2

Sunday, December 30, 2012

Doa Ismul A'zham Merawat Tubuh

[Ya Allah, aku memohon padaMu, wahai Yang Maha Mengetahui segala ketakutan! Wahai Zat Yang KudratNya teguh menguasai langit! Wahai Zat Yang KudratNya berlansung hanya dengan kata-kata kehendakNya dibumi! Wahai Zat Yang Cahaya KeagunganNya memancar menerangi matahari dan bulan! Wahai Yang Mengkabulkan kepada setiap diri yang suci! Wahai Yang Menghilangkan rasa ketakutan di kalangan manusia! Wahai Zat Yang Disisinya Menunaikan segala hajat para makhluk! Wahai Zat Yang Menyelamatkan Nabi Yusuf dari pengkelanaan! Wahai Zat yang tiada bagiNya perantara bagi mereka yang menyeruNya, dan bagiNya tiada memiliki kepalsuan, dan tiada pembantu menunaikannya, dan tiada Rabb yang lain selain Dia tempat berdoa, dan tiada melayani segala hajat melainkan dengan kemurahan dan kebaikanNya! Selawat keatas Muhammad dan ahli keluarganya, perkenankanlah permintaanku, sesungguhnya Engkau berkuasa keatas setiap sesuatunya, Wahai Yang Maha Hidup! Wahai Yang Berdiri Dengan Sendirinya! Wahai Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!]
11

Saturday, December 22, 2012

Wirid-Wirid Berupa Kunci-Kunci Langit & Bumi

Kunci-Kunci Langit dan Bumi  merupakan wirid-wirid di bawah ini; yakni Zikir Khusus, Selawat A'zhimiah, dan Istighfar Kabir.

Rasulullah SAW bersabda: "wahai Ahmad, kini telah aku berikan kepadamu kunci-kunci langit dan bumi; iaitu zikir yang khusus, selawat yang agung (selawat a'zhimiah), dan istighfar yang besar (istighfar kabir)”.

7

Friday, December 21, 2012

Doa Ismul A'zham Zaid Haritsah RA

Rasulullah SAW bersabda, “hai Zaid, engkau telah di ajar oleh Allah SWT kalimah ismul ‘akzham, sesiapa yang berdoa dengannya akan diperkenankan, dan sesiapa yang meminta dengannya akan di beri dengan segera.” 

[Ya Allah, Maha Pencinta 3x Wahai Pemilik Arasy Yang Mulia, Wahai Zat Yang Menzahirkan, Wahai Zat Yang Mengembalikan, Wahai Zat Yang Berbuat SekehendakNya, aku memohon padaMu demi nur wajahMu yang memenuhi seluruh ruang ArasyMu, dan demi qudratMu yang telah Engkau taqdirkan ke atas sekelian makhlukMu, dan demi rahmatMu yang meliputi setiap sesuatunya, tiada tuhan melainkan Engkau, demi rahmatMu yang memberi pertolongan, Wahai Zat Yang Menolong orang yang meminta pertolongan, tolonglah aku 3x].

0

Saturday, December 1, 2012

Muqaddimah Amalan


Adab Beramal Dan Berdoa

Adab beramal adalah seperti juga berdoa. Hendaknya bermula dengan puji pada Allah SWT. Seringkasnya ﺍَﻟْﺤَﻤْﺪُﺍﻟﻠِﱣﻪِﺭَﺏﱢﺍﻟْﻌَﻠَﻤِﻴْﻦَ. Sebaiknya disusuli dengan ikrar syahadat. Ikrar syahadat yang tersebut di bawah ini telah di ajar oleh Rasulullah SAW kepada Imam Ahmad Idris, pendiri Tariqat Idrisiah, melalui Nabi Hidzir AS. Sangat besar fadhilatnya: ﻵﺍِﻟَﻪَﺍِﻻﱠﺍﻟﻠﱣﻪُﻣُﺤَﻤﱠﺪٌﺭَﺳُﻮْﻝُﺍﻟﻠﱣﻪِ٬ ﻓِﻰﻛُﻞﱢ ﻟَﻤْﺤَﺔٕﻭَﻧَﻔَﺲٕﻋَﺪَﺩَﻣَﺎﻭَﺳِﻌَﻪُﻋِﻠْﻢُﺍﻟﻠﱣﻪِِ.

Kemudian, disusuli dengan selawat ke atas Nabi SAW. Meskipun selawat ringkas, namun memenuhi adab beramal dan berdoa. Selawat yang tersebut di bawah ini mempunyai keunggulan tersendiri.

ﺍَﻟﻠﱠﻬُﻢﱠﺻَﻞﱢﻭَﺳَﻠﱢﻢْﻭَﺑَﺎﺭِﻙْﻋَﻠٰﻰﺳَﻴﱢﺪِﻧَﺎﻣُﺤَﻤﱠﺪٕﻭَﻋَﻠٰﻰﺍَﻝِﺳَﻴﱢﺪِﻧَﺎﻣُﺤَﻤﱠﺪٕﻓِﻰﻛُﻞﱢ ﻟَﻤْﺤَﺔٕﻭَﻧَﻔَﺲٕﺑِﻌَﺪَﺩِﻛُﻞﱢﻣَﻌْﻠُﻮْﻡٕﻟَﻚَ

0

Thursday, November 29, 2012

Ayat Kursiyy & Fadhilatnya

Ayat Kursiyy, iaitu Ayat 255, Surah Al-Baqarah. Dikenali sebagai ‘Penghulu Segala Ayat-Ayat Al-Quran’.

Firman Allah SWT (Ayat Kursiyy), yang bermaksud:

[Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Maha Hidup Kekal dan Berdiri Dengan Sendirinya, tiada Dia dipengaruhi oleh rasa ngantuk dan tidur, padaNya memiliki segala apa jua di langit dan di bumi, tiada seorang pun sanggup memberi syafaat disisiNya kecuali dengan izinNya, Yang Maha Tahu apa jua di hadapan dan di belakang, sedangkan mereka tidak mengetahui sesuatu apapun dari ilmuNya melainkan sekadar mana yang Dia kehendaki, betapa luas kursi/singgahsanaNya meliputi seluruh langit dan bumi, dan tiada jua berat bagiNya memelihara kedua-duanya, Dia Maha Tinggi lagi Maha Agung].

Ayat Kursiyy memiliki 170 huruf, 50 kalimah/kata-kata, 7 ayat. Ayat ini diwahyukan selepas hijrah Rasulullah SAW ke Madinah. Turunnya ayat ini diiringi oleh gerombolan 70,000 malaikat memuliakannya. Waktu ayat ini diturunkan, semua syaitan gempar, lari bertempiaran dan bertabrakan sesama sendiri, sehingga pergi mengadu kepada ketua mereka, iaitu iblis. Mereka kemudian di suruh menyiasat apa yang telah berlaku. Tiba di Madinah, tahulah mereka bahawa Ayat Kursiyy telah diturunkan untuk umat islam, sebagai perisai utuh yang akan merintangi dan menghancurkan kekuatan mereka. Alhamdulillah!!!

0

Wednesday, November 28, 2012

Anak Kunci Khazanah Amalan

Anak Kunci Khazanah Amalan

[Ya Allah, sesungguhnya aku persembahkan padaMu keharibaan (di antara 2 tanganMu) dari setiap nafas, kerdipan, peredaran, dan kerlipan, yang berkelipan/berligar daripada ahli-ahli langit dan ahli-ahli bumi, dan setiap  sesuatunya yang di dalam ilmu (dan kerajaan) Engkau, yang wujud atau telah sekian wujudnya, ku persembahkan padaMu keharibaan (di antara 2 tanganMu) setiap sesuatunya yang sedemikian itu.....]

0

Tuesday, November 27, 2012

Solat Jenazah

Solat Jenazah hukumnya adalah fardu kifayah; perlu dilaksanakan oleh sebahagian dari umat Islam.

ehsan dari Ensiklopedia Muslim
Syafaat. Setiap mayat orang Islam wajib disolatkan, solat tersebut dinamakan Solat Jenazah, yakni secara berjemaah. Jika jemaah yang mengerjakan Solat Jenazah mencapai 40 atau 100 orang, maka Allah SWT akan kabulkan permohonan syafaat mereka untuk jenazah tersebut.

Ini berdasarkan nas yang diriwayatkan oleh Kuraib (pelayan Ibnu ‘Abbas), dari ‘Abdullah bin ‘Abbas ra, bahawa Ibnu Abbas ra berkata: ...... sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: 'Tidaklah seorang Muslim meninggal dunia lalu ada 40 orang yang mendirikan Solat Jenazah baginya, yang mereka tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun, melainkan Allah akan mengabulkan permohonan syafaat mereka untuk jenazah tersebut.'  (Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Janaaiz, no: 948).

0

Monday, November 26, 2012

Solat Witir

Solat Witir merupakan solat sunat terakhir di malam hari. Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkan bersolat witir, wahai ahli Al-Quran." HR Abud Dawud dan Tirmizi.

Waktu untuk mengerjakan solat ini ialah selepas solat isyak sehingga terbit fajar.

Dilakukan secara bersendirian, atau dilaksanakan secara berjemaah. Berjamaah selalunya dilakukan di bulan Ramadhan sesudah Solat Tarawih, bersolat witir 3 rakaat, menjadi amalan sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Solat Witir di bulan Ramadan, selepas 15 Ramadhan, disunatkan membaca doa Qunut pada rakaat terakhir, setelah bangun dari ruku’.

Jumlah rakaat bagi solat witir ialah ganjil, bersesuaian dengan nama witir, iaitu ganjil. Paling sedikit 1 rakaat, atau 3, 5, 7, 9, 11 rakaat. Ada juga nas sehingga 13 rakaat. Afdalnya 11 rakaat.

0

Sunday, November 25, 2012

Solat Tahajjud

Solat Tahajjud adalah solat sunat, dilakukan di waktu malam, setelah tidur terlebih dahulu, kerana "tahajjud" juga membawa maksud bangun di malam hari. Solat Tahajjud juga merupakan terapi bagi sebarang kemudaratan disegi zahir mahupun batin, dunia mahupun akhirat.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash, Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Solat yang paling disukai oleh Allah SWT adalah solat Nabi Daud AS, dan puasa yang paling disukai oleh Allah SWT adalah puasa Nabi Daud AS. Beliau biasa tidur seperdua malam dan solat pada sepertiganya, kemudian tidur lagi seperenamnya, dan beliau berpuasa satu hari dan tidak berpuasa satu hari.” (HR Bukhari)

Sepertiga (1/3) Malam: Rasulullah SAW bersabda: "Rabb (Tuhan) kita turun disetiap malam ke langit yang terendah, iaitu saat sepertiga malam terakhir, maka Dia berfirman: 'Siapa yang berdoa kepadaKu maka Aku kabulkan, siapa yang meminta kepadaKu maka Aku berikan kepadanya, dan siapa yang meminta ampun kepadaKu maka Aku ampunkan untuknya'." (HR Al Bukhari)

Waktu bilakah bermulanya sepertiga malam? Ianya bermula selepas selesai solat Isyak, sehingga sebelum masuk waktu Subuh. Dibahagikan kepada 3 bahagian: jarak antara waktu Isyak - Subuh adalah 9 jam, maka 3 jam pertama selepas Isyak dikira 1/3 awal, 3 jam kedua di kira 1/3 pertengahan, dan 3 jam terakhir dikira 1/3 akhir malam. Bermakna (di Malaysia), bermula kira-kira pukul 2.30-3.00 pagi itulah bermula waktu 1/3 akhir malam (Indonesia 1.30-2.00 pagi). Maka, Solat Tahajjud boleh dilakukan samada pada 1/3 awal, 1/3 pertengahan, atau 1/3 akhir malam!!!

0

Saturday, November 24, 2012

Solat Tasbih

Solat Tasbih adalah solat sunat, bertujuan mengharap keampunanan Allah SWT dan terhapus dari segala dosa.

"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun." Surah Al-Israa [44]


Daripada Ibnu ‘Abbas RA; “Rasulullah SAW telah bersabda kepada bapa saudaranya Abbas bin Abdul Muthallib; 

‘Wahai al-‘Abbas, bapa saudaraku! Sukakah aku berikan, aku kurniakan dan aku ajarkan kepadamu ‘sepuluh kelebihan’ jika kamu lakukannya, nescaya Allah akan mengampunkan dosa kamu dari awal hingga akhirnya, yang lama dan yang baru, yang tersalah dan yang disengajakan, yang kecil dan yang besar, yang tersembunyi dan yang terang-terangan?;

...iaitulah kamu menunaikan solat empat rakaat di mana kamu membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah dan satu surah (yang lain), kemudian apabila selesai membaca (al-Fatihah dan surah itu) engkau bacalah ketika sedang berdiri itu; “سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر” (Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaaha Ilallah Wallahu Akbar) sebanyak 15 kali. Kemudian kamu rukuk dan semasa rukuk itu kamu membaca sebagaimana bacaan tersebut sebanyak 10 kali. Kemudian kamu angkat kepalamu dari rukuk dan membaca 10 kali juga (ketika sedang berdiri I’tidal itu). Kemudian kamu sujud dan membaca semasa sujud sebanyak 10 kali. Kemudian kamu bangun dari sujud dan membaca 10 kali lagi. Kemudian kamu sujud semula dan membaca 10 kali juga. Kemudian engkau angkat kepalamu dari sujud dan membacanya 10 kali lagi sebelum bangun ke rakaat berikutnya. Demikianlah 75 kali pada setiap rakaat. 

...Hendaklah kamu lakukannya dalam 4 rakaat. Jika kamu dapat kerjakan solat itu pada setiap hari sekali, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, lakukanlah sekali pada setiap jumaat. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap bulan. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap tahun. Jika tidak mampu juga, lakukanlah sekali seumur hidup'.” (HR Imam Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

0

Friday, November 23, 2012

Solat Istikharah

Solat Istikharah adalah solat sunat memohon petunjuk dari Allah SWT tentang pilihan yang harus diikuti untuk kehidupan.

Manusia sentiasa berhadapan dengan pilihan di dalam kehidupan. Kekadang pilihan di kira sudah cukup baik, namun kesudahannya amat disesali. Dan kekadang taqdir Tuhan di kira tidak memenuhi citarasa, rupa-rupanya bahagia yang memenuhi jiwaraga.

Apabila ada keraguan dihati, apabila fikiran kusut memikirkan mana yang baik harus dipilih, atau apabila tidak mahu tersalah pilih dalam kehidupan, Solat Istikharah jangan ditinggalkan. Ikutlah langkah-langkah taqdir dari ketentuan Ilahi melalui "istikharah", insyaAllah selamat dan bahagia dunia dan akhirat.

Cara Solat Istikharah:
  • 2 rakaat 1 salam; rakaat pertama Fatihah + Surah Al-Kafiruun, rakaat kedua Fatihah + Surah Al-Ikhlas.
  • Lafaz Niat: [sahaja aku solat sunat istikharah 2 rakaat kerana Allah Ta'ala]
  • Waktu; tidak ditentukan, malam atau siang, pagi atau petang (kecuali waktu-waktu yang diharamkan bersolat).

0

Thursday, November 22, 2012

Solat Dhuha

Keutamaan Solat Dhuha

Solat Dhuha adalah solat sunat. Sangat banyak diperkatakan di dalam hadis-hadis. Dan sangat banyak disarankan mengamalkannya selama hidup di dunia.

Solat Dhuha merupakan solat para nabi, para solihin, para siddiqin, dan para tawwabin (orang-orang yang bertaubat). Juga dikatakan sebagai amalan keberkahan, mendatangkan rezeki dan menolak kepapaan.

Solat Dhuha merupakan sedekah bagi menebus setiap anggota badan dan diri, sebagai penebus dari dosa-dosa, dan sebagai amalan membina bekalan di syurga.

Riwayat dari HR Al-Hakim dan At-Tabrani, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”

41

Tuesday, November 20, 2012

Solat Hajat, Mustajab!!!

Manusia, Antara Cobaan Dan Citarasa  

Manusia, takkan sunyi dari cobaan hidup. Cobaan datang tak di pinta, tak di doa, tak di undang. Datangnya kekadang hingga mengoyak dan meremuk hati, tak tetanggung dek perasaan!!!

Hajat, memang banyak sekali yang sentiasa meruntun citarasa manusia. Berbagai keinginan, berbagai keperluan. Sabda Rasulullah SAW di dalam satu hadis, bahawa tidak akan tumbuh satu pohon pun di muka bumi ini seandainya tidak ada impian dan cita-cita. Namun, dalam kebanyakan hal, mencapainya sulit bangett deh!!!    

Selagi hayat masih di kandung badan, pasti ada saja cobaaan hidup yang membadai, dan sentiasanya juga hati dan fikiran manusiawi di ulit citarasa, impikan sesuatu untuk kelansungan hidup yang di kira bahagia di dunia ini!!!

Sehubungan ini, Rasulullah SAW telah mengajarkan kepada umatnya yang islam, solat hajat yang amat mustajab. Pesanan Baginda, mohonlah sesuatu yang baik dengan niat yang baik, kerana yang baik itu diredzai Allah SWT dan RasulNya, yang buruk akan sentiasa disenangi oleh syaitan iblis dan musuh-musuh islam dari kalangan manusia.

2

Saturday, November 17, 2012

Penyakit Gusi Dan Gigi

Masalah Gusi Dan Gigi
- Penyakit Gingivitis dan Periodontitis
- Peranan Vitamin-Vitamin dan Zat Gizi

Memelihara kesihatan gigi sama pentingnya memelihara kesihatan gusi. Gusi berperanan besar menyihatkan gigi. Apabila gusi bermasalah, gigi turut terlibat dan bermasalah. Apabila gusi sakit, bengkak, nyilu, berdarah, bernanah atau mengecut; gigi akan turut sakit, longgar, sekiranya tidak di rawat, mungkin tertanggal dari gusi. Penyakit gusi perlu ditanggani segera agar tidak menjejaskan gigi sehingga tertanggal atau ditanggalkan.



Gingivitis. Seringkali penyakit gusi bermula dari radang gusi, disebut “Gingivitis”. Gingivitis adalah peringkat awalan kepada penyakit gusi “periodontitis.”

Namun, bukan semua gingivitis awalan kepada periodontitis; perubahan hormon boleh menyebabkan gingivitis; gingivitis puber, mungkin dialami oleh gadis baru aqil baligh, di mana pertambahan hormon secara mendadak memacu pengaliran darah ke gusi menyebabkan gingivitis; ada wanita yang mengalami gingivitis setiap kali kedatangan haid; gingivitis hamil, selalunya berlaku dari bulan ke 2-3 kehamilan, berterusan bulan ke 8; penggunaan pil-pil perancang keluarga/KB juga boleh menimbulkan gingivitis; kadangkala, wanita yang melalui menopaus, juga mengalami gingivitis.
0

Friday, November 16, 2012

Selawat Qalbi



1

Istighfar Rejab

Kelebihan Istighfar Rejab

Istighfar Rejab, adalah doa istighfar yang menunjukkan betapa maha luarbiasa sifat maghfiroh (keampunan) Allah SWT kepada manusia.

Sebagai manusia, pasti kita tidak lari dari berbuat kesilapan, sengaja mau pun tidak sengaja. Semoga amalan Istighfar Rejab dapat memberi harapan agar terampun jua segala dosa dan ketelanjuran untuk menghadapi hidup sesudah mati nanti. Di suatu hari di suatu masa, mati kan datang jua!!! 

Hadis Rasulullah SAW, sabda Baginda kepada Sayyidina Ali bin Abi Thalib: “Wahai Ali, tulislah Raja Istigfar ini. Kerana siapa yang membacanya, atau menyimpan tulisannya di dalam rumah atau pada harta bendanya, atau tulisan itu di bawa kemana saja ia pergi, maka Allah memberi kepadanya pahala 80,000 nabi, 80,000 siddiqin, 80,000 malaikat, 80,000 orang mati syahid, 80,000 orang yang beribadah haji dan pahala membangun 80,000 masjid.” Dan barangsiapa yang membacanya sebanyak 4 kali atau 2 kali sepanjang hidupnya, maka diampuni dosanya oleh Allah Ta’ala, walaupun ia ditetapkan akan masuk neraka.

Rasulullah SAW juga pernah bersabda: “Barangsiapa yang membaca Istigfar Rejab ini, maka akan dibangunkan 80 negeri di syurga, setiap negeri mempunyai 80 mahligai, setiap mahligai mempunyai 80 rumah, setiap rumah mempunyai 80 kamar, setiap kamar ada 80 bantal, dan setiap bantal, 80 bidadari."

7

Tuesday, November 13, 2012

Doa Akasyah

Kelebihan Doa Akasyah

Doa Akasyah adalah doa taubat. Kata-katanya teratur indah, bagaikan sajak. Doa ini juga sangat tinggi martabatnya. Sangat baik dijadikan amalan, meskipun di baca sekali seumur hidup. Doa ini juga banyak kelebihannya bagi sesiapa yang bermunajat pada Allah SWT dengan sesuatu hajat.

Dalam kitab Mujarabat dan juga Makmuk Syarif ada menyatakan bahawa Doa Akasah asalnya di bawa oleh Malaikat Jibril as dari Arasy. Diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra; "pada suatu hari aku sedang duduk di hadapan Rasulullah SAW di dalam Masjid Madinatul Munawwarah, tiba-tiba datang Malaikat Jibril as dengan membawa Doa Akasyah, lalu diberikan kepada Rasulullah SAW seraya berkata: "wahai Rasulullah, sesungguhnya aku membawa Doa Akasyah, sejak dari Adam as dan nabi-nabi lain belum pernah di beri kecuali kepada engkau."  Kata Malaikat Jibril lagi: "sesungguhnya aku melihat Doa Akasyah ini tergantung di bawah Arasy selama 90,000 tahun sebelum Allah menciptakan dunia seisinya."

1

Sunday, November 11, 2012

Doa Pelindung Dari Rihul Ahmar

Kesihatan Zahir dan Batin

Kesihatan tubuh manusia merangkumi aspek zahir dan juga batin. Disegi zahir, tubuh memerlukan bekalan nutrien seperti zat-zat galian dan berbagai vitamin yang mencukupi agar terpelihara sihat. Namun, kadangkala penyakit datang juga. Ini disebabkan sumber penyakit kepada tubuh bukan sahaja datang dari faktor-faktor yang zahir, akan tetapi faktor yang batin perlu disaksamakan.

Keistimewaan orang-orang islam kerana adanya amalan yang menitik-beratkan kesihatan batin. Tidak akan lengkap penjagaan kesihatan tubuh sekiranya tidak ada amalan "Doa Pelindung dari Rihul Ahmar." Doa ini sangat menyuluruh, merangkumi berbagai penyakit kronik mahu pun tidak kronik, menyirna segala macam sebab-musabab yang boleh menjejaskan kesihatan tubuh. Doa ini telah diamal dan diajarkan oleh Rasullullah SAW. Nasihat Baginda, bacalah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup semoga kita terpelihara diri dari serangan Rihul Ahmar ini. Insyaallah!!!

Rihul Ahmar adalah makhluk jinn. Makhluk ini menjadi punca pada pelbagai jenis penyakit kronik pada tubuh manusia. Ia lahir dari dalam luar dan dalam tubuh manusia. Amalan dan gayahidup zahir yang kurang sihat menjadikan ia membesar dan mengganas sejajar dengan sejauhmana gayahidup yang tidak terpelihara. Ia boleh berkembang biak di dalam tubuh. Ia bersifat merosak anggota tubuh dan membunuh.

0

Doa Tawassul

 

Kata para arifin billah: doa adalah senjata mukmin, manakala af'allah adalah kesaktian para wali."

Doa tawassul merupakan doa tawajjuh pada Allah SWT yang disertai Rasulullah SAW. Doa ini amat mustajab. Hendaknya digunakan demi untuk kebaikan semata-mata.

0

Selawat Nuruzzaati

Selawat Nuruzzaati sangat ringkas dan padat. Selawat ini dinisbatkan pada Syeikh Abu Hassan As-Syazali ra, seorang ahli sufi yang mursyid.

Sayyed Ahmad As-Syawi telah menamakan selawat ini sebagai “Nuruzzaati.”
(Ya Allah, limpahkanlah selawat, salam dan keberkahan ke atas junjungan kami Muhammad, cahaya dari zat, rahsia dari yang terahsia, dalam segala nama dan sifat...dan salam ke atas ahli keluarganya dan para sahabatnya).
*Setiap selawat menjadi sempurna apabila diakhiri dengan salam ke atas ahli keluarga Baginda SAW. Justru, sesiapa yang ingin mengamalkan selawat ini, sebaiknya diakhiri dengan "wa-'ala alihi wasoHbihi wasallim."  

0

Tuesday, October 30, 2012

PULUT PUTIH

Pulut Putih

pulut putih

beras pulut putih
padi pulut putih
Pulut adalah beras yang ditanak dari beras pulut. Beras pulut adalah dari padi pulut. Padi pulut, nama saintifik Oryza sativa var. glutinosa atau Oryza glutinosa, adalah dari kalangan keluarga padi “Poaceae”. Padi pulut, secara amnya, terdiri dari 2 jenis; padi putih dan padi ungu atau kehitaman. Artikel ini berkenaan beras pulut, dan pulut putih!

Beras pulut putih menyerupai beras padi biasa. Beras pulut berwarna putih tidak berkilat, manakala beras padi biasa agak jernih. Apabila di tanak atau di kukus, pulut berubah warnanya menjadi lebih jernih dan sangat melekit berbanding dengan beras biasa. Sebaliknya beras biasa apabila di tanak, menjadi putih tidak berkilat dan tidak melekit.

0

Sunday, October 28, 2012

QURBAN

ERTI QURBAN

Qurban ialah penyembelihan binatang qurban, dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat 'Idil Adha) dan hari-hari Tasyriq (11,12 dan13 Zulhijjah), dilakukan oleh orang yang mampu, kerana beribadah kepada Allah SWT.

Rasullullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu." (Daripada Aisyah r.a., riwayat al-Tarmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

HUKUM QURBAN

Hukum qurban ialah Sunnat Muakkad (sunnat yang sangat dituntut). Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud: "Aku disuruh berqurban dan ia sunnat bagi kau." (Riwayat al-Tarmizi).

0

Friday, October 26, 2012

AQIQAH

PENGERTIAN AQIQAH

Aqiqah, di sisi hukum syara’ bermaksud, binatang yang di sembelih pada hari mencukur rambut bayi, serta mengadakan jamuan dan doa sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SAW sempena kelahiran bayi tersebut. Sabda Rasulullah SAW, bermaksud: “Setiap anak kecil (bayi) dipertaruhkan dengan suatu aqiqah; disembelih untuknya pada hari ke 7, dicukur kepalanya dan di beri nama” (Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi, an-Nasai dan Ibnu Majah dari Hasan r.a. dari Samurah bin Jundub r.a.).

Tentang nama bayi; berikan nama yang elok dan baik kerana Rasulullah SAW bersabda; إنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ القِيامَةِ بأسْمائكُمْ وأسماءِ آبائِكُمْ فأحْسِنُوا أسْماءَكُمْ “Sesungguhnya kamu sekelian akan diseru/dipanggil pada hari Qiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Oleh yang demikian, perelokkanlah nama-nama kamu”. (Riwayat Imam Abu Daud dari Abu Dardak r.a.).

0

Saturday, October 13, 2012

VITAMIN C

Apakah Vitamin C ?

Vitamin C; nama lain ialah Asam Askorbik, Asam L-ascorbik, atau L-ascorbate.

Vitamin C adalah zat makanan yang amat penting pada kesihatan tubuh secara keseluruhannya. Ia membantu berbagai sistem utama di dalam tubuh agar terlaksana dengan baik. Ia merupakan penghalang kepada berbagai jenis penyakit yang menjangkiti tubuh.

Fungsi-fungsi tubuh yang sangat dipengaruhi oleh vitamin C ini ialah: penghasilan collagen, sistem kekebalan, aktiviti anti-oksidan, aktiviti anti-keradangan dan aktiviti anti berbagai jenis penyakit lain.

Vitamin C banyak terdapat terutamanya di dalam sayur-sayuran dan buah-buahan.

Manfaat Vitamin C Untuk Kesihatan

1   Penghasilan Collagen 

Vitamin C bukan sahaja menyihatkan "Collagen", tetapi terlibat secara lansung dalam proses penghasilan collagen.

0

Saturday, October 6, 2012

Penyakit Milroy

Apakah Penyakit Milroy?

Penyakit Milroy adalah penyakit “Primary Lymphedema”, iaitu bengkak mengelembung pada sebelah atau kedua belah kaki bayi, terutama dari bahagian betis menurun ke bawah hingga ke telapak dan jari-jemari kaki. Bengkak mengelembung ini membuat kulit menjadi lembut, meregang, sensitif, dan sakit apabila di sentuh.

Bengkak juga boleh berlaku pada bahagian lain; buah zakar bayi, saluran pundi air kencing yang boleh menyebabkan masalah pembuangan air kecil, ibu jari kaki membengkak sehingga melencong ke atas, kulit kasar gerutu, urat-urat darah membengkak sehingga jelas terbayang, atau kesan-kesan parut seperti dijangkiti bakteria.

Selalunya, gejala penyakit ini dapat di lihat sebaik saja bayi dilahirkan. Justru, penyakit ini di anggap sebagai bawaan bayi sejak dilahirkan!!! Penyakit Milroy sangat jarang berlaku; di anggap sebagai kes terpencil!!!

1

MANPOWER SUPPLY SERVICE AGREEMENT

(Sample Agreement)

A Manpower Supply Service Agreement made and entered into by and between:

------------------------- SDN BHD (----------------),
a company duly incorporated in Malaysia under Companies Act, 1965 having its principal place of business at -------------------------------------------------, Malaysia (“Employer”) of the one part; and


-----------------(------------------),
of ------------------------------------------------------------- (“Recruitment Agency”) of the other part.

____________________________________________

WHEREAS Employer is a consultant to ----------------- and in search of skilled manpower required for --------------------- oil and gas projects in Malaysia as well as for its international acreage (“------------------”).

AND WHEREAS Recruitment Agency has a profound understanding of manpower selection and recruitment and is able to discern requirements appropriate for ---------------------- needs in the oil and gas projects.

______________________________________________

NOW THEREFORE, in consideration of the premises and the mutual covenants flowing from each other, the parties agree to enter into this agreement to bind each other for the purposes herein contained subject to the terms and conditions hereinafter set forth:

3

Saturday, September 29, 2012

Aloe Vera – Herba Mujarab Untuk Kesihatan

Aloe Barbarae, spesis tertinggi dari kalangan kaum kerabat Aloe Vera. 
Tinggi boleh mencecah sehingga 45 kaki (13.716 meter). Banyak tumbuh di Afrika.
photo credited to LT 10. 
Dari 30,000 pohon-pohon herba perubatan dan kesihatan yang berdaftar, Aloe Vera adalah terunggul!!!
Aloe Vera kaya dengan zat-zat makanan yang bermanfaat untuk membina kesihatan tubuh!!!


1    Pohon Aloe Vera

Pohon Aloe Vera, dikenali juga pohon Lidah Buaya dikalangan warga Kepulauan Melayu dan Nusantara. Mesir purba menggelar “pohon keabadian atau pohon kehidupan”, Rusia “penawar keremajaan", Cina "penawar harmoni", Afrika menamakannya “lily padang pasir”, atau “pohon ubat”, dan berbagai nama lagi. Sifatnya yang mujarab menanggani kelecuran pada kulit, Aloe Vera juga disebut sebagai “pohon kelecuran”. Aloe adalah perkataan Arab “alloeh” yang bermaksud “pahit”. Ini disebabkan gel yang terkandung di dalam daun/pelepah aloe vera, rasanya agak pahit.

Aloe Vera adalah dari kerabat pohon-pohon Xanthorrhoeaceae. Juga dikaitkan sebagai kerabat pohon-pohon Aloaceae dan Liliaceae. Sifatnya seakan-akan tumbuhan “cactus” yang menyimpan air/cecair didalamnya. Mampu hidup di tanah yang tandus gersang. Dipercayai berasal dari Afrika, dan negara-negara persekitarannya seperti Madagascar dan Semenanjung Arab.

Terdapat lebih dari 500 spesis Aloe Vera yang tumbuh membiak di serata dunia. Dari 500 spesis ini, Aloe Barbadensis Miller yang terunggul; kerana dikenal-pasti kaya dan padat dengan kandungan vitamin-vitamin, zat galian/gizi, asam amino, enzim dan berbagai unsur-unsur bio-kimia aktif yang bermanfaat untuk kesihatan dan penyembuhan dari berbagai jenis penyakit. Kesemua nutrien ini terkandung di dalam gel berbentuk lendir yang bening terbalut di dalam pelepah Aloe Vera.

0

Wednesday, February 1, 2012

Buah Ajaib (Miracle Fruit)

Buah Ajaib, Pernahkah Anda Merasanya ?

Wowwow...rasanya memang luarbiasa !!!

Buah ajaib, juga dikenali sebagai miracle fruit, miracle berry, sweet berry.

Buahnya berwarna merah. Setiap buah mengandungi 1 biji di dalamnya. Rupa dan saiznya lebih kurang seperti buah muyu/jamblang yang merah spara matang. Apabila isinya di kunyah, makanan lain yang tadinya masam atau masin akan menjadi manis. Manisnya juga kaya nuansa-nuansa; seperti limau/jeruk, manis seperti madu, enak yang sukar untuk dinyatakan. Kesannya berlarutan sehingga 1-2 jam. Rasa buah ini menakjubkan; justru orang-orang Barat menyebutnya "miracle fruit", bermaksud buah ajaib.

0

Tuesday, January 31, 2012

Antara Benci Dan Sayang


Kekejaman Israel, nasib orang-orang islam di Palestin!!!
Kekejaman China, nasib orang-orang islam Dui Uyghur, daerah China!!!
Kekejaman Amerika ke atas orang-orang islam di Afghanistan, sudah di bunuh di kencing lagi!!!
"Jika terdapat di dalam hatimu suatu perasaan benci atau sayang pada seseorang, maka telitilah perbuatanmu itu, apakah berdasarkan al-Qur'an dan Hadis. Jika benci kamu itu sesuai dengan al-Qur'an dan Hadis, maka berbahagialah kamu, kerana kamu bertindak sesuai dengan Allah dan RasulNya. Tetapi, jika benci kamu itu tidak sesuai dengan al-Qur'an dan Hadis, maka ketahuilah  bahawa sesungguhnya kamu telah mengikut hawa nafsu kamu. Jika kamu membenci seseorang itu kerana kamu terpengaruh oleh hawa nafsu kamu, maka bererti kamu tidak berlaku adil pada diri kamu sendiri dan kamu telah menentang Allah dan RasulNya. Oleh kerana itu, kembalilah kamu kepada Allah, bertaubatlah padaNya atas kebencianmu itu, dan bermohonlah kepadaNya supaya kamu menyayangi orang itu, dan orang-orang lain yang beriman, wali-waliNya, orang-orang pilihanNya, dan orang-orang solleh dari kalangan hamba-hambaNya, serta hendaklah kamu menyesuaikan dirimu dengan Allah dalam menyayangi orang itu."
Kitab Futuhul Ghaib
Syeilkh Abdul Qadiir Al-Jilani
Ajaran ke 31

0

SALE AND PURCHASE AGREEMENT, strata title

SALE AND PURCHASE AGREEMENT

AN AGREEMENT made the day and year stated in Section 1 of the First Schedule

BETWEEN

The party whose name and description are stated in Section 2 of the First Schedule ‎hereto (hereinafter called “the Vendors”) of the one part;

AND

The party whose names and descriptions are stated in Section 3 of the First Schedule ‎hereto (hereinafter called “the Purchaser”) of the other part;

19

Monday, January 30, 2012

Jom Tanam Pohon Goji Berry !!!

Pohon Goji adalah tumbuhan asli Selatan dan Timur Eropah, dan negara-negara Asia. Terdapat 2 varieti yang hampir sama, spesis Lycium barbarum dan L. chinense. Dan kira-kira 90 sub-spesis yang tumbuh di zon beriklim sederhana dan subtropika.

Buah Goji Lonjong Kecil
 Kira-kira berapa usia? mungkin 70 + tahun....
Pohon Goji tumbuh meninggi sekitar 1-3 meter. Spesis L. chinense  lebih rendah dari L. barbarum. Bunganya berbentuk seperti loceng selebar 9–14 mm, berwarna lavender atau jingga muda. Secara amnya, buahnya kecil bujur lonjong (*buah gharqad bulat) melingkari sekitar 1–2 cm, manis dan sedikit masam. Di dalam buah Gojiberry, terdapat sebanyak 10–60 biji-biji kecil berwarna kuning. 

Gojiberry adalah nama komersial yang diberikan oleh negara Barat. China mengenalinya 'gǒuqǐ' dan 'pinyin.' Dikenali juga sebagai Goji Tibet, Goji Himalaya. Ramai orang, termasuk warga Barat masih terkeliru mengenalinya sebagai 'Wolfberry' yang juga merujuk kepada 'Gharqad.' Sebenarnya goji bukan gharqad, hanya spesis-spesis dibawah kerabat Lycium, sepertimana spesis-spesis gharqad. 

Gojiberry sangat di sanjung oleh para sami Tibet sehingga diadakan upacara meraikannya selama 2 minggu pada setiap akhir tahun.

Di negara China, Gojiberry sangat istimewa, terutama pada masyarakat Zhongning, negeri Ningxia. Gojiberry di tempat ini dikatakan yang terbaik di dunia, mungkin kerana tanah beralkalin (pH 8.2 – 8.6) dan iklim yang bersuhu melampau dari 102 F – 16 F (38 C -27 C).

Penduduk Ningxia kebanyakannya beragama Islam dan ‎mengamalkan Gojiberry sebagai makanan harian untuk kekal sihat. Rata-rata, usia mereka melewati 100 tahun. 

"Lagenda Kerajaan Ningxia, kira-kira 3000 tahun yang silam, ketika Raja Ningxia berburu di Bukit He Lan, ‎Baginda ternampak seorang wanita sedang memukul seorang lelaki tua berjanggut. Baginda hairan, lalu bertanya kepada wanita itu apa yang terjadi? Wanita itu menjawab: "Saya sedang memukul cucu saya!".

Baginda amat terkejut dan ‎bertanya kepada wanita itu berapa umurnya dan kenapa dia kelihatan begitu muda. Wanita itu ‎menjawab: ‎"Saya berumur 260 tahun. Ketika musim bunga, saya makan daun Goji dan minum teh Goji. ‎Ketika musim panas, saya makan buah Goji, dan pada musim luruh saya mengambil akar Goji ‎dan membuat pes. Inilah rahsia saya".

Baginda amat kagum dan menasihati seluruh rakyat Baginda agar mengamalkan permakanan Gojiberry. ‎Semenjak hari itu, rakyat negara itu mengamalkannya setiap hari."


0

MENANGGANI SEMBELIT...

PAPAYA UNTUK MENANGGANI GEJALA SEMBELIT !!!

Sembelit bukan penyakit, cuma suatu gejala usus. Sembelit terjadi apabila bahan makanan di dalam usus menjadi keras dan kering sehingga menyebabkan pergerakan sisa bahan makanan untuk keluar menjadi terlalu lambat atau tersekat. Akibatnya, pembuangan air besar menjadi sulit dan kadangkala sakit sehingga perut terasa memulas. Selalunya najis yang dikeluarkan berwarna gelap kehitaman. Kekadang terdapat darah bersama dengan najis yang keluar.

Kekerapan membuang air besar bagi setiap individu adalah berbeza; ada yang 2-3 kali dalam sehari, ada sekali sehari, dan ada pula 2-3 kali dalam seminggu. Apabila terdapat kesulitan membuang air besar, mengurangi kadar normal kekerapan seseorang individu, maka gejala sembelit mungkin terjadi.

2

Tuesday, January 24, 2012

PARU-PARU: Rawatan....

ORGAN PARU-PARU 

Paru-paru adalah organ sistem pernapasan di dalam tubuh. Organ ini turut penting bagi memelihara kesihatan seluruh tubuh.

Secara amnya, paru-paru mempunyai 2 fungsi; melibatkan pernafasan, dan tidak melibatkan pernafasan.‎

1) Fungsi Pernafasan

Fungsi melibatkan pernafasan; para-paru menyerap oxygen dari udara ke dalam tubuh (sewaktu menghirup ‎nafas) dan menukar oksigen tersebut dengan karbon dioksida dari darah untuk dikeluarkan dari tubuh (sewaktu menghela nafas), melalui saluran pernafasan. ‎

Pertukaran oxygen dengan karbon dioksida berlaku di dalam gerombolan bebola/bebelon sangat kecil ‎disebut “alveoli”. Apabila udara memasuki melalui rongga hidung atau mulut, udara terus melintasi saluran ‎hidung (nasopharynx) dan saluran mulut (oropharynx), lansung ke saluran tekak (larynx) dan kerongkong ‎‎(trachea), terus menuju ke beberapa saluran udara kecil (bronchi) dan saluran udara paling kecil (bronchioles), ‎sehingga akhirnya sampai ke gerombolan bebola alveoli. Disitulah berlaku proses pertukaran oxygen dari udara dengan ‎karbon dioksida dari darah. ‎

Penghirupan dan penghelaan udara di pacu oleh tindakan otot berupa lapisan tisu tipis seperti gegendang disebut “diaphragm”, terletak di bahagian bawah organ paru-paru. Apabila diaphragm di kuncup melalui penghirupan nafas, udara ‎akan meluru masuk melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru; dan apabila diaphragm dikembangkan melalui helaan nafas, udara ‎akan bergegas keluar melalui saluran pernafasan.

0

Thursday, January 19, 2012

Provitamin A: Alpha-Karotin & Beta-Karotin...


Ubi Keledek

Carrot/Lobak Merah

Capsicum/Paprika

Turnip

Kale

Broccoli

Mustard Hijau

Bayam Hijau

Lettuce

Collard

Labu/Pumpkin

Alpukat/Avocado

Tembikai/Semangka

Mangga/Mempelam

Kiwi
Buah kiwi pun sudah ada lokal sekarang

Markisa
Apakah Alpha-Karotin dan Beta-Karotin?

Alpha-karotin dan Beta-karotin adalah "Provitamin A."

Alpha-karotin dan Beta-karotin juga anti-oksidan dari keluarga "carotenoid". Carotenoid adalah suatu kumpulan anti-oksidan yang sangat berkesan melindungi tubuh dari gejala radikal bebas.

Ahli-ahli keluarga carotenoid yang lain ialah - Lycopene, Zeaxanthin, dan Lutein. Tetapi, jenis-jenis ini tidak tergolong sebagai ahli keluarga vitamin A.

Dari kalangan keluarga carotenoid, hanya alpha-karotin dan beta-karotin sahaja yang boleh di tukar menjadi vitamin A oleh sistem tubuh. Oleh itu, alpha-karotin dan beta-karotin dikenali sebagai "Provitamin A" atau Pemula kepada vitamin A.

Provitamin A tidak boleh di serap terus sepertimana vitamin A sejati (Retinol), yang kebanyakannya terdapat di dalam bahan makanan yang berasaskan binatang. Provitamin A perlu di tukar terlebih dahulu menjadi retinol untuk dapat di serap oleh tubuh.

0

Tuesday, January 17, 2012

ROSACEA: Rawatan Semulajadi/Alami...

Apakah Penyakit Rosacea?

Rosacea adalah sejenis penyakit kulit; muncul bintik-bintik merah, berjerawat dan membengkak pada bahagian muka/wajah, kening, leher, kelopak mata dan kulit kepala.

Meskipun penyakit ini tidak dikategorikan sebagai merbahaya, namun penderita penyakit ini melalui hari-hari yang gusar. Rasa malu untuk bersosial, lebih menghindar apabila bertemu dengan teman-teman, bahkan lebih memilih untuk menyendiri. Perasaan jadi tertekan. Bagi penderita Rosacea kronis mungkin hilang kepercayaan diri di dalam pergaulan.

Berbagai "ubat", "cream" atau "lotion" jerawat digunakan; kekadang ada kesan positif sementara, namun....penyakit ini muncul kembali !!! Syukurlah bagi mereka yang tidak pernah mengalaminya !!!

0

Thursday, January 12, 2012

VITAMIN A...

Vitamin A

Vitamin A adalah nama umum pada sekumpulan molekeul "retinoids" yang terdapat di dalam bahan makanan, yang berasal dari binatang, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Vitamin A yang terkandung di dalam makanan yang berasal dari binatang disebut "retinol". Retinol dianggap sebagai vitamin A sejati dan sudah terbina, kerana ia lansung dapat diserap dan digunakan oleh tubuh. Vitamin A yang terkandung dalam buah-buahan dan sayur-sayuran pula dikenali sebagai "Provitamin A carotenoids"; jenis-jenisnya pula ialah beta-carotene, alpha-carotene, dan beta-cryptoxanthin. Vitamin A jenis ini tidak lansung dapat di serap sepertimana vitamin A dalam makanan yang berasaskan binatang; perlu di tukar menjadi "retinol" di dalam tubuh.

Vitamin A sangat penting untuk kesihatan seluruh tubuh; mempunyai peranan tersendiri pada setiap bahagian tubuh. Vitamin ini turut terlibat dalam pengendalian sel-sel organ otak, otot, paru-paru, darah, kulit, tisu, dan selaput-selaput penting di dalam tubuh.

Tubuh menyimpan retinol dan Provitamin A carotenoids di dalam organ hati, dipergunakan apabila tubuh memerlukannya. 

0

Monday, January 9, 2012

Nira Kelapa Berkhasiat Luarbiasa.....

Kelapa, Pohon Anugerah Alam !!! 


Pohon Kelapa. Juga dikenali sebagai Nyiur. Nama sains "Cocos nucifera L", dari keluarga Arecaceae iaitu keluarga palma. Dikelaskan dalam ‎genus Cocos.

Tumbuh hampir di seluruh kawasan tropika. Merupakan pohon palma yang tinggi ‎mencecah 6 - 30 meter, dengan pelepah daun (pinnate) sepanjang 4 - 6 meter, helaian ‎daun (pinnae) sepanjang 60-90 cm; pelepah tua akan luruh, meninggalkan batang pohon menjadi licin. Usia pohon melebihi 25 tahun.

Kegunaan. Keseluruhan pohon kelapa dapat dimanfaatkan kepada pelbagai guna. Seiring dengan nama asalnya dari bahasa ‎Sanskrit "kalpa vriksha", di terjemah bermaksud "pohon yang membekalkan semua keperluan kehidupan".

a) batang kelapa dan pelepah boleh dijadikan bahan-bahan binaan seperti papan, dinding dan lantai;
b) daun boleh di buat pembalut makanan, atap, dinding pada dangau, teratak atau pondok;
c) lidi boleh di buat penyapu;
d) sabut boleh di buat tali;
e) tempurung boleh menjadi salah satu bahan ubat nyamuk, juga barangan kraftangan;
f) sabut boleh di buat bahan tanah taneh kompos dalam pertanian "peat soil";
g) minyak kelapa sebagai minyak masak, minyak pelita dan sabun;
h) akar kelapa dicampur daun pulasari sebagai herba merawat cirit-birit, air direbus dan diminum;
i) kelapa muda, isi dan kandungan airnya sebagai bahan minuman seperti ABC, ais teler, halo-halo dll;
j) isi kelapa tua boleh di perah untuk mendapatkan santan sebagai menambah rasa lemak pada masakan; dan
k) nira kelapa boleh di buat gula merah, dan cuka.
Purata, sepohon kelapa mampu menghasilkan ‎antara 60-150 biji setahun. Justru, pohon kelapa mempunyai nilai komersial yang tinggi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...