ERTI QURBAN
Qurban ialah penyembelihan binatang qurban, dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat 'Idil Adha) dan hari-hari Tasyriq (11,12 dan13 Zulhijjah), dilakukan oleh orang yang mampu, kerana beribadah kepada Allah SWT.
Rasullullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu." (Daripada Aisyah r.a., riwayat al-Tarmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
HUKUM QURBAN
Hukum qurban ialah Sunnat Muakkad (sunnat yang sangat dituntut). Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud: "Aku disuruh berqurban dan ia sunnat bagi kau." (Riwayat al-Tarmizi).
Hukum sunnat qurban bertukar menjadi wajib, jika dinazarkan dengan 2 cara:
Qurban telah disyari‘atkan pada tahun ke 2 hijrah, sama seperti ibadah zakat dan sembahyang Hari Raya. Firman Allah SWT (Surah Al-Hajj 22:34): { وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكًا لِّيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَى مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ اْلأَنْعَمِ } Maksudnya:“Dan bagi tiap-tiap satu umat, Kami syari‘atkan ibadah menyembelih qurban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka: binatang-binatang ternak yang disembelih itu.”
Ibadah qurban juga dilakukan sebagai menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
SYARAT ORANG YANG DI TUNTUT BERQURBAN (SUNAT/WAJIB) :
SYARAT SAH QURBAN
Qurban menjadi sah: (1) apabila binatang qurban yang di pilih cukup sifat-sifatnya, (2) penyembelihan binatang qurban dilakukan pada masa yang ditetapkan, (3) penyembelihan dilakukan oleh orang islam (lelaki atau pun perempuan), dan (4) pembahagian binatang qurban dilakukan menurut jumlah yang telah ditetapkan.
1 BINATANG QURBAN
Ciri-ciri binatang qurban ini meliputi 3 perkara : (a) jenis binatang qurban, (b) umur binatang qurban, dan (c) sifat–sifat binatang qurban.
(a) Jenis Binatang Qurban. Para ulama’ sependapat binatang an‘am (ternakan) berkaki 4 (seperti unta, lembu/sapi, kerbau, kibas/biri–biri, kambing, sama ada jantan atau betina) adalah sah diqurbankan.
Tidak sah berqurban dengan binatang liar yang di tangkap atau di perangkap, seperti kijang dll. Yang terafdhal ialah unta, diikuti dengan lembu, kemudian biri-biri/kibas, kemudian kambing. Aturan ini menurut kuantiti dagingnya yang lebih banyak bagi maksud pengagihan yang lebih meluas pada fakir miskin. Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud:“Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat dengan mandi junub, kemudian dia pergi (ke Jumaat) maka dia seolah-olah telah berqurban seekor unta. Sesiapa yang pergi pada saat kedua maka dia seolah-olahnya berqurban dengan seekor lembu. Sesiapa yang pergi pada saat ketiga maka dia seolah-olah berqurban dengan seekor kibas yang bertanduk.”
(b) Umur Binatang Qurban. Umur binatang qurban berbeza menurut jenis binatang:
Waktu penyembelihan qurban: bermula sesudah terbit matahari pada Hari Raya Haji (pada 10 Zulhijjah), dan sesudah selesai solat 'Id dan 2 khutbah pendek; berterusan siang dan malam selama 3 hari sesudah Hari Raya Haji (disebut hari-hari Tastriq - 11,12 dan 13 Zulhijjah) sehingga ke Hari Tasyrik yang terakhir iaitu sebelum terbenam matahari pada hari tersebut. Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud: “Perkara pertama yang kita mulakan pada hari ini ialah bersembahyang, kemudian kita balik dan melakukan penyembelihan qurban. Sesiapa yang melakukan demikian maka dia telah menepati sunnah kami. Sesiapa yang menyembelih sebelum itu, maka ia merupakan daging yang disediakan untuk ahli keluarganya. Ia tidak dikira sebagai ibadah khas (qurban) ini sedikit pun.” (Riwayat dari Al-Barra’ bin ‘Azib).
3 PENYEMBELIH ORANG ISLAM
Penyembelihan binatang qurban hendaklah dilakukan oleh orang Islam, samada lelaki atau pun perempuan. Disunatkan orang yang berqurban menyembelihnya. Jika menyembelih qurban sendiri hendaklah berniat: "Aku jadikan binatang ini qurban untuk diriku kerana Allah Ta'ala". Dan membaca doa seperti berikut: “Ya Allah, ini adalah nikmat yang datang dariMu dan dengannya aku mohon untuk dapat mendampingiMu.”
Sekiranya penyembelihan di tolong oleh orang lain, maka hendaklah berakad dengan salah satu dari 2 cara:
Para fuqaha’ bersepakat mengatakan bahawa seekor kambing atau biri-biri/kibas hanya mencukupi sebagai qurban untuk seorang sahaja. Seekor unta atau lembu pula mencukupi untuk menjadi qurban bagi 7 orang. Ini berdasarkan hadith Dalam riwayat Muslim menyebut :“Kami keluar bersama Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam dan kami berniat Haji. Maka Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam telah memerintahkan kami supaya berkongsi mengurbankan seekor unta atau seekor lembu. Setiap tujuh orang berkongsi seekor unta.”
Binatang unta, lembu atau kerbau boleh dikongsi atau dibahagi dalam beberapa bahagian untuk qurban dan bahagian yang baki/tersisa untuk aqiqah.
HUKUM PENGAGIHAN DAGING QURBAN
Qurban Wajib, iaitu yang dinazarkan: Semua daging qurban atau mana-mana bahagian dari binatang qurban yang di sembelih wajib disedekahkan, oleh orang yang berqurban. Orang yang berqurban dan mereka yang di bawah tanggungannya haram memakan atau mengambil mana-mana bahagian darinya. Mereka yang memakannya hendaklah menggantikan atau membayar kembali nilai sebanyak daging yang di makan.
Qurban Sunnat:
Qurban ialah penyembelihan binatang qurban, dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat 'Idil Adha) dan hari-hari Tasyriq (11,12 dan13 Zulhijjah), dilakukan oleh orang yang mampu, kerana beribadah kepada Allah SWT.
Rasullullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu." (Daripada Aisyah r.a., riwayat al-Tarmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
HUKUM QURBAN
Hukum qurban ialah Sunnat Muakkad (sunnat yang sangat dituntut). Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud: "Aku disuruh berqurban dan ia sunnat bagi kau." (Riwayat al-Tarmizi).
Hukum sunnat qurban bertukar menjadi wajib, jika dinazarkan dengan 2 cara:
foto ehsan dari Pak Cahyadi |
- Apabila seseorang mengisyaratkan binatang kepunyaannya dijadikan qurban “Inilah qurbanku” atau “aku akan qurbankan binatang ini”. Maka menjadi wajib dia melakukannya.
- Apabila seseorang berazam hendak melakukan qurban untuk mendampingkan diri kepada Allah “aku mewajibkan diriku berqurban kerana Allah”. Maka menjadi wajib dia melaksanakannya.
Qurban telah disyari‘atkan pada tahun ke 2 hijrah, sama seperti ibadah zakat dan sembahyang Hari Raya. Firman Allah SWT (Surah Al-Hajj 22:34): { وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكًا لِّيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَى مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ اْلأَنْعَمِ } Maksudnya:“Dan bagi tiap-tiap satu umat, Kami syari‘atkan ibadah menyembelih qurban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka: binatang-binatang ternak yang disembelih itu.”
Ibadah qurban juga dilakukan sebagai menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
SYARAT ORANG YANG DI TUNTUT BERQURBAN (SUNAT/WAJIB) :
- Islam.
- Merdeka (bukan hamba).
- Aqil Baligh.
- Berkemampuan.
SYARAT SAH QURBAN
Qurban menjadi sah: (1) apabila binatang qurban yang di pilih cukup sifat-sifatnya, (2) penyembelihan binatang qurban dilakukan pada masa yang ditetapkan, (3) penyembelihan dilakukan oleh orang islam (lelaki atau pun perempuan), dan (4) pembahagian binatang qurban dilakukan menurut jumlah yang telah ditetapkan.
1 BINATANG QURBAN
Ciri-ciri binatang qurban ini meliputi 3 perkara : (a) jenis binatang qurban, (b) umur binatang qurban, dan (c) sifat–sifat binatang qurban.
(a) Jenis Binatang Qurban. Para ulama’ sependapat binatang an‘am (ternakan) berkaki 4 (seperti unta, lembu/sapi, kerbau, kibas/biri–biri, kambing, sama ada jantan atau betina) adalah sah diqurbankan.
foto ehsan dari Pak Cahyadi |
(b) Umur Binatang Qurban. Umur binatang qurban berbeza menurut jenis binatang:
o Unta - berumur 5 tahun dan memasuki umur 6 tahun.(c) Sifat–Sifat Binatang Qurban.
o Lembu dan Kambing - berumur 2 tahun dan memasuki umur 3 tahun.
o Biri-biri/Kibas - memasuki umur 2 tahun.
o “Harus” pada anak unta, lembu, kambing dan kibas yang baru berumur 2 tahun lebih (baru bersalin gigi).
Sifat–sifat binatang qurban yang digariskan oleh syara‘ :
o Tidak buta.
o Tidak cacat; seperti kudung kaki, putus ekornya, terpotong hidungnya atau sebagainya.
o Gemuk sihat pada keseluruhan anggotanya, atau tidak terlalu kurus.
o Sekiranya jantan, bertanduk.
o Putih warna bulunya (pada biri-biri/kibas).
Sifat makruh pada binatang qurban:
o Rabit telinganya.2 MASA MELAKSANAKAN QURBAN
o Terpotong sedikit bahagian belakang atau depan telinganya.
o Tidak mempunyai tanduk sejak asalnya.
o Patah tanduk sebelah atau keduanya atau pecah bahagian tanduknya.
o Tanggal sebahagian giginya disebabkan jatuh.
o Kabur penglihatannya.
Waktu penyembelihan qurban: bermula sesudah terbit matahari pada Hari Raya Haji (pada 10 Zulhijjah), dan sesudah selesai solat 'Id dan 2 khutbah pendek; berterusan siang dan malam selama 3 hari sesudah Hari Raya Haji (disebut hari-hari Tastriq - 11,12 dan 13 Zulhijjah) sehingga ke Hari Tasyrik yang terakhir iaitu sebelum terbenam matahari pada hari tersebut. Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud: “Perkara pertama yang kita mulakan pada hari ini ialah bersembahyang, kemudian kita balik dan melakukan penyembelihan qurban. Sesiapa yang melakukan demikian maka dia telah menepati sunnah kami. Sesiapa yang menyembelih sebelum itu, maka ia merupakan daging yang disediakan untuk ahli keluarganya. Ia tidak dikira sebagai ibadah khas (qurban) ini sedikit pun.” (Riwayat dari Al-Barra’ bin ‘Azib).
3 PENYEMBELIH ORANG ISLAM
Penyembelihan binatang qurban hendaklah dilakukan oleh orang Islam, samada lelaki atau pun perempuan. Disunatkan orang yang berqurban menyembelihnya. Jika menyembelih qurban sendiri hendaklah berniat: "Aku jadikan binatang ini qurban untuk diriku kerana Allah Ta'ala". Dan membaca doa seperti berikut: “Ya Allah, ini adalah nikmat yang datang dariMu dan dengannya aku mohon untuk dapat mendampingiMu.”
Sekiranya penyembelihan di tolong oleh orang lain, maka hendaklah berakad dengan salah satu dari 2 cara:
(1) Secara wakil, maka orang yang mewakilkan berkata: "Aku wakilkan atas diriku untuk menghasilkan penyembelihan qurban untuk diriku (atau untuk …...)." Orang yang menerima wakil menjawab: "Aku terima sebagai wakil untuk menghasilkan penyembelihan qurban untukmu (atau untuk ……...) kerana Allah ta’ala." (PERINGATAN: Orang yang menerima wakil hendaklah melaksanakan penyembelihan dan tidak boleh diserahkan tanggungjawab menyembelih kepada orang lain).4 PEMBAHAGIAN/PERKONGSIAN BINATANG QURBAN
(2) Secara menyerahkan tanggungan, dengan berkata: "Saya meletakkan atas zimmah tanggungan tuan untuk menghasilkan penyembelihan qurban untukku (atau untuk …….)." Penerima tanggung-jawab menjawab: "Aku terima sebagai zimmah tanggungan dari tuan untuk menghasilkan penyembelihan qurban untukmu (atau untuk …...) kerana Allah ta’ala." (PERINGATAN: sekiranya Penerima tidak dapat menyempurnakan tanggungjawab yang diterima, boleh diserahkan kepada orang lain untuk menyempurnakan penyembelihan untuk orang-orang yang berakad tadi).
Para fuqaha’ bersepakat mengatakan bahawa seekor kambing atau biri-biri/kibas hanya mencukupi sebagai qurban untuk seorang sahaja. Seekor unta atau lembu pula mencukupi untuk menjadi qurban bagi 7 orang. Ini berdasarkan hadith Dalam riwayat Muslim menyebut :“Kami keluar bersama Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam dan kami berniat Haji. Maka Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam telah memerintahkan kami supaya berkongsi mengurbankan seekor unta atau seekor lembu. Setiap tujuh orang berkongsi seekor unta.”
Binatang unta, lembu atau kerbau boleh dikongsi atau dibahagi dalam beberapa bahagian untuk qurban dan bahagian yang baki/tersisa untuk aqiqah.
HUKUM PENGAGIHAN DAGING QURBAN
Qurban Wajib, iaitu yang dinazarkan: Semua daging qurban atau mana-mana bahagian dari binatang qurban yang di sembelih wajib disedekahkan, oleh orang yang berqurban. Orang yang berqurban dan mereka yang di bawah tanggungannya haram memakan atau mengambil mana-mana bahagian darinya. Mereka yang memakannya hendaklah menggantikan atau membayar kembali nilai sebanyak daging yang di makan.
Qurban Sunnat:
- Terdapat 3 cara tentang pengagihan daging qurban sunnat yang boleh di pilih oleh orang yang berqurban:
(1) Paling afdzal, orang yang berqurban mengambil /memakan sedikit (terutama hati binatang qurbannya) untuk mendapat keberkatan, manakala baki daging seluruhnya disedekahkan kepada fakir miskin dan juga orang yang mampu. Daging yang disedekahkan hendaklah dalam keadaan mentah dan segar. Firman Allah SWT dalam Surah al-Haj, ayat 28: Maksudnya : "….Maka makanlah daripadanya dan beri makanlah kepada orang-orang yang sangat fakir. Wajib disedekahkan sebahagian daripada daging-daging korban sunat itu kepada golongan fakir dan miskin yang beragama Islam dalam keadaan mentah lagi basah (belum dimasak).” Dan lagi firman Allah SWT, (Surah al-Haj: 36): Maksudnya: Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu.Oleh itu, sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta.” ATAU
(2) Orang yang berqurban boleh mengambil 1/3 daripada jumlah daging qurban, dan baki 2/3 lagi disedekahkannya kepada fakir miskin dan juga orang yang mampu. ATAU
(3) Orang yang berqurban boleh mengambil 1/3 daripada jumlah daging, 1/3 lagi disedekahkan kepada fakir miskin dan 1/3 lagi dihadiahkan kepada saudara mara, sahabat handai dan jiran tetangganya sekalipun mereka dari orang yang mampu. Sabda Rasullullah SAW: "Makanlah oleh kamu sedekahkanlah dan simpanlah.” *Menurut keputusan JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).
- Orang yang berqurban boleh bersedekah atau menghadiahkan kulit binatang (atau mana-mana bahagian binatang qurbannya) atau mengambil untuk dirinya sendiri, tetapi tidak boleh menjualnya atau dijadikan upah kepada penyembelih dan orang-orang yang menguruskan pemotongan kerana perbuatan sedemikian adalah kecacatan yang merosakkan qurbannya. Upah untuk mereka jika diperlukan, maka hendaklah diberi dalam bentuk wang atau harta benda yang lainnya. Hal ini berdasarkan hadith, daripada Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: "Sesiapa yang menjual kulit binatang qurbannya, tidak sempurna qurbannya." Riwayat al-Baihaqi (9/294).
- Menurut Mazhab Syafie, qurban adalah ibadat sunat muakkad bagi orang Islam kepada Allah SWT. Pengagihan dagingnya pula diutamakan kepada golongan fakir miskin atau golongan yang berhak menerimanya daripada kalangan orang Islam sahaja. Orang kafir tidak boleh di beri makan atau dihadiahkan daging qurban sekalipun sekalipun fakir miskin itu terdiri daripada kafir zimmi. Sekiranya telah diberi umpamanya sekilo, maka wajib diganti dengan daging yang lain untuk memenuhi daging yang kurang itu.
- Disunnatkan tulang-tulang binatang qurban itu tidak dipatahkan atau dipecahkan samada oleh orang yang berqurban atau yang memakannya. Cuma hendaklah diceraikan pada setiap persendian tulang. Sekiranya dipecahkan juga maka tidaklah pula makruh, tetapi khilaf aula (yakni bersalahan dengan yang utama). Sisa-sisa tulang yang telah dibuat laukpauk atau yabg telah dimakan hendaklah ditanam dan jangan dibiarkan bersepah sehingga dimakan oleh binatang-binatang lain seperti kucing atau anjing dan sebagainya. Ini adalah merupakan satu adab dalam pengabdian kita kepada Allah SWT. Sekiranya tidak disengajakan, maka ia tidak berdosa.
No comments:
Post a Comment