0

Wednesday, May 28, 2014

Zat Gizi Magnesium

Apakah Zat Gizi Magnesium ?‎



Magnesium adalah unsur kimia bersimbolkan Mg. Ia merupakan salah satu dari 7 jenis zat galian utama (makro). Kadar yang banyak diperlukan oleh tubuh.

'National Institutes of Health Office of Dietary Supplements', menganggarkan secara purata 25 gram  Mg dalam tubuh. 50-60% darinya tersimpan dalam tulang dan sistem kerangka. Bakinya dalam sel-sel tisu dan organ tubuh. Hanya 1% Mg terdapat dalam darah.

Mg juga berperanan sebagai electrolyte. Electrolyte adalah zat galian dalam darah dan cecair tubuh yang menyalurkan tenaga letrik. Electrolyte memelihara tenaga letrik yang sihat pada sistem kolloid tubuh, termasuk darah. Ia menyalurkan arus letrik negatif kepada sel-sel darah merah, memisahkannya bagi memelihara fungsi maksima. Electrolyte mempengaruhi jumlah air dalam tubuh, tahap asid-alkalin darah (pH), fungsi otot, dan berbagai proses lain. Electrolyte akan hilang melalui keringat/peluh, tetapi kembali hadir melalui minuman. Mg bersifat alkalin.

Bayam
 Kailan/Swiss Chard
Kuaci Labu, dan Labu
Lobak Cina/Turnip Green
Bijirin Bijan
Kinoa/Quinoa
Kacang Hitam
Gajus
Kuaci Bunga Matahari
Tempeh
 Kacang Pinto
Beras Perang
Barli
Kunyit Hidup
Mg adalah unsur ke-11 terbanyak, dan zat gizi ke-4 terbanyak yang terdapat dalam tubuh manusia. Ia terlibat dalam pelbagai aspek kesihatan.

Fungsi Magnesium



Mg adalah zat galian yang mustahak kepada semua sel-sel hidup.

Mg diperlukan oleh lebih dari 300 sistem enzim. Ia bertindak sebagai faktor gandingan kepada enzim-enzim untuk mampu berfungsi bagi melaksanakan pelbagai tindak-balas biokimia dalam tubuh, yang merangkumi, antaranya:

  • penyerapan dan pengedaran zat-zat gizi seperti kalsium dan potassium.
  • metabolisma karbohaidrat, lemak, protein, dan penghasilan tenaga kepada sel-sel. 
  • pengawalan gula (glukos) dalam darah, tekanan darah.
  • penghasilan ATP (adenosine triphospate), penghantaran isyarat, penghasilan protein dan DNA (Deoxyribo Nucleic Acid), RNA (Ribo Nucleic Acid).
  • meransang pembinaan sel-sel, tisu-tisu lembut, otot, tulang dan gigi, terutama paru-paru dan sistem saraf, ‎dan membantu membina serum darah/albumin.
  • pengurusan fungsi sel, otot dan saraf.
  • mengutuhkan sistem kekebalan, penghasilan anti-oksidan glutathione, dan terlibat dalam proses nyah-toksin.  
  • menyihatkan fungsi penghadaman. 
  • Anti-stres, pencegah pembinaan kalsium, batu karang dalam ginjal dan hempedu.

Kadar/Dos Saranan Magnesium



Masih ramai orang belum sedar betapa penting Mg pada kesihatan tubuh. Maka, Mg tidak begitu dipedulikan dalam permakanan.

Tubuh manusia bergantung kepada Mg untuk pelbagai keperluan dalaman. Bagi mereka yang tidak cukup Mg dalam permakanan akan menderita dengan berbagai gejala dan penyakit.

Kebanyakan pakar permakanan menyaran pengambilan supplemen 250-‎‎350 mg per hari bagi orang dewasa.



Manfaat dan Gejala Kekurangan Magnesium ‎



1     Mg ‎|‎ Kesihatan Tulang:     Mg adalah zat gizi yang berperanan penting dalam metabolisma tulang. Kira-kira 50 - 60% Mg yang berada dalam tubuh, tersimpan didalam tulang, dipermukaan tulang dan sistem kerangka.
  1. Mg membantu tubuh menyerap kalsium. 
  2. Dan bersama dengan vitamin D, tembaga dan zinc, Mg mengurus kadar kalsium dalam tubuh.
Mg juga terlibat dalam pembinaan, ketumpatan tulang dan gigi. Oleh yang demikian, kadar Mg, kalsium, tembaga, zinc, dan vitamin D perlu cukup dibekalkan kepada tubuh sepanjang fasa-fasa tumbesaran dan kedewasaan, untuk menghindar dari risiko osteoporosis diusia tua.

Para pengkaji mendapati apabila bekalan ‎Mg terlalu berkurangan, paras hormon parathyroid akan menurun. Keadaan ini menjadi punca kalsium ‎kurang dapat diserap oleh usus. Pada masa yang sama, kalsium dan Mg keluar melalui air kencing. Tubuh terpaksa mengguna simpanan kalsium apabila ‎diperlukan, mengakibatkan hakisan tulang.

  • Kekurangan kalsium dan Mg didapati membawa ke arah osteoporosis.

Pengambilan hormon estrogen (hormon wanita, penting bagi perkembangan seks dan peranakan), bersama dengan Mg, kalsium dan supplemen multivitamin setiap hari didapati boleh mengembalikan kekuatan tulang bagi wanita berusia.

2     Mg ‎|‎ Metabolisma Tenaga:     Mg turut memainkan peranan penting dalam metabolisma tenaga.

Mg menjadi faktor gandingan kepada lebih dari 100 ‎jenis enzim yang terlibat dalam penghasilan tenaga, dan pengawalan gula.
Enzim adalah molekeul protein ‎yang melancarkan tindak-balas kimia diseluruh tubuh, termasuk tindak-balas kimia ‎berkaitan dengan penghasilan tenaga. Dan faktor gandingan adalah zat makanan yang ‎bergabung dengan enzim untuk menjadikan enzim mampu berfungsi. Kebanyakan tindak-balas kimia tidak mampu berlaku untuk menghasilkan tenaga kecuali Mg hadir sebagai faktor gandingan kepada enzim tersebut.

Mg juga membantu memberi tenaga lebihan kepada tubuh dan mengaktifkan enzim bagi menghasilkan tenaga lebihan pada sel-sel tubuh.

Mg juga membantu mengurus tindak-balas insulin terhadap kadar gula dalam darah, dan memelihara tekanan ‎darah agar normal. Kajian dari perbadanan Black Women's Health menunjukkan kelaziman memakan ‎beras perang atau bijirin lain yang kaya dengan Mg dapat mengurangkan ‎risiko penyakit Kencing Manis Jenis 2.‎‎

  • Kadar Mg ‎yang rendah dalam tubuh boleh menjejaskan penghasilan tenaga pada tubuh dan juga pengawalan gula dalam darah menjadi terganggu. Mereka yang kurang Mg dalam tubuh 6-7 kali lebih terdedah kepada sindrom metabolisma ini. 

Permakanan dan supplemen yang tinggi Mg pada wanita sihat dikaitkan dengan 27% kurang risiko mendapat sindrom metabolisma dan 31% kurang risiko pada warga muda.

3     Mg ‎|‎ Sistem Saraf:     Mg berperanan penting dalam aktiviti NMDA receptor ‎‎(NMDA, N-methyl-d-aspartate), iaitu receptor saraf yang terdapat pada selaput sel-sel ‎otak. 'Receptor' adalah molekeul khusus yang berada pada selaput sel, berperanan membantu isyarat kimia memasuki atau keluar dari sel-sel. Semua sel didalam tubuh mengandungi selaput receptor. Antara yang sering dikaji adalah receptor yang berada pada selaput sel-sel otak. Salah satu dari receptor sel otak dikenali sebagai 'NMDA receptor.'

  • Kajian mendapati apabila Mg sangat rendah dalam tubuh, akan meningkat risiko tekanan jiwa, dan risiko ini berkait-rapat dengan masalah pada receptor NMDA.

Mg melegakan saraf. Justru, Mg sering juga digunakan bagi merawat tekanan jiwa 'psychiatric disorder' seperti mudah panik, stres, kemurungan dan mudah marah/melenting/panas baran.

4     Mg ‎|‎ Fungsi Otot dan Jantung:     Mg bukan saja penting untuk fungsi saraf, malahan juga bagi memelihara fungsi oto, terutama otot jantung. Kalsium diperlukan oleh semua otot untuk menguncup. Manakala, Mg pula untuk otot mengendur. Kalsium ‎bergandingan dengan Mg, mengawal kuncup-kendur semua otot, termasuk otot jantung. Kalsium ‎yang mengawal penguncupan otot untuk jantung mengepam darah ke seluruh tubuh. Manakala Mg yang ‎mengawal kekenduran otot jantung mengekalkan darah berada dalam jantung. ‎

‎Rentak denyut jantung bergantung kepada kesinambungan fungsi dua (2) zat gizi ini. Sekiranya salah satu dari 2 ‎zat ini berlebihan atau berkurangan, fungsi-‎fungsi dalaman tubuh yang lain akan berusaha mengimbangi nisbah antara keduanya sehingga kesinambungan kembali ke ‎tahap normal. Namun, sekiranya kekurangan salah satu atau kedua-dua zat gizi ini berlarutan, masalah kesihatan lambat laun akan timbul, terutamanya jantung.  ‎

  • Kekurangan kalsium boleh menyebabkan kuncupan jantung tidak selari, denyut jantung tidak menentu kerana kekacauan pengaliran electrolyte dalam ‎tubuh, dan meninggikan tekanan darah.‎ Sebaliknya, lebihan kalsium juga akan menyebabkan denyut jantung tidak menentu dan ‎merendahkan tekanan darah. Mg juga melindungi jantung dari denyut jantung yang tidak menentu, dan dari tekanan/bebanan kepada tugas otot. Kekurangan Mg boleh membahayakan jantung, yang boleh membawa maut.
  • Tekanan darah tinggi/hypertension adalah salah satu penyebab kepada serangan jantung. Kebanyakan orang ‎yang mengalami tekanan darah tinggi adalah disebabkan kekurangan Mg. Kekurangan Mg juga boleh ‎mengakibatkan cramp, kekejangan otot (juga otot jantung dan saluran pernafasan yang ‎menyebabkan asma), sakit kepala dan migraine, sengal-sengal dan kelesuan. ‎

Justru, kalsium bersama dengan Mg adalah zat-zat gizi yang sangat penting bagi memelihara ‎fungsi jantung dan keseluruhan otot, bagi mengelak risiko penyakit jantung dan berbagai penyakit lain.‎

Mg juga sering digunakan bagi membantu individu yang mengalami sengal dan sakit belakang. Pengambilan Mg didapati dapat melegakan otot dibahagian belakang tubuh, tekanan kepada otot, bebanan kepada ginjal, sindrom keletihan melampau/chronic fatigue syndrome (CFS).

5     Mg ‎|‎ Penghasilan Kolagen:    Mg membantu penghasilan protein, yang secara perlahan ditukar menjadi kolagen. Kolagen adalah protein yang dihasilkan secara alami yang kebanyakannya didapati pada tisu-tisu serat seperti tendon, ligamen dan kulit. Kolagen juga berada dalam cornea mata, tulang, perut, kartilej, saluran darah, dan Prolapsed Intervertebral Disc/PID (PID adalah suatu penyakit dimana bantalan lunak diantara ruas-ruas tulang belakang (soft gel disc atau Nucleus Pulposus) mengalami tekanan dan pecah, sehingga terjadi penyempitan dan tersepitnya urat-urat syaraf yang melalui tulang belakang). Lebih banyak kolagen dalam sistem, maka lebih kukuh bahagian-bahagian tubuh tersebut yang memelihara saraf, otot dan juga tulang dalam tubuh.

6     Mg ‎|‎ Kesihatan Usus:    Mg membantu penyerapan zat-zat makanan seperti vitamin, zat gizi sodium, kalsium, ‎potassium dan fosforus. Penyerapan zat-zat gizi selalunya berlaku dalam usus kecil, dan disini juga Mg membantu menyah-toksin dari tubuh.

Mg terlibat dalam proses nyah-toksin, dan penghasilan anti-oksidan glutathione. Glutathione adalah paling anti-oksidan yang berkuasa dalam tubuh, dan penghasilannya memerlukan Mg.

Mg membantu proses penghadaman dan mencegah masalah seperti muntah, kurang penghadaman, perut memulas, perut kembung, ‎dan sembelit. Mg digunakan sebagai ubat segera pada masalah sembelit. Dos tinggi supplemen Mg yang larut air digunakan bagi melega/mengendurkan otot usus, dengan demikian membantu rentak kembang kuncup otot bagi menggerakkan bahan makanan melalui usus. Mg juga memiliki sifat menyerap air, yang mana membantu melembutkan bahan sisa dan memudahkan laluan bahan sisa dalam usus.

Mg sebagai 'antacid.' Mg digunakan bagi mengurangkan suasana terlalu berasid dalam usus yang menyebabkan ketidak-hadaman, dyspepsia (pedih ulu hati atau perut terlalu berasid). Magnesium hydroxide didapati sangat berkesan bagi tujuan ini. 

7     Mg ‎|‎ Lain-Lain Manfaat:

Sakit Ulu Hati/Angina.   Angina mungkin disebabkan penyakit berkaitan dengan arteri. Pengambilan Mg mungkin boleh mengurangkan serangan yang menyakitkan pada individu yang mengidap penyakit arteri pada jantung.

Keradangan.   Permakanan yg rendah Mg telah dikaitkan dengan proses keradangan yang bersemarak.  Keradangan yang biasa diperlukan juga bagi membantu fungsi kekebalan tubuh yang normal dan baik-pulih tisu setelah kecederaan. Namun keradangan melampau juga dikaitkan dengan risiko penyakit jantung, buncit dan kencing manis. Justru, dengan memelihara paras Mg yang disarankan boleh memelihara keradangan yang biasa. 

Mg untuk Kehamilan dan PMS.   Mg merupakan unsur yang penting bagi memastikan kehamilan yang sihat. Supplemen Mg sewaktu kehamilan adalah bermanfaat bagi mengurangi risiko osteoporosis dan bagi menambah daya tahan sakit, dengan demikian melancarkan proses kelahiran dan memelihara tekanan darah yang optima.

Magnesium sulfate mungkin berkesan merawat atau menghalang kekejangan eclamptic (pre-eclampsia or eclampsia) pada wanita hamil yang mengidap tekanan darah tinggi. Namun, kajian tentang keberkesanan Mg bagi merawat kejang otot kaki sewaktu kehamilan masih berbeza. Dalam satu kajian menunjukkan Mg boleh mengurangkan kekerapan berlaku kejang otot pada kaki, manakala kajian lain tidak pula menunjukkan sebarang faedah dari Mg.

Terdapat juga kajian yang mendapati Mg mungkin berkesan bagi merawat Premenstrual syndrome (PMS); mengurangkan gejala PMS termasuk perubahan mood, sendawa, dan migrain sebelum kedatangan haid.

Mg untuk Kulit.  Terdapat juga orang menggunakan Mg bagi merawat kulit yang dijangkiti dengan ulser, bisul, dan mempercepat kesembuhan. Mg juga digunakan bagi merawat jangkitan kulit yang parah disebabkan oleh bakteria strep (erysipelas). 

Lebihan Magnesium



Lebihan Mg jarang berlaku. Individu yang mengambil Mg terlalu berlebihan boleh mengalami kemerosotan kesihatan. Menurut 'Office of Dietary Supplements', lebihan Mg boleh mengakibatkan keracunan Mg. Gejala lebihan Mg hampir sama dengan kekurangan Mg. 

Individu yang mengidap penyakit ginjal perlu menghindari dari mengambil supplemen Mg, melainkan atas nasihat doktor. 

Sumber Magnesium‎



Mg selalunya lebih banyak terdapat dalam makanan yang berserat. Ion Mg rasanya masam.

Berbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan sumber Mg yang baik. Bayam, kailan, brokoli, labu, tomato, ubi beet, ubi kentang, kunyit (100gm-48%DV), halia, jintan (hitam dan putih), ‎rempah dll.
 .
Jenis kekacang, bijian, dan bijirin. Kacang lima, artichokes, buckwheat, kuaci labu, kacang tanah, gandum, beras perang (100 g - 21% DV) , bijan, oat, barli, cornmeal, badam, coklat, kopi dll.

Bahan makanan berdaging dan produk tenusu. Daging lembu, ayam, ikan, telur, susu, yoghurt dll.

Air juga turut merupakan sumber Mg; air sadah (hard water) mengandungi lebih banyak Mg dari air lunak (soft water), akan tetapi air sadah tidak begitu baik untuk tubuh terutama pada ginjal. 

Berikut adalah senarai analisa kandungan Mg mengikut ranking dunia yang boleh dijadikan petunjuk kepada permakanan:

Jenis MakananSaiz SajianNilai (mg)% DV Penilaian
Bayam1 cawan156.60 39.15terbaik
Swiss Chard/Kailan 1 cawan150.50 37.62terbaik
Biji Labu 1/4 cawan 190.92 47.73 sangat baik
Labu1 cawan43.20 10.80 sangat baik
Turnip Green/Lobak Cina1 cawan31.68 7.92sangat baik
Bijiran Bijan1 cawan126.36 31.59baik
Kacang Hitam1 cawan120.40 30.10 baik
Kinoa/Quinoa1 cawan118.40 29.60baik
Gajus1 cawan116.8029.20baik
Bijian Bunga Matahari1 cawan113.75 28.44baik
Tempeh1 cawan87.3221.83 baik
Buckweed1 cawan85.6821.42baik
Kacang Pinto1 cawan85.5021.38 baik
Beras Perang1 cawan83.8520.96 baik
Barli1 cawan81.5720.39 baik
Kacang Lima/Buncis1 cawan 80.8420.21 baik
Millet/Sekoi1 cawan76.56 19.14 baik
Kacang Ginjal1 cawan74.3418.59 baik
Oat2 cawan69.0317.26baik
Badam1 cawan61.6415.41 baik
Rye1 cawan61.3515.34 baik
Gandum 1 cawan58.24 14.56baik
Betik1 cawan57.9614.49 baik
Bijian Flax 1 cawan54.8813.72 baik
Kacang Hijau 1 cawan53.72 13.43baik
Penilaian dan Kedudukan menurut paiwaian permakanan dari
'U.S. Food and Drug Administration',
Jabatan 'Reference Values for Nutrition Labeling.'
%DV adalah peratusan dari kadar saranan harian.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...