0

Thursday, December 26, 2013

DMSO (DIMETHYL SULFOXIDE)

Apakah DMSO   ?


Nama-nama lain: Dimethyl sulfoxide, Dimethyl sulphoxide, Diméthyl sulfoxyde, Dimethylis sulfoxidum, Dimetil sulfóxido, Methyl sulphoxide, Sulfoxyde de diméthyl, Sulphinybismethane, C2H6OS, NSC-763, SQ-9453.

DMSO adalah sejenis cecair yang terhasil dari industri perkayuan, terutama sewaktu batang pokok dihancurkan dalam pemprosesan kayu untuk dibuat kertas. DMSO sebenarnya adalah 'lignin' iaitu bahan yang melekatkan struktur pokok.

DMSO banyak terdapat di alam semulajadi, tetapi masih sedikit yang boleh diperdapat dari bahan-bahan makanan. Terkandung juga dalam sayuran pudina, asparagus, barli dan malta, susu lembu (terhasil dari metabolisma dalam badan lembu), dan air dari alam semulajadi (terhasil dari metabolisma rumpai/algae).

DMSO sering digunakan sebagai bahan pelarut industri untuk pembuatan racun pokok/herba, racun serangga, racun kulat, anti-biotik, dan hormon pokok. Kini DMSO semakin muncul digunakan sebagai bahan farmasi yang didapati berkesan mencegah, merawat, dan menyembuhkan berbagai jenis penyakit.

DMSO banyak dikaji tetapi masih terlalu sedikit yang dapat difahami disegi farmasi. Hasil amalan-amalan dari kalangan pakar-pakar perawatan penyakit, DMSO dianggap luarbiasa. Namun, penerimaan DMSO sebagai bahan farmasi masih diselubungi kontroversi.

Ciri-Ciri DMSO


  • DMSO adalah cecair bening, tanpa warna, sedikit berminyak. Baunya seakan bawang putih, menjadi lebih kuat ketika memberi reaksi pada jangkitan. Ada individu yang tidak dapat menerima kehadiran bau ini, kerana boleh menjejaskan pergaulan, apatah lagi jika digunakan ditempat kerja. Bagaimana pun, bau dapat dikurangkan dengan penggunaan dos yang rendah, dan sapuan DMSO yang dicairkan dengan air dan/atau cecair lain.
  • DMSO berkemampuan menembus dan melintasi kulit, lapisan selaput, hingga memasuki kedalam tulang. Kemampuan ini bergantung kepada kepekatan DMSO; 70-90% kepekatan memberi ketembusan yang mendalam, anehnya 90% keatas memberi ketembusan yang kurang mendalam, kurang dari 70% sudah memadai untuk DMSO melintasi lapisan selaput, dan 15% DMSO dengan mudah melintasi pundi kencing. ‎
  • DMSO bersifat cecair pelarut, berkemampuan meresapi dan membawa bersamanya atom-atom dan molekeul-molekeul lain dalam bentuk cecair tanpa menggabung atau merubah keadaan asli atom dan molekeul tersebut. DMSO membantu sebarang bahan yang dicampur dengannya melintasi lapisan kulit memasuki kedalam tubuh. Nilai-nilai ini menjadikan DMSO sebagai ejen pengangkut nutrien (seperti vitamin, zat gizi, glutathione, coenzyme Q10, asid alpha lipoik, dan lain-lain) dan ubat-ubatan (seperti morphine sulfate, penicillin, steroid, cortisone, juga insulin) untuk melepasi kulit dan lapisan-lapisan selaput memasuki mana-mana bahagian tubuh. Tanpa mendatangkan risiko jangkitan.
Manfaat DMSO


DMSO digunakan sebagai penawar bagi merawat pelbagai jenis penyakit. Digunakan samada dengan cara meminumnya, sebagai bahan sapuan, atau dicampur dengan beberapa nutrien dan ubat-ubatan lain. Terdapat senarai yang panjang jenis-jenis penyakit yang telah menerima manfaat dari penggunaan DMSO, termasuk jenis-jenis penyakit yang gagal memberi reaksi kepada sebarang rawatan moden kini.

1     DMSO ‎  |‎    Sistem Kekebalan Tubuh.    DMSO didapati mengaktif dan mengutuhkan sistem kekebalan tubuh. Ia membantu membina dan meningkat penghasilan sel-sel darah putih/macrophage MIF (migration inhibitory factor) dan lymphokine (sel-sel perantara darah putih, seperti interferon). DMSO juga mengendali sel-sel darah putih 'lymphocyte'.

DMSO dengan mudah melintasi lapisan selaput dan sel-sel, memberi laluan lebih lancar kepada sel-sel darah putih bergerak keseluruh tubuh, menjadikan ia lebih berkesan dan cepat bertindak menanggani berbagai jenis penyakit.

DMSO juga didapati menyumbang kepada membaik-pulih penyakit-penyakit autoimmune dimana sistem kekebalan keliru dan menyerang tisu-tisu sihat dari tubuh sendiri, seperti:
  • systemic lupus dan lupus erythematosus (penyakit-penyakit autoimmune)
  • Kencing Manis Jenis 1.
2     DMSO ‎   |‎   Anti-Keradangan, Anti-Oksidan, Anti-Mikrob, Anti-Toksin.     DMSO istimewa kerana memiliki ciri-ciri:
  1. anti-keradangan bukan steroid.
  2. anti-oksidan yang berkesan.
  3. anti-mikrob (bakteria, kulat dan virus), dan
  4. anti-toksin.
Anti-Keradangan.    DMSO mengurangkan keradangan dengan berbagai cara. Sebagai anti-oksidan, ia menyirna radikal bebas yang terkumpul ditempat yang cedera. ‎DMSO juga merawat kembali lapisan selaput dan memperlambat atau memberhentikan ketirisan yang terdapat pada sel-sel yang cedera.

Oleh kerana DMSO sangat mudah larut, ia boleh dirasai hanya beberapa minit setelah disapu  ke kulit, dan kemampuannya menyekat isyarat sakit kepada otak. DMSO bertindak dengan pantas menyekat atau mengurangkan sama sekali kesakitan pada arthritis, kecederaan otot, mana-mana bahagian yang sakit  atau keradangan. Sementara kesakitan kembali selepas beberapa jam, kesakitan tersebut akan beransur kurang dengan sapuan ulangan. Tidak seperti lain-lain ubat tahan sakit yang menimbulkan kesan sampingan dengan penggunaan yang berlarutan, DMSO memberi kesan kesembuhan dengan cepat pada bahagian yang tercedera tanpa kesan mudharat pada kesihatan.

Justru, DMSO sesuai digunakan bagi merawat hampir semua jenis penyakit keradangan. DMSO leluasa digunakan di Rusia bagi menanggani berbagai jenis arthritis. Begitu juga dibeberapa negara didunia.

Anti-Oksidan.    DMSO mampu menggempur dan menyirna radikal bebas 'hydroxyl' (OH), yang merupakan racun sangat berbisa yang merosakkan sel-sel dan mengancam kesihatan. DMSO didapati lebih berkesan dari jenis-jenis anti-oksidan yang lain.

Anti-Mikrob.   DMSO bukan sahaja melindungi sel-sel tubuh dari bebanan oksidasi, tetapi sebaliknya menambah bebanan pada bakteria, kulat, virus dan juga mycoplasma. Perkembangan mikroorganisma semakin merosot dengan pertambahan kadar DMSO. 8% DMSO sudah mencukupi untuk menyingkirkan 90% bakteria Pseudomonas aeruginosa. Dan 15% DMSO sudah memadai bagi merencat rebakan bakteria dan menghapus bakteria Escherichia coli and Bacillus megaterium. DMSO juga berkesan menghapus mikrob pleomorphik yang menyebabkan kanser dan beberapa penyakit autoimmune.

Anti-Toksin. DMSO melawaskan lagi keluar-masuk bahan-bahan melalui lapisan selaput sel, dengan demikian memudahkan pengeluaran toksin dari dalam sel. Anasir-anasir toksin diserap kedalam DMSO dan membawanya keluar dari tubuh melalui pembuangan air kecil.

Ujikaji klinikal dan makmal menunjukkan nilai-nilai anti-keradangan, anti-oksidan dan anti-mikrob dari DMSO didapati mujarab:
  • menghentikan rebakan bakteria, kulat, virus dan jenis-jenis mikrob mudharat.
  • mencegah bakteria Helicobacter pylori dan Candida, dan juga jenis-jenis bakteria lain.
  • menyembuhkan ulser peptik (perut dan usus kecil), ulser colitis (kolon/usus besar).
  • menanggani penyakit gout, arthritis, osteoarthritis, rheumatoid arthritis.
  • thyroiditis (keradangan pada kelenjar thyroid).
  • mengurangkan keradangan tulang belakang bahagian bawah.
  • mengurangkan kesakitan, keradangan dan menghentikan cystitis (jangkitan dalam pundi kencing). 
  • mengurangkan keradangan pada pundi air kencing dan alat kelamin (genitourinary disorder).
  • mengurangkan sindrom keracunan kebal silicon.
  • mengurangkan masalah allergi dll. 
3     DMSO ‎  |‎   Anti-Kanser.    DMSO tetap digunakan dibeberapa hospital bagi merawat kanser. DMSO mampu membunuh mikrob pleomorphik yang menjadi salah satu punca kanser. DMSO dengan mudah memasuki sel-sel dan membunuh virus dan mycoplasma yang terselindung didalamnya.

Ciri-ciri DMSO yang mampu menembusi semua tisu-tisu lembut hingga ketulang, dan berkemampuan membawa bersama remedi-remedi (ubat untuk kesembuhan) menjadikan ia bermanfaat digunakan bagi membantu merawat banyak jenis penyakit:
  • tumor didalam otak yang sulit untuk dicapai dan kanser tulang.
  • kanser payudara dan prostat, lymphoma (tumor limfa) dan leukaemia.
  • kerosakan radiasi, terutama berkaitan dengan rawatan kanser (kemoterapi).
Namun, FDA mengharamkan DMSO atas 2 sebab:
  1. DMSO larut dan serap cecair, dan ia juga sering digunakan untuk mencuci alat-alat enjin.
  2. menurut sebuah buku 'DMSO—Nature's Healer by Dr Morton Walker', ujikaji keatas binatang telah menunjukkan suntikan DMSO telah menyebabkan anjing menjadi buta. FDA terus mengharamkan penggunaan DMSO. Kajian kemudiannya mendapati hanya kegunaan pada anjing yang menyebabkan binatang itu buta.
4     DMSO ‎   |‎   Otak dan Sistem Saraf.    DMSO sangat berkesan merawat masalah pada organ otak. Ia menjadi unik kerana mampu membawa bersama molekeul-molekeul dan remedi-remedi melintasi lapisan selaput dan penghalang sehingga sampai ke otak. Kajian telah dijalankan sejak 1971, oleh University of Chicago, keatas kesan DMSO pada kecederaan kepada sistem saraf pusat. Hasil kajian mendapati DMSO dapat digunakan/diminum oleh pesakit yang mengalami trauma sakit kepala yang parah, kerana tekanan atau ketegangan dalam tengkorak kepala, tisu otak dan cecair otak tetap tinggi meskipun ubat-ubatan mannitol, steroid, dan barbiturate diberikan. DMSO terbukti sebagai ubat pertama yang mampu mengurangkan tekanan dalam otak, dan mengurangkan trauma sakit kepala yang parah.

DMSO sudah sering digunakan sebagai ubat sapuan bagi menghentikan kesakitan. Ia meringankan bebanan kesakitan, mengurangkan sakit sendi, mengurangkan bengkak. Ia mengembangkan saluran darah yang kecil, melancarkan peredaran darah. Ia membaik-pulih tisu yang rosak, merawat tisu parut, mencegah kemerosotan berterusan. Ia meningkat pergerakan dan kekuatan mencengkam, melembutkan kollagen.
DMSO (campuran 70% DMSO, dan 30% air) mampu menghalang kesakitan dengan cara menyekat aktiviti serat saraf  'peripheral nerve C fiber'. Bergantung pada tahap kesakitan atau keradangan, DMSO boleh disapu beberapa kali dalam sehari, diulangi pada hari-hari berikutnya. Kelegaan dilapurkan hampir serta-merta, berkesan sehingga 6 jam. Ramai para athelit menggunakannya sebagai rawatan kecemasan.

Jenis-jenis kesakitan yang mana DMSO dilapurkan berkesan, antaranya;
  • kelecuran, luka dan kecederaan.
  • bengkak akibat sendi terkehel.
  • sakit kepala, sakit melampau pada wajah yang disebut 'tic douloureux'.
  • sindrom Down/trisomi 21 yang dialami oleh kanak-kanak berpunca dari masalah genetik.
  • Schizophrenia.
  • ALS (Amyotrophic Lateral Sclerosis) atau penyakit Motor Neurone/Lou Gehrig.
  • multiple sclerosisa/kerosakan pada saraf dalam otak dan tulang belakang  menyebabkan sukar pergerakan otot, tidak seimbang pergerakan dan terjejas penglihatan.
  • merawat quadriplegic/lumpuh. Dalam kes lain, seorang gadis 16 tahun patah tulang tengkok sewaktu 'diving' dalam kolam renang dan lansung menjadi quadriplegic. Dia dirawat dengan DMSO selama 1 tahun dan secara beransur orang-orang tubuh mula beransur pulih dan akhrnya dia mula boleh berjalan.
5     DMSO ‎   |‎    Jantung, Strok, Darah.   DMSO mencair darah, melancar peredaran darah, mencegah pembekuan darah/platelet thrombi dan darah bertompok/hypercoagulation dalam saluran darah, mencuci saluran darah dan meningkatkan fungsi jantung, juga menghalang serangan jantung, angina/sakit ulu hati, dan kerosakan selepas strok. Pihak University of Chicago mendapati DMSO sangat bermanfaat untuk merawat strok, kerana ia ejen paling baik menyerap darah beku. Sekiranya DMSO digunakan sebaik sahaja mengalami strok, DMSO dapat menyerap darah-darah yang membeku, mencegah kerosakan pada otot jantung, mengembalikan peredaran darah dan mencegah dari kemungkinan lumpuh.

6      DMSO ‎   |‎    Rawatan Kulit, Otot.     DMSO, samada bersama dengan larutan ubat-ubtan lain, lebih mudah digunakan bagi merawat berbagai jenis penyakit berkaitan dengan jangkitan pada kulit, luka, dan masalah otot.

Kecederaan.  DMSO boleh digunakan pada belahan luka lama, luka baru, bagi menyegera kesembuhan tanpa merasa sakit atau tidak selesa.

Masalah Kulit.   Sapuaan DMSO yang telah dicairkan ketahap 70% atau kurang boleh digunakan bagi menanggani gatal-gatal kulit, masalah kaki berair, jangkitan kulat pada kuku dan jari kaki, parut keloid/parut timbul, bengkak sendi kaki/bunion, kulit kematu/calluses, cacar air/shingle/herpes zoster. Tahap kepekatan DMSO berubah bergantung kepada kulit yang sensitif. DMSO bersama campuran ubat 'idoxuridine' juga boleh digunakan.

Scleroderma.   Scleroderma adalah penyakit autoimmune yang jarang berlaku, hilang upaya pergerakan, akibat dari pembinaan kollagen yang tidak normal dalam tubuh. Tubuh membengkak, kulit (terutama pada tangan dan muka) menjadi sejat dan berkerapu, dan tompokan kalsium banyak pada sendi-sendi menyebabkan sukar untuk bergerak. Organ-organ dalaman seperti jantung, saluran darah, paru-paru, perut dan ginjal menjadi gagal berfungsi. Kelesuan dan sukar bernafas berlaku. Pemotongan pada bahagian yang terjejas akhirnya menjadi perlu. Punca scleroderma tidak diketahui. Belum diketahui rawatan yang mujarab. Arthur Scherbel, MD, dari jabatan rheumatisma dan pathology dari Cleveland Clinic ‎Foundation, telah melakukan kajian menggunakan DMSO keatas pesakit scleroderma, dan mendapati perubahan positif yang tidak terdapat dari mana-mana therapi,  ulser ischemic ‎pada hujung kuku kembali sembuhan, sakit dan tegang otot berkurangan, dan pertambahan pada tenaga.

Amyloidosis.  Amyloidosis adalah keadaan dimana  protein bertompok secara tidak normal dalam organ-organ dan tisu-tisu. DMSO boleh diminum, disapu, atau disuntik kepada vein bagi menanggani amyloidosis dan gejala yang berkaitan dengannya. DMSO berkesan memperbaiki tisu-tisu penghubung, tisu dalaman tubuh, melembutkan kollagen, kecederaan otot, dan meransang kesembuhan pada luka dan kecederaan.

7      DMSO ‎   |‎    Lain-Lain Masalah Kesihatan.

Kencing Manis.     Hasil dari ujikaji mendapati DMSO mampu memperbaiki pengawalan insulin dan peredaran darah. Samada diminum atau disapu, DMSO mampu menembusi kulit dengan membawa bersama sebarang bahan yang diserap lansung memasuki kedalam aliran darah. Secara theorinya, DMSO menyerap serbuk insulin untuk digunakan oleh pesakit Kencing Manis Jenis 1 tanpa perlu menggunakan jarum suntikan. Terdapat kes yang dilapurkan dengan meminum dos DMSO dapat mengurangkan sebanyak 25% keperluan insulin pada pesakit Kencing Manis Jenis 1.

Hormon Lelaki dan Perempuan. Wanita boleh menggunakan DMSO bagi menyerap hormon progesterone, estriol, estrone, atau testosterone kedalam DMSO, tidak perlu menggunakan tempelan, krim atau ubat-ubatan. Lelaki dan wanita boleh menggunakan hormon testosterone kedalam DMSO dalam kadar yang sedikit; lelaki 3 mg/hari dan wanita kira-kira 150 mcg/hari.

Rambut Rontok. DMSO didapati mampu mencegah rambut dari gugur dan rontok, yang akhirnya menjadi botak pada kaum lelaki. Sapuan DMSO secara beransur dapat mengembalikan pertumbuhan rambut.

Mata dan Penglihatan. DMSO telah berjaya digunakan bagi menanggani masalah mata dan penglihatan. Pengambilan dan titisan DMSO pada mata dilapurkan dapat merawat kemerosotan mata/macular degeneration, retinitis pigmentosa/kemerosotan retina, glaucoma dan katarat.

Penggunaan DMSO


Dosej.   DMSO boleh diminum, disapu pada kulit, atau dicampur dengan nutrien, krim dan gel.
  • Tidak ada dos saranan pengambilan DMSO yang ditetapkan untuk sesuatu masalah kesihatan, samada pada orang dewasa mahupun kanak-kanak.Yang terdapat adalah dos cadangan hasil dari berbagai ujikaji, penelitian dan penggunaan makmal dan klinikal. 
  • Dos maksima harian yang bersesuaian dengan penyakit yang kronik selalu digunakan antara 20 - 30 ml dalam dos yang terbahagi, baik diminum bersama dengan campuran supplemen yang khusus bagi meningkat penyerapan.
  • Dos dikekalkan sama pada jangkamasa panjang, tetapi berubah tinggi dan rendah secara beransur. Selagi terdapat masalah pada mana-mana bahagian tubuh, disarankan mengiringi dengan sapuan DMSO sebagai tambahan kepada pengambilan DMSO.
Langkah-Langkah Keselamatan.    Beberapa langkah keselamatan perlu diperhatikan bagi mengelak dari kemungkinan kesan-kesan sampingan luar jangka:
  • DMSO tulin tidak beracun dan selalunya sangat selamat. Namun begitu, langkah berhati-hati perlu diambil. Contohnya bila menyapu DMSO bagi merawat kulit, kulit perlu bersih dan bebas dari kimia yang tidak patut ada seperti lotion pelindung cahaya matahari, agar DMSO tidak membawa bersama kimia-kimia yang selalunya tidak dapat melintasi kulit memasuki kedalam tubuh. 
  • DMSO bergred rendah boleh mengandungi bahan-bahan cemar dan toksin. Hanya DMSO berkualiti tinggi mengandungi sekurang-kurangnya 99% ketulinan digunakan. Gred medical/farmasi 99.9% ketulinan adalah disarankan. 
  • DMSO perlu selalu dicairkan dengan air sulingan. Dalam banyak perkara, DMSO berkesan bila kepekatan antara 70-90% (70% DMSO : 30% air suling, atau 90% DMSO : 10% air suling). Guna kapas bagi menyapu DMSO pada bahagian kulit yang terjejas. kecederaan yang parah, perlu sapuan ulangan. Untuk kulit, DMSO boleh juga dicampur dengan 'glycerine'.
  • Oleh kerana DMSO menarik dan meresapi air, kecemaran pertama ialah air itu sendiri. Hindar dari air tercemar toksin. DMSO mudah serap air dan glycerine, tapi tidak bercampur dengan minyak atau kerosene, tidak larut dalam magnesium chloride tapi ia boleh meningkat penyerapan dengan cara membawa bersama air dimana magnesium dapat diserap. Begitu juga dengan vitamin B12 yang tidak larut secara lansung dalam DMSO tetapi dapat diserap bila dicampur air. 
  • Kecuali atas alasan dharurat, terbaik mulakan dos DMSO yang rendah (seperti 1/2 sudu teh, untuk minuman). Dos ditambah secara beransur hingga ketahap maksima yang dikehendaki atau sehingga timbul reaksi yang pelik. Selalunya kaedah kesembuhan yang berkesan berkemungkinan menimbulkan reaksi pada kulit, atau pada perut-usus seperti cirit-birit. Jika berlaku sedemikian, kurangkan dos buat sementara, bila reaksi surut secara beransur tambah semula dos DMSO. 
  • Bekalan dalam botol gelas adalah terbaik, atau disimpan dalam botol HDPE (Type 2) bagi tujuan menghindar dari DMSO meresapi unsur-unsur cecair lain.  cecair MMS (sodium chlorite) tidak berasid.
Kesan Sampingan.  Indeks keracunan DMSO terlalu rendah, kesan sampingan juga sangat tipis.
  • Apabila DMSO dimakan/diminum pada kadar dos yang tinggi, selalunya akan mengalami sakit kepala; mengatasi sakit kepala ialah dengan mengurangkan dos.
  • Bau DMSO seperti bawang putih, dan juga rasanya agak pahit.
  • Reaksi alergi terhadap DMSO berkemungkinan timbul, tetapi boleh dianggap perkara biasa. 
  • Tindakan sapuan DMSO keatas saraf yang menyebabkan kurang sakit akan memberi rasa kebas/paresthesia pada bahagian yang terjejas; kebas berlansung berbentuk sementara selama beberapa jam.
DMSO leluasa digunakan oleh kebanyakan negara sebagai ubat-ubatan. Di USA, FDA membenarkan penggunaannya terhad bagi merawat penyakit batu karang atau keradangan kronik dalam pundi kencing/interstitial cystitis. Di Australia, DMSO dikelaskan berjenis racun, penggunaan perlu preskripsi doktor, tidak boleh digunakan bagi merawat tubuh manusia, digunakan hanya bagi rawatan binatang ternakan, dan sebagai bahan pelarut.

[*Perhatian - penulis bukan doktor pakar. Artikel ini hasil dari kajian dan penelitian peribadi dari beberapa nafkah medikal dan farmasi. Apa yang disarankan dalam artikel ini bukan sebagai preskripsi, cuma garis panduan. Penulis tidak bertanggunjawab sekiranya masalah luar jangka berlaku hasil dari penulisan dalam artikel ini].

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...