Gula. Sana sini, kiri kanan, sekeliling kehidupan kita, sentiasa bergula. Permakanan masyarakat terlalu bergelimang dengan gula. Bahan pemanis dalam apa saja makanan dan minuman, tidak mampu dipisahkan dari permakanan dan minuman harian.
Apakah manfaat kesihatan yang diperoleh dari gula?
Malang sekali, hanya padah yang diperdapat. Semua bahagian tubuh; fizikal, mental, jiwa dan perasaan manusia tergugat. Gula membawa akibat buruk pada setiap sistem dalaman tubuh. Tidak satu pun memberi manfaat pada kesihatan.
Setiap hari kita memakan meminum bahan yang memudharatkan setiap bahagian tubuh kita. Namun, terlalu ramai tidak sedar atau tidak ambil perduli betapa padahnya gula pada kesihatan tubuh. Hanya segelintir yang tahu dan berteguh sedaya upaya menghindarinya.
Menurut USDA, antara tahun 1970-2005, pengambilan gula telah bertambah sebanyak 19%. Bererti, dalam setahun setiap seorang mengambil kira-kira 63.5 kilogram (140 pound) gula atau 30 sudu teh setiap hari ! Lebih menakutkan, pengambilan sirup jagung bertambah sebanyak 387% dalam masa yang sama !
Apa Sebenarnya Gula?
Gula disini bukan bermaksud gula dari buah-buahan atau gula alami yang diperah dari tebu.
Gula yang dimaksudkan disini ialah
- sukros iaitu gula pasir berwarna putih yang terhasil dari proses kimia berbentuk pasir, serbuk halus atau kiub.
- gula merah dan semua adunan dari glukos, fruktos and sukros.
- sirup jagung pekat/pati fruktos (high fructose corn syrup) yang mana dijadikan bahan campuran kepada hampir setiap bahan makanan yang diproses.
Secara amnya, semua yang tersebut diatas disebut gula. Gula sebenarnya adalah sejenis dadah, terhasil dari beberapa adunan kimia. Sama sekali tidak sama dengan gula alami atau semulajadi. Meskipun terdapat label menyatakan gula sebagai pemanis alami (natural sweetener) untuk membezakannya dari pemanis tiruan (artificial sweetener), namun ia tidak pernah sama dengan gula alami.
Secara peribadi, gula putih atau merah lebih tepat dilabel sebagai pemanis kimia (chemical sweetener). Manakala aspartame, sucralose, neotame, saccharin, acesulfame potassium dll. sebagai pemanis beracun (toxic sweetener). Label tersebut lebih tepat, daripada diperbodohkan oleh agenda pemasaran komersial yang menenggelamkan fakta kimia yang mewujudkannya. Istilah "treats" atau sarat sira gula dilaung dan dialu-alukan oleh promosi komersial; adalah lebih tepat “threat“ (ancaman) dari 'treats' !
Padah Gula
1 Padah Gula pada KESELURUHAN TUBUH. Ramai orang tidak terfikir, bila memakan makanan bergula, banyak zat makanan didalam tubuh akan turut kehilangan.
Kenapa jadi begitu?
Nilai nutrisi gula adalah kosong. Penyerapan gula memerlukan banyak vitamin, zat gizi dan enzim yang disedut dari sel-sel yang sihat dalam tubuh. Untuk membolehkan tubuh menyerap gula agar dapat digunakan sebagai tenaga, tubuh terpaksa menggunakan berbagai jenis zat makanan yang tersimpan didalam tubuh berganding dengan sukros untuk dapat diserap.
Zat-zat makanan yang telah disedut bukannya mudah untuk diganti. Perlu permakanan yang baik, berkhasiat, alami, dan menyeluruh. Pengambilan supplemen multi-vitamin tiruan (synthetic multivitamin) dan multigalian (multimineral) tidak memadai bagi menggantikan yang telah disedut. Bila keadaan ini berlarutan, bebanan pada semua sistem dalaman tubuh akan menimbulkan masalah kesihatan disuatu hari nanti. Leibh parah bagi mereka yang permakanannya sering kurang berkhasiat, makanan merapu (junk food) dan banyak makanan yang diproses.
Kencing Manis. Gula menyusutkan zat-zat galian didalam tubuh. Salah satu zat galian yang penting yang tersusut dari tubuh ialah kromium. Kromium adalah zat galian yang penting bagi membantu tindakan insulin. Kromium akan semakin menyusut didalam tubuh kerana telah sering digunakan untuk menanggani gula. Atas sebab ini, kebanyakan orang yang di “diagnose” sebagai berpenyakit kencing manis mungkin sebenarnya hanya kerana masalah kromium yang kekurangan. Meskipun insulin masih ada, ianya tidak dapat bertindak terhadap gula tanpa gandingan kromium.
2 Padah Gula pada OTAK. Dunia harini ialah dunia penuh tekanan. Hampir setiap hari kehidupan yang dilalui bersifat tertekan pada kebanyakan orang. Menurut WHO (World Health Organization), tekanan jiwa bukan sahaja semakin meningkat, bahkan gejala membunuh diri telah meningkat sebanyak 60% sejak 45 tahun lalu. Menurut lapuran CNN, ubat anti-kemurungan sudah menjadi terbiasa dan pengambilannya meningkat 3 kali ganda sejak 2 dekat yang lalu.
Apa pula kaitannya dengan gula ?
Kimia alami yang membuat seseorang itu merasa ceria dan waras ialah neurotransmitter yang dikenali sebagai 'serotonin'. Tubuh menghasilkannya sendiri dalam jumlah yang saksama.
Gula (dan kimia-kimia yang menghasilkan gula) berkesan meningkatkan paras serotonin dalam otak. Oleh yang demikian, seseorang akan merasa senang hati bila memakan gula-gula. Melalui cara ini, gula menyebabkan rasa senang melalui tindak-balas kimia.
Ketagihan Sorotonin. Namun, masalah besar akan timbul apabila tubuh mula kurang mampu menghasilkan serotonin.Tekanan jiwa dan perasaan pun sering berlaku tanpa disedari. Apabila kurang mendapat bahan bergula, perasaan jadi tak karuan, kemurungan, mudah melenting, kepala angin, dan gejala sifat lain yang kurang menyenangkan dalam pergaulan.
Secara asasnya, gula merosak kesaimbangan serotonin alami dalam tubuh. Otak menagih pada gula kerana mahukan serotonin.
3 Padah Gula pada JANTUNG. Bila memikirkan tentang penyakit jantung, ramai akan memikirkan lemak sebagai puncanya. Namun, perlu disedari bahawa punca pemula adalah gula. Kajian-kajian terkini menunjukkan kaitan yang akrab antara gula dengan penyakit kencing manis dan penyakit jantung.
Atherosclerosis, Hypertension, Strok dan Serangan Jantung. Gula penyebab atherosclerosis - kerosakan arteri, radang arteri dan arteri yang keras, sempit dan lemah. Ini kerana tindak balas kimia dari gula sewaktu melalui saluran darah dalam jumlah yang tidak menentu, dimana pancreas menghadapi kesukaran bagi mengimbangi penghasilan dan penggunaan insulin.
Gula penyebab banyak lemak berasid bertompok, disebut “plaque”. Plaque akan turut sama mengalir dalam saluran darah. Plaque melekat pada dinding pembuluh darah, bertompok dan menyempitkan pembuluh darah. Semakin banyak plaque, pembuluh darah menjadi semakin keras, akhirnya rosak. Kawasan dinding pembuluh darah yang rosak akan mengundang lebih banyak lagi tompokan plaque. Keadaan ini akan menyebabkan aliran darah tersekat. Menyebabkan pengaliran darah ke jantung dan ke seluruh tubuh jadi terhalang. Jantung tidak dapat menerima darah yang mencukupi. Plaque mendedahkan kepada risiko arteri tersumbat, tekanan darah tinggi (hypertension), strok dan serangan jantung.
4 Padah Gula pada PANCREAS. Permakanan yang tinggi kandungan gula berisiko Kencing Manis Jenis 2.
Bagaimanakah boleh berlaku ?
Kencing Manis Jenis 2 disebabkan beberapa sistem dalaman tubuh gagal berfungsi. Yang utama ialah pancreas. Tubuh tidak mampu terus menghasil dan menggunakan insulin dengan sewajarnya bagi melayani kemasukan gula dalam tubuh. Insulin ialah hormon yang dihasilkan oleh pancreas, digunakan oleh tubuh bagi mengawal dan mengatur jumlah gula dalam darah. Sekiranya kandungan gula tinggi, pancreas akan segera mengeluarkan insulin untuk menurunkan kadar gula dalam darah. Apabila gula dalam darah terlalu rendah, kelenjar ginjal akan menghantar hormon kortisol ke sel-sel hati bagi mendapatkan simpanan glukos untuk disalurkan ke dalam darah. Terlalu pekat gula dalam darah boleh memudharatkan tubuh. Begitu juga jika terlalu rendah kadar gula dalam darah.
Kencing Manis Jenis 2. Selama manusia terus menerus mangambil gula, kekurangan zat-zat galian, vitamin dan enzim akan terus berlarutan. Pancreas dan kelenjar ginjal terpaksa bekerja hampir setiap masa untuk memperbaiki dan mempertahankan tubuh dari ketidaksaimbangan disebabkan oleh gula. Disuatu ketika pancreas tidak mampu lagi bertindak mengeluarkan insulin yang mencukupi untuk mengimbangi kemasukan gula yang tidak pernah berhenti setiap hari. Akhirnya, pancreas keletihan dan lemah sehingga lali insulin/insulin resistance, bererti pancreas tidak peduli lagi dengan kehadiran gula. Paras gula didalam darah meningkat. Kelenjar ginjal pula cuba untuk mengeluarkan insulin, menyebabkan tanda-tanda air kencing menjadi manis, apa yang dikenali sebagai Kencing Manis Jenis 2.
5 Padah Gula pada GINJAL. Gula merupakan salah satu penyebab utama kepada penyakit batu karang didalam ginjal.
Batu Karang Dalam Ginjal. Pengambilan gula yang berlebihan menyebabkan banyak tambahan insulin yang perlu dihasilkan oleh pancreas. Ini menyebabkan ginjal bertindakbalas mengeluarkan lebih banyak kalsium kedalam air kencing. Oleh kerana ginjal selalu mengeluarkan kalsium yang banyak, lama kelamaan kalsium mula bertompok didalam sistem saringan ginjal. Akhirnya, batu karang kalsium terbentuk dalam mana-mana saluran ginjal; samada dalam ginjal sendiri atau pun dalam saluran air kencing. Dan ini akan menganggu fungsi ginjal kepada tubuh.
6 Padah Gula pada TULANG. Gula sifatnya berasid. Bila gula di serap, suasana dalam tubuh menjadi lebih berasid. Disegi kesaimbangan asid-alkalin (pH) dalam tubuh, tubuh berasid akan lebih terdedah kepada serangan beberapa jenis penyakit. Dan tubuh bertungkus lumus menggunakan sumber-sumbernya bagi memelihara tubuh agar sedikit beralkalin.
Tubuh yang sihat perlu sentiasa terpelihara pH darah di antara 7.3 – 7.45 untuk kira-kira 5 liter darah didalam tubuh. Ini bersamaan 2 sudu-teh gula sukros. Apabila tubuh menerima kemasukan gula melebihi 2 sudu-teh, tindakbalas bio-kimia yang terpaksa dan mendadak didalam tubuh pun berlaku untuk menstabilkan paras pH darah.
Osteoporosis. Pengambilan gula berlebihan memerlukan bahan beralkalin bagi memansuhkan kesan gula yang berasid. Kalsium adalah zat gizi beralkalin, banyak terdapat dan tersimpan dalam tulang-belulang tubuh. Maka, kalsium paling mudah diguna. Apabila berlarutan, tulang semakin menjadi kurang tumpat, lemah dan akhirnya osteoporosis. Inilah punca kadar pengidap osteoporosis semakin meningkat ditambah pula kurang permakanan bersusu atau berkalsium. Rapuh tulang sebenarnya mampu dihindari dengan menjauhi atau kurang mengambil gula.
7 Padah Gula pada GIGI. Gula adalah punca pada gigi berlubang. Gula bersifat merosakkan, bergantung kepada kepekatannya dan bahan-bahan ia dicampur. Bakteria memakan gula, lebih subur berkembang biak bila banyak gula. Lebih banyak gula yang dimakan, maka lebih banyak bakteria yang kita pelihara dalam mulut, bagi terus merosakkan gigi-gigi.
Didalam mulut, pH akan menurun sebaik sahaja gula diminum. pH air liur akan menurun ke pH 4.5 untuk selama 20 minit atau lebih, bererti lebih berasid. Pada paras pH 5.5 gula didalam air liur akan mula meresap pada lapisan luar gigi (enamel). Masalah gigi pun bermula.
Kemerosotan Kesihatan Gigi. Hakisan kalsium yang disebabkan oleh gula menyebabkan gigi mudah rosak. Bersama dengan suasana berasid dalam mulut akibat dari pengambilan gula, justru gula adalah punca utama kepada kemerosotan kesihatan gigi, gigi-gigi berlubang, gusi berdarah dan tanggal gigi.
8 Padah Gula pada USUS. Kebanyakan gula tidak dapat diserap oleh usus. Ia akan terpinggir, terpendam dan mereput didalam usus. Kesannya seperti fermentasi didalam usus, usus jadi masam dan berasid. Bakteria bermanfaat akan dicemari dan semakin terhapus. Lapisan-lapisan flora didalam usus semakin musnah.
Kemerosotan Kesihatan Usus. Apabila usus berasid, enzim didalam usus juga semakin musnah. Enzim adalah protein yang memecahkan molekeul-molekeul makanan. Apabila enzim semakin musnah, maka usus tidak dapat berfungsi dengan baik untuk memecahkan molekeul-molekeul dari makanan untuk akhirnya dapat diserap kedalam tubuh. Masalah penyerapan zat makanan akan timbul.
Radang Organ-Organ Tubuh. Ada juga gula yang terlepas memasuki saluran darah. Gula ini akan tersangkut pada mana-mana saja tempat atau ruang didalam tubuh. Ini akan menyebabkan sengal-sengal pada sendi tulang, otot, organ atau dimana saja gula tersangkut. Organ-organ tubuh dimana gula terkumpul akan menimbulkan sindrom seperti radang usus, radang jantung (heartburn), radang hati (hepatitis), gatal-gatal kulit, allergi dan kelesuan tubuh.
9 Padah Gula pada OTOT. Tubuh tidak pernah membuang tenaga. Ia menyimpan untuk masa hadapan apabila diperlukan nanti.
Gula yang berlebihan didalam tubuh akan bertukar menjadi lemak asid, kemudian menjadi triglycerides (lemak asid simpanan), kemudian disimpan di gedung lemak (“adipose tissue”). Purata kira-kira 40% gula yang diserap akan disimpan dalam bentuk lemak.
Maka tidak hairanlah jika sering permakanan yang tinggi gula, akan membawa kepada berat badan bertambah dan kegemukan. Apatah lagi, dengan pengambilan gula sebanyak 30 sudu teh setiap hari, itu bersamaan dengan 400 kalori setiap hari hanya dari gula sahaja !
Gemuk, Gendut dan Buncit. Gemuk, gendut dan buncit dimaksudkan disini ialah 35% melebihi berat normal. Sebab utama gemuk, gendut dan buncit ialah pengambilan gula berlebihan.
10 Padah Gula pada SISTEM KEKEBALAN TUBUH. Setiap keluarga mahukan anak-anak mereka sihat. Sering juga kedengaran anak-anak sering demam sakit selsema dsbnya. Namun, kanak-kanak tersebut tetap juga disogokkan dengan minuman bersoda, cookies, gula-gula, bijiran bersira, dan macam-macam lagi. Bulan ramadhan paling banyak dengan juadah-juadah bergula, paling digemari oleh kanak-kanak dan juga warga dewasa.
Sebenarnya, gula didapati melumpuhkan sel-sel darah putih yang bertugas menelan dan melemaskan anasir-anasir asing seperti virus, bakteria dan kulat sehingga 5 jam, justru mengurangkan ancaman mereka sehingga 40%.
Kesan gula dan sistem kekebalan tubuh pertama kali dikaji oleh Dr. Linus Pauling pada awal pertengahan 1900an. Harini, pakar-pakar permakanan dan kesihatan teguh berpendapat bahawa pengambilan gula boleh melemah dan melumpuhkan sistem kekebalan tubuh.
Jauhi Gula, Jauhi Penyakit
Permakanan dan minuman harini sangat meraikan gula.
Hakikatnya, ia juga merupakan racun berbisa yang meredap dan meruntuhkan tubuh yang sihat. Ia merosakkan hampir setiap sistem dan organ dalaman tubuh. Ia juga menjejaskan perkembangan minda dan kecerdasan kanak-kanak dan risiko penyakit kanser.
Perlu ditekankan disini, gula tidak dimaksudkan gula dari alam semulajadi/alami yang terkandung dalam buah-buahan seperti durian, tembikai/semangka, mangga, nangka, kurma atau pun madu mentah tulin. Semua ini boleh dinikmati dengan selamat dan bermanfaat pada kesihatan.
Tapi kenapa pula para doktor, pakar pemakanan dan kerajaan tidak melindungi kita dari gula ?
Nampaknya, bagi pencinta kesihatan dan warga miskin yang tidak mampu melunaskan bil hospital dan klinik yang tinggi, pilihan yang waras -
- Kita perlu melindungi diri sendiri dengan menghindari dari gula dan barang apa jua yang terlibat dengan gula !!!
- Perlu diakui juga disini, bukannya perkara mudah menghindari dari gula. Sana sini disekelilng kita, dari bahan makanan mahupun minuman, dilimpahi produk yang mengandungi gula !!!
No comments:
Post a Comment