Kacang Soya Bahaya Pada Kesihatan !!!
Kacang soya, sebutan di Malaysia. Kedelai, di Indonesia. Soybeans, Inggeris.
Seringkali dipromosikan, memertabatkan kacang soya dan makanan yang berasaskan kacang soya, sebagai makanan yang berkhasiat tinggi untuk kesihatan. Kesaktian yang dipromosikan; kaya protein, mengurangi kadar kolestrol, melindungi dari serangan kanser dan jantung, mengurangi kedatangan menopause, menghindari dari osteoporosis (kerapuhan tulang) dan berbagai kemujaraban lagi.
Bahaya-bahayanya, yang memudaratkan kesihatan, jarang dibicarakan, tidak ada amaran kepada masyarakat awam.
Kacang soya telah dikaji secara terperinci. Mudarat-mudaratnya sudah banyak tertulis di dalam risalah-risalah kajian sains. Namun, aneh bin ajaib - para peniaga, penasihat kesihatan, agen-agen produk kesihatan, mall dan supermarket dan kedai-kedai tetap leluasa mempromosikan kacang soya sebagai makanan yang berkhasiat tinggi untuk kesihatan.
Kemudaratan Kacang Soya
Kacang soya, beserta beberapa makanan yang berasaskan kacang soya, mengandungi banyak racun/toxin semulajadi/alami (disebut "antinutrients"). Antinutrient bermaksud musuh kepada zat-zat makanan yang perlu diserap oleh tubuh.
1- Asid Phytic.
Kacang soya mengandungi kadar asid “phytic” yang sangat tinggi. Makanan yang mempunyai paras asid phytic yang tinggi akan membahayakan kesihatan tubuh. Perlu diketahui, meskipun kacang soya di rendam, di cambah seperti tauge, atau di masak dengan api yang kecil dan lama, proses seperti ini masih tidak mampu menyirna asid phytic yang terkandung didalam kacang soya.
Asid phytic bertindak seperti gam pelekat. Zat-zat galian terpenting yang diperlukan oleh tubuh seperti kalsium, magnesium, copper, besi, dan zinc akan melekat pada asid phytic. Apabila zat-zat galian ini terlekat pada asid phytic, semua zat-zat ini tidak dapat diserap oleh usus. Akibatnya, sel-sel tubuh tidak dapat menerima zat-zat galian tersebut. Dan tubuh akan mengalami kekurangan zat-zat galian tersebut.
2- Trypsin dan Trypsin Inhibitor.
Kacang soya mengandungi kadar trypsin inhibitors yang sangat tinggi. “Trypsin” adalah enzim yang bertindak memecahkan protein yang dimakan. Dengan demikian, trypsin membantu sistem penghadaman makanan didalam tubuh. Manakala “trypsin inhibitor” adalah suatu bahan yang menyekat enzim trypsin dari bertindak memecahkan protein. Trypsin inhibitor juga berkuasa melemahkan tindakan trypsin. Justru, sistem penghadaman didalam usus jadi terhalang atau tidak lancar. Dengan adanya kandungan trypsin inhibitor yang tinggi didalam kacang soya, protein dari makanan tidak sepenuhnya dapat dipecahkan oleh trypsin. Akibatnya, usus tidak dapat menyerap protein makanan untuk keperluan tubuh.
Kekurangan protein pada tubuh akan membantut tumbesaran, terutama kepada kanak-kanak. Ujikaji sains yang dijalankan kepada tikus, dengan memberi makan trypsin inhibitors dari kacang soya menunjukkan kadar tumbesaran pada tikus menjadi terbantut. Juga, menyebabkan bengak atau kanser pada pancreas. Apabila sistem pancreas terjejas, akan menimbulkan penyakit kencing manis/diabetes.
3- Estrogen dan Phyto-estrogen.
Estrogen banyak terkandung didalam kacang soya. Estrogen adalah sejenis hormon yang khusus diperlukan oleh tubuh wanita untuk perkembangan sistem peranakan. Hormon estrogen ini juga terlibat dalam membentuk kesihatan pada tulang dan jantung wanita. Namun, kajian sains menunjukkan apabila tubuh wanita terdedah kepada estrogen secara berlebihan dalam jangkamasa lama, menjadi penyebab kepada kanser payudara.
“Phyto-estrogen” juga banyak terkandung didalam kacang soya. Phytoestrogen adalah gerombolan kimia yang cuba bertindak sebagai hormon estrogen. Tindakan phytoestrogen ini mengganggu sistem “endocrine”. Sistem endocrine adalah sistem yang mengendalikan fungsi kelenjir-kelenjir mengeluarkan hormon kedalam saluran darah, berfungsi memelihara perjalanan darah keseluruh organ-organ didalam tubuh. Apabila sistem endocrine terjejas, boleh menyebabkan kemandulan. Juga menjadi penyebab kepada kanser payudara pada wanita.
Phyto-estrogen juga boleh menyebabkan kanser “Hypothyroidism”. Kanser hypothyroidism adalah keadaan dimana kelenjer thyroid menjadi lemah. Apabila kelenjer thyroid lemah, akan gagal mengeluarkan hormon thyroid yang mencukupi untuk pengendalian metabolisma didalam tubuh. Kekurangan hormon thyroid akan menyebabkan stress/tekanan perasaan, badan menjadi lemah lesu, tidak bersemangat dan tidak bertenaga.
Hypothyroidism yang kronik pada bayi akan menyebabkan tumbesarannya terbantut. Justru, phytoestrogens disebut sebagai anti-thyroid.
4- Haemagglutinin.
Kacang soya juga mengandungi “haemagglutinin”. Haemagglutinin adalah bahan yang menyebabkan sel-sel darah membeku dan bertompok. Jika keadaan ini berlarutan akan menyebabkan stroke atau serangan jantung.
5- Aluminium.
Kacang soya mengandungi kadar aluminium yang tinggi. Kesannya tidak baik kepada sistem saraf tubuh, buah pinggang/ginjal, dan dkaitkan juga pada perkembangan penyakit Alzheimer/nyanyuk, juga disebut penyakit “old-timer”.
6- Racun lysinoalanine dan carcinogenic nitrosamines.
Sewaktu memproses kacang soya, protein kacang soya terdedah pada suhu yang tinggi. Proses ini mengakibatkan pembentukan racun “lysinoalanine” dan “carcinogenic nitrosamines” yang tinggi. Racun lysinoalanine ini boleh mengganggu fungsi ginjal. Racun carcinogenic nitrosamines pula adalah penyebab kepada kanser saluran makanan (oesophagus), kanser usus dan kanser saluran pernafasan (nasopharynx).
7- Formula Susu Kacang Soya Untuk Bayi...
1) Kesan Negatif Pada Bayi
Umpama Memberi 4-5 Pil Perancang Keluarga Kepada Bayi Setiap Hari...
4-5 Pil Perancang Keluarga/Keluarga Berencana (KB) Untuk Bayi Setiap Hari. Kajian menunjukkan bahawa bayi-bayi yang diberi minum formula susu kacang soya mempunyai dos 13,000 ke 22,000 kali ganda lebihan estrogen dari bayi-bayi yang diberi minum formula susu lembu. Bererti, umpama memberi 4 - 5 pil perancang keluarga kepada bayi tersebut!
2) Kesan Negatif Pada Anak Perempuan
Seperti dimaklumkan, estrogen adalah hormon khusus untuk perkembangan wanita. Justru, sekiranya formula susu kacang soya diberi kepada bayi perempuan, estrogen yang berlebihan terkandung didalamnya pasti akan memberi kesan negatif kepada bayi tersebut.
Kajian menunjukkan bayi perempuan itu akan cepat membesar, akan mencapai akil baligh lebih cepat dari kadar biasa, payudaranya akan cepat membesar, bulu kemaluannya akan cepat tumbuh sebelum mencapai usia 8 tahun, ada juga kes sebelum mencapai usia 3 tahun.
3) Kesan Negatif Pada Anak Lelaki
Sifat Pondan/Bencong. Sekiranya formula susu kacang soya diberi kepada bayi lelaki, kandungan estrogen yang terlalu banyak didalamnya, akan menghakis sifat kelaki-lakian bayi tersebut.
Kerana estrogen adalah hormon untuk wanita, estrogen yang terlalu banyak kepada bayi lelaki akan membentuk sifatnya cenderung kepada sifat kewanitaan. Semakin membesar ia akan mengalami kekeliruan pada perasaan, fikiran dan naluri seks. Kesan yang lain, alat kelamin anak lelaki tersebut kecil dari biasa.
Kadar tumbesaran anak-anak lelaki akan menjadi lambat, bentuk tubuh lebih lembut mulus mirip pondan/bencong. Hormon yang diperlukan untuk lelaki bukannya estrogen, tetapi testosteron.
4) Penyakit Autoimmune Thyroid/Leukemia.
Lebih menakutkan lagi, ada petunjuk dari kajian sains bahawa kandungan estrogen didalam formula susu soya bayi mempunyai kaitan dengan penyakit “autoimmune thyroid”/leukemia yang semakin meningkat dikalangan kanak-kanak.
* Rujukan. Berikut adalah rujukan selanjutnya [Irvine, C. et al., "The Potential Adverse Effects of Soybean Phytoestrogens in Infant Feeding", New Zealand Medical Journal May 24, 1995, p. 318.] Sebaliknya, formula susu biasa untuk bayi tidak lansung mengandungi “phytoestrogens”. Begitu juga dengan susu ibu, meskipun siibu meminum atau memakan produk kacang soya (Sally Fallon & Mary G. Enig, Ph.D).
Proses Fermentasi...
Hanya kacang soya dan makanan berasaskan kacang soya yang melalui proses fermentasi/pentapaian selamat dimakan!!!
* Memang tidak dinafikan bahawa makanan kacang soya sudah menjadi makanan orang-orang timur, terutama kaum Cina. Penemuan arkeologi menunjukkan bukti-bukti bahawa di Negara Cina, diwaktu pemerintahan Dinasti Chou (1134 – 246 sebelum masihi), kacang soya mula menjadi makanan asasi rakyat cina. Kacang soya ditanam dan diproses melalui fermentasi/pemerapan, lalu menjadi makanan utama warga cina.
Hanya kacang soya dan makanan berasaskan kacang soya yang diproses fermentasi selamat dimakan. Fermentasi kacang soya akan menyirna antinutrient seperti trypsin inhibitor, asid phytic, haemagglutinin yang terkandung didalam kacang soya. Umpamanya; miso, tempe, natto, shoyu, tamari dan kicap. Tempe yang berasal dari Indonesia, dari kacang soya yang telah dimasak lalu difermentasi. Kicap, dari kacang soya difementasi, digunakan sebagai bahan perasa pada makanan. Miso adalah perasa wajib bagi warga Jepun, dari kacang soya yang telah difermentasi.
* Tetapi, tofu (tauhu) dan taufu fa tidak melalui proses fermentasi. Justru, tergolong dalam kategori makanan merbahaya. Antinutrients, trypsin inhibitors, Asid Phytic, Haemagglutinin, tidak terhapus sepenuhnya dengan hanya melalui proses rendaman. Justru, tauhu, taufu fa, air segar kacang soya tidak selamat untuk kesihatan tubuh.
* Kebanyakan makanan kacang soya sekarang berbentuk serbuk kaya protein (SPI). Serbuk SPI dihasilkan dari bahan sisa kacang soya, setelah kacang soya diproses untuk mendapatkan minyaknya. Inilah cara industi kacang soya Amerika Syarkat mengaut keuntungan dari bahan sisa kacang soya!!!
Meskipun serbuk SPI di adun dengan berbagai bahan makanan lain, tetapi ia belum boleh disahkan berstatus GRAS (Generally Recognized as Safe/Disahkan Sebagai Selamat). Kerana semasa memproses sisa kacang soya, banyak bahan-bahan yang beracun terhasil; seperti nitrate (carcinogens) dan lysinoalanine. Kerana adanya lysinoalanine didalam serbuk SPI, FDA tidak boleh mengesahkan status GRAS pada SPI. FDA hanya mengesahkan serbuk SPI sesuai digunakan sebagai kotak pembungkus. FDA ialah Badan Kerajaan Amerika Syarikat yang mengesahkan qualiti bahan makanan atau minuman samada selamat atau tidak selamat untuk dimakan atau diminum.
Meskipun terdapat bahaya-bahaya tersebut diatas, serbuk SPI masih juga menjadi bahan asas kepada formula susu bayi kacang soya. Sungguh hebat kuasa promosi Amerika Syarikat!!!
Petikan dari Weston Price Foundation, USA
Kajian Sains membuktikan bahaya dan kesan sampingan dari makanan Kacang Soya atau berasaskan kacang soya. Weston Price Foundation menyimpan daftar kajian-kajian yang telah dilakukan dari tahun 1971 – 2003 menunjukkan bahaya-bahaya dan kesan-kesan sampingan yang memudharatkan.
Bahaya Kacang Soya:
Terlalu banyak tentang bahaya atau mudharat kacang soya. Fikiran waras mengatakan “lebih baik menghindar sebelum terlambat!”
Amerika Syarikat merupakan negara terbesar dunia yang mengeluarkan kacang soya. Syarikat-syarikat gergasi Amerika Syarikat memiliki jaringan perkebunan dibeberapa negara seperti Brazil, Argentina dan beberapa negara Latin Amerika yang lain. Mereka menjual kacang soya mentah untuk warga seluruh dunia. Mereka juga memproses minyak kacang soya. Sisa-sisa kacang soya tidak dibuang begitu saja. Sisa-sisa ini juga diproses kembali untuk dijadikan serbuk SPI, bahan utama Formula Susu Bayi!!!
Promosi kacang soya dibuat besar-besaran sehingga ke Bursa Komoditi. Promosi ini telah menjanjikan pulangan yang lumayan, mengaut keuntungan berbillion dollar. Mereka mahu warga dunia percaya tanpa keraguan bahawa kacang soya berkhasiat sangat tinggi, sehingga kemudharatannya tertanam sepi.
Kita tidak perlu pertikai strategi pemasaran ini. Strategi pemasaran mana-mana produk harus hebat dan menjadi. Memang kerja orang berniaga tidak mahu rugi, meskipun banyak warga yang bakal menderita kerana percaya!!! Hebat dan kejam!!!
Seandainya masih juga mahu mengambil risiko, tanggung sendiri!!!
________________________________________
Kacang Soya Bahaya Pada Kesihatan !!!
Kacang soya, sebutan di Malaysia. Kedelai, di Indonesia. Soybeans, Inggeris.
Seringkali dipromosikan, memertabatkan kacang soya dan makanan yang berasaskan kacang soya, sebagai makanan yang berkhasiat tinggi untuk kesihatan. Kesaktian yang dipromosikan; kaya protein, mengurangi kadar kolestrol, melindungi dari serangan kanser dan jantung, mengurangi kedatangan menopause, menghindari dari osteoporosis (kerapuhan tulang) dan berbagai kemujaraban lagi.
Bahaya-bahayanya, yang memudaratkan kesihatan, jarang dibicarakan, tidak ada amaran kepada masyarakat awam.
Kacang soya telah dikaji secara terperinci. Mudarat-mudaratnya sudah banyak tertulis di dalam risalah-risalah kajian sains. Namun, aneh bin ajaib - para peniaga, penasihat kesihatan, agen-agen produk kesihatan, mall dan supermarket dan kedai-kedai tetap leluasa mempromosikan kacang soya sebagai makanan yang berkhasiat tinggi untuk kesihatan.
Kemudaratan Kacang Soya
Kacang soya, beserta beberapa makanan yang berasaskan kacang soya, mengandungi banyak racun/toxin semulajadi/alami (disebut "antinutrients"). Antinutrient bermaksud musuh kepada zat-zat makanan yang perlu diserap oleh tubuh.
1- Asid Phytic.
Kacang soya mengandungi kadar asid “phytic” yang sangat tinggi. Makanan yang mempunyai paras asid phytic yang tinggi akan membahayakan kesihatan tubuh. Perlu diketahui, meskipun kacang soya di rendam, di cambah seperti tauge, atau di masak dengan api yang kecil dan lama, proses seperti ini masih tidak mampu menyirna asid phytic yang terkandung didalam kacang soya.
Asid phytic bertindak seperti gam pelekat. Zat-zat galian terpenting yang diperlukan oleh tubuh seperti kalsium, magnesium, copper, besi, dan zinc akan melekat pada asid phytic. Apabila zat-zat galian ini terlekat pada asid phytic, semua zat-zat ini tidak dapat diserap oleh usus. Akibatnya, sel-sel tubuh tidak dapat menerima zat-zat galian tersebut. Dan tubuh akan mengalami kekurangan zat-zat galian tersebut.
2- Trypsin dan Trypsin Inhibitor.
Akibat Kencing Manis |
Kekurangan protein pada tubuh akan membantut tumbesaran, terutama kepada kanak-kanak. Ujikaji sains yang dijalankan kepada tikus, dengan memberi makan trypsin inhibitors dari kacang soya menunjukkan kadar tumbesaran pada tikus menjadi terbantut. Juga, menyebabkan bengak atau kanser pada pancreas. Apabila sistem pancreas terjejas, akan menimbulkan penyakit kencing manis/diabetes.
3- Estrogen dan Phyto-estrogen.
Aduiii..Gimana nih kalau dipotong??? |
“Phyto-estrogen” juga banyak terkandung didalam kacang soya. Phytoestrogen adalah gerombolan kimia yang cuba bertindak sebagai hormon estrogen. Tindakan phytoestrogen ini mengganggu sistem “endocrine”. Sistem endocrine adalah sistem yang mengendalikan fungsi kelenjir-kelenjir mengeluarkan hormon kedalam saluran darah, berfungsi memelihara perjalanan darah keseluruh organ-organ didalam tubuh. Apabila sistem endocrine terjejas, boleh menyebabkan kemandulan. Juga menjadi penyebab kepada kanser payudara pada wanita.
Phyto-estrogen juga boleh menyebabkan kanser “Hypothyroidism”. Kanser hypothyroidism adalah keadaan dimana kelenjer thyroid menjadi lemah. Apabila kelenjer thyroid lemah, akan gagal mengeluarkan hormon thyroid yang mencukupi untuk pengendalian metabolisma didalam tubuh. Kekurangan hormon thyroid akan menyebabkan stress/tekanan perasaan, badan menjadi lemah lesu, tidak bersemangat dan tidak bertenaga.
Hypothyroidism yang kronik pada bayi akan menyebabkan tumbesarannya terbantut. Justru, phytoestrogens disebut sebagai anti-thyroid.
4- Haemagglutinin.
Kacang soya juga mengandungi “haemagglutinin”. Haemagglutinin adalah bahan yang menyebabkan sel-sel darah membeku dan bertompok. Jika keadaan ini berlarutan akan menyebabkan stroke atau serangan jantung.
5- Aluminium.
Kacang soya mengandungi kadar aluminium yang tinggi. Kesannya tidak baik kepada sistem saraf tubuh, buah pinggang/ginjal, dan dkaitkan juga pada perkembangan penyakit Alzheimer/nyanyuk, juga disebut penyakit “old-timer”.
6- Racun lysinoalanine dan carcinogenic nitrosamines.
Sewaktu memproses kacang soya, protein kacang soya terdedah pada suhu yang tinggi. Proses ini mengakibatkan pembentukan racun “lysinoalanine” dan “carcinogenic nitrosamines” yang tinggi. Racun lysinoalanine ini boleh mengganggu fungsi ginjal. Racun carcinogenic nitrosamines pula adalah penyebab kepada kanser saluran makanan (oesophagus), kanser usus dan kanser saluran pernafasan (nasopharynx).
7- Formula Susu Kacang Soya Untuk Bayi...
Come on baby boy, 4-5 pills/day baby!!! |
Umpama Memberi 4-5 Pil Perancang Keluarga Kepada Bayi Setiap Hari...
4-5 Pil Perancang Keluarga/Keluarga Berencana (KB) Untuk Bayi Setiap Hari. Kajian menunjukkan bahawa bayi-bayi yang diberi minum formula susu kacang soya mempunyai dos 13,000 ke 22,000 kali ganda lebihan estrogen dari bayi-bayi yang diberi minum formula susu lembu. Bererti, umpama memberi 4 - 5 pil perancang keluarga kepada bayi tersebut!
2) Kesan Negatif Pada Anak Perempuan
aduiii neng, gede bangett, seksi dan seksa.... |
Seperti dimaklumkan, estrogen adalah hormon khusus untuk perkembangan wanita. Justru, sekiranya formula susu kacang soya diberi kepada bayi perempuan, estrogen yang berlebihan terkandung didalamnya pasti akan memberi kesan negatif kepada bayi tersebut.
Kajian menunjukkan bayi perempuan itu akan cepat membesar, akan mencapai akil baligh lebih cepat dari kadar biasa, payudaranya akan cepat membesar, bulu kemaluannya akan cepat tumbuh sebelum mencapai usia 8 tahun, ada juga kes sebelum mencapai usia 3 tahun.
3) Kesan Negatif Pada Anak Lelaki
Peraduan lady boys (pondan/bencong) di Thailand! Bukan salah ibu mengandung, hakikatnya salah permakanan!!! Awas, jangan salah jatuh cinta ya!!! |
Sifat Pondan/Bencong. Sekiranya formula susu kacang soya diberi kepada bayi lelaki, kandungan estrogen yang terlalu banyak didalamnya, akan menghakis sifat kelaki-lakian bayi tersebut.
Kerana estrogen adalah hormon untuk wanita, estrogen yang terlalu banyak kepada bayi lelaki akan membentuk sifatnya cenderung kepada sifat kewanitaan. Semakin membesar ia akan mengalami kekeliruan pada perasaan, fikiran dan naluri seks. Kesan yang lain, alat kelamin anak lelaki tersebut kecil dari biasa.
Kadar tumbesaran anak-anak lelaki akan menjadi lambat, bentuk tubuh lebih lembut mulus mirip pondan/bencong. Hormon yang diperlukan untuk lelaki bukannya estrogen, tetapi testosteron.
4) Penyakit Autoimmune Thyroid/Leukemia.
Lebih menakutkan lagi, ada petunjuk dari kajian sains bahawa kandungan estrogen didalam formula susu soya bayi mempunyai kaitan dengan penyakit “autoimmune thyroid”/leukemia yang semakin meningkat dikalangan kanak-kanak.
* Rujukan. Berikut adalah rujukan selanjutnya [Irvine, C. et al., "The Potential Adverse Effects of Soybean Phytoestrogens in Infant Feeding", New Zealand Medical Journal May 24, 1995, p. 318.] Sebaliknya, formula susu biasa untuk bayi tidak lansung mengandungi “phytoestrogens”. Begitu juga dengan susu ibu, meskipun siibu meminum atau memakan produk kacang soya (Sally Fallon & Mary G. Enig, Ph.D).
Proses Fermentasi...
Hanya kacang soya dan makanan berasaskan kacang soya yang melalui proses fermentasi/pentapaian selamat dimakan!!!
* Memang tidak dinafikan bahawa makanan kacang soya sudah menjadi makanan orang-orang timur, terutama kaum Cina. Penemuan arkeologi menunjukkan bukti-bukti bahawa di Negara Cina, diwaktu pemerintahan Dinasti Chou (1134 – 246 sebelum masihi), kacang soya mula menjadi makanan asasi rakyat cina. Kacang soya ditanam dan diproses melalui fermentasi/pemerapan, lalu menjadi makanan utama warga cina.
Hanya kacang soya dan makanan berasaskan kacang soya yang diproses fermentasi selamat dimakan. Fermentasi kacang soya akan menyirna antinutrient seperti trypsin inhibitor, asid phytic, haemagglutinin yang terkandung didalam kacang soya. Umpamanya; miso, tempe, natto, shoyu, tamari dan kicap. Tempe yang berasal dari Indonesia, dari kacang soya yang telah dimasak lalu difermentasi. Kicap, dari kacang soya difementasi, digunakan sebagai bahan perasa pada makanan. Miso adalah perasa wajib bagi warga Jepun, dari kacang soya yang telah difermentasi.
* Tetapi, tofu (tauhu) dan taufu fa tidak melalui proses fermentasi. Justru, tergolong dalam kategori makanan merbahaya. Antinutrients, trypsin inhibitors, Asid Phytic, Haemagglutinin, tidak terhapus sepenuhnya dengan hanya melalui proses rendaman. Justru, tauhu, taufu fa, air segar kacang soya tidak selamat untuk kesihatan tubuh.
Tofu (tauhu), enaknya tauhu goreng... |
Taufu Fah, hmm enaknya racun ni.... |
* Kebanyakan makanan kacang soya sekarang berbentuk serbuk kaya protein (SPI). Serbuk SPI dihasilkan dari bahan sisa kacang soya, setelah kacang soya diproses untuk mendapatkan minyaknya. Inilah cara industi kacang soya Amerika Syarkat mengaut keuntungan dari bahan sisa kacang soya!!!
|
|
Meskipun terdapat bahaya-bahaya tersebut diatas, serbuk SPI masih juga menjadi bahan asas kepada formula susu bayi kacang soya. Sungguh hebat kuasa promosi Amerika Syarikat!!!
Petikan dari Weston Price Foundation, USA
Kajian Sains membuktikan bahaya dan kesan sampingan dari makanan Kacang Soya atau berasaskan kacang soya. Weston Price Foundation menyimpan daftar kajian-kajian yang telah dilakukan dari tahun 1971 – 2003 menunjukkan bahaya-bahaya dan kesan-kesan sampingan yang memudharatkan.
Bahaya Kacang Soya:
- Asma/Lelah
- Letih Lesu
- Tekanan Perasaan
- Kencing Manis/Diabetes
- Heart Arrhythmia/Degupan Jantung Tidak Seimbang
- Komplikasi Jantung dan Hati
- Kemandulan/Masalah Peranakan
- Radang Usus Besar
- Lemah Daya Pemikiran/ADD/ADHD
- Komplikasi Pancreas
- Cepat Akil Baligh pada Anak Gadis/Lambat Akil Baligh pada Anak Lelaki
- Rheumatoid Arthritis/Penyakit Sendi Tulang
- Komplikasi Kelenjer Thyroid
- Kanser Pundi Kencing
- Gemuk/Buncit/Boroi
- Tubuh Selalu Merasa Seram Sejuk
- Anemia/Kekurangan Darah
- Perangai Bermasaalah
- Kuku Tipis dan Mudah Pecah
- Eczema/Alahan Kulit
- Rambut Gugur/Rontok
- Aktif Keterlaluan pada Kanak-Kanak
- Rasa Lemah dan Mengantuk atau Tekanan Darah Rendah
- Sengal-sengal Tulang dan Sendi
- Mata Berair atau Membengkak
Terlalu banyak tentang bahaya atau mudharat kacang soya. Fikiran waras mengatakan “lebih baik menghindar sebelum terlambat!”
Amerika Syarikat merupakan negara terbesar dunia yang mengeluarkan kacang soya. Syarikat-syarikat gergasi Amerika Syarikat memiliki jaringan perkebunan dibeberapa negara seperti Brazil, Argentina dan beberapa negara Latin Amerika yang lain. Mereka menjual kacang soya mentah untuk warga seluruh dunia. Mereka juga memproses minyak kacang soya. Sisa-sisa kacang soya tidak dibuang begitu saja. Sisa-sisa ini juga diproses kembali untuk dijadikan serbuk SPI, bahan utama Formula Susu Bayi!!!
Promosi kacang soya dibuat besar-besaran sehingga ke Bursa Komoditi. Promosi ini telah menjanjikan pulangan yang lumayan, mengaut keuntungan berbillion dollar. Mereka mahu warga dunia percaya tanpa keraguan bahawa kacang soya berkhasiat sangat tinggi, sehingga kemudharatannya tertanam sepi.
Kita tidak perlu pertikai strategi pemasaran ini. Strategi pemasaran mana-mana produk harus hebat dan menjadi. Memang kerja orang berniaga tidak mahu rugi, meskipun banyak warga yang bakal menderita kerana percaya!!! Hebat dan kejam!!!
Seandainya masih juga mahu mengambil risiko, tanggung sendiri!!!
________________________________________
Salam,
ReplyDeleteMakcik saya pengusaha tempe dan makan tempe setiap hari ada kanser perut tahap akhir.
Ada ramai pengusaha ragi yang tak ada siapa tahu apa yang sebenarnya yang ada dalam ragi.
Pengeluar products hanya mahu membuat keuntungan tanpa Research & Development, kesan jangka panjang siapa peduli.
Kita sebagai pengguna harus berhati-hati ketahuilah di mana makanan anda diproses dan apa yang mereka tidak mahu anda tahu.
Thanks