0

Friday, April 25, 2014

Ada Apa Pada Asparagus ?

Sayur Asparagus



Asparagus. Nama sains Asparagus officinalis. Ia adalah pohon renek jenis berbunga dari pepohonan Asparagaceae. Ia iras pepohonan bebawang Liliaceae seperti bawang merah, bawang putih, tulip dll. Dipercayai berasal dari kebanyakan negara Eropah, Afrika Utara dan Asia Barat.

Asparagus dijadikan makanan sejak zaman purba Greek dan Rom. Merupakan salah satu makanan sayuran yang tertua didunia. Kini asparagus menjadi sayuran komersial yang utama di China, Eropah, Peru, Australia, dan USA. Dan menjadi antara tanaman sayuran pilihan diAsia Tenggara.

Asparagus antara sayur yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Pohon ini mudah tumbuh. Bagi yang gemar berkebun boleh cuba menanam asparagus di kawasan rumah sepertimana atau bersama pohon-pohon sayuran lain.

Pohon dewasa meninggi kira-kira 100–150 sentimeter (39–59 in) sahaja. Hanya pucuknya yang muda disebut 'tunas sulur' dipotong untuk dijadikan sayuran. Tunas sulur lembut, rangup dan belum berkembang, dipotong sepanjang 0.18- 0.2 meter (7 - 9 inci).

Bila pucuk asparagus sudah berkembang, ia menjadi lebih berserat dan liat, terpaksa melakukan lebih kunyahan, menjadikan ia kurang sesuai untuk dimakan.

Asparagus‎ |‎ Ulam Berkhasiat



Tenaga. Asparagus tergolong jenis sayuran yang berkalori sangat rendah. 100 g tunas sulur membekal hanya 20 kalori bersamaan 1% dari kadar saranan harian yang diperlukan oleh tubuh. Malahan lebih banyak kalori yang digunakan oleh tubuh untuk menghadam dari yang dibekalkan oleh asparagus.

Serat Makanan. Asparagus mengandungi serat makanan dalam kadar yang sederhana. 100 g tunas sulur membekal  2.1 g serat. Serat penting bagi menyihatkan usus penghadaman.

Vitamin-Vitamin.  Asparagus juga kaya dengan vitamin B-kompleks; seperti B1/thiamin, B2/riboflavin, B3/niasin, B5/asid pantothenik, B6/pyridoxine dan B9/folate, termasuk juga Bp/kholin. Vitamin-vitamin ini penting bagi memelihara fungsi-fungsi enzim dan metabolisma dalaman tubuh.

100 g tunas sulur membekal kira-kira 52 µg atau melebihi 13% kadar saranan harian folate yang diperlukan oleh tubuh. Folate adalah antara enzim gandingan yang penting dalam proses penghasilan DNA dalam sel, dan untuk percambahan dan pembinaan sel-sel normal, ‎terutama sewaktu kehamilan dan janin sedang cepat membesar. ‎Sangat baik bagi wanita yang mula hamil.

Asparagus juga mengandungi sejumlah vitamin-vitamin anti-oksidan; seperti vitamin C, A, dan E. Amalan memakan bahan makanan yang kaya vitamin-vitamin tersebut dapat mengutuhkan sistem kekebalan tubuh; memperkasa tentangan terhadap anasir-anasir berjangkit dan menyirna prosak radikal bebas.

Asparagus kaya dengan vitamin K; membekal melebihi 35% dari kadar saranan harian yang diperlukan oleh tubuh. Vitamin K menyihatkan tulang, dan meransang aktiviti pembinaan tulang.

Zat-Zat Gizi.  Asparagus banyak juga mengandungi zat-zat gizi dan electrolyte; seperti kalsium, potassium, tembaga, besi, magnesium, manganese, fosforus, selenium, dan zinc. Kandungan tembaga dan besi agak tinggi. Dalam kajian lain, terdapat juga iodin dalam kadar yang tinggi.

Potassium merupakan sebahagian dari komponen sel dan cecair tubuh, yang membantu kembang-kuncup otot bagi memelihara kesinambungan denyut jantung dan menghilangkan kesan negatif pada kesihatan tubuh akibat dari lebihan sodium.

Tembaga, 90% berada dalam darah, diperlukan untuk penghasilan sel-sel darah merah, membantu penggunaan zat besi dengan lebih berkesan, justru mengelak dari anemia. Tembaga turut terlibat dalam pelbagai proses normal tumbesaran tubuh, sejak diperingkat janin hingga menginjak remaja. Ia juga anti-oksidan yang bertindak menyirna radikal bebas 'superoxide'.

Besi pula berperanan dalam metabolisma protein, bagi memelihara kesihatan otot. Ia terlibat dalam penghasilan hemoglobin dan sel-sel darah merah. Hemoglobin adalah pembawa oxygen yang utama, dari satu sel ke sel yang lain, hingga keseluruh tubuh. Otak sendiri menggunakan kira-kira 20% oxygen dari darah. Besi juga berperanan utama bagi memperteguh sistem kekebalan tubuh, merawat kemurungan, mengatur pH tubuh dsbnya.

Dan menurut kajian lain, asparagus mengandungi Iodin yang tinggi. 109.8 µg bersamaan 74% dari kadar saranan harian. Iodin berperanan dalam penghasilan hormon thyroid, ‎iaitu thyroxine (T4) dan ‎triiodothyronine (T3); mencegah kelenjar thyroid membesar (beguk/bengkak leher/bengkak beruk); hanya kelenjar thyroid mempunyai sel-sel penyerap iodin. Ia juga sebagai anti-oksidan dalam organ-organ ‎'extrathyroidal' ‎seperti kelenjar air liur, kelenjar susuan dalam payudaya, lapisan berlendir dalam perut dan thymus. Sebenarnya, tubuh memerlukan kadar iodin lebih banyak, sehingga kadangkala ia sepatutnya dikelaskan sebagai zat gizi makro.

Zat-Zat Phyto. Asparagus juga merupakan sumber beberapa jenis anti-oksidan flavonoid yang baik; seperti lutein-zeaxanthin, karotin, dan crypto-xanthin. Hanya lutein dan zeaxanthin yang terdapat dalam retina dan lensamata. Kajian menunjukkan bahawa permakanan yang kaya dengan lutein dan zeaxanthin boleh membantu melambatkan perkembangan kemerosotan mata dan penglihatan (AMD/ARMD) dan katarat.

Asparagus‎ |‎ Manfaat Kesihatan



1    Anti-Oksidan, Anti-KanserAnti-oksidan adalah zat penyirna radikal bebas. Jumlah kekuatan anti-oksidan asparagus, diukur dalam istilah kemampuan penyerapan radikal oxygen (nilai ORAC), ialah 2150 µmol TE/100 g. Asparagus mengandungi berbagai zat anti-oksidan, seperti;

  • Pemula vitamin A beta-karotin, vitamin C, vitamin E; zat-zat gizi manganese, zinc, dan selenium.
  • Flavonoid; lutein, zeaxanthin, karotin, dan crypto-xanthin.
  • Glutathione, terdiri dari 3 jenis asid amino (asid glutamik, glycine, dan cysteine) yang berpadu dalam 1 molekeul. Glutathione, penyirna toksin yang membantu menyirna carcinogen (anasir kanser) dan radikal bebas.
  • Asid Oxalik, dipercayai berkesan melawan beberapa jenis sel barah.
  • Asid Tannik, anti-oksidan, anti-bakteria, antimutagenik, antitoksin, dan bahan yang mengecutkan bagi menghalang cirit-birit, dan mencegah penyakit Alzheimer, kanser, dan kencing manis.
  • Asid Ferulik, berkesan menghalang hakisan tulang dan kanser, melindungi kulit dari kerosakan dari pancaran ultraviolet, mengurangkan kolesterol mudharat (LDL), mengurangkan gejala putus haid, dan merawat kencing manis.

Nilai-nilai anti-oksidan yang kuat dalam asparagus dapat melindungi tubuh dari kemungkinan timbul berbagai jenis penyakit dan kanser, seperti kanser tulang, kanser kolon, kanser larynx, dan kanser paru-paru, termasuk kemerosotan pada sel-sel neuron di otak dan lain-lain penyakit.

2    Anti-Keradangan:  Asparagus mengandungi zat phyto anti-keradangan 'saponin'; antaranya asparanin A, sarsasapogenin, protodioscin, dan diosgenin. asparagus juga mengandungi flavonoid anti-keradangan; seperti quercetin, rutin, kaempferol dan isorhamnetin.

  • Saponin, seperti asparanin A, sarsasapogenin, protodioscin dan diosgenin, boleh menurunkan kadar kolesterol dalam darah, menstabilkan tekanan darah, mengurangkan risiko penyakit jantung, membantu mengawal paras gula dan lemak dalam darah, menghalang sel-sel kanser dari merebak dan membarah, menyirna radikal bebas mengakibatkan penyakit, meransang sistem kekebalan dengan cara menambah penghasilan antibodi, melawan jangkitan bakteria dan kulat, mencegah kerosakan gigi, melindungi dari hakisan tulang, dan menambah keberkesanan vaksin tertentu.
  • Keradangan yang kronik boleh mematikan sel-sel saraf didalam amyotrophic lateral sclerosis (ALS), juga dikenali sebagai penyakit “Lou Gehrig” dan sarsasapogenin dipercayai mampu mencegah keradangan yang memungkinkan sel-sel saraf tersebut mati.
  • Keradangan kronik dan bebanan oksidasi boleh menjadi faktor penyebab kepada penyakit jantung, kencing manis jenis 2, dan kanser.

Saponin dalam asparagus juga memiliki nilai-nilai anti-kanser. Bersama dengan zat-zat anti-oksidan, asparagus boleh mempengaruhi aktiviti metabolisma terhadap sel-sel kanser, terutama pada organ hati. Serat asparagus juga membantu mengurangkan risiko kanser kolon dan rektum dengan cara mencegah bahan-bahan sisa toksin diserap.

3   Menyihatkan Jantung, Gula Darah, DNA dan Kehamilan:  Asparagus kaya dengan B9/folate dan B1/thiamin. Sumber yang baik B2/riboflavin, B3/niasin, dan B6/pyridoxine. Juga mengandungi vitamin Bp/kholine, biotin, dan B5/asid pantothenik. Asparagus juga mengandungi asid amino asparagine yang tinggi.

  • Vitamin B-kompleks berperanan utama dalam metabolisma gula dan kanji, maka vitamin-vitamin tersebut penting bagi urusan gula dalam darah.
  • Vitamin B-kompleks berperanan mengawal kadar asid amino homocysteine, menjadi penting kepada kesihatan jantung, kerana terlalu banyak homocysteine menjadi faktor utama kepada penyakit jantung.
  • Folate, thiamin, dan tryptophan dalam asparagus sebagai unsur penenang kepada perasaan, menstabilkan gelodak perasaan.
  • Folate adalah antara enzim gandingan yang penting dalam proses penghasilan DNA dalam sel. Kajian sains menunjukkan bahawa permakanan yang membekal cukup folate sewaktu tahap awal kehamilan dapat membantu mencegah kecacatan atau kerosakan pada saluran saraf tunjang belakang (neural tube) pada bayi yang dilahirkan.
  • Asparagine menjadi pelawas kencing/diuretic alami, menambah pembuangan air kecil bagi membasmi garam berlebihan. Sangat baik pada individi yang mengidap edema (pengumpulan cecair) dan mereka yang mengidap tekanan darah tinggi atau masalah berkaitan dengan jantung.

4   Menyihatkan Tulang dan Otak:  Kandungan vitamin K dalam asparagus boleh dianggap tinggi. Peranan utama vitamin K - sebagai faktor pembekuan darah yang sihat. Vitamin K dan D berkerjasama dalam metabolisma dan kesihatan tulang. Vitamin K berperanan dalam pembinaan, pertumbuhan, pemeliharaan dan ketumpatan tulang. Ia merupakan faktor gandingan dalam pengubah-suaian sisa asid amino glutamik (Glu) untuk menghasilkan asid amino dikenali sebagai "Gla," iaitu asid gamma-karboxyglutamik. Dan vitamin K bertindak melalui Gla, menguruskan kadar kalsium. Vitamin K juga  melindungi sel-sel neuron dari kerosakan.

  • kekurangan vitamin K sangat berkait dengan gejala osteoporosis dan penyakit jantung. Permakanan yang membekalkan cukup vitamin K dapat membantu menghindar dari osteoporosis, penyakir jantung, dan kerosakan sel-sel neuron dalam otak, sangat baik bagi pesakit Alzheimer.

5   Menyihatkan Usus Penghadaman:  Asparagus berserat dan berprotein. Keduanya membantu menstabilkan penghadaman dan mengawal pergerakan makanan dalam usus secara normal.  (Sebaliknya, terlalu banyak lemak boleh melambatkan penghadaman, dan terlalu banyak gula atau kanji ringkas boleh mempercepat pergerakan makanan dalam usus).

  • Serat makanan bermanfaat membantu masalah sembelit, mengurangkan kolesterol mudharat (LDL) dengan mengikat LDL kepadanya ketika dalam usus, dan mengawal paras gula dalam darah.
  • Beberapa kajian menunjukkan bahawa permakanan yang tinggi serat boleh membantu mengurangkan risiko kanser usus kolon dan rectum kerana ia menghalang bahan-bahan toksin dalam makanan diserap oleh usus.

Asparagus mengandungi 2.5 gram 'inulin' dan 2.5 gram 'oligofructose' bagi setiap 100 gram. Inulin dan oligofructose adalah karbohidrat yang disebut polyfructan, yang merupakan prebiotic. Prebiotic adalah bahan makanan yang tidak dapat dihadam yang meransang perkembangan dan aktiviti bakteria dalam sistem penghadaman. Tidak seperti kebanyakan karbohidrat lain, polyfructan tidak dihancurkan sewaktu bahagian pertama melalui saluran usus. Lalu melintasi tanpa dihadam sehingga ke usus besar, dimana mereka menjadi makanan kepada beberapa jenis bakteria (seperti Bifidobacteria dan Lactobacilli).

  • Bakteria (seperti Bifidobacteria dan Lactobacilli) membantu penyerapan zat-zat makanan, mencegah sembelit, meningkatkan aktiviti enzim, memperbaiki paras pH, dan mengurangkan risiko mengalami allergi dan kanser kolon. 
  • Disampingi itu, inulin meransang Lactobacillus acidophilus menghasilkan butyrate, sejenis asid lemak yang bermanfaat bagi membantu menyekat keradangan pada saluran usus.

Perhatian  !

  • Secara amnya, asparagus selamat dimakan dan masalah allergi jarang berlaku.
  • Permakanan tunas sulur segar yang muda mungkin menjadikanair kencing agak berbau hancing. Ini disebabkan metabolisma asid asparagusik, yang dipecahkan menjadi bahan sisa berunsur belerang seperti methanethiol, sulfide dll. Namun, ianya tidak mendatangkan kemudharatan.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...