2

Monday, April 15, 2013

Jom Tanam Pohon Acerola@Barbados !!!

Ceri Acerola

Nama botani Ceri Acerola ialah Malpighia emarginata/glabra, dari kerabat pepohonan Malpighiaceae.‎ Dikenali juga Ceri Barbados, West Indian Cherry, Cerise des Antilles, Cerise de la Barbade, Puerto Rican Cherry, Crapemyrtle dan berbagai nama menurut negara di mana ia tumbuh. Di Malaysia, ada yang menamakannya Ceri Siam.


Acerola berasal dari Yucatán (Mexico). Tumbuh bertaburan di Mexico, ‎Peru, Brazil, Caribbean, Florida, Lembah Rio Grande Texas. Turut di tanam di ‎negara-negara tropika dan sub-tropika, termasuk Australia, Kepulauan Canary, Madagascar, ‎Ethiopia, Zanzibar, Ghana, India, China, Taiwan, Hawaii, Australia, dan Thailand.

Pohon Acerola rendang, tidak besar. Tinggi sekitar 2-3 meter, kadangkala mencecah 6 meter. ‎Dahan-dahannya kecil dan pendek.Bagi penggemar pokok hiasan, pohon Acerola sering di bentuk menjadi "bonsai".

Bunganya berumpun kecil, berwarna merah jambu dan jingga.Bunga-bunganya bersifat "bisexual", bunga jantan dan betina pada satu pohon. Bunga-bunga dikelilingi ‎dedaunan hijau kecil.

Besar ceri/buah Acerola, sekitar 1-3 sm diameter. Kira-kira sebesar buah longan/lengkeng biasa. Berangkai dan berumpun 2 biji atau lebih. Warna hijau ketika muda, ‎merah muda terang apabila mula masak, merah kehitaman apabila ‎ranum.

Ceri Acerola mentah (muda, masak atau ranum) boleh lansung di makan. Rasanya masam-manis. Isinya lembut, penuh jus, ‎bagaikan isi jambu air, sesuai di buat jus. Di Brazil dan beberapa negara Eropah, jus Acerola menjadi minuman kebiasaan.


Nutrien Acerola

Keistimewaan Acerola terletak pada kandungan vitamin C-nya yang sangat tinggi. Vitamin yang mudah di serap oleh tubuh berbanding Asid Askorbik ‎Sintetik (vitamin C hasil makmal).

Antara buah-buahan yang tinggi kandungan vitamin C, Acerola dipercayai berada di ranking ke-5 dunia: 1) Kakadu Plum 2,300-3,150 mg/100gm; 2) Camu-Camu 2,700 mg/100gm; 3) Goji Berry 2,500 mg/100gm; 4) Rosehips (Beri Mawar) 1,150-‎2,500 mg/100gm; 5) Ceri Acerola/Barbados 1,644-1,678 mg/100gm.

‎‎
Sebiji ceri Acerola yang kecil juga mengandungi zat gizi: kalsium, besi, magnesium, manganese, potassium, phosphorus, copper/tembaga ‎dan zinc. Kandungan magnesium, potassium dan B5 adalah 2 kali ganda melebihi oren, kandungan vitamin C-nya pula "luarbiasa" melebihi 65 kali ganda dari ‎oren, yakni menyamai dos saranan harian (RDI) dari U.S.FDA = 60 mg !!! ‎

Acerola juga mengandungi banyak vitamin A, lebih kurang sama dengan lobak merah. Terdapat juga vitamin B1 ‎‎(thiamine), B2 (riboflavin), B3 (niacin), B5 (asid pantothenik), dan B9 (Folate).

Di samping zat gizi dan vitamin-vitamin, Acerola juga mengandungi unsur-unsur anti-oksidan ‎yang bermanfaat untuk kesihatan; seperti carotenoid dan bioflavonoid. ‎

Acerola rendah lemak tepu dan sodium (garam), sangat rendah kolesterol. ‎

Manfaat Kesihatan Acerola

Keunggulan Acerola terletak pada kandungan vitamin C yang sangat tinggi. Manfaat Acerola lebih merujuk kepada berbagai manfaat vitamin C pada kesihatan tubuh manusia.

Dos Mega Vitamin C. Berapa Banyak Perlu Di ambil? Tubuh manusia tidak mampu menghasilkan sendiri vitamin C. Perlu dibekalkan melalui bahan makanan setiap hari. Vitamin C sangat sensitif, mudah musnah oleh haba dan sinar cahaya yang terik. ‎Sedangkan tubuh sangat memerlukan, lebih banyak vitamin C dari lain-lain vitamin. Perlu untuk penghasilan “collagen”, bahagian dalaman kulit, tendon, tulang, gusi, gigi, dan pembuluh dan ‎saluran darah, pembinaan dan pembaikan tisu-tisu, dan membantu memelihara ‎kandungan lemak dan paras kolesterol di dalam tubuh.

Menurut kajian Dr. Thomas Levy M.D., disiarkan dalam “the Annals of the New York ‎Academy of Sciences”1961, kenapa binatang mampu terus hidup sihat, manakala manusia terpaksa menanggani salah satu atau lebih penyakit kronik yang dihidapi selama beberapa tahun semasa hayat mereka? Sebabnya ialah binatang mampu menghasilkan ‎sendiri vitamin C. Contohnya, kambing liar menghasilkan sendiri lebih kurang 13,000 mg/hari, bahkan meningkat kepada 100,000 mg/hari apabila menghadapi jangkitan atau keracunan yang ‎mengancam nyawa mereka. Menurutnya lagi, dos vitamin C yang tinggi mampu melawan ‎serangan bakteria, jangkitan virus, toksin, sariawan "SAR", penyakit hati "hepatitis" dan penyakit kulit "herpes". Bahkan dos yang ‎sentiasa tinggi mampu mengawal perkembangan AIDS.

Para saintis dan doctor banyak sepakat mempertahankan bahawa Dos Saranan Harian (RDA) vitamin C perlu lebih tinggi bagi ‎memelihara kesihatan dan melawan penyakit. Lebihan pengambilan vitamin C adalah selamat berlabel "generally regarded as safe" (GRAS), dan bukan penyebab kepada batu ‎karang ginjal. “The United States' Vitamin C Foundation” ‎mengesyorkan setiap lelaki, perempuan, kanak-kanak (usia 13 tahun ke atas), perlu mengambil ‎sekurang-kurangnya 3,000 mg/hari vitamin C bagi memelihara kesihatan yang optima; ‎wanita hamil 6,000 mg/hari; dan waktu di serang penyakit 20,000 - 30,000 mg/hari. ‎

Linus Pauling – Pemenang Nobel Prize di bidang Kimia menyarankan 6,000 - 12,000 mg/hari. Dr. Robert Cathcart III, pula menyatakan apabila tubuh kurang sihat tubuh mampu menyerap ‎vitamin C antara 4,000 -16,000 mg/hari. Dr. Cathcart, melalui experimen makmal, telah menunjukkan tubuh manusia mampu ‎menyerap 4,000 mg/hari. ‎Dr Frederick Klenner, seorang doktor klinik dan pengkaji dari Reidsville, North Carolina, melapurkan dos ‎vitamin C yang tinggi – sehingga 20,000 mg/hari selama 3 hari – telah menyembuhkan 60 pesakitnya yang mengidap "Polio". Lapuran ini ‎telah disiarkan di dalam jurnal perubatan, namun aneh di anggap sepi, tidak di beri perhatian!!! ‎

Dan untuk selsema parah “flu” –  kajian menunjukkan 20,000 mg/hari akan memberi manfaat. ‎Untuk penyakit kayap (“shingles”) – kajian menunjukkan keadaan selepas serangan virus yang ‎menyakitkan mampu disembuhkan, dengan 3,000 mg; memakan 4 biji tablet ‎‎(1,000 mg/biji) untuk 3 hari akan memberi kesan positif. Penyakit jantung dan saluran darah ke jantung memerlukan 6,000 - 18,000 mg/hari. Kajian oleh Dr .Hickey & Dr. Roberts, pesakit kanser ‎memerlukan 14,000 - 39,000 mg/hari.

Justru, Acerola adalah ceri/buah yang luarbiasa kandungan vitamin C; setiap 100 g Acerola segar mampu membekalkan dos mega lebih kurang 1,677 mg vitamin C, yakni 1,864% ‎dari jumlah saranan (RDI / RDA) yang disarankan oleh "the United States FDA". ‎Ia juga di iktiraf selamat di makan oleh ‎badan permakanan dan perubatan FDA, USA.‎

Kepadatan Vitamin C Acerola – Nilai Tinggi Anti-Oksidan. Acerola sarat kandungan vitamin C. Semakin matang/ranum, ‎semakin kurang vitamin C di dalamnya. Justru, lebih baik di petik untuk di makan ketika masih muda, ketika buah masih berwarna hijau.

Kajian yang tersiar dalam jurnal “Food Science and ‎Technology International” dan “Plant Foods and Human Nutrition” menyatakan, Acerola muda, ‎yakni belum matang/ranum, memiliki lebihan vitamin C, kandungan “polyphenol” didalamnya ‎melebihi kira-kira 2 kali ganda, lebih berkemampuan melindungi DNA tubuh dari ancaman radikal bebas.

Kepadatan vitamin C dalam Acerola di anggap mampu meningkatkan aktiviti anti-oksidan, dan ‎sangat berkesan menyihatkan tubuh. Kajian yang tersiar dalam “Journal of Agricultural and Food ‎Chemistry” menyatakan, nilai anti-oksidan
Acerola bersumber dari unsur-unsur kimia asli “poly-‎phenolic anthocyanidin”: seperti asid chlorogenik, asid ferulik, delphinidin, malvidin, ‎pelargonidin, peonidin, petunidin, tannins, cyanidin-3-glycoside, quercetin, dan kaempferol. ‎

Anthocyanidin adalah gerombolan molekeul flavonoid yang bermanfaat pada kesihatan tubuh. Eksperimen-eksperimen makmal menunjukkan bahawa anthocyanidin membantu menghalang dan ‎meringankan beberapa jenis penyakit termasuk kanser, kencing manis, penyakit kesakitan payudara ‎‎(fibrocystic disease), keradangan, jangkitan bakteria dan kakacauan saraf (neurological ‎impairments - jenis kemerosotan saraf yang berkaitan dengan sistem pusat saraf merangkumi otak ‎dan tulang belakang tubuh).

Anthocyanidin juga mempunyai nilai anti-keradangan yang ‎mengurang/merawat sakit kepala, memberi kesan yang sama sepertimana aspirin dan ibuprofen. ‎Juga membantu merawat demam dam sakit tekak/tenggorokan. ‎

Acerola Anti-Penuaan. Kajian terbaru dalam bidang kosmetik mendapati vitamin C ‎adalah anti-oksidan yang sangat berkesan sebagai pemusnah radikal bebas yang mengancam kulit. ‎

Nilai anti-oksidan vitamin C dan bioflavonoid yang terkandung dalam Acerola mampu ‎membina dan memelihara collagen bagi menganjalkan ‎kulit, membantu pertumbuhan dan baik-pulih tisu-tisu tubuh, tisu-tisu penghubung dan saluran-‎saluran darah.

‎Berserta kandungan vitamin yang lain dan protein, Acerola juga mengandungi garam galian yang dapat ‎membantu menyegar kembali kulit-kulit yang lusuh dan luluh; menghalang penuaan kulit dan ‎penuaan sel-sel tubuh; menghalang perubahan tona dan warna kusam kulit; dan menghalang kekedutan. ‎Acerola kini sangat “popular” menjadi bahan tambahan@utama dalam produk-produk penjagaan kulit. ‎

Acerola mampu bertindak sebagai pemangkin kepada sistem kekebalan tubuh, yang berfungsi ‎mengatur kadar metabolisma tubuh dan mempercepat kesembuhan dari kecederaan luka, ‎kelecuran, dan calar. Ia juga penawar terbaik bagi menghalang masalah gigi dan gusi, ‎penyakit kulit seperti kayap, kurap, panau dan sebagainya. ‎

‎Acerola juga mengandungi vitamin A, zat yang penting untuk menambah-baik penglihatan mata, saluran ‎pernafasan dan lapisan tisu lembab. Penilaian yang di buat oleh “USDA National Nutrient ‎Database for Standard Reference” meletakkan Acerola pada ranking ke-3 memiliki kepadatan ‎kandungan vitamin A dari mana-mana buah-buahan tropika. ‎

Acerola Menyihatkan Darah. Acerola mengandungi vitamin, zat gizi dan enzim ‎yang membantu tubuh menyerap zat besi, zat yang penting bagi pembinaan hemoglobin di dalam ‎tubuh. Zat besi membantu membekal oxygen kepada sel-sel, menghasilkan collagen, menstabilkan ‎fungsi dayatahan tubuh, dan menghalang anemia (kurang darah dan pucat). Menurut “The Institute ‎of Food and Agricultural Sciences at University of Florida, the U.S. Department of Agriculture's ‎National Nutrient Database for Standard Reference”, zat besi dalam Acerola ‎sesuai untuk tubuh. ‎

Acerola Untuk Diabetes. Kajian juga menunjukkan bahawa "asid chlorogenik" di dalam Acerola membantu ‎mengurangkan kadar gula dan mengawal tahap glukos dalam darah pada pesakit Kencing Manis “Jenis-II ‎diabetes mellitus.”

Acerola Untuk Perut, Usus, dan Hati. Acerola mampu menyembuhkan masalah perut ‎dan usus; seperti gastrik, sembelit, cirit-birit, muntah-berak, dan organ hati yang kurang sihat ‎lemah atau hepatitis. ‎

Acerola Untuk Kesihatan Jantung dan Pencegah Arteriosclerosis. Unsur-unsur anti-oksidan ‎yang terkandung di dalam Acerola, seperti bioflavonoid dan carotenoid, membantu merendahkan ‎tahap kolesterol LDL (kolesterol mudarat) di dalam darah dan mengurangkan kesan ‎‎“arteriosclerosis” (saluran darah arteri mengeras, tidak anjal). Anti-oksidan jenis ini juga membasmi mana-mana anasir ‎kanser dan melindungi kulit dari sebarang jangkitan atau menjadi berpenyakit. Acerola boleh di anggap sebagai tonik kesihatan untuk organ jantung dan saluran-saluran darah ke ‎jantung. ‎

Lain-lain Khasiat Acerola. Acerola membantu menghasilkan hormon melatonin, iaitu hormon ‎yang bertindak sebagai anti-stres. Manfaat lain termasuk mengurangkan gejala menopaus; seperti ‎keletihan, kesakitan payudara dan gelodak perasaan mudah marah.‎

Kajian makmal juga mendapati bahawa daun, kulit kepada kayu/dahan, dan ceri Acerola memiliki nilai anti-‎kulat, dan anti-bakteria terutama terhadap bakteria “Staphylococcus epidermidis” (sejenis bakteria yang berada dalam kulit, jika merebak ‎ boleh merosak dan mencacatkan kulit).

Acerola Anti-Kanser, Pelindung Radiasi Nuklear. Dr. Atsuo Yanagisawa, M.D., Ph.D., dari “the Japanese College of IV Therapy” telah membuat ‎kajian ke atas para pekerja Fukushima yang mengendalikan pembersihan runtuhan-runtuhan yang tercemar ‎radio-aktif selama 5-6 minggu. Sebelum memasuki ‎medan tercemar radio-aktif, sebahagian dari para pekerja diberikan dos pra-rawatan 25,000 ‎mg vitamin C dan anti-oksidan lain seperti asid alpha-lipoik dan vitamin E. Kesannya, kesemua mereka terlindung dari kerosakan DNA dan risiko kanser. ‎

‎Pada pekerja yang tidak menerima dos pra-rawatan, mereka dicemari radiasi. Setelah di beri rawatan selama 2 bulan, DNA mereka yang rosak kembali ke tahap normal, seluruh gejala ‎risiko kanser yang mereka hidapi juga kembali ke tahap normal. ‎


Satu kajian lain dari Harvard Medical School juga menunjukkan kesan positif yang sama. Para Pengkaji merumuskan bahawa Vitamin C bukan sahaja melindungi dari kesan radiasi, juga memperbaiki mana-mana kerosakan yang telah berlaku akibat dedahan kepada radio-aktif tersebut, melindungi sel-sel tubuh dari dimusnahkan oleh radiasi. Experimen menunjukkan sekiranya manusia terdedah kepada radiasi yang parah, dos 10,000 mg/hari telah membuktikan mampu memperbaiki kerosakan kepada sel-sel tubuh.

Vitamin C adalah salah satu dari zat makanan yang sangat berkesan bagi melindungi ancaman radikal ‎bebas yang merosakkan tubuh. Manakala asid askorbik (versi vitamin C penghasilan makmal) ‎juga memberi kesan positif. Acerola adalah superfood sarat vitamin C yang mampu ‎melindungi dari kesan radio-aktif!!! ‎

Produk-Produk Acerola

Banyak produk-produk supplemen Acerola yang terjual di pasaran antarabangsa; dalam bentuk tablet, serbuk/bubuk, atau pun jus. Produk-produk tersebut banyak dihasilkan dari China. Terdapat juga produk yang dihasilkan dari Brazil dan India.




Jom Tanam Pohon Acerola !!!

Pohon Acerola sebenarnya sangat sesuai di tanam di iklim Asia Tenggara. Ia pohon yang mudah hidup dan tumbuh subur di rantau ini.

Anak pokok Acerola boleh didapati di beberapa Nursery Tanaman di Malaysia. Bukan semua pengusaha yang tahu nama pohon Acerola Cherry, atau Barbados Cherry. Ada setengah dari pengusaha hanya mengenalnya dengan nama Ceri Siam. Harga sepohon anak pokok lebih kurang RM8-00.

Boleh di tanam di dalam pasu bunga, atau pun lansung ke tanah. Asal saja di beri baja, selalu di pangkas, ia akan mudah berbuah dan lebat. Jika di semai dari biji, mampu berbuah dalamasa usia 2-3 tahun. Jika di tanam dari anak pokok yang di beli dari Nursery, mampu berbuah mencecah usia 1 tahun. Ia jenis pohon yang tidak bermusim. Mampu berbuah sepanjang tahun.


Menilai khasiat-khasiat kesihatan yang terkandung di dalam Ceri Acerola, menanam pohon ini mungkin satu usaha yang bermanfaat!!! 

Di segi komersial, tanaman ini sangat menggalakkan dan berpotensi tinggi untuk dimanfaatkan di rantau ini!!!





2 comments:

  1. Admin,

    How's your acerola berries plant going? I want to plant it too :) here in Malaysia.

    Were you able to find any camu-camu seeds? How's that going?

    Mei

    ReplyDelete
  2. yes, i got 2 plants now. both r purchased from different plant nurseries. 1 in dengkil n another in kajang. fazlisyam frm blog "segalanya tentang tumbuhan" gave me a lead re kajang nursery.

    both r growing very well. they r hardy n easy growing in our malaysian soil. u can get the plant from some plant nursery in malaysia, operator may not know specifically about "acerola or barbados plant" but most of them will know if u say 'ceri siam.'

    camu-camu seed? i'm still on d hunt. one malay lady from kuantan has d plant, but failed to respond. last resort i may have to buy online. any idea?

    i plan to cultivate on a larger scale, since world demand is great for both of them. 1.5 - 2 years yeild. not too long to wait right?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...