3

Saturday, September 29, 2012

Aloe Vera – Herba Mujarab Untuk Kesihatan

Aloe Barbarae, spesis tertinggi dari kalangan kaum kerabat Aloe Vera. 
Tinggi boleh mencecah sehingga 45 kaki (13.716 meter). Banyak tumbuh di Afrika.
photo credited to LT 10. 
Dari 30,000 pohon-pohon herba perubatan dan kesihatan yang berdaftar, Aloe Vera adalah terunggul!!!
Aloe Vera kaya dengan zat-zat makanan yang bermanfaat untuk membina kesihatan tubuh!!!


1    Pohon Aloe Vera

Pohon Aloe Vera, dikenali juga pohon Lidah Buaya dikalangan warga Kepulauan Melayu dan Nusantara. Mesir purba menggelar “pohon keabadian atau pohon kehidupan”, Rusia “penawar keremajaan", Cina "penawar harmoni", Afrika menamakannya “lily padang pasir”, atau “pohon ubat”, dan berbagai nama lagi. Sifatnya yang mujarab menanggani kelecuran pada kulit, Aloe Vera juga disebut sebagai “pohon kelecuran”. Aloe adalah perkataan Arab “alloeh” yang bermaksud “pahit”. Ini disebabkan gel yang terkandung di dalam daun/pelepah aloe vera, rasanya agak pahit.

Aloe Vera adalah dari kerabat pohon-pohon Xanthorrhoeaceae. Juga dikaitkan sebagai kerabat pohon-pohon Aloaceae dan Liliaceae. Sifatnya seakan-akan tumbuhan “cactus” yang menyimpan air/cecair didalamnya. Mampu hidup di tanah yang tandus gersang. Dipercayai berasal dari Afrika, dan negara-negara persekitarannya seperti Madagascar dan Semenanjung Arab.

Terdapat lebih dari 500 spesis Aloe Vera yang tumbuh membiak di serata dunia. Dari 500 spesis ini, Aloe Barbadensis Miller yang terunggul; kerana dikenal-pasti kaya dan padat dengan kandungan vitamin-vitamin, zat galian/gizi, asam amino, enzim dan berbagai unsur-unsur bio-kimia aktif yang bermanfaat untuk kesihatan dan penyembuhan dari berbagai jenis penyakit. Kesemua nutrien ini terkandung di dalam gel berbentuk lendir yang bening terbalut di dalam pelepah Aloe Vera.



Barbadensis Miller

Aloe Arborescens
Aloe Ferox
Pohon ini sering juga terlihat di tanam di sekitar perkarangan rumah-rumah sebagai pohon hiasan. Namun, sayang 1000 kali sayang, ramai yang masih tidak sedar betapa tumbuhan ini kaya dengan nutrien yang amat bermanfaat bagi membina kesihatan tubuh.

Aloe Vera sudah berabad bahkan berkurun lamanya digunakan sebagai herba perubatan tradisional. Kegunaan Aloe Vera sejak zaman berzaman, kemujarabannya yang luarbiasa, telah menarik minat para pengkaji permakanan dan saintis pada pertengahan abad ke 20, untuk membongkar rahsia-rahsia yang terkandung di dalam Aloe Vera. Akhirnya, kebanyakan rahsianya kini diketahui. Lebih dari 30,000 pohon-pohon herba berdaftar yang memiliki nilai-nilai perubatan dan permakanan, Aloe Vera tersenarai antara yang terunggul kerana ciri-cirinya disegi rawatan dan penyembuhan dan kandungan nutrien yang lumayan didalamnya.


2   Kandungan Nutrien Aloe Vera

Kulit luar pada pelepah Aloe Vera berwarna hijau (atau kemerah-merahan); tidak mengandungi nutrien yang diperlukan oleh tubuh.


"Aloin", lapisan tipis berwarna kekuningan, terletak di antara kulit pelepah Aloe Vera dan gel, adalah getah aloe vera yang boleh menyebabkan sedikit kegatalan pada kulit. Namun, kesan sampingan ini hanya seketika, tidak memudarat kesihatan. Aloin juga tidak mengandungi sebarang nilai zat makanan.
Gel Aloe Vera, yang terbalut di dalam kulit pelepah dan lapisan aloin, sangat kaya dengan nutrien. Gel ini berupa serat lembut disaluti cecair lendir yang jernih bening lagi pekat. Gel Aloe Vera terdiri dari: 96% - air, 4% - berbagai jenis nutrien; zat galian/gizi, vitamin, asam amino, enzim, zat“phyto”(zat peransang pada tindak-balas biologi-kimia didalam tubuh), protein, karbohaidrat dll. Kesemua nutrien yang aktif ini bermanfaat untuk kesihatan tubuh.

Gel Aloe Vera yang digunakan; dimakan/diminum dalam bentuk jus atau sebagai herba sapuan!!!

Zat-Zat Galian/Gizi

Terdapat lebih dari 20 jenis zat galian/gizi di dalam gel Aloe Vera. 13 darinya merupakan zat-zat galian asas yang diperlukan oleh semua sistem di dalam tubuh; untuk dapat berfungsi dengan baik, dan bagi menyihat dan memulihara tubuh. Sebahagian dari zat-zat galian ini merupakan “trace minerals”, iaitu tubuh hanya memerlukan sedikit kadarnya (di ukur dalam mikrogram) memadai untuk menampung berbagai fungsi di dalam tubuh.

Kesemua 20 jenis zat-zat galian/gizi tersebut ialah: Kalsium, Phosphorus, Magnesium, Manganese, Potassium, Besi, Copper, Zinc, Klorida, Sulphur, Sodium, Kromium, Selenium, Aluminum, Barium, Boron, Strontium, Silikon, Lithium dan Nikel.

Vitamin-Vitamin 

Terdapat 12 jenis vitamin terpenting di dalam gel Aloe Vera. Vitamin-vitamin ini juga sangat diperlukan oleh tubuh; untuk membekal dan mengendali semua sistem di dalam tubuh agar sentiasa sihat, utuh dan berfungsi dengan sewajarnya.

Kesemua 12 jenis vitamin-vitamin tersebut ialah: Pemula Vitamin A (beta-carotene), B1 (thiamine), B2 (riboflavin), B3 (niacinamide), B5 (asam pantothenik), B6 (pyridoxine), B9 (asam folik atau folacin), B12 (sukar di perdapat dari sumber pokok melainkan dari sumber daging binatang), C (asam askorbik), Choline, E (tocopherol dan tocotrienol), Niacin. 

Asam-Asam Amino 

Terdapat 20 dari 22 jenis asam amino di dalam gel Aloe Vera. Asam-asam amino ini diperlukan untuk membina sel-sel dan tisu-tisu tubuh. Mana-mana makanan yang mengandungi 20 jenis asam amino boleh di anggap sebagai makanan yang sangat istimewa untuk kesihatan tubuh. 9 dari 20 jenis-jenis ini tidak mampu dihasilkan sendiri oleh tubuh, perlu di perdapat dari makanan semulajadi/alami. Kajian menunjukkan bahawa Aloe Vera mengandungi kesemua 9 jenis asam amino ini.

Kesemua 20 jenis asam amino tersebut ialah: Arginin, Aspartik, Asparagin, Alanin, Cystin, Glycin, Glutamin, Histidin, Hydroprolin, Isoleucin, Lysin, Leucin, Methionin, Prolin, Phenylalanin, Serin, Threonin, Tyrosin, dan Valin. 

Zat Phyto dll. 

Gel Aloe Vera juga mengandungi lebih dari 250 jenis zat makanan “Phyto” yang aktif. Zat-zat phyto in terdiri dari beberapa jenis enzim, dan gula mono dan poli-sakkarida. Zat ini bertindak sebagai peransang kepada tindak-balas bio-kimia antara vitamin-vitamin, zat-zat galian/gizi, dan juga hormon-hormon di dalam tubuh, bertindak meransang pembinaan sel-sel baru dan sihat di dalam tubuh, juga sebagai faktor kesembuhan dan perawatan.

Jenis zat-zat phyto di dalam Aloe Vera, antaranya berupa: Alkaline Phosphates, Amylase, Alinase, Bradykinase, Catalase, Carboxipeptidase, Cellulose, Gamma transaminase, Lactic dehydrogenase, Lipase, Oxidase, Peroxidase, SGO transaminase, SGP transaminase, Glukos, Mannos, Galaktos, Xylose, Arabinos, Asam Uronik, Glycoproteins, Urea Nitrogen, Creatine, Potassium, Kalsium, Magnesium, Zinc, Phosphorus, Besi, Choline, Sodium, Lactic dehydrogenase, Saponins, Sterols, Asam Cinnamik, Asam Salicylik, Asam Aloetik, Barbaloin, Aloe Emodin, Antranol, minyak Ethereal, Isobarbaloi, dll.


3   Manfaat Kesihatan Dari Gel Aloe Vera

Seperti diperkatakan, sebab utama Aloe Vera menjadi sangat bermanfaat pada kesihatan tubuh kerana ia kaya dengan berbagai jenis nutrien; zat galian/gizi, vitamin-vitamin, asam amino, enzim dan berbagai jenis zat phyto. Kesemua nutrien yang terkandung di dalam gel Aloe Vera diperlukan oleh tubuh, samada untuk kesihatan atau kesembuhan dari penyakit. Justru ia adalah pohon herba yang sangat istimewa; anugerah berharga dari alam semulajadi. Mendapatkannya juga mudah dan murah!!!

(1)    Memampan Sistem Kekebalan Tubuh. Meminum jus Aloe Vera setiap hari boleh memampankan lagi sistem kekebalan tubuh!!!

Aloe Vera membekalkan berbagai nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Dengan bekalan nutrien yang mencukupi, sistem kekebalan tubuh menjadi bertambah mampan; mampu menangkis serangan mikroorganisma, dan mampu merawat tubuh dari sebarang kecederaan, jangkitan dan penyakit.

Aloe Vera mengandungi “acemannon” (“carrisyn” adalah nama komersial pada acemannon). Acemannon bersifat anti-virus, termasuk virus HIV. Acemannon adalah sejenis zat phyto yang menjadi pemampan kepada sistem kekebalan tubuh secara semulajadi/alami. Kajian klinikal menunjukkan bahawa acemannon menambah penghasilan “nitric oxide” (NO), iaitu sejenis kimia anti-kanser yang menyebabkan tumor kanser mengecut dan terhapus. Lebih banyak NO yang dihasilkan oleh acemannon maka lebih banyak sel-sel kanser yang mengecut, dan lebih cepat kesembuhan dari penyakit kanser. Meskipun belum ada ubat yang muktamad bagi mengubat AIDS, namun kajian klinikal juga menunjukkan bahawa acemannon dalam Aloe Vera dapat membantu melambatkan keparahan dari serangan virus HIV, dan keadaan ini memanjangkan jangka-hayat pesakit.

Polisakkarida (terutama gula mannose) dan Lectin yang terkandung di dalam Aloe Vera juga meransang penghasilan “macrophages” (sejenis sel darah putih) bagi menghapus sebarang virus kanser. Pada masa yang sama, bahan-bahan seperti interferons, interleukines, dan faktor tumor necrosis terhasil untuk membina sel-sel baru yang sihat bebas dari kanser. Satu kajian yang dijalankan pada 673 para pesakit kanser paru-paru di Okinawa, Japan, disiarkan di dalam “Japanese Journal of Cancer Research”, menunjukkan bahawa Aloe Vera memiliki sifat anti-kanser paru-paru dan juga jenis-jenis kanser yang lain.

(2)    Aloe Vera dan Sistem Penghadaman. Meminum jus Aloe Vera setiap hari boleh menyihatkan lagi sistem penghadaman!!!

Aloe Vera sangat berkesan sebagai pencuci semua saluran-saluran dan organ-organ penghadaman, terutama perut, usus kecil dan usus besar. Ia membersih saluran-saluran dan organ-organ tersebut, menanggal bahan-bahan sisa yang terpaut pada lapisan spora atau receptor di dinding usus, me-nyah toksin di dalam usus, mengurangkan suasana keasaman (acidity) di dalam usus, menghapus bakteria mudarat di dalam usus, dan menghalang usus dari menyerap bahan makanan yang beracun. Dengan demikian, membantu menghindar dari berbagai jenis penyakit usus.

Gula polisakkarida yang terkandung di dalam Aloe Vera mempunyai nilai-nilai perawatan dan kesembuhan terhadap berbagai masaalah usus. Sangat berkesan merawat penyakit keradangan di dalam usus penghadaman, dan membantu mengurangkan risiko kanser usus.

Berbagai jenis enzim yang terkandung di dalam Aloe Vera juga memudahkan/memperbaiki penghadaman dan mengendali/melancarkan pergerakan makanan di dalam usus, meredakan sistem saraf, meransang metabolisma tubuh dan membantu tubuh membakar kalori dengan lebih cepat. Masa untuk penghadaman makanan di dalam usus menjadi lebih singkat. Apabila lapisan spora atau receptor pada dinding usus menjadi bersih, memudahkan penyerapan zat-zat makanan dan vitamin-vitamin ke dalam darah.

Sebenarnya, meminum jus Aloe Vera adalah penawar terbaik bagi membasmi kanser usus besar (colon), gastrik, “ulcer” usus, termasuk irritable bowel syndrome (IBS- gejala keradangan perut), radang usus kecil, radang saluran penghadaman (Crohn's disease), sembelit, buasir, kerosakan spora pada lapisan usus kecil (Celiac disease), radang dan kanser esofagus, ulser mulut, sakit kerongkong dll.

(3)    Aloe Vera Dan Sistem Pengaliran Darah. Meminum jus Aloe Vera setiap hari boleh melancarkan lagi sistem pengaliran darah (cardiovascular system) dan memantabkan semua fungsi-fungsi organ di dalam tubuh!!!

Melancar Pengaliran Darah. Darah boleh menjadi pekat, melekat, melekit dan berkelompok disebabkan banyak amalan permakanan dari jenis gorengan, lemak-lemak susu cair yang diproses, lemak tepu binatang (saturated), minyak yang diproses (hydrogenated oils) seperti margerin dan berbagai jenis makanan kurang berkhasiat. Darah seperti ini akan lambat dan lembab mengalir di dalam pembuluh-pembuluh darah. Apabila keadaan ini berlaku, boleh menghalang nutrien dan oxygen dari dibekalkan sepenuhnya kepada tisu-tisu tubuh dan otak. Lambat laun, darah yang pekat, melekat, melekit dan berkelompok ini boleh menjadi tersumbat di dalam pembuluh darah yang terhubung dengan jantung. Akhirnya, boleh menyebabkan serangan jantung.

Meminum jus Aloe Vera dapat mencair dan menceraikan sel-sel darah yang pekat, melekit melekat dan terkumpul sesama sendiri. Pengaliran darah menjadi lebih lancar. Nutrien dan oxygen dapat dibekalkan ke seluruh organ dan sel-sel dan tisu-tisu tubuh dengan lebih sempurna. Dengan demikian, dapat mengurangkan risiko serangan sakit jantung.

 Zat phyto “polymers” yang terdapat di dalam gel Aloe Vera, hasil gandingan bersama dengan zat-zat phyto yang lain, dapat memacu oxygen masuk ke dalam darah. Dengan ketuangan oxygen yang lebih di dalam pengaliran darah, secara otomatis keadaan ini menggerakkan vitamin C, vitamin E dan anti-oksidan yang lain untuk bertindak dengan lebih berkesan.

Aliran darah yang lancar dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi. Asas physics menyatakan lebih pekat cecair maka lebih banyak tekanan diperlukan untuk mengepam cecair mengalir di dalam mana-mana sistem. Dengan mengurangkan kepekatan darah atau menjadikan darah lebih cair, darah dapat mengalir lancar, maka tekanan darah yang tinggi dengan sendirinya akan berkurangan.

Banyak manfaat lain apabila darah cair dan dapat mengalir dengan lancar di dalam tubuh. Umpamanya, darah dapat mengalir dengan sempurna ke otak, dapat mempertingkatkan lagi kemampuan otak disegi pemahaman, ingatan, pengecaman dan sebagainya, dan dapat mengurangkan penyakit Alzheimer.

Memantab Semua Fungsi-Fungsi Organ. Aloe Vera memperbaiki dan mengutuhkan kesaimbangan pada hampir kesemua fungsi-fungsi tubuh; meransang hati dan ginjal untuk berfungsi dengan lebih baik, membantu sistem “endocrine” (berkaitan kelenjir dan hormon) termasuk pancreas, kelenjer thyroid, hati, jantung, ginjal, sendi-sendi dan tulang dll.

Aloe Vera juga meransang sumsum tulang untuk menghasilkan sel darah merah dan sel darah putih. Penyakit kelesuan dan keletihan yang berkait rapat dengan anemia dan sakit kepala dapat di atasi dengan meminum jus Aloe Vera.

Gel Aloe Vera juga membekalkan tenaga kepada sel-sel dan tisu-tisu tubuh. Terdapat juga amalan para athelik meminum jus Aloe Vera untuk menambah stamina, meningkatkan lagi fungsi-fungsi tisu, otot dan organ-organ tubuh untuk bergerak dengan lebih cergas dan pantas. Darah yang dipenuhi dengan oxygen dan nutrien yang dialirkan di dalam darah dengan lancar dapat meningkatkan prestasi athelik.

(4)    Aloe Vera dan Penjagaan Kulit. Gel Aloe Vera adalah herba kesihatan kulit, luar dan dalam!!!

Merawat Kecederaan, Kecelaan Kulit. Gel Aloe Vera mampu meresap dan merawat sehingga sedalam 7 lapisan kulit dan tisu tubuh. Ia memiliki sifat-sifat anti-kuman yang sangat berkesan; membunuh bakteria, virus, kulat/jamur dan lain-lain mikroorganisma yang berbahaya pada kesihatan tubuh. Gel Aloe Vera juga mengandungi “B-sisterole” (kimia semulajadi anti-keradangan dan anti-kolestrol) dan “lupeol” (kimia semulajadi antiseptik); unsur-unsur perawatan dan pembunuh kuman.

Gel Aloe Vera mampu menyembuh luka kulit akibat dari kecederaan, kelecuran dari terkena api atau air panas, arus letrik, terbakar oleh sinaran matahari, atau pembedahan. Gel Aloe Vera mampu melindungi kerosakan kulit akibat dari rawatan kanser; radiasi sinaran x-ray, radiotherapy, chemotherapy.

Oleh kerana gel Aloe Vera adalah anti-oksidan yang berkesan, ia juga menanggani radikal bebas yang disebabkan oleh radiasi.

Di sapu ke tempat luka, ia akan membunuh kuman, menghalang jangkitan, mengurangkan bengkak dan kesakitan, menyegerakan kesembuhan, dan mengurangkan kecelaan pada permukaan kulit. Meskipun kecederaan di tahap ke3, kesembuhan akan berlaku tanpa meninggalkan kesan parut yang ketara dan mengurangkan kecacatan kulit.

Kekayaan nutrien di dalam gel Aloe Vera akan meransang pertumbuhan sel-sel dan tisu-tisu yang baru, gel ini juga bertindak memacu pengaliran darah ke tempat luka dan menutup luka. Dengan demikian, ia meransang “fibroblast” iaitu penghasilan collegen (sejenis protein yang mengawal proses penuaan pada kulit agar tidak berkedut) dan penghasilan sel-sel kulit baru bagi menyegera kesembuhan pada luka. Gel Aloe Vera juga melindungi bahagian luar kulit yang tercedera atau tercela dengan cara menyusun semula sel-sel kulit.

Menyubur Kulit. Jika kulit bermasalah, gel Aloe Vera adalah pilihan utama. Minumlah jus Aloe Vera, lambat laun kulit dan wajah kembali tegang, berseri dan bersinar!!! Kebanyakan orang menggunakan gel Aloe Vera sebagai herba sapuan, namun Aloe Vera juga menambah kesihatan kulit apabila dijadikan sebagai jus minuman.

Sebenarnya, dengan mengambil terus gel Aloe Vera dari daunnya dan menyapu (melumur) ke muka adalah jauh lebih baik dari kerim atau produk penjagaan kulit yang termahal yang terdapat di pasaran!!!

Aloe Vera kini sering menjadi salah satu dari bahan penting dalam produk-produk kosmetik; terutama di segi penjagaan dan perawatan kulit. Gel Aloe Vera menyegar, melembab, melembut, membekalkan nutrien pada kulit dan menyegerakan pembinaan sel-sel dan tisu kulit yang baru.

Gel Aloe Vera mampu merawat kulit berminyak, berjerawat, berjeragat, berpenyakit Psoriasis Lesions, eczema, alahan kulit, jangkitan kulat, gatal-gatal kulit, penyakit kulit, kekedutan disebabkan usia tua, kesuburan rambut, kelamumur dll.

Gel Aloe Vera juga mampu menyembuh penyakit bengkak gusi atau gusi bernanah. Selalunya penyakit gusi adalah disebabkan kekurangan vitamin D, maka dengan meminum jus Aloe Vera dan bersama dengan pengambilan supplemen vitamin D dapat menyegerakan kesembuhan pada gusi.

(5)     Aloe Vera Dan Penyakit-Penyakit Lain. Meminum jus Aloe Vera setiap hari boleh menghindar dari berbagai jenis penyakit dan mengurangkan masalah kesihatan!!!

Aloe Vera dan Penyakit Kencing Manis. Aloe Vera dapat mengurangkan kandungan gula di dalam darah pada pesakit Kencing Manis Jenis 2 (jenis yang tidak bergantung pada insulin). Kencing Manis Jenis 2 adalah disebabkan kurang kadar insulin yang dihasilkan oleh tubuh, tidak mencukupi untuk mengendalikan sistem di dalam tubuh. Pengambilan supplemen insulin adalah diperlukan.

Senaman dan olahraga juga dapat membantu merawat penyakit jenis ini, disamping ubat-ubatan yang ditetapkan oleh doctor. Salah satu makanan yang dapat membantu ialah Aloe Vera. Beberapa kajian klinikal menunjukkan bahawa 5 jenis zat phyto yang terkandung di dalam Aloe Vera - lophenol, 24-methyl-lophenol, 24-ethyl-lophenol,cycloartanol, dan 24- methylene-cycloartanol, memiliki sifat anti-kepekatan gula dalam darah bagi pesakit Kencing Manis, Jenis 2.

Aloe Vera dan Penyakit Arthritis. Aloe Vera boleh digunakan bagi merawat kesemua jenis arthritis. Arthritis terdiri dari berbagai jenis, melebihi 100 jenis. Secara amnya, arthritis adalah keradangan pada mana-mana bahagian sendi yang menyebabkan kesakitan, nyilu, bengkak, keras-kaku dan pergerakan menjadi terbatas. Keradangan terjadi apabila “cartilage” yang melindungi sendi mengalami kerosakan; disebabkan tulang retak atau patah, jangkitan kuman atau terhakis kerana peningkatan usia dll. Tanpa perlindungan cartilage, tulang bergeseran, menyebabkan kesakitan, nyilu dan bengkak.

Aloe Vera memiliki ciri-ciri semulajadi anti-keradangan dan anti-kuman. Ia melegakan tisu-tisu yang sensitif, mengurangkan bengkak serta kesakitan pada sendi-sendi tulang, menjadikan ia sangat sesuai untuk merawat penyakit Arthritis.

“Rheumatoid arthritis” adalah jenis arthritis yang parah. Lama-kelamaan penyakit ini menyebabkan sistem kekebalan tubuh terkeliru dan tidak boleh berfungsi dengan sempurna (autoimmune disease). Amalan meminum jus Aloe Vera boleh membantu menghalang keparahan pada penyakit ini.

Aloe Vera dan Masalah Gusi. Aloe Vera sangat baik bagi merawat penyakit gusi dan mulut; terutama penyakit gingivitis, periodontitis dan stomatitis.

Gingivitis
Gingivitis adalah jangkitan pada gusi; menyebabkan bengkak, berdarah, sakit, dan nyilu pada bahagian mulut. Periodontitis adalah gingivitis yang parah. Plaque (tompok putih kekuningan pada gigi) adalah penyebab utama kepada penyakit ini. Amalan buruk, seperti merokok, malas menggosok gigi boleh menyebabkan penyakit ini lebih parah.





Stomatitis
Stomatitis pula ialah keradangan pada permukaan mulut, lidah, lelangit mulut, lantai mulut, bibir, kerongkong dan sebagainya. Sebab utama; kurang menjaga kebersihan mulut, kurang makanan berupa protein, makanan atau minuman yang terlalu panas, keracunan makanan, allergi atau jangkitan kuman.

Ciri-ciri anti-kulat dan anti-kuman pada Aloe Vera mampu mengatasi masalah-masalah tersebut ini, sekurang-kurangnya mengurang keparahan yang dideritai. Aloe Vera berkesan menghapus kulat, bakteria dan virus meskipun berada  di celah-celah gigi di mana cucian dengan berus gigi agak sukar.


Aloe Vera dan Reflux Asam (GERD). Refluk asam juga dikenali sebagai Refluks Gastro Esofageal (PRGE) atau Gastro Esophageal Reflux Disease (GERD). GERD bukan penyakit tetapi gejala yang selalu disebut Pedih Ulu Hati!!!

Gejala ini terjadi di mana cecair asam yang berada di dalam perut tertolak dan di paksa mengalir kembali ke esophagus. Ini menyebabkan rasa asam, terlalu perih dan tajam, di dalam saluran kerongkong atau perut. Rasa perih ini mungkin disebabkan oleh enzim pepsin (enzim yang memulai pencernaan dari protein-protein dalam perut) dan cecair empedu. Aloe Vera mampu meredakan gejala pedih ulu hati dari berterusan atau berulang kembali.



Aloe Vera memang istimewa kerana kandungan nutriennya yang kaya mampu merawat dan menyembuhkan berbagai jenis penyakit. Aloe Vera mampu menyubur dan merancakkan lagi aktiviti bio-kimia dan sistem dalaman tubuh, yang akhirnya memberi manfaat pada kesihatan. Tetapi Aloe Vera, bukan herba ajaib. Manfaat hanya diperolehi apabila penggunaan Aloe Vera menjadi amalan berterusan!!!

4    Bagaimana Memakan Aloe Vera? 

Bahagian Aloe Vera yang di makan ialah GELnya. Gel Aloe Vera adalah selamat; digunakan sebagai herba sapuan atau di makan. Ia tidak beracun, tidak memudaratkan kesihatan. Gel Aloe Vera sebaiknya di makan/di minum dalam bentuk jus!!!

Rasa jus Aloe Vera agak pahit sekiranya tidak dicampur dengan gula. Campuran dengan gula pasir (sukros) sama sekali tidak digalakkan, kerana sukros adalah racun yang sangat berbisa, meredap dan meruntuhkan kesihatan tubuh. Disarankan gel Aloe Vera di campur dengan madu sebagai pilihan utama, atau gula Melaka (gula jawa) yang tidak dicemari oleh bahan-bahan kimia sepertimana gula sukros.

Jus Aloe Vera boleh di campur dengan jus buah-buahan lain seperti buah epal, oren, tomato, timun, anggur dll.

Namun, setelah di blend, tidak digalakkan terdedah atau di simpan di dalam peti ais melebihi 4 jam. Kerana apabila gel sudah di blend, proses oksidasi akan mula berlaku, dan khasiat-khasiat yang terkandung didalamnya akan luntur. Kelunturan dapat dilihat apabila jus beransur bertukar warna menjadi kocoklatan. Justru, apabila gel dikeluarkan dari kulit pelepahnya, sebaiknya di buat jus dan di minum dengan segera agar segala kandungan di dalam gel yang berkhasiat dapat dimanfaatkan sepenuhnya!!!

Perlu di ingat, manfaat Aloe Vera hanya diperolehi dengan meminum jus Aloe Vera setiap hari atau kerapkali!!! Aloe Vera memang istimewa, tetapi bukan herba ajaib!!!

5    Jom Tanam Aloe Vera!!! 

Menanam pohon Aloe Vera sangat mudah; mudah hidup meskipun kurang air, dan sakan membiak. Boleh ditanam lansung ke tanah atau di dalam pasu bunga. Tanah gambut “peatsoil” paling sesuai untuk tumbuhan ini. Namun, ia juga perlu pembajaan untuk tumbuh subur!!!

Di Indonesia, terutama sekitar beberapa daerah di Kalimantan, perladangan Aloe Vera sudah sekian rancak dijalankan. Penerimaan dan penggunaan masyarakat Indonesia setempat sangat memberangsangkan. Permintaan untuk eksport juga kian meningkat. Tanah gambut semulajadi di Kalimantan juga menjadikan perladangan Aloe Vera amat sesuai.

Di Malaysia, jus Aloe Vera belum cukup dipromosikan. Manfaat-manfaatnya belum giat diwar-warkan untuk menimbulkan kepekaan rakyat. Terdapat beberapa perladangan Aloe Vera yang diusahakan dibeberapa negeri, namum masih belum begitu rancak. Ruang untuk bisnes disegi perladangan Aloe Vera di Malaysia masih terbuka luas!!!

"manusia dan alam semulajadi/alami tidak dapat dipisahkan,
semakin terpisah manusia dari alam semulajadi,
maka semakin terdedah manusia kepada pelbagai jenis penyakit.”

* Sekian dahulu, moga anda mendapat manfaat dari informasi ini ………..


3 comments:

  1. Kempen jom tanam aloe vera. Sebelum ni yang saya tau untuk kegunaan luaran je. Tq atas info ini.

    ==========
    http://aloeveramujarab.com

    ReplyDelete
  2. Terima kasih..info yang sangat bermanfaat.. jom amalkan makanan sunnah alovera..yg berminat dgn alovera tp susah nak dapatkan yg berkualiti boleh wassup 0139989704

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...