sebagainya dapat dipisahkan dari cecair madu. Tapisan tidak merosakkan enzim-enzim, vitamin-vitamin dan zat-zat nutrien yang terkandung di dalam madu. Dan madu tersebut masih mengandungi sisa-sisa debunga asli “pollen” yang juga sangat berkhasiat untuk kesihatan. Pollen adalah debunga yang berada pada kuntuman bunga-bunga, berwarna kuning keemasan berbentuk serbuk halus. Setiap butir polen mengandung 100,000 hingga 5 juta spora pollen yang mempunyai kemampuan reproduksi membentuk tumbuh-tumbuhan.

Setengah madu di pasteurais. Bererti, proses pemanasan dilakukan untuk menghapus kuman-kuman yang mungkin berada di dalam madu. Dengan cara ini, madu akan tampak segar, bersih dan menarik perhatian. Masalahnya, kesan dari proses ‎pasteurais ini akan menyirna banyak khasiat-khasiat bermanfaat yang terkandung di dalam madu.

Justru, petunjuk pemilihan madu harusnya “mentah”, "raw" atau "un-pasteurised". Cecair pekat dan berkeladak menunjukkan bahawa madu tersebut masih banyak mengandungi bee pollen, bee propolis, vitamin-vitamin, zat-zat galian/gizi, enzim-enzim, vitamin-vitamin dan berbagai jenis zat makanan lain yang mana sehingga kini masih belum dikenalpasti oleh para pengkaji madu.

Madu: Kandungan Nutrien



Madu adalah sumber gula karbohaidrat monosakkarida, disakkarida dan polisakkarida; berjenis glukos, fruktos, maltos, laktos dan glaktos. Gula-gula ringkas dan spara-ringkas ini dengan mudah di serap sebagai tenaga kepada tubuh manusia.

Di samping itu, madu mengandungi berbagai nutrien termasuk protein dan zat galian/gizi. Zat-zat galian/gizi didalamnya melebihi 27 jenis; antaranya kalsium, besi, magnesium, phosphate, potassium, sodium, zinc, copper, manganese, iodine, selenium, florida dan sebagainya.

Madu juga kaya dengan vitamin-vitamin; antaranya vitamin C, B1, B2, B3, B6 dan lain-lain.

Kandungan asid amino didalamnya melebihi 22 jenis; antaranya asid pantothenik, thiamin, niasin dan lain-lain.

Dan kandungan enzim aktif; melebihi 5,000 jenis.

Madu mentah liar, iaitu yang di perdapat lansung dari pokok di dalam hutan, tidak mengandungi sukros. Tetapi madu mentah hasil dari ternakan masih mengandungi sedikit sukros. Ini disebabkan penternak memberi makan sukros atau sirup jangung kepada lebah-lebah sebagai peransang untuk mempercepat pembiakan koloni lebah-lebah. Akibatnya, madu yang dihasilkan oleh lebah-lebah tersebut menjadi lebih bening warnanya dan kurang pekat.

Sepertimana gula sukros dan sirap jagung, penggunaan madu juga merangkumi pelbagai jenis makanan dan minuman; sebagai pemanis, perasa bahkan sebagai bahan tambahan kepada produk kosmetik.

Kandungan nutriennya kaya. Kandungan air dan pHnya rendah. Tidak pernah rosak, tidak pernah basi, tidak perlu di simpan di dalam peti ais/kolkas; meskipun di simpan lama, nilai-nilai nutriennya tetap terpelihara.

Sifat-sifat sedemikian ini memertabatkan madu sebagai makanan istimewa kepada manusia.



Madu: Khasiat Kesihatan

Madu adalah unik. Sudah berabad-abad lamanya ia menjadi makanan istimewa. Serta ramuan perubatan. Penggunaan madu sudah berlansung sejak zaman-zaman purba ‎Mesir, Greek, Roman, Mesopotamia, India, China dan juga dunia Nusantara. Sehingga tersurat di dalam kitab-kitab agama dan kepercayaan, seperti Injil dan Qur’an.

Dengan berbagai kandungan nutrien menjadikan madu bersifat anti-oksidan, anti-virus, anti-kulat, anti-‎bakteria, anti-mikrob, anti-biotik asli yang sangat berkesan membantu tubuh melawan, mencegah dan ‎memulihara berbagai jenis penyakit. Sifat-sifat ini sedikit berbeza antara satu jenis madu dengan yang lain, bergantung kepada kualiti nektar dan pollen yang diserikan oleh koloni lebah-lebah tertentu.

Kerana keistimewaan yang terkandung di dalam madu sedemikian rupa menjadikan ia banyak digunakan dalam perubatan moden dan juga tradisional; kerana madu teruji mampu menyumbang ke arah kesembuhan pelbagai jenis penyakit.

Sehingga kini, banyak ujikaji-ujikaji sains dilakukan ke atas madu. Banyak artikel-artikel dan ‎jurnal-jurnal kesihatan semakin membongkar rahsia khasiat madu.


1)‎ Madu Mengutuh Sistem Kekebalan Tubuh

Madu sangat mujarab untuk membina sistem kekebalan tubuh.

Sistem kekebalan tubuh terdiri dari sel-sel darah putih atau “leukocytes”, protein, tissu-tissu dan organ-organ ‎tertentu; seperti tulang sumsum, kelenjer thymus di leher, limpa "spleen" iaitu organ yang membantu penghadaman dan pembersihan darah, limfa iaitu organ yang mengawasi bahan-bahan asing yang membahayakan kesihatan. Kesemua ini sentiasa bekerjasama mempertahankan tubuh dari serangan kuman-kuman; seperti virus, bakteria, kulat dan mikro-organisma.

Sel-sel darah putih ini berada di dalam saluran-saluran darah dan tersimpan di serata bahagian ‎dalam tubuh, terutamanya di dalam organ-organ "lymphoid": kelenjer thymus, limpa, limfa, dan tulang sumsum. Sel-sel darah putih akan bertindak mencari dan menghapus kuman-kuman atau sebarang bahan yang boleh mendatangkan penyakit kepada mana-mana bahagian tubuh. ‎Agar mana-mana bahagian tubuh sentiasa terpelihara dari serangan penyakit.

Justru, untuk tubuh terpelihara sihat sistem kekebalan harus sentiasa utuh. Sistem ini adalah sistem pertahanan tubuh dari serangan dan jangkitan penyakit yang disebabkan oleh berbagai jenis ‎kuman. Apabila sistem kekebalan ini bermasalah, tubuh akan mudah dijangkiti penyakit ‎atau jatuh sakit.

Oleh kerana madu kaya dengan nilai-nilai anti-virus, anti-bakteria, anti-kulat, anti-mikro-organisma, permakanan madu akan banyak menyumbang kepada keutuhan sistem kekebalan tubuh, mengekang merebaknya ‎kuman-kuman yang membahayakan kesihatan; seperti salmonella, eschericia coli, shigella, vibrio cholera dan lain-lain lagi. Kajian sains menunjukkan bahawa permakanan madu yang berterusan dapat menguatkan sel-sel darah putih bagi melawan ‎penyakit-penyakit yang disebabkan oleh kuman-kuman tersebut.

Ada juga bakteria yang tidak lut dengan ‎ubat-ubatan moden seperti anti-biotik. Namun, anti-bakteria di dalam madu mampu menghapuskannya.

*Terdapat amalan, madu dan serbuk kayu manis di larut ke dalam air suam, di minum pada setiap hari:
(1) memperteguh sistem ‎kekebalan tubuh dan melindungi tubuh dari serangan beberapa jenis kuman.
(2) berkesan menghapus kuman di dalam organ hempedu.
(3) kajian dari Universiti Copenhagen, berkesan meredakan kesakitan dan merawat penyakit arthritis. 

2)‎ Madu Memelihara Sistem Pencernaan

Sistem pencernaan yang sihat adalah penting dalam membina dan memelihara kesihatan tubuh. ‎

Bermula dari rongga mulut, lalu ke kerongkong "oesophagus", seterusnya ke usus kecil dan akhirnya ke usus besar, sistem pencernaan harus sentiasa sihat dan berfungsi dengan baik agar kuman-kuman tidak menjadikan saluran-saluran tersebut ‎ini sebagai tempat pembiakan dan perebakan penyakit.

Semua jenis madu memiliki ciri-ciri anti-bakteria yang sangat berkesan. Nilai-nilai istimewa ini ‎dapat membantu membina sistem pencernaan tubuh menjadi lebih baik. ‎

Sebagai anti-bakteria, madu menghapus bakteria-bakteria bahaya yang merosakkan usus, menjadikan ‎usus kembali pulih dan sihat.

Di samping itu, madu pula mengandungi beberapa jenis bakteria bermanfaat yang membantu perkembangan flora pencernaaan di dalam usus. Flora pencernaan yang sihat adalah perlu untuk kesihatan.‎

Madu juga berupaya menghapus, mengekang pertumbuhan dan pembiakan bakteria “helicobacter pylori, escherichia coli dan candida ‎albicans” yang menyebabkan keradangan usus, gastrik atau ulser.

Dengan demikian, madu merupakan tonik pembersih kuman bakteria dan pemulihara ‎sistem pencernaan, menjadikan tubuh lebih berkesan melawan serangan dari berbagai jenis ‎penyakit.

*Terdapat amalan, madu dan serbuk kayu manis di larut ke dalam air suam, di minum pada setiap hari:
(1) berkesan ‎merawat sakit perut, gastrik, ulser usus, dan juga kanser tulang.
(2) berkesan untuk ‎merawat masalah nafas berbau.
(3) madu dan serbuk kayu manis, di aduk lalu tampalkan pada gigi yang sakit, akan meredakan kesakitan.

3)‎ Madu Merawat Sakit Kerongkong/Tenggorokan dan Batuk ‎

Perubatan tradisional lazim menggunakan madu ‎sebagai bahan asas, di campur dengan berbagai-bagai herba lain, untuk merawat sakit ‎kerongkong/tenggorokan dan batuk. Amalan ‎di negara-negara Barat mencampurkan jus limau/jeruk dengan madu untuk tujuan ini.

Nilai-nilai anti-kuman dan anti-keradangan yang terkandung di dalam madu, dapat meredakan kesakitan dan menyembuh sakit kerongkong atau batuk, bahkan mampu membunuh kuman-kuman yang menjadi penyebabnya.

Bezanya dengan perubatan moden, tindakan madu yang alami untuk menyembuhkan batuk dan sakit kerongkong mengambil masa agak lama.

Di samping itu, terdapat juga amalan di kalangan penyanyi profesional, memakan madu untuk melegakan tekak sebelum melakukan persembahan ‎nyanyian atau konsert.


*Terdapat amalan, madu dan serbuk kayu manis di larut ke dalam air suam, di minum pada setiap hari:
- di minum untuk beberapa hari, dapat meredakan batuk-batuk, selsema, dan mengurangkan kahak di dalam rongga pernafasan dan paru-paru.

4)‎ Madu Melancar Fungsi Jantung Dan Darah

Madu tetap menjadi pilihan utama menggantikan gula sukros @ pasir @ tiruan; kerana madu menyumbang kepada kelancaran fungsi jantung dan darah. Sebaliknya, gula sukros @ pasir @ tiruan bagaikan racun yang manis berbisa, merosakkan seluruh kesihatan tubuh; kerana ia adalah gula ciptaan manusia yang keterlaluan di olah dengan kimia, hakikatnya ia bagaikan bahan asing dan lansung tidak sesuai di terima oleh tubuh.

Madu juga di anggap sebagai tonik pencuci darah dari bahan-bahan toksik di dalam darah. Memberi kesan pada kelancaran pengaliran darah. Berbeza dengan gula pasir, madu berfunsi sebagai pelindung kepada saluran darah agar tidak menyempit atau tersekat.

Kehadiran gula sukros @ pasir @ tiruan berlebihan di dalam darah akan membentuk lemak asid kolestrol dan plaque (lemak kental), yang akan melekat bertompok pada dinding pembuluh darah. Pembuluh darah akan menjadi semakin sempit, keras dan akhirnya rosak. Apabila pembuluh darah menyempit disebabkan kolestrol, jantung terpaksa mengepam darah dengan lebih kuat untuk mengalirkan darah, oxygen dan zat-zat makanan lainnya ke seluruh tubuh. Keadaan ini akan meninggikan tekanan darah. Dan apabila pengaliran darah ke jantung dan ke seluruh tubuh terhalang, jantung tidak dapat menerima darah yang mencukupi. Keadaan ini akan meningkatkan risiko serangan sakit jantung "stroke".

Syukurlah, madu mampu mengurangkan tekanan darah tinggi...

Satu kajian yang telah disiarkan pada 2004, di dalam "Journal of Medicinal Foods" menunjukkan bahawa pemakanan madu berterusan selama 15 hari dapat menurunkan kadar kepekatan kolestrol LDL bahaya berserta lemak-lemak jenis lain dan meningkatkan kadar kolestrol HDL bermanfaat di dalam darah. Lebih tinggi kadar HDL meningkat, lebih banyak kadar LDL yang disingkirkan dari tubuh, dan natijahnya mengurangkan tekanan darah tinggi dan lebih menyihatkan jantung.

Amalan permakanan madu yang berkekalan setiap hari mampu mengurangkan risiko serangan jantung !!!

*Terdapat amalan, madu dan serbuk kayu manis di larut ke dalam air suam, di minum pada setiap hari:
(1) berkesan mengurangkan kadar kolestrol di dalam darah. Jika sudah terkena serangan jantung, berkesan menghindar kemungkinan serangan berikutnya. 
(2) berkesan mengurangkan sesak pernafasan dan paru-paru berair.
(3) untuk orang lanjut usia, berkesan meredakan saluran darah dari menjadi keras dan tersekat oleh tompokan lemak.

5) Madu Mengawet Sel-Sel Tubuh

Madu adalah sumber terbaik anti-oksidan. Secara amnya, anti-oksidan menyirna radikal bebas, merawat dan memulihkan sel-sel dan tissu-tissu tubuh. Justru, melindungi tubuh dari cepat di mamah usia atau dari penyakit kanser.

Perlu diketahui, radikal bebas terhasil dari metabolisma di dalam tubuh atau disebabkan makanan yang kurang berkualiti, radiasi, kecemaran udara dan berbagai sumber lagi. Munculnya radikal bebas apabila atom atau kumpulan atom-atom oxygen di dalam tubuh kehilangan pasangan elektronnya, menjadikan atom-atom tersebut tidak stabil dan tidak menentu, lalu merampas mana-mana elektron dari atom-atom lain yang dihampirinya. Kejadian sebegini akan mencetuskan rangkaian radikal bebas. Kerosakan pada mana-mana bahagian tubuh akan terjadi apabila atom-atom yang kehilangan elektronnya menjadi lemah atau mati, memberi kesan negatif apabila melibatkan bahagian yang terpenting di dalam tubuh; seperti DNA, tissu-tissu, selaput-selaput otot pada organ-organ tubuh yang penting. Sekiranya keadaan ini berterusan, lama-kelamaan proses ketuaan, kanser, penyakit jantung dan penyakit-penyakit lain akan muncul.

‎Untuk menghalang cetusan radikal bebas tersebut dari terus berlaku dan merebak, anti-oksidan diperlukan. Hasil kajian sains mendapati madu mengandungi bahan-bahan anti-oksidan; seperti phenols, asid askobik, enzim-enzim glucose oxidase, catalase dan peroxidase. Unsur-unsur anti-oksidan tersebut ini dapat melindungi sel-sel tubuh dari kesan negatif radikal bebas. Justru, madu merupakan sumber anti-oksidan, ‎ menyihat, mengawet dan menyegarkan sel-sel tubuh.

Kajian juga mendapati jenis-jenis madu yang berwarna kehitaman mengandungi kadar anti-oksidan yang lebih tinggi dari yang berwarna kecerahan. 

*Terdapat amalan, madu dan serbuk kayu manis di larut ke dalam air suam, di minum pada setiap hari: kulit kembali anjal dan segar, awet muda, usia juga bertambah. 

6)‎ Madu Anti-Kanser

Madu memiliki sifat-sifat anti-kanser dan anti-tumor yang mencegah perkembangan kanser. Ia digunakan sebagai rawatan alternatif kepada kanser.

"Phenols" yang terkandung di dalam madu adalah satu kumpulan asid kimia organik yang memiliki ciri-ciri asli anti-kanser. Kumpulan phenols ini, samada ringkas atau kompleks termasuk asid caffeic, phenyl esters, galangin, kaempferol, chrysin, pinocembrin, apigenin, quercetin, acacetin dan pinobanksin. Yang teringkas dalam kumpulan phenols ini ialah asid karbolik.

Kajian mendapati bahawa apabila asid caffeic disapu kepada bahagian tubuh dapat melindungi dari radiasi UVB. Chrysin dan phenyl esters pula dapat mencegah dari kanser rahim. Kaempferol berkesan melawan sel-sel kanser paru-paru dan sel-sel leukemia. Pinocembrin dan Pinobanksin berkesan terhadap beberapa sel-sel kanser termasuk bahagian tissu paru-paru dan tali pusat yang berkaitan dengan rahim wanita “umbilical cord”. Apigenin berkesan mencegah pembiakan sel-sel kanser terhadap payudara, hati, mata, rahim and usus.

Sekiranya madu mengalami proses pemanasan, kebanyakan bahan-bahan kimia organik phenols ini dikhuatiri akan terhapus. Justru, madu asli dan mentah tanpa mengalami proses pemanasan adalah pilihan yang lebih baik!!!

7) Madu Merawat Luka dan Kelecuran ‎

Sejak beribu-ribu tahun dahulu, madu digunakan untuk merawat luka, terhiris benda tajam, ‎kelecuran, termasuk juga penyakit kaki di makan air “athlete foot” , kesakitan arthritis, alahan ‎kulit “eczema”, bahkan gatal-gatal dan ruam-ruam pada kulit. ‎

Madu memiliki ciri-ciri yang berkesan untuk menyembuhkan luka dan kelecuran dari api. ‎

Nilai-nilai istimewa yang terdapat pada madu ialah anti-kuman yang dapat menghapus, menghalang dari sebarang jangkitan kuman, menghalang perkembangan bakteria seterusnya, dan memulihara luka pada kulit. Madu juga berfungsi ‎sebagai anti-keradangan, mengurangkan bengkak dan kesakitan, menyembuhkan dengan ‎cepat, bahkan mengurangkan kesan parut.

Madu menyerap kelembapan air di kawasan luka atau kelecuran. Oleh kerana madu kaya ‎dengan glukos dan fruktos, iaitu 2 jenis gula yang dapat menyerap air, maka madu bertindak ‎menyerap air pada luka, lantas mengeringkan kawasan luka. Enzim “glukos oxidase” di dalam madu pula, apabila bercampur dengan kelembapan luka, akan ‎mengeluarkan “hydrogen peroxide” secara perlahan-lahan tetapi mencukupi untuk bertindak ‎sebagai anti-kuman tanpa merosakkan tissue tubuh. Dengan demikian, bakteria dan kulat ‎terhalang dari membiak di kawasan luka. Di samping itu, zat-zat makanan di dalam madu menyumbang kepada proses kesembuhan dan membina kembali sel-sel tubuh.‎

Apabila luka di balut, madu menjadi pelindung di antara luka dan balutan. Balutan dapat ‎ditanggalkan tanpa melekat pada luka. Dengan demikian, sel-sel yang baru tumbuh semula ‎pada kawasan kulit tidak rosak.

Kandungan “flavonoids” dan “ pinocembrin” di dalam madu juga berfungsi sebagai anti-‎bakteria. Pinocembrin merupakan anti kepada bakteria ”staphylococcus aureus”, jenia bacteria ‎yang terdapat di alam sekeliling yang menyebabkan jangkitan, terutamanya pada luka.

Ada juga jenis madu yang sangat berkesan menghapus kebanyakan bacteria, ‎termasuk “golden staph atau staphylococcus aureus” – bakteria yang tidak dapat dihapuskan ‎oleh anti-biotik.

Madu juga berkesan membunuh bakteria pada kulit yang mengalami ruam, keradangan, gatal-gatal atau pun jerawat di muka.

*Terdapat amalan, madu di aduk dengan serbuk kayu manis lalu di tampal:
(1) pada tempat terkena gigitan atau sengatan binatang, berkesan untuk mereda dan merawat kesakitan bisa.
(2) pada jerawat, panau, kurap, kaki atau bahagian sudut tubuh berair "eczema" sebelum tidur, berkesan merawatnya.

8)‎ Madu Sesuai Untuk Para Sukan/Olahraga

Madu amat sesuai di makan oleh para olahraga atau ahli sukan.

Madu sumber utama karbohaidrat semulajadi, membekalkan tenaga kepada ‎tubuh. Gula karbohaidrat yang terdapat di dalam madu seperti fruktos, glukos, maltos, laktos adalah ‎berjenis monosakkarida, iaitu gula ringkas yang lansung segera di serap ke dalam tubuh memberi tenaga sertamerta yang ‎diperlukan. Madu mudah di cerna dan di serap, meskipun oleh usus sensitif atau mengalami keradangan.

Madu yang juga mengandungi gula berjenis disakkarida dan trisakkarida agak lambat bagi ‎tubuh menyerap untuk menjadikannya sebagai tenaga; dengan demikian, dapat membekalkan ‎tenaga yang berterusan, menambah stamina dan mengurangkan keletihan pada otot-otot sewaktu tubuh menjalani latihan intensif.

Madu memberi tenaga tetapi tidak menambahkan berat badan atau kegemukan. Kandungan nutrien di dalam madu menjadikan suhu tubuh agak panas tetapi tidak dikhuatiri membahayakan. Kesan ini disebabkan tindakan nutrien-nutrien di dalam tubuh yang membakar lemak di dalam darah, mengurangkan kadar kolestrol LDL bahaya dan meningkatkan kadar kolestrol HDL manfaat. Tubuh akan jadi banyak mengeluarkan keringat meskipun dengan sedikit pekerjaan yang dilakukan; cara alami tubuh mengeluarkan bahan-bahan sisa, termasuk juga lemak-lemak, yang tidak diperlukan oleh tubuh!!!   

*Terdapat amalan, madu dan serbuk kayu manis di larut ke dalam air suam, di minum pada setiap hari:

(1) di waktu pagi sebelum sarapan dan di waktu malam sebelum tidur, akan meruntuhkan lemak badan yang menyebabkan kegemukan atau buncit perut. 

(2) menambahkan tenaga, keampuhan dan keanjalan tubuh.

(3) di kalangan masyarakat Cina, Jepun dan Timur Jauh, memperkuat organ peranakan bagi wanita.

(4) di kalangan masyarakat Yunani dan India perubatan Ayurvedia, menambahkan kandungan air mani, merawat mati pucuk "impoten", menyihatkan kesuburan sistem peranakan.


9) Madu Dan Penyakit Kencing Manis‎

Gula-gula asli yang terdapat di dalam madu tidak mendatangkan sebarang masaalah kepada ‎pancreas. Kecuali madu di makan secara berlebihan, gula di dalam madu tidak membuat ‎paras gula di dalam darah menjadi tidak menentu, malahan tetap stabil. Bererti, pancreas tidak di paksa secara mendadak mengeluarkan insulin yang banyak bagi menerima madu. Dengan demikian, kepekatan gula di dalam darah tetap terpelihara.

Bolehkah pesakit kencing manis memakan madu? Asal jangan berlebihan, madu adalah pilihan yang lebih baik dari gula sukros, sirup jagung dan pemanis-pemanis tiruan lainnya.

Ujikaji makmal menunjukkan bahawa pengambilan madu oleh pesakit kencing manis ada memberi kesan yang baik mengurangkan lemak di dalam darah berserta lemak-lemak lainnya, menurunkan kadar kepekatan kolestrol LDL bahaya dan meningkatkan kadar kolestrol HDL bermanfaat. Keadaan ini membantu mengurangkan keparahan penyakit kencing manis.

Madu: Kesan Sampingan

Secara umumnya, madu sudah terkenal sebagai makanan asli yang ‎menyihatkan dan selamat untuk dimakan. Belum terdapat lapuran tentang kesan sampingan ‎yang menakutkan akibat dari madu, asalkan di makan dalam jumlah yang sederhana.

Namun, perlu juga diketahui bahawa madu juga boleh dicemari oleh kuman atau racun ‎serangga dari pokok-pokok atau bunga-bunga tanaman atau juga dari habuk-habuk di udara ‎sewaktu lebah menghinggap atau memproses pengeluaran madu disarangnya. Mujurlah, kerana ‎madu memiliki sifat-sifat anti-kuman, memastikan banyak kuman-kuman dan ‎bacteria-bakteria yang merbahaya pada kesihatan tubuh tidak dapat hidup atau membiak ‎di dalam madu.‎

Meskipun begitu, terdapat juga lapuran yang mengaitkan madu dengan kecemaran bakteria seperti di bawah ini:

1) Keracunan Makanan. Di dalam setengah jenis madu, masih tersisa dan aktif sejenis bakteria yang ‎dikenali sebagai “Spora C. Botulinum” atau spora botulisma. Spora botulisma ini boleh mengakibatkan keracunan makanan. Tanda-tanda keracunan ‎makanan disebabkan oleh spora botulisma; mengalami kekejangan "cramp" perut atau juga memulas, ‎rasa loya, muntah-berak atau juga demam.

Pada orang dewasa, tanda-tanda begini mungkin ‎pada mulanya hanya tubuh merasa tidak selesa, keadaan begini masih tidak merbahaya. ‎Akan tetapi, sekiranya semakin parah dan tidak di rawat segera oleh doktor, mungkin menjadi merbahaya ‎dan mengancam nyawa.

Spora ini boleh mendatangkan ‎bahaya kepada bayi yang mana sistem kekebalan dan ‎sistem pencernaan tubuhnya masih belum berkembang dan utuh untuk menanggani jenis spora ini. Dikhuatiri bayi akan mudah mengalami keracunan spora c. botulisma.


Kesan-kesan yang ketara dari keracunan spora c.botulisma terhadap bayi ialah; bayi mengalami sembelit, ‎tubuh bayi tidak bermaya dan lesu, asik menangis merenget sayu, mata layu, tidak ‎berselera makan, buang najis berair. Kesan serangan spora c.botulisma yang kronik ialah; ‎kelumpuhan pada otot-otot bayi dan akhirnya boleh mengakibatkan maut.

Atas alasan ini, sebagai langkah berhati-hati, The National Institutes of Health, Amerika Syarikat, menasihatkan "bayi di bawah ‎usia 1 tahun tidak sesuai mengambil madu sebagai makanan kerana terdapat risiko spora ‎c. botulisma !!!"

2) Pendapat masih bercanggah tentang pengambilan madu pada wanita yang sedang hamil atau ‎yang sedang menyusui bayi.



The National Institutes of Health, Amerika Syarikat menasihatkan ‎wanita sedang hamil agar jangan memakan madu kerana masalah kesan spora botulisma tersebut. ‎

Namun, ada pendapat yang menyanggahnya, dengan alasan bahawa saluran pencernaan ‎seorang wanita dewasa memang berasid, dan keadaan ini akan menghalang spora botulisma dari membiak, justru tidak akan menyebabkan keracunan dan tidak mendatangkan bahaya ‎kepada tumbesaran bayi dalam kandungan atau yang sedang menyusui. 

"please, don't drink honey, baby !!!"


3) Madu Agak Berasid.

Walaupun sedikit kandungan asid, namun apabila suasana di dalam tubuh ‎terlalu berasid berterusan, suasana ini akan menghakis tipis lapisan luar pada gigi “enamel”, juga pada dinding ‎kerongkong "esophagus”, usus kecil dan usus besar atau ringkasnya disebut ‎penyakit “acid reflux” atau GERD.

Tanda-tanda penyakit ini ialah bahagian perut dan dada terasa ‎panas seperti membakar. Meskipun sangat jarang berlaku, namun sekiranya tanda-tanda begini muncul melebihi 2 kali dalam seminggu, ‎dinasihatkan segera berjumpa doctor.



Rumusan

1 -  Demikianlah perihal madu; kaya dengan khasiat-khasiat kesihatan, jarang kedengaran tentang kesan sampingannya. Sebaliknya, gula sukros terlalu banyak kesan-kesan negatif yang mengancam kesihatan, hampir tidak ada khasiat baik untuk di makan. Sememangnya madu menjadi pilihan terunggul untuk kesihatan !!!

2 -  Lambakan madu tiruan selalu membuat para pengguna keliru dan tertipu. Terasa sulit untuk mendapatkan madu asli yang terpelihara kualitinya. Jenama dari negara Cina sangat murah sehingga dicurigai kualitinya; mungkin hanya sesuai sebagai bahan pemanis kepada kek-kek dan sebagainya. Justru, jenama-jenama dari negara lain di mall, supermarket, kedai-kedai hasil dari penternakan lebah adalah pilihan yang lebih selamat !!!

3 -  Potensi perusahaan ternakan lebah untuk menghasilkan madu amat tinggi di Malaysia dan apatah lagi di Indonesia, terutama pada warga-warga yang tinggal di perkampungan, di lereng-lereng bukit atau gunung. Suasana alam bersesuaian untuk penternakan lebah-lebah. Di zaman moden yang sentiasa di serang berbagai jenis penyakit, madu akan sentiasa di cari, diperlukan oleh masyarakat demi memelihara atau memulihkan kesihatan !!!


Oh dear, i love you, i need you and i want you, honey !!!

SEKIAN DAHULU UNTUK KALI INI....

[Nota *Bicarakan tentang madu lebah, tidak akan lengkap jika tidak membicarakan tentang kayu manis. Permakanan keduanya sesuai seiring, kerana kayu manis juga berkhasiat tinggi untuk kesihatan].

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...