0

Wednesday, December 4, 2013

Perihal Vitamin

Vitamin


Vitamin adalah zat ‎makanan atau nutrien dari bahan kimia organik yang diperlukan oleh organisma, termasuk manusia, dalam kadar yang terhad.

Suatu atau sekumpulan bahan kimia organik disebut vitamin apabila ia tidak boleh dihasilkan oleh organisma atau tubuh manusia dalam kadar yang mencukupi. Ia perlu diperdapat melalui bahan makanan. Justru, istilah vitamin tertakluk kepada keadaan dan sesuatu organisma. Sebagai contoh, vitamin C adalah vitamin untuk manusia, tidak ‎pada kebanyakan binatang kerana kebanyakan badan binatang mampu menghasilkan vitamin C sendiri. Dan biotin (vitamin H) dan vitamin D diperlukan dalam permakanan ‎manusia hanya dalam keadaan tertentu.

‎Dewasa ini, hanya 13 jenis vitamin dikenali dan diiktiraf oleh badan dunia sebagai berkepentingan kepada kesihatan tubuh manusia. Istilah vitamin tidak termasuk ‎nutrien lain yang juga turut mustahak; seperti zat-zat gizi, asid lemak mustahak, atau asid amino mustahak (diperlukan oleh tubuh dalam kadar yang lebih banyak dari vitamin), tidak juga tergolong ‎dari berbagai jenis nutrien yang menyihatkan tubuh tetapi keperluannya tidak termesti selalu dibekalkan sepertimana ‎vitamin-vitamin. ‎

Vitamin diklasifikasikan menurut aktiviti biologi dan kimia (bio-kimia), bukan menurut strukturnya. Oleh itu, ‎setiap vitamin merujuk kepada beberapa jenis kimia vitamer semuanya menunjukkan aktiviti ‎biologi yang berkaitan dengan sesuatu vitamin tersebut. Kumpulan kimia vitamer dikelaskan dibawah satu rumpun, dan diberikan satu nama generik, seperti "Vitamin A", yang termasuk kimia vitamer Retinal, Retinol, dan 2 jenis ‎Karotenoid iaitu alpha-karotin dan beta-karotin. Vitamer-vitamer boleh berubah menjadi vitamin aktif apabila melalui proses metabolisma dalam tubuh, dan ‎kadangkala saling berubah-ganti antara mereka. ‎

Vitamin mempunyai pelbagai fungsi bio-kimia. Setengah vitamin berfungsi seperti hormon, ‎bagi mengurus metabolisma kepada zat-zat gizi (seperti vitamin D kepada kalsium), atau sebagai pengurus kepada pertumbuhan sel-sel dan tisu (seperti beberapa vitamer vitamin A). Vitamin yang lainnya berfungsi ‎sebagai anti-oksidan (seperti vitamin E dan C). Paling banyak ahli rumpun vitamer ialah vitamin B-Kompleks, berfungsi sebagai faktor penggerak kepada enzim-enzim lain bagi melaksanakan tugas metabolisma tubuh. Dalam memainkan ‎peranan ini, vitamin tersebut terikat kepada enzim, menjadi sebahagian dari kumpulan enzim: contohnya, ‎biotin menjadi sebahagian dari enzim yang terlibat dalam menghasilkan asid lemak. ‎

Vitamin yang kurang terikat dengan enzim menjadi faktor gandingan ‎kepada enzim, berfungsi sebagai pembawa kumpulan kimia atau elektron ‎di kalangan molekeul. Contohnya, asid folik membawa kumpulan methyl, formyl, dan methylene ‎dalam sel-sel.

Vitamin Pada Manusia


Vitamin diklasifikasikan juga, samada larut-air atau larut-lemak. Dari 13 vitamin: 4 larut-‎lemak (A, D, E, dan K) dan 9 larut-air (8 jenis vitamin B dan vitamin C). ‎

Vitamin-vitamin larut-air mudah terserap dalam air. Dan sedia dikeluarkan dari tubuh. ‎Analisa air kencing dapat menentukan jumlah kadar pengambilannya yang berada dalam tubuh. Vitamin-vitamin larut-air tidak disimpan dalam tubuh. Oleh itu, perlu sentiasa dibekalkan dari permakanan. 

‎Vitamin larut-lemak diserap melalui saluran penghadaman dengan dibantu oleh lipid (lemak). Vitamin-vitamin larut-lemak mudah cenderung berkumpul dan bertompok dalam tubuh. Maka lebih mudah timbul lebihan vitamin (hypervitaminosis) berbanding vitamin-vitamin larut-air. 

Setiap vitamin ‎mempunyai berbagai fungsi untuk tubuh. Dan digunakan dalam berbagai aktiviti dan tindak-balas bio-kimia. Pengambilan vitamin dalam kadar yang saksama dapat memberi faedah pada  kesihatan tubuh. Bagi memastikan kadar saksama vitamin-vitamin, bahan-bahan makanan yang membekalkan jenis vitamin juga perlu diketahui dan dititik-beratkan. Penyediaan makanan juga boleh mempengaruhi kadar vitamin dalam bahan makanan yang dimakan. Vitamin akan sedikit susut selepas dimasak, terdedah kepada udara atau cahaya. Setiap satu vitamin berbeza kadar kehilangannya. Vitamin-vitamin yang larut-air seperti B dan C menyerap kedalam air sewaktu memasak sayur-sayuran. Namun, setengah vitamin menjadi lebih sedia-guna oleh tubuh "bio-available" apabila dipanaskan atau dimasak, seperti daging dll.  

Senarai Nama-Nama Vitamin Terkini
Nama VitaminNama Kimia VitamerPenyerapanKadar SarananHad Maksima
Vitamin ARetinol, Retinal, Karotenoid alpha-karotin dan beta-karotin Lemak600 mcg  3,000 mcg
Vitamin B1ThiaminAir1.2 mgtiada data
Vitamin B2RiboflavinAir1.3 mgtiada data
Vitamin B3Niasin, NiasinamideAir16 mg‎35 mg
Vitamin B5Asid Pantothenik Air5 mgtiada data
Vitamin B6Pyridoxine, ‎Pyridoxamine, ‎PyridoxalAir‎1.3 –1.7 mg‎100 mg‎
Vitamin B7BiotinAir30 mcgtiada data
Vitamin B9Asid Folik, Asid Folinik Air400 mcg1,000 mcg
Vitamin B12Cyanocobalamin, ‎Hydroxycobalamin, ‎MethylcobalaminAir2.4 mcgtiada data
Vitamin CAsid Ascorbik (sinthetik dan tidak lengkap)Air70 mg (RNI)12,000 mg
Vitamin DKholecalciferolLemak5-10 mcg (RNI)20 mcg (IOM)
Vitamin E4 Tocopherol, ‎dan 4 TocotrienolLemak‎10 mg (RNI)600 mg (Linus Pauling Institute)
Vitamin KPhylloquinone, ‎MenaquinoneLemak140 mcg (DRI/RDA)tiada data
RNI adalah saranan dari Kementrian Kesihatan Malaysia. IOM adalah saranan dari Institute of Medicine, USA. DRI/RDA adalah saranan dari Food and Nutrition Information Center, USA‎

Vitamin mustahak bagi memelihara tumbesaran yang normal dan perkembangan tubuh yang beraneka sel. Hasil percantuman benih dari ibu dan bapa, janin mewarisi gene dari ibubapanya. Sejak itu, janin mula maju berkembang, dari nutrien yang diserap melalui uri ibu. Janin perlu kehadiran vitamin-vitamin dan zat-zat gizi agar dapat terus berkembang dengan baik. Nutrien-nutrien ini yang menggalakkan tindak-balas bio-kimia yang menghasilkan pelbagai organ dan anggota tubuh, antaranya kulit, tulang, otot dsbnya. Sekiranya berlaku kekurangan dalam salah satu dari nutrien yang diperlukan, bayi akan mengidap penyakit yang disebabkan oleh kekurangan sesuatu nutrien. Kadangkala, walaupun kekurangan yang kecil, tapi boleh menyebabkan kerosakan kekal. ‎

Kebanyakan vitamin diperolehi melalui permakanan, tetapi ada juga yang diperdapat melalui ‎cara lain. Contohnya, mikroorganisma dalam usus – lebih dikenali sebagai " flora perut" ‎menghasilkan vitamin K dan biotin, manakala vitamin D boleh terhasil dalam kulit dengan bantuan ‎gelombang ultraviolet dari pancaran cahaya matahari. Tubuh manusia boleh menghasilkan ‎sebahagian vitamin dari pemula vitamin yang dimakan. Contohnya, vitamin A dihasilkan dari pemulanya beta-karotin, dan niasin dari pemulanya asid amino tryptophan. ‎

Apabila tumbesaran dan perkembangan tubuh menjadi lengkap, vitamin-vitamin masih tetap penting dan diperlukan bagi memelihara kesihatan sel-sel, tisu-tisu, dan organ-organ yang mendirikan tubuh yang beraneka sel. Vitamin-vitamin tetap diperlukan bagi membolehkan tubuh menggunakan tenaga yang dibekalkan melalui permakanan dengan lebih berkesan, dan membantu memproses protein, karbohaidrat, dan lemak yang diperlukan untuk pernafasan. 

Kekurangan Vitamin. ‎  Manusia perlu memakan bahan makanan yang membekalkan vitamin setiap hari, tetapi menurut peraturan makanan yang berbeza bagi mengelak dari kekurangan. Tubuh manusia juga berbeza cara menyimpan setiap satu vitamin; contohnya, vitamin A, D, dan B12 disimpan dalam jumlah yang banyak dalam tubuh, terutama dalam organ hati. Disegi permakanan, seorang dewasa mungkin boleh kekurangan vitamin A dan D untuk beberapa bulan, vitamin B12 kadangkala hingga beberapa tahun, sebelum timbulnya gejala kekurangan. Bagaimana pun, vitamin B3 (niasin and niasinamide) tidak disimpan dalam tubuh dalam kadar yang banyak, hanya memadai untuk beberapa minggu sahaja. 

Kekurangan vitamin dikelasifikasikan sebagai asasi atau sampingan. Kekurangan asasi timbul apabila tidak mendapat kadar vitamin yang mencukupi. Kekurangan sampingan mungkin disebabkan masalah kesihatan yang menghalang atau menghadkan penyerapan atau penggunaan sesuatu vitamin. Faktor gayahidup seperti merokok, minuman arak berlebihan, atau pengambilan ubat-ubatan juga boleh mengganggu penyerapan atau penggunaan sesuatu vitamin.

Bagi mereka yang memakan bahan makanan yang sentiasa berubah dan berbeza, kekurangan asasi yang parah susah berlaku. Sebaliknya, mereka yang memakan bahan makanan yang terbatas kepada beberapa jenis sahaja, mudah menghadapi kekurangan vitamin yang berlarutan, yang mana boleh mengakibatkan penyakit dan mengancam nyawa. 

Kekurangan sesuatu vitamin boleh menjadi penyebab atau salah satu penyebab kepada beberapa jenis penyakit. Penyakit-penyakit yang timbul akibat dari kekurangan vitamin yang sudah terkenal: biri-biri - kekurangan B1 (thiamin), pellagra - kekurangan niasin (B3 ), skurvi - kekurangan vitamin C, ricket/cacat pembentukan tulang - kekurangan vitamin D. Kekurangan vitamin juga dihubung-kaitkan dengan beberapa jenis penyakit secara tidak lansung. Umpamanya, kekurangan vitamin D menyebabkan penyerapan kalsium berkurangan, dikaitkan dengan osteoporosis. 

Lebihan Vitamin.    Dalam kadar/dos yang tinggi, setengah vitamin dilapurkan memberi kesan sampingan. Lebihan kadar vitamin dari bahan makanan alami jarang sekali menimbulkan kesan sampingan. Tetapi dos berlebihan (keracunana vitamin) dari pengambilan supplemen memang timbul. Setengah vitamin menimbulkan kesan sampingan seperti  pening-loya, cirit-birit, dan muntah. Apabila kesan sampingan timbul, pemulihan selalunya dicapai dengan mengurangkan dosnya.

Dos vitamin juga boleh berbeza kepada setiap individu kerana berbeza tahap/daya toleransi, keadaan kesihatan dan juga usia.   

Gejala Kekurangan atau Lebihan Vitamin
Nama VitaminPenyakit dari Kekurangan Penyakit dari BerlebihanMakanan Sumber
Vitamin A
[Retinol, Retinal, Karotenoid alpha-karotin dan beta-karotin]
Rabun Malam, ‎
Penyakit Kulit,
Lemah Sistem Kekebalan
Hypervitaminosis ‎A, terutama dari retinol. Angular cheilitis (penyakit mulut).  kecacatan ketika lahir, pembinaan tulang kasar dan kurang tumpat, rambut gugur, hypertension, masalah hati.A-karotin dan B-karotin:  buah-buahan, sayur-sayuran
Retinol: kuning telur, susu, hati, keju, mentega, minyak ikan, bijiran dll.
Vitamin B1
[Thiamin]
Beriberi, ‎Sindrom Wernicke-‎Korsakoff Belum diketahui kesan keracunan pada tubuh. Kekacang dan bijian.
Sayuran jenis kacang. Daging dan ikan. 
Vitamin B2 [Riboflavin]Ariboflavinosis: Gejala cheilosis (bibir rekah dan pecah-‎pecah), glossitis (radang lidah), ‎eczema, ‎pseudo-syphilis, pharyngitis (sakit ‎kerongkong), hyperemia (gumpal darah disesuatu bahagian ‎tubuh).Belum diketahui kesan keracunan pada tubuh. Daging, ikan dan makanan laut, telur, keju, yogurt. Ekstrek ragi seperti Marmite, herba rempah.
Vitamin B3
[Niasin, Niasinamide]
Pellagra: Gejala sikap ganas, eczema, kemurungan, kelesuan, kekeliruan, cirit-‎birit. ‎
Kes yang kronik, gila (dementia) ‎dan kematian.‎
Pening, loya, muntah, keracunan pada hati. ‎ ‎Cirit-birit, kulit kemerahan dan gatal, sakit kepala, darah bergelembung ‎dan merasa sakit. ‎Daging dan ikan: organ hati, daging ayam, ikan tongkol, mackerel, salmon dll.
Vitamin B5
[Asid Pantothenik]
Paresthesia: (kulit ‎bergetar, rasa menyucuk, miang).‎
Kelesuan, malas gerak, otot kebas dan kejang, stres, ‎kemurungan.‎
Belum diketahui kesan keracunan pada tubuh. ‎ Daging dan ikan.
Keju, kekacang, herba rempah, bijian, cendawan, alpukat dll. 
Vitamin B6 [Pyridoxine, ‎Pyridoxamine, ‎Pyridoxal]Anemia, ‎peripheral ‎neuropathy, tekanan emosi, eczema, tekanan ‎darah tinggi, tinggi asid amino homocysteine penyebab risiko penyakit jantung, strok, penyakit ‎Alzheimer, dan osteoporosis.‎Pengambilan melebihi 1000 mg/hari dikaitkan dengan kerosakan pada saraf  "peripheral" yang berada ditulang belakang dan lain-lain bahagian tubuh (tidak termasuk sistem saraf pusat pada otak).‎ Daging dan ikan: organ hati, ayam, ikan tongkol, salmon, mackerel dll.
Sayur-sayuran dan buah-buahan: lobak merah, pisang dll.
Vitamin B7
[Biotin]
Dermatitis, ‎enteritis,
menjejaskan tumbesaran bayi dalam kandungan dan kekacauan pada ‎otak dan fikiran apabila dilahirkan. ‎
Belum diketahui kesan keracunan pada tubuh. ‎Sayur-sayuran dan buah-buahan.
Ikan dan siput: sardin, salmon, tuna, halibut/ikan sebelah, cod, sotong, ketam, telur dll.  
Vitamin B9
[Asid Folik, Asid Folinik]
Anemia,  tinggi asid ‎amino homocysteine risiko penyakit ‎jantung, strok, Alzheimer, osteoporosis. ‎Wanita hamil, boleh menyebabkan kecacatan ‎kekal pada otak janin.   Belum diketahui kesan keracunan pada tubuh. ‎Daging: organ hati.
Bijiran dan kekacang.
Sayur-sayuran dan buah-buahan: asparagus, bayam, collard dll.
Vitamin B12 [Cyanocobalamin, ‎Hydroxycobalamin, ‎Methylcobalamin]Megaloblastic ‎anemia: pucat lesi, peningkatan kadar asid ‎amino homocysteine (yang boleh menyebabkan risiko penyakit ‎jantung, strok, penyakit Alzheimer, dan osteoporosis), hilang ‎ingatan, kurang daya pengecaman. ‎Gatal-gatal kulit (penyebab sebenar belum ‎dikenal-pasti).Daging dan ikan: organ hati, tiram, sotong, ikan seperti tongkol, salmon, mackerel dll.
Vitamin C
[Asid Ascorbik (sinthetik dan tidak lengkap)]
Beri-Beri, Penyakit disebabkan Sistem Pengaliran Darah,Penyakit Kanser.enyakit Kulit. Penyakit Mata. Belum diketahui kesan keracunan pada tubuh. ‎Buah-buahan ‎dan sayur-‎sayuran, ‎organ hati ‎
Vitamin D [Kholecalciferol]Rickets, Osteoporosis, Osteomalacia, Hypocalcemic Tetany. Hypervitaminosis ‎DMinyak ikan, cod liver oil, jenis ikan yang berlemak, hati ‎lembu, daging merah, keju, telur merah, telur ikan, jenis-jenis tiram, dan juga cendawan. Produk tenusu
Vitamin E
[4 Tocopherol, ‎dan 4 Tocotrienol]
Kelahiran pra-matang,
Sistem saraf terjejas,  myopathy (otot dan serat otot lemah), ‎retinopathy (retina mata merosot risiko buta).‎ Komplikasi fungsi otak. Babinski sign (lemah ‎pantulan tindak balas otot).‎ Dysarthria (gagap)‎. Anemia. Sistem kekebalan terjejas. Kemandulan.
Pendarahan.Kecacatan Bayi.Kanser Prostat. Minyak sayuran: dari wheat germ, bunga matahari, safflower, kelapa sawit, jagung, bijan.
Kekacang. Biji-bijian.  ‎
Sayur-sayuran hijau. ‎
Susu bebas-lemak dan produk tenusu. ‎
Daging lembu, ayam, ikan, telur.
Vitamin K [Phylloquinone, ‎Menaquinone]Risiko osteoporosis, arteriosclerosis, penyakit jantung, varicosis. Belum diketahui kesan keracunan. ‎Membatalkan kesan ubat warfarin.Sayur-sayuran hijau, kuning telur, hati, natto.

Supplemen Vitamin.   Sebelum pertengahan 1930an, vitamin-vitamin diperdapat semata-mata melalui bahan makanan. Kemudian, supplemen vitamin dalam bentuk tablet pertama kali dikomersialkan; iaitu vitamin B-kompleks yang diekstrek dari ragi dan vitamin C spara-sinthetik. Permakanan berubah mengikut peredaran masa dan zaman. Perubahan juga mempengaruhi jenis-jenis makanan dan kadar vitamin yang dimakan. Bagaimana pun, sejak pertengahan abad ke-20, supplemen vitamin-vitamin banyak dihasilkan secara komersial sebagai komoditi kimia, dalam bentuk spara sinthetik atau sepenuh sinthetik. Juga digunakan sebagai bahan 'perkayaan' kepada bahan makanan asasi seperti tepung gandum, beras dsbnya.

Supplemen digunakan untuk perkayaan pada bahan makanan asasi digunakan bagi memastikan kadar harian zat makanan yang mencukupi pada tubuh. Kegunaan ini bagi menanggani kekurangan kadar vitamin dari bahan makanan alami. Kadangkala, supplemen perkayaan mengandungi kadar vitamin jauh melebihi dari yang dibekalkan melalui bahan makanan alami, meskipun dalam bentuk yang agak berbeza (sinthetik).

Faedah dari beberapa jenis supplemen vitamin bagi menanggani beberapa masalah kesihatan kerap diwarwarkan. Apatah lagi, sokongan kuat diberikan oleh syarikat-syarikat farmasi gergasi yang menjual supplemen keseluruh dunia seperti Merck, Pfizer, Sanofi-Aventis, ‎AstraZeneca, Abbott, GlaxoSmithKline, Janssen, Amgen, Firmagon, dan Novartis. Dalam banyak kes, supplemen vitamin dalam dos yang berlebihan boleh menimbulkan kesan sampingan. Hasil kajian demi kajian masih banyak berbeza dan saling bercanggah tentang kepentingan dan keselamatan supplemen vitamin, begitu juga tentang perkayaan pada bahan makanan atau minuman. Bab supplemen vitamin memerlukan pengkajian yang lebih mendalam.

Kebanyakan negara meletakkan supplemen vitamin sebagai kategori khusus tetapi masih dibawah payung bahan makanan, dan bukannya ubat-ubatan. Dengan demikian, pihak pembuatan, dan bukan kerajaan, yang bertanggungjawab memastikan produk supplemen yang dijual adalah selamat. Peraturan tentang supplemen juga berbeza dari sebuah negara ke negara yang lain. China kini mengungguli pemasaran produk kesihatan dan supplemen didunia. Kira-kira 80% produk supplemen dan kesihatan yang dijual di kaunter USA berasal dari China, dalam berbagai jenama tersendiri dari lain-lain pengedar. Dan tidak mustahil banyak yang juga dijual diMalaysia. Yang membimbangkan, analisa makmal di USA sendiri menunjukkan kebanyakan produk supplemen dari China terdapat bahan-bahan beracun seperti pelumbum, raksa dan juga parasit. Kualitinya rendah tidak seperti yang dilabelkan. Menurut kajian lanjutan, kaedah pembuatannya juga didapati sangat menjijikkan. Namun, pemasarannya tetap leluasa, kerana harga yang ditawarkan sangat rendah. Pemantauan dan analisa makmal yang rapi dari Kementrian Kesihatan Malaysia perlu diambil bagi memastikan produk atau bahan supplemen yang berasal-usul dari China selamat dimakan dan tidak mengandungi racun yang sebaliknya menjejaskan kesihatan.

Anti-Vitamin.  Anti-vitamin adalah bahan kimia yang menghalang penyerapan atau tindakan vitamin. Contohnya, ‎avidin sejenis protein dalam putih telur, menghalang penyerapan biotin. Pyrithiamine ham-pir sama ‎dengan thiamine (vitamin B1) menghalang enzim yang menggunakan thiamine. ‎

Perubahan Nama Vitamin - Dahulu dan Kini


Perubahan Nama Vitamin - Dahulu dan Kini
Nama DahuluNama KimiaSebab Pertukaran Nama
Vitamin B4Adenine(produk metabolite) terhasil dalam tubuh dari metabolisma DNA.
Vitamin B8Asid Adenylik(produk metabolite) terhasil dalam tubuh dari metabolisma DNA.
Vitamin FAsid Lemak Mustahak (EFA)Diperlukan dalam jumlah besar (tidak sesuai definasi vitamin).‎
Vitamin GRiboflavinNama diubah sebagai Vitamin B2‎
Vitamin HBiotinNama diubah sebagai Vitamin B7
Vitamin JCatechol, FlavinCatechol tidak mustahak; Flavin diubah nama sebagai B2‎
Vitamin L1Asid AnthranilikTidak mustahak
Vitamin L2Adenylthiomethylpentose(produk metabolite) terhasil dalam tubuh dari metabolisma RNA 
Vitamin MAsid FolikNama diubah sebagai Vitamin B9‎
Vitamin OCarnitineDihasilkan dalam tubuh
Vitamin PFlavonoidTidak lagi dikelaskan sebagai vitamin
Vitamin PPNiacinNama diubah sebagai Vitamin B3‎
Vitamin SAsid Salicylikmenghasilkan salicylate, dianggap sebagai zat mikro yang mustahakuntuk tahan sakit atau aspirin
Vitamin US-Methylmethionine(produk metabolite) terhasil dalam tubuh dari metabolisma Protein 
________________________________________

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...