Apakah Tembaga ?
Tembaga atau Copper, bersimbolkan Cu. Ia adalah zat gizi kelumit (zat mikro) yang mustahak, diperlukan oleh tubuh manusia, binatang, pohon-pohon, dan juga mikro-organisma.
Tubuh manusia memerlukan tembaga untuk sihat. Kerana zat ini menggerakkan proses metabolisma tubuh dan pelbagai fungsi tubuh yang lain agar kehidupan berjalan secara normal.
Tembaga merupakan zat galian yang ke-3 paling digunakan oleh tubuh setiap hari.
Tembaga diproses oleh organ hati. Dan kadarnya dalam tubuh juga dikawal oleh organ hati. Apabila tembaga diserap, ia lalu dibawa, diedar, disimpan, dan dikeluarkan dari tubuh melalui proses homeostasis yang kompleks (proses homeostasis berlaku diperingkat sel, tisu, dan organ dalam suasana yang harmoni dan saksama). Homeostasis adalah proses pengendalian bekalan zat tembaga kepada tubuh sentiasa cukup, dan mencegah dari berlaku kadar tembaga berlebihan yang boleh memudharatkan tubuh. Melalui proses tersebut, tubuh manusia mampu memelihara kesaimbangan agar kesihatan tubuh sentiasa terjamin.
Sebahagian tembaga lebihan akan disimpan dalam hati. Sekiranya kekurangan tembaga berlaku dalam sesuatu masa, maka simpanan tembaga dalam hati akan digunakan. Seandainya simpanan tembaga semakin digunakan, dan semakin terhakis dalam hati, maka masalah kesihatan akan mula timbul. Sebaliknya, sekiranya tembaga sentiasa berlebihan, dan berlarutan, maka masalah kesihatan akibat dari lebihan tembaga juga akan timbul. Kekurangan atau lebihan tembaga, kedua-keduanya boleh mengakibatkan kerosakan pada tisu dan timbulnya beberapa jenis penyakit pada tubuh.
Fungsi Zat Gizi Tembaga
1) Komponen Enzim. Tembaga merupakan komponen penting kepada beberapa jenis enzim yang dikenali sebagai enzim-kupro. Enzim-kupro diperlukan untuk kelansungan pelbagai fungsi dalaman tubuh; seperti metabolisma kolesterol dan glukos, pembinaan dan penggunaan protein dan enzim, penghasilan tenaga diperingkat sel-sel, pengendalian transmisi saraf, penghantaran oxygen, pembekuan darah dll.
Antara fungsi-fungsi enzim-kupro yang bergantung kepada kehadiran tembaga adalah seperti berikut:
2) Fungsi Anti-oksidan. Tembaga adalah komponen penting kepada superoxide dismutase (SOD) iaitu anti-oksidan yang sangat berkesan menyirna radikal bebas. SOD adalah salah satu dari anti-oksidan yang sangat kuat menyirna radikal bebas. Radikal bebas menyerang beberapa organ dalaman tubuh dan selaput-selaput sel.
Tembaga juga.bertanggungjawab dalam aktiviti ceruloplasmin sebagai anti-oksidan; ceruloplasmin adalah protein dalam darah yang mengandungi tembaga serta berperanan dalam metabolisma besi.
3) Pengendalian Percambahan Gene. Percambahan gene/gene expression adalah proses dimana kod genetik dipergunakan bagi mengarahkan penghasilan ulang-berulang protein dan pembinaan struktur sel-sel seluruh anggota tubuh. Diperingkat sel-sel, tembaga berkait-rapat dengan penghasilan protein dalam aktiviti memperkembang atau pun menghalang percambahan gene-gene tertentu pada seluruh anggota tubuh.
Manfaat Tembaga
Antara manfaat tembaga dari pelbagai fungsinya pada kesihatan tubuh adalah seperti berikut:
1 Tumbesaran Sempurna: Tembaga mustahak kerana menjadi sebahagian dari komponen dan faktor gandingan kepada beberapa jenis protein dan enzim yang melaksanakan pelbagai fungsi dalaman tubuh.
Tembaga sebagai komponen kepada kira-kira 12 jenis enzim-kupro yang terlibat dalam proses metabolisma dan tumbesaran tubuh dan penyirnaan oksidasi.
Kira-kira 50 jenis enzim bergandingan dengan tembaga. Enzim-enzim tersebut berfungsi dengan baik apabila hadir tembaga. Tanpa tindak-balas enzim dalam berbagai sistem dalaman tubuh, maka seluruh metabolisma akan lembab, jaringan tindak-balas menjadi rumit. Keadaan ini memberi pengaruh besar kepada perkembangan otak (terutama yang berkaitan dengan dopamine dan galaktos), pertumbuhan saluran-saluran darah, dan proses kesembuhan pada tisu-tisu.
Oleh yang demikian, tembaga menyumbang kepada tumbesaran tubuh yang normal dan sempurna, memelihara perkembangan, pertumbuhan dan pembentukan sistem-sistem tulang kerangka, sistem saraf, saluran pembuluh darah dengan jantung, tisu penghubung, otak, jantung, dan berbagai organ dalaman tubuh. Justru, tembaga sangat diperlukan dalam permakanan harian.
Kehamilan Ibu, Janin dan Bayi: Zat gizi tembaga sangat penting pada wanita hamil, pada tumbesaran dan perkembangan janin dalam kandungan, pada ibu selepas melahirkan bayi, pada bayi yang menyusu, selanjutnya pada kanak-kanak yang membesar.
Wanita hamil memerlukan kadar zat tembaga yang lebih. Kerana janin dalam kandungan memerlukan bekalan tembaga yang banyak untuk perkembangan organ hatinya terutama sewaktu fasa ke-3 (kehamilan.29-40 minggu atau 7-9 bulan).
Kekurangan tembaga pada wanita hamil, menghadapi risiko kesihatan pada janin dan bayi yang bakal dilahirkan terjejas, tumbesaran tubuh bayi yang kurang normal dan sihat, bayi kurang berat badan, tisu otot dan organ bayi yang lemah, sel-sel darah merah tidak menerima oxygen dengan sempurna, perkembangan saraf dan otak yang lembab. Selalunya, bayi yang normal sihat sewaktu kelahiran, mengandungi 4 kali ganda kepekatan tembaga dibandingkan dengan seorang dewasa.
Selepas melahirkan anak, apabila bayi yang baru lahir menyusu dari ibu, hati bayi dan susu ibu selalunya membekalkan tembaga yang mencukupi untuk 4-6 bulan pertama usia bayi. Susu ibu cenderung menjadi rendah kandungan tembaga ketika penyusuan, kerana ibu membekalkan tembaga pada bayi yang cepat membesar sewaktu penyusuan. Bekalan tembaga perlu lebih bagi kelansungan fungsi metabolisma dalam pernafasan sel-sel, pigmen pada melanin, penghasilan tisu-tisu penghubung, metabolisma zat besi, sistem daya tahan dari serangan radikal bebas dan penyakit, perkembangan gene, dan fungsi normal pada jantung dan sistem kekebalan pada bayi. Jika tubuh bayi menjadi kurus, penyusuan perlu membekalkan tembaga yang mencukupi. Kebanyakan susu lembu dan susu formula bayi yang lain tidak mengandungi tembaga yang mencukupi. Terdapat juga susu formula yang telah diperkaya dengan tembaga dewasa ini.
* Peringatan: Wanita hamil perlu berhati-hati jika mengambil supplemen besi bagi tujuan merawat anemia atau zinc untuk merawat selsema, kerana lebihan zat besi dan zinc boleh menyebabkan kurang penyerapan tembaga. Supplemen tembaga perlu ditambah.
2 Perangsang Otak: Tembaga sudah termaklum menjadi peransang kepada otak. Sebab itu, bahan makanan yang kaya dengan tembaga dikelasifikasikan sebagai "Makanan Untuk Otak".
Tembaga dikaitkan secara lansung dengan proses otak yang lebih cerdas. Beberapa kajian menunjukkan terdapat kaitan secara lansung antara kadar tembaga dalam otak dengan tahap kreativiti seseorang atau sebaliknya. Tembaga membuka jalur-jalur saraf otak untuk berkembang dengan cara-cara yang unik.
Namun, kandungan tembaga dalam permakanan hendaklah dalam nisbah yang seimbang, kerana jika tembaga terlalu berlebihan juga tidak baik untuk otak. Tembaga memiliki fungsi pengawalan kepada otak, oleh itu kadar supplemen tembaga perlulah dalam kadar yang seimbang.
3 Tisu Penghubung dll: Tembaga berperanan besar dalam penghasilan hemoglobin, tisu penghubung, kolagen, myelin, dan melanin iaitu pigmen tubuh.
Tembaga membantu penyerapan zat besi melalui saluran usus. Dan tembaga juga tersimpan dalam hati. Perkara ini mustahak pada penghasilan sel-sel darah merah, iaitu hemoglobin dan dalam tulang. Tembaga perlu cukup bagi membantu penyerapan dan memelihara metabolisma zat besi yang normal dalam menghasilkan sel-sel darah merah. Tembaga memastikan sel-sel darah merah menjadi sihat dan bekalan oxygen kepada organ-organ dalaman tubuh berlansung.
Anemia merupakan tanda-tanda kekurangan tembaga, kerana zat besi didapati berkumpul dalam organ hati, menandakan tembaga (melalui ceruloplasmin yang mengandungi tembaga) diperlukan bagi membawa zat besi kepada sumsum tulang untuk menghasilkan sel-sel darah merah. Tembaga bekerjasama dengan besi, membantu tubuh membina sel-sel darah merah, memelihara saluran-saluran darah, saraf, sistem kekebalan, dan menyihatkan tulang dan mengelak dari anemia.
Zat tembaga juga membantu membina dan mengutuhkan lapisan pelindung myelin yang membalut saraf. Ia juga terlibat secara giat dalam penghasilan elastin, tisu penghubung yang menjadikan kulit anjal, melambatkan proses penuaan, menjadikan kulit segar tegang dan kurang kekedutan.
Tembaga adalah komponen kepada pigmen melanin, yang menghitamkan kulit, rambut dan mata. Melanin boleh dihasilkan hanya dengan melanocyte dengan kehadiran enzim-kupro yang dikenali sebagai tyrosinase, yang terhasil dari tembaga.
Pengambilan supplemen tembaga juga membantu melindungi rambut cepat beruban atau gugur/rontok. Ia melindungi keutuhan sel-sel dan melambatkan proses penuaan. Ia juga memelihara/mengekalkan warna mata, dan mustahak (bersama dengan zinc) memelihara warna mata yang bersinar meskipun diwaktu usia tua.
4 Anti Penuaan: Tembaga bergandingan dengan zinc merupakan komponen penting kepada enzim anti-oksidan superoxide dismutase (Cu,Zn-SOD). Sifatnya sebagai anti-oksidan dikaji berkesan memperlambat proses penuaan; seperti kekedutan, tompok-tompok hitam, kecenderungan beberapa jenis kanser, kemerosotan macular mata, dan kegagalan ginjal.
5 Jantung: Enzim-kupro, SOD dan ceruloplasmin, adalah 3 bahan yang bersifat anti-oksidan. Sebahagian dari pakar sains mengajukan bahawa kekurangan tembaga (dan bukannya lebihan tembaga) yang meninkatkan risiko penyakit jantung.
Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa tembaga boleh mengurangkan paras kolesterol mudharat (LDL cholesterol) dan membantu menambah kolesterol bermanfaat (HDL cholesterol). Keadaan ini boleh mengurangkan kemungkinan berlaku penyakit jantung seperti atherosclerosis, serangan jantung, dan strok.
6 Mengutuhkan Sistem Kekebalan Tubuh: Tembaga meransang sistem kekebalan tubuh bagi melawan jangkitan, membaik-pulih tisu-tisu yang rosak, dan mempercepat kesembuhan. Peri mustahak tembaga disebabkan kemampuannya bertindak sebagai penderma atau penerima eletron, maka tembaga juga membantu menyirna radikal bebas yang menyebabkan kerosakan pada sel-sel.
Beberapa kajian menunjukkan bahawa tembaga boleh memusnahkan atau mencegah perkembangan kelompok bakteria seperti E Coli. ia juga mengutuhkan sistem kekebalan tubuh dan menghalang tenaga berlebihan terpaksa digunakan bagi melawan jangkitan.
Kadar/Dos Tembaga
Kementerian Kesihatan Malaysia belum menetapkan kadar/dos harian zat gizi tembaga yang perlu diperdapat oleh tubuh. Begitu pun dengan kadar/dos maksima yang masih selamat pengambilannya.
Justru, rujukan diambil dari National Academy of Sciences, Institute of Medicine, Food and Nutrition Board.
Kekurangan Tembaga
Kekurangan tembaga dalam tubuh boleh menyebabkan timbulnya beberapa gejala serious, seperti berikut:
Masalah Supplemen Tembaga. Supplemen tembaga boleh mencegah dari berlaku kekurangan tembaga. Akan tetapi, supplemen perlu diambil dibawah pengawasan doktor. Selalunya aupplemen tidak digalakkan pada warga dewasa yang sihat yang memakan berbagai jenis makanan. Supplemen dibawah perhatian doktor menjadi perlu:
Keracunan Tembaga
Keracunan tembaga dalam tubuh disebut 'copperiedus.' Copperiedus boleh berlaku apabila memakan bahan makanan yang tinggi kandungan asid yang dimasak dalam periuk atau peralatan tembaga yang tidak disalut, salutan sudah luntur, sudah berkarat tembaga, atau meminum air dalam bekas tembaga atau melalui saluran paip air yang terbuat dari tembaga. Kadar tembaga yang tinggi menjadi toksin dan memasuki makanan yang dimasak. Lebihan tembaga yang bertoksin boleh memudharatkan tubuh. Banyak negara telah mengharam atau membatas penjualan peralatan tembaga yang tidak disalut.
Gejala lebihan tembaga yang berlarutan, antaranya:
Gejala lebih parah boleh mengakibatkan kerosakan pada organ-organ dalaman tubuh, seperti;
Makanan Kaya Tembaga
Tembaga merupakan zat galian kelumit yang mustahak pada tubuh. Ia tidak mampu dihasilkan sendiri oleh tubuh. Justru, ia perlu diperdapat melalui permakanan dari sumber-sumber alami.
Tembaga hadir dalam berbagai sumber makanan. Makanan laut (tiram paling kaya kandungan tembaga), daging dan organ binatang (seperti hati lembu dan kambing), kekacang (seperti badam, kacang dhal, kacang tanah) bijirin (seperti bran beras dan gandum, beras perang, gandum, barli, oat, tepung), bijian dan kuaci, buah-buahan (seperti alpukat, oren, epal, betik, buah kelapa), sayur-sayuran (seperti bawang putih, kale), ubi kentang, ubi bit, coklat, cendawan dll..
Kandungan tembaga dalam sesuatu makanan boleh susut disebabkan lama tersimpan dalam tin dan dalam makanan yang tinggi kandungan asid.

- Penghasilan Tenaga - cytochrome c oxidase, sejenis enzim-kupro yang bergantung kepada tembaga. Enzim ini berperanan dalam penghasilan tenaga diperingkat dan diantara sel.sel. Ia meransang penukaran dari molekeul oxygen (O2) menjadi air (H2O). Cytochrome c oxidase, dengan demikian, menghasilkan suasana berdaya letrik yang digunakan oleh mitochondria (kilang tenaga dalam sel) bagi menghasilkan molekeul penyimpan tenaga iaitu adenosine triphosphate (ATP). Dengan demikian, bila tembaga dalam tubuh mencukupi, tenaga yang diperlukan untuk perlaksanaan fungsi-fungsi tubuh tidak menghadapi masalah untuk hari-hari yang dilalui tanpa tubuh merasa letih atau lesu.
- Penghasilan Tisu Penghubung - lysyl oxidase, juga sejenis enzim-kupro yang bertindak menyusun dan memadukan kolagen dan elastin. Begitu mustahak bagi menghasilkan tisu penghubung yang teguh dan anjal. Lysyl oxidase, dengan demikian, membantu memelihara keteguhan tisu penghubung dalam jantung dan saluran-saluran darah. Ia juga membantu proses pembinaan tulang.
- Metabolisma Zat Besi - 4 jenis enzim yang mengandungi tembaga, dikenali sebagai multi-copper oxidases (MCO) atau ferroxidases. MCO terdiri dari ceruloplasmin yang sentiasa beredar dalam tubuh (merupakan ~90% dari plasma tembaga). MCO mampu mengoksidasi besi ferrous (Fe2+) menjadi besi ferrik (Fe3+), untuk dimuat kedalam protein transferrin dan dibawa ke tempat dimana pembinaan sel-sel darah merah berlansung.
- Penghasilan Pigmen Melanin. tyrosinase, sejenis enzim-kupro yang diperlukan bagi menghasilkan pigmen melanin. Melanin dibina dalam sel-sel melanocyte dan berperanan mewarnai rambut, kulit dan mata.
- Sistem Saraf Pusat. Sistem saraf pusat adalah sebahagian dari sistem saraf yang terdiri dari otak dan tulang belakang. Beberapa tindakbalas fungsi otak dan sistem saraf yang mustahak perlu dipacu oleh enzim-kupro.
- Penghasilan Neurotransmitter - Dopamine beta-hydroxylase memacu penukaran dari dopamine kepada neurotransmitter, norepinephrine.
- Pembinaan dan Pemeliharaan Myelin - Lapisan pelindung myelin terbuat dari phospholipid yang mana penghasilannya bergantung kepada aktiviti enzim-kupro cytochrome c oxidase.
2) Fungsi Anti-oksidan. Tembaga adalah komponen penting kepada superoxide dismutase (SOD) iaitu anti-oksidan yang sangat berkesan menyirna radikal bebas. SOD adalah salah satu dari anti-oksidan yang sangat kuat menyirna radikal bebas. Radikal bebas menyerang beberapa organ dalaman tubuh dan selaput-selaput sel.
Tembaga juga.bertanggungjawab dalam aktiviti ceruloplasmin sebagai anti-oksidan; ceruloplasmin adalah protein dalam darah yang mengandungi tembaga serta berperanan dalam metabolisma besi.
- Superoxide dismutase (SOD)- SOD berfungsi sebagai anti-oksidan dengan cara memacu penukaran dari radikal bebas superoxide (ROS) kepada hydrogen peroxide, yang kemudiannya ditukar menjadi air oleh enzim-enzim anti-oksidan yang lain. 2 jenis SOD yang mengandungi tembaga :
- SOD tembaga/zinc, terdapat didalam kebanyakan sel-sel tubuh, termasuk sel-sel darah merah; dan
- SOD diluar sel-sel iaitu enzim yang mengandungi tembaga banyak terdapat dalam paru-paru dan sedikit dalam plasma darah.
- Ceruloplasmin - Ceruloplasmin befungsi sebagai anti-oksidan dalam 2 cara. Ion tembaga dan ion besi yang bebas adalah pemacu yang mempercepat kerosakan disebabkan oleh radikal bebas.
- Ceruloplasmin mengikat dan menghalang ion tembaga bebas dari menjadi ejen pemacu kepada kerosakan disebabkan oleh bebanan oksidasi.
- Ceruloplasmin, melalui aktiviti ferroxidase (oksidasi besi ferrous), mempermudah besi dimuat kedalam protein pembawa (transferrin) dan menghalang ion ferrous bebas (Fe2+) dari terlibat dalam reaksi radikal bebas yang memudharatkan.
3) Pengendalian Percambahan Gene. Percambahan gene/gene expression adalah proses dimana kod genetik dipergunakan bagi mengarahkan penghasilan ulang-berulang protein dan pembinaan struktur sel-sel seluruh anggota tubuh. Diperingkat sel-sel, tembaga berkait-rapat dengan penghasilan protein dalam aktiviti memperkembang atau pun menghalang percambahan gene-gene tertentu pada seluruh anggota tubuh.
Manfaat Tembaga
Antara manfaat tembaga dari pelbagai fungsinya pada kesihatan tubuh adalah seperti berikut:
1 Tumbesaran Sempurna: Tembaga mustahak kerana menjadi sebahagian dari komponen dan faktor gandingan kepada beberapa jenis protein dan enzim yang melaksanakan pelbagai fungsi dalaman tubuh.
Tembaga sebagai komponen kepada kira-kira 12 jenis enzim-kupro yang terlibat dalam proses metabolisma dan tumbesaran tubuh dan penyirnaan oksidasi.
Kira-kira 50 jenis enzim bergandingan dengan tembaga. Enzim-enzim tersebut berfungsi dengan baik apabila hadir tembaga. Tanpa tindak-balas enzim dalam berbagai sistem dalaman tubuh, maka seluruh metabolisma akan lembab, jaringan tindak-balas menjadi rumit. Keadaan ini memberi pengaruh besar kepada perkembangan otak (terutama yang berkaitan dengan dopamine dan galaktos), pertumbuhan saluran-saluran darah, dan proses kesembuhan pada tisu-tisu.
Oleh yang demikian, tembaga menyumbang kepada tumbesaran tubuh yang normal dan sempurna, memelihara perkembangan, pertumbuhan dan pembentukan sistem-sistem tulang kerangka, sistem saraf, saluran pembuluh darah dengan jantung, tisu penghubung, otak, jantung, dan berbagai organ dalaman tubuh. Justru, tembaga sangat diperlukan dalam permakanan harian.
Kehamilan Ibu, Janin dan Bayi: Zat gizi tembaga sangat penting pada wanita hamil, pada tumbesaran dan perkembangan janin dalam kandungan, pada ibu selepas melahirkan bayi, pada bayi yang menyusu, selanjutnya pada kanak-kanak yang membesar.
Wanita hamil memerlukan kadar zat tembaga yang lebih. Kerana janin dalam kandungan memerlukan bekalan tembaga yang banyak untuk perkembangan organ hatinya terutama sewaktu fasa ke-3 (kehamilan.29-40 minggu atau 7-9 bulan).
Kekurangan tembaga pada wanita hamil, menghadapi risiko kesihatan pada janin dan bayi yang bakal dilahirkan terjejas, tumbesaran tubuh bayi yang kurang normal dan sihat, bayi kurang berat badan, tisu otot dan organ bayi yang lemah, sel-sel darah merah tidak menerima oxygen dengan sempurna, perkembangan saraf dan otak yang lembab. Selalunya, bayi yang normal sihat sewaktu kelahiran, mengandungi 4 kali ganda kepekatan tembaga dibandingkan dengan seorang dewasa.
Selepas melahirkan anak, apabila bayi yang baru lahir menyusu dari ibu, hati bayi dan susu ibu selalunya membekalkan tembaga yang mencukupi untuk 4-6 bulan pertama usia bayi. Susu ibu cenderung menjadi rendah kandungan tembaga ketika penyusuan, kerana ibu membekalkan tembaga pada bayi yang cepat membesar sewaktu penyusuan. Bekalan tembaga perlu lebih bagi kelansungan fungsi metabolisma dalam pernafasan sel-sel, pigmen pada melanin, penghasilan tisu-tisu penghubung, metabolisma zat besi, sistem daya tahan dari serangan radikal bebas dan penyakit, perkembangan gene, dan fungsi normal pada jantung dan sistem kekebalan pada bayi. Jika tubuh bayi menjadi kurus, penyusuan perlu membekalkan tembaga yang mencukupi. Kebanyakan susu lembu dan susu formula bayi yang lain tidak mengandungi tembaga yang mencukupi. Terdapat juga susu formula yang telah diperkaya dengan tembaga dewasa ini.
* Peringatan: Wanita hamil perlu berhati-hati jika mengambil supplemen besi bagi tujuan merawat anemia atau zinc untuk merawat selsema, kerana lebihan zat besi dan zinc boleh menyebabkan kurang penyerapan tembaga. Supplemen tembaga perlu ditambah.
2 Perangsang Otak: Tembaga sudah termaklum menjadi peransang kepada otak. Sebab itu, bahan makanan yang kaya dengan tembaga dikelasifikasikan sebagai "Makanan Untuk Otak".
Tembaga dikaitkan secara lansung dengan proses otak yang lebih cerdas. Beberapa kajian menunjukkan terdapat kaitan secara lansung antara kadar tembaga dalam otak dengan tahap kreativiti seseorang atau sebaliknya. Tembaga membuka jalur-jalur saraf otak untuk berkembang dengan cara-cara yang unik.
Namun, kandungan tembaga dalam permakanan hendaklah dalam nisbah yang seimbang, kerana jika tembaga terlalu berlebihan juga tidak baik untuk otak. Tembaga memiliki fungsi pengawalan kepada otak, oleh itu kadar supplemen tembaga perlulah dalam kadar yang seimbang.
3 Tisu Penghubung dll: Tembaga berperanan besar dalam penghasilan hemoglobin, tisu penghubung, kolagen, myelin, dan melanin iaitu pigmen tubuh.
Tembaga membantu penyerapan zat besi melalui saluran usus. Dan tembaga juga tersimpan dalam hati. Perkara ini mustahak pada penghasilan sel-sel darah merah, iaitu hemoglobin dan dalam tulang. Tembaga perlu cukup bagi membantu penyerapan dan memelihara metabolisma zat besi yang normal dalam menghasilkan sel-sel darah merah. Tembaga memastikan sel-sel darah merah menjadi sihat dan bekalan oxygen kepada organ-organ dalaman tubuh berlansung.
Anemia merupakan tanda-tanda kekurangan tembaga, kerana zat besi didapati berkumpul dalam organ hati, menandakan tembaga (melalui ceruloplasmin yang mengandungi tembaga) diperlukan bagi membawa zat besi kepada sumsum tulang untuk menghasilkan sel-sel darah merah. Tembaga bekerjasama dengan besi, membantu tubuh membina sel-sel darah merah, memelihara saluran-saluran darah, saraf, sistem kekebalan, dan menyihatkan tulang dan mengelak dari anemia.
Zat tembaga juga membantu membina dan mengutuhkan lapisan pelindung myelin yang membalut saraf. Ia juga terlibat secara giat dalam penghasilan elastin, tisu penghubung yang menjadikan kulit anjal, melambatkan proses penuaan, menjadikan kulit segar tegang dan kurang kekedutan.
Tembaga adalah komponen kepada pigmen melanin, yang menghitamkan kulit, rambut dan mata. Melanin boleh dihasilkan hanya dengan melanocyte dengan kehadiran enzim-kupro yang dikenali sebagai tyrosinase, yang terhasil dari tembaga.
Pengambilan supplemen tembaga juga membantu melindungi rambut cepat beruban atau gugur/rontok. Ia melindungi keutuhan sel-sel dan melambatkan proses penuaan. Ia juga memelihara/mengekalkan warna mata, dan mustahak (bersama dengan zinc) memelihara warna mata yang bersinar meskipun diwaktu usia tua.
4 Anti Penuaan: Tembaga bergandingan dengan zinc merupakan komponen penting kepada enzim anti-oksidan superoxide dismutase (Cu,Zn-SOD). Sifatnya sebagai anti-oksidan dikaji berkesan memperlambat proses penuaan; seperti kekedutan, tompok-tompok hitam, kecenderungan beberapa jenis kanser, kemerosotan macular mata, dan kegagalan ginjal.
5 Jantung: Enzim-kupro, SOD dan ceruloplasmin, adalah 3 bahan yang bersifat anti-oksidan. Sebahagian dari pakar sains mengajukan bahawa kekurangan tembaga (dan bukannya lebihan tembaga) yang meninkatkan risiko penyakit jantung.
Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa tembaga boleh mengurangkan paras kolesterol mudharat (LDL cholesterol) dan membantu menambah kolesterol bermanfaat (HDL cholesterol). Keadaan ini boleh mengurangkan kemungkinan berlaku penyakit jantung seperti atherosclerosis, serangan jantung, dan strok.
6 Mengutuhkan Sistem Kekebalan Tubuh: Tembaga meransang sistem kekebalan tubuh bagi melawan jangkitan, membaik-pulih tisu-tisu yang rosak, dan mempercepat kesembuhan. Peri mustahak tembaga disebabkan kemampuannya bertindak sebagai penderma atau penerima eletron, maka tembaga juga membantu menyirna radikal bebas yang menyebabkan kerosakan pada sel-sel.
Beberapa kajian menunjukkan bahawa tembaga boleh memusnahkan atau mencegah perkembangan kelompok bakteria seperti E Coli. ia juga mengutuhkan sistem kekebalan tubuh dan menghalang tenaga berlebihan terpaksa digunakan bagi melawan jangkitan.
Kadar/Dos Tembaga
Kementerian Kesihatan Malaysia belum menetapkan kadar/dos harian zat gizi tembaga yang perlu diperdapat oleh tubuh. Begitu pun dengan kadar/dos maksima yang masih selamat pengambilannya.
Justru, rujukan diambil dari National Academy of Sciences, Institute of Medicine, Food and Nutrition Board.
Kekurangan Tembaga
Kekurangan tembaga dalam tubuh boleh menyebabkan timbulnya beberapa gejala serious, seperti berikut:
- Anemia - rendah suhu tubuh, kulit pucat kerana kurang pigmen, anorexia/tabiat permakanan tak menentu, mudah mengantuk.
- Tinggi paras kolesterol, saluran darah mengembang, denyut jantung tidak selari
- Pendarahan dibahagian bawah lapisan kulit dan penyakit kulit.
- Rambut rontok/gugur.
- Kekacauan pada kelenjar Thyroid
- Lemah daya tahan dari serangan jangkitan, sedikit bilangan sel-sel darah putih, bengkak tisu tubuh.
- Osteoporosis.
- Tumbesaran terbantut, kelahiran bayi yang cacat
Masalah Supplemen Tembaga. Supplemen tembaga boleh mencegah dari berlaku kekurangan tembaga. Akan tetapi, supplemen perlu diambil dibawah pengawasan doktor. Selalunya aupplemen tidak digalakkan pada warga dewasa yang sihat yang memakan berbagai jenis makanan. Supplemen dibawah perhatian doktor menjadi perlu:
- pada bayi dan kanak-kanak, masalah penyakit warisan yang jarang berlaku seperti sindrom Menkes boleh berlaku, dimana penyerapan tembaga menjadi masalah utama.
- pada bayi pramatang atau dilahirkan kurang berat badan, tahun pertama pada bayi yang diberi formula susu lembu biasa atau tanpa diperkaya dengan zat, atau kanak-kanak yang mengidap kurang zat makanan/malnurished.
- pada pesakit yang kurang penghadaman (seperti kanak-kanak yang mengalami kekerapan cirit-birit atau jangkitan penyakit).
- pesakit yang mengambil ubat-ubatan yang boleh menghalang aktiviti penggunaan tembaga.
- pesakit anemia yang diberikan supplemen zat besi.
- mereka yang mengambil supplemen zinc.
- pengidap osteoporosis.
Keracunan Tembaga
Keracunan tembaga dalam tubuh disebut 'copperiedus.' Copperiedus boleh berlaku apabila memakan bahan makanan yang tinggi kandungan asid yang dimasak dalam periuk atau peralatan tembaga yang tidak disalut, salutan sudah luntur, sudah berkarat tembaga, atau meminum air dalam bekas tembaga atau melalui saluran paip air yang terbuat dari tembaga. Kadar tembaga yang tinggi menjadi toksin dan memasuki makanan yang dimasak. Lebihan tembaga yang bertoksin boleh memudharatkan tubuh. Banyak negara telah mengharam atau membatas penjualan peralatan tembaga yang tidak disalut.
Gejala lebihan tembaga yang berlarutan, antaranya:
- muntah-muntah, muntah darah (hematemesis)
- hypotension (tekanan darah rendah)
- melena (najis berwarna hitam)
- koma
- penyakit kuning
- masalah saluran perut dan usus
Gejala lebih parah boleh mengakibatkan kerosakan pada organ-organ dalaman tubuh, seperti;
- Kelenjar Thyroid. Tembaga memainkan peranan penting bagi memastikan fungsi kelenjar thyroid berjalan dengan baik. Namun, tembaga berlebihan juga merupakan punca utama kepada kegagalan fungsi thyroid, yang mana jika aktiviti hormon tidak seimbang berkemungkinan timbul gejala samada hypothyroidism atau hyperthyroidism.
- Organ Hati dan Ginjal. Lebihan tembaga yang berlarutan boleh merosakkan organ hati dan ginjal. Salah satu tanda keracunan tembaga ialah cirrhosis dalam organ hati yang sering dialami oleh kanak-kanak. Cirrhosis ialah tisu-tisu dalam hati berparut, menjadikan hati kurang sihat dan kurang mampu menghasilkan protein, tubuh lemah melawan jangkitan, darah semakin kotor, penghadaman bermasalah dan lemah tenaga.
- Penyakit Wilson. Penyakit genetik diwarisi dari keturunan; penyakit yang menyebabkan tubuh terus menyimpan tembaga, tidak dikeluarkan kedalam cecair hempedu. Penyakit ini, jika tidak dirawat, boleh mengakibatkan kerosakan pada otak dan hati.
- Penyakit Alzheimer. Lebihan ion tembaga bebas timbul pada pesakit Alzheimer.
Makanan Kaya Tembaga
Tembaga merupakan zat galian kelumit yang mustahak pada tubuh. Ia tidak mampu dihasilkan sendiri oleh tubuh. Justru, ia perlu diperdapat melalui permakanan dari sumber-sumber alami.
Tembaga hadir dalam berbagai sumber makanan. Makanan laut (tiram paling kaya kandungan tembaga), daging dan organ binatang (seperti hati lembu dan kambing), kekacang (seperti badam, kacang dhal, kacang tanah) bijirin (seperti bran beras dan gandum, beras perang, gandum, barli, oat, tepung), bijian dan kuaci, buah-buahan (seperti alpukat, oren, epal, betik, buah kelapa), sayur-sayuran (seperti bawang putih, kale), ubi kentang, ubi bit, coklat, cendawan dll..
Kandungan tembaga dalam sesuatu makanan boleh susut disebabkan lama tersimpan dalam tin dan dalam makanan yang tinggi kandungan asid.
MAKANAN YANG KAYA ZAT TEMBAGA - TOP 10 | |
#1: Jenis Makanan Laut Tiram, dimasak: sajian 100g = 5.71 mg (285% DV); 85g = 4.85 mg (243% DV); 6 tiram (42g) = 2.4 mg (120% DV). Lain-lain makanan laut setiap sajian 85g: Sotong Biasa/kumit-kumit/cumi-cumi (90%), Udang Besar/Lobster (66%), Ketam (50%), dan Sotong Kurita/Octopus (31%). | |
#2: Jenis Sayur-Sayuran Sayur Kale: sajian 100g = 1.5mg (75% DV); dipotong-potong 67g = 1.0mg (50% DV). | |
#3: Jenis Cendawan Cendawan Shiitake, dimasak: sajian 100g = 0.9mg (45% DV); 145g = 1.3mg (65% DV); 4 cendawan (72g) = 0.65mg (32% DV) Lain-lain cendawan (%DV setiap secawan): Cendawan Putih, dimasak (39%); Morel mentah (21%); Cendawan Coklat Itali mentah (18%). | |
#4: Jenis Bijian Bijan: sajian 100g = 4.08mg (204% DV); secawan (144g) = 5.88mg (294% DV); 28g = 1.14mg (57% DV) Lain-lain bijian: (%DV setiap 28g): Kuaci Bijian Bunga Matahari (26%), Kuaci Labu (19%), Bijian Flax (17%), dan Kuaci Tembikai/Semangka (10%). | |
#5: Jenis Kekacang Biji Gajus: sajian 100g = 2.22mg (111% DV); secawan (137g) = 3.04mg (152% DV); 28g = 0.62mg (31% DV) Lain-lain kekacang: (%DV 28g): Kacang Hazel (25%), Kacang Brazil (24%), Kacang Walnut (22%), Kacang Pine (19%), Kacang Pistachio (18%), Kacang Pecan (17%) dan Badam (14%). | |
#6: Juga Jenis Kekacang Kacang Kuda, dimasak: sajian 100g = 0.35mg (18% DV); secawan 164g = 0.58mg (29% DV); 1/2 cawan (82g) = 0.29mg (15% DV). Lain-lain kekacang: Kacang Merah/Adzuki (34%), Kacang Ginjal dan Kacang Putih/White (26%). | |
#7: Buahan-buahan Kering Buah Prune: sajian 100g = 0.61mg (31% DV); secawan (132g) = 0.81mg (40% DV); 1/2 cawan (66g) = 0.40mg (20% DV) Lain-lain buah-buahan kering (%DV setiap 1/2 cawan): Apricot Kering (17%), Peach (16%), Kismis (15%), dan Buah Tin (11%). | |
#8: Alpukat/Avocado: sajian 100g = 0.19mg (10% DV); secawan puréed (230g) = 0.44mg (22% DV); sebiji (201g) = 0.38mg (19% DV). | |
#9: Keju Kambing (Jenis lembut): sajian 100g = 0.73mg (37% DV); 28g = 0.21mg (10% DV); 56g = 0.42mg (10% DV). | |
#10: Makanan Soya Diragi/Diperam Tempe: sajian 100g = 0.56mg (28% DV); secawan (166g) = 0.93mg (47% DV); 1/2 cawan (83g) = 0.47mg (24% DV) Lain-lain makanan soya beragi/diperam (%DV setiap secawan): Miso (58%), dan Tofu (16%). | |
Sumber: healthaliciousness.com |
No comments:
Post a Comment