Apakah Vitamin C ?
Vitamin C; nama lain ialah Asam Askorbik, Asam L-ascorbik, atau L-ascorbate.
Vitamin C adalah zat makanan yang amat penting pada kesihatan tubuh secara keseluruhannya. Ia membantu berbagai sistem utama di dalam tubuh agar terlaksana dengan baik. Ia merupakan penghalang kepada berbagai jenis penyakit yang menjangkiti tubuh.
Fungsi-fungsi tubuh yang sangat dipengaruhi oleh vitamin C ini ialah: penghasilan collagen, sistem kekebalan, aktiviti anti-oksidan, aktiviti anti-keradangan dan aktiviti anti berbagai jenis penyakit lain.
Vitamin C banyak terdapat terutamanya di dalam sayur-sayuran dan buah-buahan.
Manfaat Vitamin C Untuk Kesihatan
1 Penghasilan Collagen
Vitamin C bukan sahaja menyihatkan "Collagen", tetapi terlibat secara lansung dalam proses penghasilan collagen.
Collagen adalah sejenis protein, dari kalangan beribu jenis protein, yang paling banyak terdapat di dalam tubuh, dan berada pada setiap anggota tubuh. Ia berupa serat putih yang liat dan teguh, lebih teguh dari kawat/dawai logam yang sama ukuran. Ia juga sebagai "elatin" berwarna kuning (lapisan pelindung pada urat saraf). Collagen merupakan komponen utama pada serat-serat tisu yang saling terhubung; seperti kulit, tendon, ligamen, cartilage, jantung, cornea mata, tulang, gigi, usus, pembuluh-pembuluh dan saluran-saluran darah, bahkan pada setiap bahagian tubuh. Semuanya terikat rapi mendirikan seluruh tubuh. Justru, adalah menjadi syarat utama memelihara collagen yang sihat di dalam tubuh agar struktur tubuh sentiasa utuh, tidak goyah, atau runtuh menyembah bumi.
Tanpa collagen; jantung, pembuluh darah dan organ-organ lain tidak dapat berfungsi. Kekurangan collagen; semua fungsi-fungsi utama di dalam tubuh akan terjejas. Tubuh yang sedang menghadapi maut, umpamanya Penyakit Biri-Biri; penghasilan collagen di dalam tubuh terbantut dan semakin terhenti, tubuh semakin runtuh, sendi-sendi tulang tidak dapat bergerak seperti biasa kerana cartilage dan tendonnya sudah lemah, pembuluh darah sudah mula pecah, gusi sudah mula membengkak, gigi-gigi sudah mula tanggal, sistem kekebalan tubuh semakin merosot; dan penderita sakit sedang berada di ambang maut. Justru, collagen adalah protein yang penting bagi mengekal kemampanan dan keanjalan tubuh.
Akan tetapi, collagen tidak dapat dihasilkan tanpa vitamin C. Vitamin C terlibat secara lansung dalam setiap peringkat penghasilan collagen. Pembinaan dan keutuhan collagen sentiasa memerlukan bekalan vitamin C. Tubuh perlu vitamin C setiap hari, untuk menghasil, membina, dan mengutuhkan collagen.
Vitamin C juga terlibat dalam menyihatkan collagen. Kekurangan vitamin C akan melemahkan collagen. Akibatnya, jantung, pembuluh darah dan organ-organ lain tidak mampu menjadi sihat. Sistem-sistem di dalam tubuh tidak mampu berfungsi dengan sempurna. Berbagai jenis penyakit akan muncul; seperti biri-biri, gusi berdarah, gusi mengecut dan gigi tanggal, tulang mudah retak, tulang rapuh, keradangan sendi, kerosakan cartilage pada sendi-sendi “osteoarthritis” dll. Tubuh perlu vitamin C setiap hari, untuk menyihatkan collagen.
Justru, bekalan vitamin C yang mencukupi setiap hari sangat diperlukan oleh tubuh bagi menghasil, mengutuh dan menyihatkan collagen.
2 Pemampan Sistem Kekebalan Tubuh
Vitamin C berperanan membantu memelihara sistem kekebalan tubuh agar sentiasa mampu berfungsi dengan berkesan.
Fungsi sistem kekebalan ialah melindungi tubuh dari sebarang serangan atau jangkitan mikro-organisma yang boleh menjejaskan kesihatan; seperti bakteria, virus, dan kulat/jamur dll. Sistem ini menghasilkan sel-sel darah putih (sel-sel kekebalan) ; terutama “phagocytes” dan “T-lymphocytes” serta jenis sel-sel kekebalan yang lain, sebagai penggempur dan penghapus mikro-organisma tersebut.
Vitamin C membantu sistem kekebalan memperbanyak penghasilan sel-sel kekebalan ini. Oleh yang demikian, vitamin C banyak terdapat pada sel-sel kekebalan, dan sangat cepat dipergunakan apabila berlaku serangan atau jangkitan mikro-organisma.
Vitamin C juga melindungi sel-sel kekebalan. Ketika sel-sel kekebalan T dan phagocytes-phagocytes lain bertindak meliputi dan menelan mikro-organisma, sel-sel kekebalan menggunakan oxygen dalam bentuk “superoxide” sebagai bahan penghapus. Namun, superoxide ini juga sebenarnya membahayakan sel-sel kekebalan tersebut, kerana ia merupakan radikal bebas. Akan tetapi, Vitamin C sebagai anti-oksidan mampu melindungi sel-sel kekebalan ini dari serangan sebarang radikal bebas termasuk superoxide. Vitamin C dipergunakan oleh sel-sel kekebalan sebagai perisai perlindungan dari serangan radikal bebas ketika bertindak-balas dengan mikro-organisma.
Kekurangan vitamin C bukan sahaja boleh menjejaskan fungsi sel-sel kekebalan, akan tetapi sel-sel kekebalan akan cepat lemah dan musnah. Akhirnya, memberi kesan buruk kepada sistem kekebalan tubuh, mengurangkan dayatahan tubuh dari serangan mikro-organisma. Justru, bekalan vitamin C yang mencukupi setiap hari sangat diperlukan oleh sistem kekebalan tubuh.
3 Anti-Oksidan
Vitamin C adalah salah satu ahli dari keluarga anti-oksidan. Ia mempunyai peranan besar sebagai anti-oksidan di dalam tubuh.
Pengoksidanan adalah proses metabolisma semulajadi di dalam tubuh, di mana nutrien dari permakanan dan minuman di cerna dan atau di serap untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh untuk terus hidup. Tanpa proses metabolisma, tubuh akan lemah dan mati. Justru, pengoksidanan adalah perlu untuk tubuh!
Akan tetapi, pengoksidanan menghasilkan radikal bebas yang membahayakan kesihatan tubuh. Radikal bebas berlaku apabila sesuatu atom itu kehilangan pasangan elektronnya, menjadikan atom tersebut tidak stabil, lalu merampas mana-mana elektron dari atom-atom lain yang menghampiri atau dihampirinya. Sekiranya kejadian sebegini berterusan dan tidak terkawal, akan mencetuskan rangkaian radikal-radikal bebas yang lain. Maka semakin banyak atom-atom yang kehilangan elektron, semakin banyak pula menjadi lemah atau mati. Lama-kelamaan, kerosakan akan berlaku pada mana-mana bahagian organ tubuh; seperti jantung, kulit, tisu, otot, selaput otot, dan juga DNA seseorang. Radikal bebas yang leluasa akan menghambat kekedutan, ketuaan, kanser, penyakit jantung, darah tinggi, keradangan kronik, kencing manis, cataracts, arthritis, dan berbagai penyakit-penyakit lain.
Untuk menghalang, menghenti atau melambatkan cetusan radikal bebas tersebut dari terus merebak, anti-oksidan diperlukan. Ciri-ciri anti-oksidan pada vitamin C dapat melindungi sel-sel tubuh dari rebakan, cetusan dan kesan negatif radikal bebas.
Vitamin C adalah anti-oksidan yang terserap air. Sifat ini membolehkan vitamin C memberi tindak-balas segera dan efektif terhadap radikal bebas. Justru, Vitamin C adalah penggempur radikal bebas; meringankan bebanan pengoksidanan di dalam tubuh; penghalang kekedutan sel-sel, tisu-tisu, kulit-kulit dan organ-organ; pelindung tubuh dari beberapa jenis penyakit yang berkait-rapat dengan radikal bebas.
Berbagai akibat apabila bekalan anti-oksidan vitamin C berkurangan di dalam tubuh; bebanan pengoksidanan akan bertambah berat, cetusan radikal bebas akan bertambah leluasa, keradangan akan bertambah kronik dan berbagai kerosakan pada organ-organ dan anggota-anggota tubuh akan berlaku. Berbagai penyakit-penyakit lain juga akan timbul.
Oleh kerana vitamin C terserap air, maka ia tidak dapat dihasilkan atau di simpan di dalam tubuh. Vitamin C perlu dibekalkan secukupnya melalui bahan makanan harian.
4 Anti-Keradangan
Vitamin C adalah anti-keradangan yang berkesan pada keseluruhan anggota tubuh.
Pada dasarnya, keradangan adalah sebahagian dari tindak-balas sistem kekebalan tubuh. Tubuh cuba melindungi diri dari sebarang unsur-unsur yang membahayakan kesihatan; seperti bakteria, virus, kulat/jamur, sisa-sisa toksik, sel-sel yang mati dll. Apabila unsur-unsur yang membahayakan kesihatan ini menjangkiti pada mana-mana bahagian tubuh, sistem kekebalan bertindak-balas untuk cuba me-nyahkan unsur-unsur tersebut. Sekaligus memulakan proses penyembuhan pada bahagian tubuh yang terjejas. Kesan tindak-balas ini dapat di lihat melalui gejala keradangan yang timbul atau dialami.
Kadangkala, keradangan merebak, menjadi parah/kronik, proses penyembuhan di dalam tubuh tidak berlaku sewajarnya. Keadaan ini boleh menimbulkan berbagai masalah kesihatan yang lain, boleh menyebabkan berbagai penyakit kepada tubuh; seperti penyakit "rheumatoid arthritis", sistem kekebalan tubuh terjejas dan terkeliru, risiko sakit jantung dll.
Oleh kerana Vitamin C adalah anti-keradangan, sudah semestinya vitamin C sangat penting dan diperlukan oleh tubuh. Vitamin ini memberi kesan positif pada keseluruhan tubuh. Berperanan melindungi sendi-sendi tulang, kulit dan sebagainya. Membantu tubuh merawat dan menghalang keradangan dari terus merebak menjadi kronik. Melawan sebarang penyakit yang disebabkan keradangan; seperti arthritis, fibromyalgia (keadaan lemah berpanjangan seluruh tubuh terutama pada bahagian sendi-sendi, otot-otot, tendon, dan tisu-tisu lembut penghubung tulang), kelesuan melampau dan sebagainya.
Apabila keradangan berlaku, collagen di dalam cartilage boleh runtuh, penyebab terjadinya “osteoarthritis”. Keadaan ini membuat tulang bergeseran sesama sendiri, menyebabkan rasa nyilu dan sangat menyakitkan. Dengan bekalan vitamin C yang sentiasa mencukupi, dapat mempertahan dan memperteguhkan cartilage dan tisu-tisu penghubung yang lain, dan mengurangkan beban kesakitan yang dialami.
Gejala-gejala keradangan lain juga dapat dihindari; termasuk angina (sakit menyucuk/memulas di dada jantung seperti tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi), bisul mulut dan bibir, gusi berdarah, gingivitis (bengkak gusi), gigi longgar, sengal dan sakit sendi, mudah terseliuh, bronchitis, sakit kerongkong (tenggorokan), jangkitan saluran air kencing dll.
Vitamin C adalah vitamin yang terserap air. Tubuh terus menyerap dan menggunakannya serta-merta. Jika berlebihan dan tidak diperlukan, akan lansung dikeluarkan dari tubuh. Oleh kerana ia tidak di simpan di dalam tubuh, maka adalah penting mendapatkannya melalui permakanan pada setiap hari. Ia sangat bermanfaat bagi menanggani masalah keradangan.
5 Lain-Lain Manfaat
Meskipun informasi masih terhad atau belum muktamad, namun ujikaji-ujikaji sains banyak menyarankan bahawa Vitamin C berperanan melindungi tubuh dari berbagai jenis penyakit.
Penyakit Disebabkan Sistem Pengaliran Darah. Vitamin C mempunyai pengaruh kepada sistem pengaliran darah (cardiovascular system). Sifat-sifat anti-oksidan yang dimiliki oleh Vitamin C, apabila terserap ke dalam darah, ia boleh meleraikan gumpalan "plaque" dan kolestrol merbahaya (LDL) pada dinding-dinding pembuluh arteri, pada masa yang sama menambah kolestrol bermanfaat (HDL). Ia mencuci pembuluh arteri, menghindar arteri dari tersumbat, mengembalikan keanjalan arteri, dan melancarkan pengaliran darah ke jantung. Oleh yang demikian, mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, menghindar atau melambatkan perkembangan penyakit "atherosclerosis" (saluran dan pembuluh darah arteri menjadi keras), “peripheral artery disease” (penyakit pembuluh/saluran darah tersimpul di kawasan kaki/betis) dan serangan sakit jantung.
Oleh kerana vitamin C membantu tubuh menyerap zat besi, maka sangat bermanfaat pada pesakit “anemia” (kekurangan darah).
Penyakit Kanser. Vitamin C juga mempunyai pengaruh kepada penyakit kanser. Vitamin C melambatkan rebakan dari keradangan kepada kanser. Beberapa ujikaji sains telah menunjukkan bahawa permakanan vitamin C boleh menghindar dari dijangkiti penyakit kanser; termasuk kanser kulit, kanser rahim, kanser payudara, kanser esophagus, dan kanser pancreas.
Penyakit Kulit. Vitamin C mempunyai peranan penting dalam menyembuhkan luka dan kecederaan. Dengan bekalan vitamin C yang sentiasa mencukupi, tubuh lebih mudah melawan jangkitan dari bakteria, kulat dan virus. Tanda-tanda kekurangan vitamin C; termasuklah rambut menjadi kering dan pecah-pecah, kulit menjadi kasar kering dan mengelupas, kulit mudah luka atau tercalar, luka lambat sembuh, eczema, hidung berdarah, panau, kurap, jeragat dan rosacea, campak, gejala allergi seperti asma, selsema, jangkitan paru-paru dll. Kekurangan vitamin C yang parah ialah penyakit biri-biri.
Penyakit Mata. Vitamin C membantu mengurangkan risiko cataracts. Vitamin C melindungi lensa dari kerosakan akibat dari oksidasi dan radikal bebas dan melindungi enzim di dalam lensa. Vitamin C juga memperbaiki penglihatan kepada pesakit “uveitis” (keradangan pada bahagian tengah mata).Vitamin C bersama dengan anti-oksidan yang lain, termasuk zat zinc, beta-carotene, dan vitamin E dapat melindungi mata dari mengalami AMD yang menjadi penyebab kepada buta.
Pre-eclampsia. Vitamin C bersama dengan vitamin E boleh menghalang “pre-eclampsia” pada kaum wanita. Pre-eclampsia ialah gejala tekanan darah tinggi dan terlalu banyak protein di dalam air kencing. Juga menjadi penyebab utama kepada keguguran.
Dos Harian (RNI)
Dos harian "RNI" (Recommended Nutrient Intake) untuk vitamin C, disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, 2005, sedikit berbeza dari National Academy of Sciences, USA. Data RNI ini di kira lebih sesuai dengan keperluan tubuh warga-warga di rantau Asia Tenggara.
Tujuan utama saranan dos harian RNI ialah mengelak dari penyakit. Kekurangan sesuatu vitamin akan mengundang beberapa jenis penyakit kepada tubuh. Dengan demikian, RNI menjadi had/batas yang perlu di capai bagi mengelak dari sebarang penyakit disebabkan kekurangan tersebut.
Untuk mencapai kesihatan optima, banyak ujikaji telah dilakukan ke atas vitamin C. Terdapat ujikaji yang menunjukkan dengan pengambilan 500 mg vitamin C setiap hari boleh mendatangkan manfaat yang maksima pada kesihatan. Supplemen vitamin C juga boleh dimanfaatkan.
Keperluan vitamin C berlebihan dari RNI adalah juga mengikut keadaan dan beberapa faktor kehidupan. Lebihan dos vitamin C diperlukan terutamanya oleh penduduk-penduduk kota, di mana kandungan gas beracun karbon monoxide di udara adalah lebih banyak berbanding di luar kota; gas karbon monoxide menghapus vitamin C, maka perlu mendapat lebih banyak vitamin C.
Orang yang berusia melebihi 55 tahun, perokok, dan peminum arak perlu lebihan vitamin C; mereka memerlukan perlindungan anti-oksidan vitamin C bagi mencegah kesan proses pengoksidan dari radikal bebas yang sentiasa meruntuhkan otot-otot, tisi-tisu dan kulit dan menjadikan tubuh terhambat ketuaan.
*Bagi tujuan mengimbangi keperluan tubuh ke tahap normal, perokok memerlukan tambahan 35 mg/hari daripada orang yang tidak merokok, kerana nikotin di dalam asap rokok menyebabkan vitamin C kurang berkesan.
Perhatian !!!
Pengambilan vitamin C yang berlebihan tidak mendatangkan kesan sampingan yang membahayakan kesihatan. Terdapat kejadian orang yang mengambil vitamin C dos yang tinggi 5,000 - 10,000 milligram setiap hari beberapa tahun lamanya, tidak mengalami sebarang kesan sampingan.
Namun, terdapat juga kejadian orang yang mengambil vitamin C melebihi 1,000 milligram menunjukkan tanda-tanda kerap membuang air kecil, cirit-birit, sakit kepala, pening-pening, memulas perut, muntah-muntah, dan dll. Oleh yang demikian, pastikan meminum air lebih banyak apabila terdapat tanda-tanda sedemikian ini atau kurangkan dos vitamin C yang di makan.
Beberapa kajian cuba mengaitkan lebihan dos vitamin C menyebabkan terbina batu karang asid yurik ("uric acid stone") di dalam ginjal. Akan tetapi banyak kajian yang menunjukkan mustahil terbinanya batu karang asid yurik, bahkan sebaliknya melancarkan fungsi ginjal. Namun sebagi langkah berhati-hati bagi melindungi terjadi kemungkinan ini dinasihatkan mengambil dos supplemen vitamin B6 dan zat gizi Magnesium seiring dengan supplemen vitamin C.
Sumber Vitamin C
Sayur-sayuran. Vitamin C banyak terdapat pada jenis sayur-sayuran. Senarai di bawah ini adalah maklumat yang di perdapat oleh Nutrition Data.com (USA) yang dikeluarkan oleh laboratori USDA National Nutrient for Standard Reference.
Buah-buahan. Vitamin C juga banyak terdapat pada jenis buah-buahan. Senarai dibawah ini adalah hasil kajian yang dikeluarkan oleh USDA Nutrient Database, 1998. Data-data yang terkandung di bawah ini hanya sebagai petunjuk umum.
*Sekian dahulu. Moga informasi ini bermanfaat!!!

Jenis Sayuran | Nama Sayuran | Mg/100 gm |
Sweet Pepper, Paprika, Cili Benggala | *hijau mentah - 80 mg *hijau digoreng - 177 mg *kuning mentah - 183 mg *merah mentah - 128 mg *merah dimasak - 163 mg | |
Cili, Cabai | *hijau mentah -242 mg *merah mentah -144 mg | |
Banana Pepper, Paprika Pisang | *83 mg | |
Cili Pimento | *85 mg | |
Chives, Kucai | *660 mg | |
Parsley, Peterselly, Pasli | *mentah -133 mg *kering - 149 mg | |
Horseradish tree, Malunggay | *mentah -141 mg *dimasak & bergaram -97 mg | |
Kale | *120-130 mg | |
Mustard Spinach, Sawi | *130 mg | |
Leek, Sayur Bawang | *118 mg | |
Tomato, Tomat | *serbuk-117 mg | |
Vine Spinach, Bayam Merembat | *102 mg | |
Taro Tahiti, Keladi | *96 mg | |
Broccoli, Brokoli | *bunga, batang dan juga daun; 89-93 mg | |
Cauliflower, Bunga Kol | *mentah - 88 mg *dimasak - 73 mg | |
Bitter Gourd, Bitter Melon, Peria | *84-88 mg | |
Celery, Seledri, | *86 mg | |
Brussel sprout, Kobis Brussel, Mini Kobis | *74-85 mg | |
Onion, Bawang Merah | *75 mg | |
Mustard Green, Sawi Hijau | *70 mg |
Buah-buahan. Vitamin C juga banyak terdapat pada jenis buah-buahan. Senarai dibawah ini adalah hasil kajian yang dikeluarkan oleh USDA Nutrient Database, 1998. Data-data yang terkandung di bawah ini hanya sebagai petunjuk umum.
Jenis Buah | Nama Buah | Mg/100gm | Catatan |
# 1 Kakadu Plum, Gubinge, Murunga, Billygoat Plum | 2,300-3,150 | Asal dari perdalaman Australia; juga dibuat bahan kosmetik. *potensi agro-business. | |
# 2 Camu Camu, Cacari (Myrciaria dubia) | 2,700 | Asal dari hutan belantara Amazon, terutama Peru dan Brazil. Iras Gowok/Kupa/Kepa dll. Indonesia. *potensi agro-business. | |
# 3 Goji Berry, Wolfberry, Murali (Lycium barbarum) | 2,500 | Banyak di China, Tibet, Himalaya, India dan Arab. Mudah diperdapat dikedai ubat cina "sensei". *potensi agro-business. | |
# 4 Barbados Cherry, (Malpighia glabra) | 1,678 | Asli Mexico, banyak tumbuh di Amerika Tengah dan Selatan, India. Sudah terdapat diMalaysia, Indonesia; nasibnya sekadar pohon bonzai hiasan. | |
# 5 Acerola, (Malpighia glabra) | 1,678 | Spesis yang sama dengan Barbados, sama tempat asalnya.Mudah tumbuh diMalaysia, Indonesia; sudah terdapat diMalaysia, sekadar pohon hiasan bonzai. | |
# 6 Jujube, (Ziziphus jujuba) | 500 | Banyak tumbuh diLebanon, Iran, Pakistsan, India, Bangladesh, Nepal, Korea, China. Juga disebut Kurma China, selalu dijual dalam bentuk kering berkeriput sebagai "Red Dates". | |
# 7 Jambu (tropika)/Klutuk/Kesumba (Psidium guajava) | 183 | Jambu, klutuk tidak asing lagi pada masyarakat Melayu dan Nusantara. Berbagai varieti, ada jenis yang tanpa biji. | |
# 8 Baobab, Boa, Boaboa (Adonsonia digitata) | 150-499 | Banyak tumbuh di Madagaskar, Afrika, Semenanjung Arab, Australia, dikawasan kering padang pasir. | |
# 9 Blackcurrant, (Ribes nigrum) | 155-215 | Banyak tumbuh di negara Eropah, Amerika, dan negara-negara Barat. Hidup subur di iklim dingin. DiMalaysia dan Indonesia juga tumbuh tetapi dikawasan dingin. | |
# 10 Kiwi kuning, (Actinidia chinensis) | 120-180 | Sangat sinonim dengan New Zealand. Banyak tumbuh di Australia, Itali, Chili, Perancis, Greece, China, Amerika, Jepun. Mudah tumbuh meskipun di Malaysia dan Indonesia. | |
# 11 Kei Apple, Umkokola (Dovyalis caffra) | 117 | Asal Afrika Selatan, sekitar Sungai Kei, banyak di Tanzania. Sekarang tumbuh di negara Mediterranien, Mesir, dan rantua Arab, Amerika. Iras buah epal kecil. | |
# 12 Kiwi hijau, (Actinidia deliciosaa) | 98 | Kiwi hijau lebih masam dari yang kuning, lebih banyak bulu pada lapisan kulitnya. Kiwi kuning lebih mahal harganya, lebih enak dari kiwi hijau. Mudah tumbuh meskipun diMalaysia, Indonesia. | |
# 13 Longan, Mata Kucing, Kelengkeng, Lengkeng (Dimocarpus longan) | 84 | Asal Asia Tenggara, terkenal di China; berbagai varieti, longan berlian, pingpong, brazil dll. Mudah tumbuh, banyak terdapat di Malaysia, Indonesia. | |
# 14 Muntingia, Ceri, Kersen (Muntingia calabura) | 80 | Asal Mexico, Caribbean, Amerika Tengah, Amerika Selatan hingga ke Peru dan Bolivia.Pohon mudah bercambah. Sekarang diserata dunia dengan banyak nama. | |
# 15 Lychee, (Litchi chinensis) | 72 | Asal Selatan China dan Asia Tenggara. Sekarang tumbuh diserata dunia. | |
# 16 Marula, (Sclerocarya birrea) | 68 | Asal dari Afrika Selatan, daerah Sudan. Belum bercambah keserata dunia. | |
# 17 Pisang Kaki Amerika, (Diospyros virginiana) | 66 | Asal makanan orang-orang asli Amerika, tumbuhan liar; sekarang ditanam secara perladangan di Amerika dan juga dikebanyakan negara di Asia Tenggara. Terkenal di negara Teluk dan Atlantik Selatan. | |
# 18 Redcurrant, (Ribes sativum) | 58-81 | Asal daerah barat Eropah (Belgium, Perancis, Germany, Netherlands, Italy, Sepanyol, Portugal and Poland). Mula bercambah di daerah sejuk di Malaysia dan Indonesia. | |
# 19 Papaya/Betik, (Carica papaya) | 62 | Asal dari negara Latin Amerika. Pohon banyak bercambah diserata dunia, terdiri dari berbagai spesis. Papaya sejal zaman berzaman menjadi makanan manusia. | |
# 20 Strawberry, (Fragaria x ananassa) | 57 | Ini namanya Garden strawberry, dicipta dari strawberry liar, mula tumbuh di France. Kemudian banyak tumbuh diserata dunia. Sudah banyak budidaya di Malaysia dan Indonesia. | |
# 21 Oren, (Citrus sinensis) | 53 | Asal negara China dan Asia Tenggara. Oren terdapat dalam berbagai varieti, warna dari kekuningan ke kemerahan. Sekarang ditanam secara perladangan/budidaya diserata dunia. | |
# 22 Rockmelon/ Semangka Cantaloupe, (Cucumis melo) | 42 | Asal India dan Afrika; terkenal di Mesir, Greece dan Rome, negara Eropah dan Barat. Sekarang tumbuh diserata dunia, banyak ditanam secara perladangan/ budidaya di Malaysia dan Indonesia. | |
# 23 Pisang Kaki biasa, (Diospyros kaki) | 40 | Asal negara China, juga ditanam di Jepun, Korea dan rantau Asia. Mula bercambah di serata Tenggara Asia. | |
# 24 Plum Natal, Keranda sp, (Carissa macrocarpa) | 38 | Asal Afrika, Australia dan Asia. Terdapat berbagai varieti. Di rantau kepulauan Melayu dikenali sebagai spesis "keranda". | |
# 25 Anggur, (Citrus paradisi) | 34 | Anggur sudah terkenal sejak zaman purba. Mulan perladangkan diPerancis. Kemudian di rantau Arab Timur Tengah, serata Eropah dan Barat. Sekarang diserata dunia. Mudah tumbuh. | |
# 26 Markisa jingga, (Passiflora edulis) | 30 | Asal dari belantara Amazon, banyak tumbuh di Brazil, Paraguay, Argentina, sekarang hampir dimana-mana saja terutama di Indonesia, di Malaysia. | |
# 27 Mangga/Mempelam (Mangifera indica) | 28 | Asal India, sekarang tumbuh diserata dunia; mudah tumbuh dan terdapat dalam berbagai varieti. | |
# 28 Honeydew/Tembikai Susu (Cucumis melo) | 25 | Mula terkenal perladangan/ budidaya di Perancis dan Algeria; sekarang tumbuh diserata dunia. | |
# 29 Nenas, (Ananus comosus) | 15 | Berasal dari Amerika Selatan; Brazil, Paraguay, sekarang diserata dunia. Sangat terkenal di Filipina. | |
# 30 Tomato, (Lycopersicon sp) | 19 | all over the world !!! |
*Sekian dahulu. Moga informasi ini bermanfaat!!!
No comments:
Post a Comment