Lobak Merah/Wortel/Carrot, sangat kaya dengan kandungan vitamin A (beta-karotin) !
Lobak Merah
Ia merupakan sejenis tumbuhan sayuran yang berumbi. Berwarna oren, namun warna jingga, ungu, merah, kuning dan putih juga wujud.
Sebagai makanan, tekstur umbinya rangup ketika segar. Daunnya juga boleh dimakan. Lobak merah sudah menjadi makanan oleh rata-rata penduduk dunia hari ini.
Lobak merah dipercayai mula ditanam di Iran dan Afghanistan sejak beribu tahun dahulu, dari jenis liar Daucus carota. Kebanyakan umbinya bersaiz kecil, berwarna ungu atau merah, umbinya lebih keras dan rasanya pahit.
Pilihan demi pilihan dalam usaha penanaman lobak merah akhirnya muncul lobak merah spesis Daucus carota subsp. sativus yang terdapat diseluruh dunia dewasa ini; lebih besar, lebih enak rasanya, agak harum baunya, dan rangup dimakan.
Nutrien Lobak Merah
Kebanyakan jenis lobak merah mengandungi 88% air, 7% gula, 1% protein, 1% serat, 1% kandungan zat, and 0.2% lemak.
Serat makanan lobak merah kebanyakannya terdiri dari jenis cellulose, serta sedikit hemicellulose dan lignin; 3 jenis komponen binaan pohon-pohon. Tubuh manusia tidak memiliki enzim yang mampu menghadam cellulose. Akan tetapi cellulose yang tidak dihadam menjadi serat yang membantu pergerakan makanan yang dihadam melalui saluran usus.
Kanji amat sedikit dalam lobak merah. Jenis gula yang terkandung dalam lobak merah adalah glukos, xylos dan fruktos.
Ciri-ciri utama lobak merah adalah warnanya yang oren terang, kerana kehadiran paling banyak β-karotin, dan sedikit jumlah α-karotin dan γ-karotin (α- alpha, β- beta, dan γ- gamma). α dan β-karotin, apabila melalui proses metabolisma dalam tubuh, akan ditukar menjadi vitamin A. Lobak merah paling kaya dengan kandungan vitamin A, terutama dari β-karotin.
Ia juga mengandungi vitamin B-komplkes, C, E, dan dalam setengah spesis terdapat juga vitamin K.
Zat-zat gizi yang diperlukan oleh tubuh juga hadir dalam lobak merah dalam jumlah yang rata-rata sedikit; seperti kalsium, besi, magnesium, manganese, fosforus, potassium, dan zinc.
Lobak merah juga mengandungi zat-zat phyto yang dikenali sebagai 'polyacetylenes'. Dikalangan polyacetylenes tersebut, jenis yang penting ialah falcarinol dan falcarindiol.
Rasa lobak merah banyak dipengaruhi oleh asid glutamik dan asid-asid amino jenis lain. Asis-asid jenis lain hanya sekelumit; seperti asid sukkinik, asid α-ketoglutarik, asid laktik, asid glycolik, dan asid phenolik (banyak dari jenis asid kaffeik). Kemanisan dan rasa enak lobak merah menjadikan ia sangat digemari dan menjadi bahan dalam pelbagai resepi masakan dan juga minuman.
Manfaat Lobak Merah
Lobak merah dianggap makanan yang berkhasiat lagi menyihatkan tubuh manusia. Keistimewaan lobak merah terletak pada kandungan β-karotin yang tinggi didalamnya.
Lobak Merah dan Vitamin A
Lobak merah adalah sumber terkaya dengan vitamin A. Setiap 100g membekalkan melebihi 104% kadar saranan harian yang diperlukan oleh warga Asia yang dewasa. Lebih dari 77% darinya merupakan β-karotin.
β-karotin adalah "Provitamin A" atau Pemula kepada vitamin A. Bermaksud β-karotin perlu di tukar terlebih dahulu menjadi retinol untuk dapat diserap oleh usus dan ditukar oleh sistem penghadaman tubuh untuk akhirnya menjadi vitamin A.
β-karotin juga merupakan anti-oksidan dari keluarga karotenoid. Karotenoid adalah suatu kumpulan anti-oksidan yang sangat berkesan melindungi tubuh dari gejala radikal bebas. Terdapat antara 6000 - 54,000 mikrogram karotenoid bagi setiap 100 gram dalam umbi lobak merah. (*Ahli-ahli keluarga karotenoid yang lain tidak tergolong sebagai ahli keluarga vitamin A ialah - lycopene, zeaxanthin, dan lutein).
Di dalam β-karotin terkandung "flavonoid." Flavonoid adalah bahan anti-oksidan yang mengeluarkan berbagai warna dan rasa kepada buah-buahan dan sayur-sayuran menjadikan lobak merah berwarna oren terang. Dipasar-pasar terdapat berbagai warna lobak merah - oren yang paling terbiasa, ungu, kuning, dan merah. Semuanya mengandungi pelbagai anti-oksidan yang mewarnai lobak merah (umpamanya anthocyanin dalam lobak ungu dan lycopene dalam lobak merah).
Manfaat Vitamin A Beta-Karotin - β-karotin adalah anti-oksidan yang sangat berkesan. Anti-oksidan adalah enzim yang mencegah radikal bebas dari memusnahkan sel-sel, tisu-tisu, otot-otot dan DNA tubuh. β-karotin juga menghalang se-sel, tisu-tisu, otot-otot, dan kulit dari cepat runtuh, kendur, berkedut dan berkeriput. Memelihara kulit menjadi lebih sihat, segar, lembut dan anjal, menjadikan kulit lebih bersinar dan tidak cepat di mamah usia.
Kajian menunjukkan bahawa makanan yang mengandungi karotenoid (termasuk alpha-karotin dan beta-karotin) berperanan utama mengurangkan kesan sampingan akibat dari penyakit dan pencegahan dari penyakit-penyakit berikut:
- Penyakit Mata dan Penglihatan - Penyakit Kerosakan Retina Mata "Age-related macular degeneration", katarat (selaput mata), rabun mata.
Menurut pakar mata, kekurangan vitamin A boleh menyebabkan bahagian luar 'photoreceptor' mata merosot, dan menjejaskan penglihatan. Karotenoid, terutamanya β-karotin, juga membantu mencegah dari penyakit katarat dengan cara menyerap radikal bebas yang boleh merosakkan mata, membantu menyihatkan mata, memelihara penglihatan yang baik. - Kanser - Kanser larynx (tekak, kerongkong), kanser paru-paru (termasuk asma, pneumonia), kanser rahim, kanser prostate, kanser kolon, leukemia, dan kanser kulit.
Terlalu banyak bukti yang terdapat menunjukkan bahawa pengambilan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan nilai anti-oksidan, termasuk lobak merah, boleh mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung.
Menurut satu kajian yang dilakukan oleh Harvard School of Public Health's Department of Nutrition, lelaki remaja yang permakanannya tinggi dengan β-karotin lebih terlindung dari kanser prostat.
Satu kajian menunjukkan bahawa penghisap rokok yang tidak memakan lobak merah menghadapi risiko 3 kali ganda mengidap kanser paru-paru jika dibandingkan dengan mereka yang memakan lebih dari sekali dalam seminggu. - Penyakit Jantung dan Sakit Uluhati.
- Penyakit Peranakan - berkaitan rahim/kandungan "Cervical dysplasia", keputihan pada alat kelamin perempuan, jangkitan pada alat kelamin lelaki "Chlamydial infection".
- Lain-lain penyakit - seperti rapuh tulang (osteoarthritis) dan arthritis.
Lobak Merah dan Zat Phyto
Banyak kajian tentang lobak merah tertumpu kepada nilai-nilai karotenoid dan manfaat anti-oksidan yang dimilikinya. Ini disebabkan lobak merah (sepertimana labu dan bayam) berada dalam ranking yang tertinggi dengan kandungan beta-karotin.
Akan tetapi, kajian diakhir-akhir ini telah beralih kepada zat-zat phyto dikenali sebagai 'polyacetylenes' yang terkandung didalamnya. Paling penting dari kalangan polyacetylenes ialah falcarinol dan falcarindiol (cis-heptadeca-1,9-diene-4,6-diyne-3,8-diol). Falcarindiol adalah bahan yang memberi rasa pahit pada lobak merah. Menurut penganalisaan, falcarindiol menunjukkan aktiviti anti-kulat Mycocentrospora acerina dan Cladosporium cladosporioides.
Beberapa kajian telah mengenal-pasti bahawa lobak merah mengandungi 2 kelompok zat phyto, iaitu karotenoid dan polyacetylenes, yang bertindak seirama bagi menyihatkan kesihatan tubuh:
- karotenoid boleh mencegah bukan sahaja dari kerosakan oksidasi dalam tubuh, tetapi juga membantu menghalang kerosakan oksidasi kepada polyacetylenes yang terdapat dalam lobak merah.
- zat phyto polyacetylenes boleh mencegah perkembangan sel-sel kanser kolon.
No comments:
Post a Comment