0

Saturday, November 24, 2012

Solat Tasbih

Solat Tasbih adalah solat sunat, bertujuan mengharap keampunanan Allah SWT dan terhapus dari segala dosa.

"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun." Surah Al-Israa [44]


Daripada Ibnu ‘Abbas RA; “Rasulullah SAW telah bersabda kepada bapa saudaranya Abbas bin Abdul Muthallib; 

‘Wahai al-‘Abbas, bapa saudaraku! Sukakah aku berikan, aku kurniakan dan aku ajarkan kepadamu ‘sepuluh kelebihan’ jika kamu lakukannya, nescaya Allah akan mengampunkan dosa kamu dari awal hingga akhirnya, yang lama dan yang baru, yang tersalah dan yang disengajakan, yang kecil dan yang besar, yang tersembunyi dan yang terang-terangan?;

...iaitulah kamu menunaikan solat empat rakaat di mana kamu membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah dan satu surah (yang lain), kemudian apabila selesai membaca (al-Fatihah dan surah itu) engkau bacalah ketika sedang berdiri itu; “سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر” (Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaaha Ilallah Wallahu Akbar) sebanyak 15 kali. Kemudian kamu rukuk dan semasa rukuk itu kamu membaca sebagaimana bacaan tersebut sebanyak 10 kali. Kemudian kamu angkat kepalamu dari rukuk dan membaca 10 kali juga (ketika sedang berdiri I’tidal itu). Kemudian kamu sujud dan membaca semasa sujud sebanyak 10 kali. Kemudian kamu bangun dari sujud dan membaca 10 kali lagi. Kemudian kamu sujud semula dan membaca 10 kali juga. Kemudian engkau angkat kepalamu dari sujud dan membacanya 10 kali lagi sebelum bangun ke rakaat berikutnya. Demikianlah 75 kali pada setiap rakaat. 

...Hendaklah kamu lakukannya dalam 4 rakaat. Jika kamu dapat kerjakan solat itu pada setiap hari sekali, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, lakukanlah sekali pada setiap jumaat. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap bulan. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap tahun. Jika tidak mampu juga, lakukanlah sekali seumur hidup'.” (HR Imam Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).



Cara Mengerjakan:
  • Waktunya tidak ditentukan, boleh dilakukan pada waktu siang, malam pagi atau petang.
  • 4 Rakaat 1 Salam, [sahaja aku solat sunat tasbih 4 rakaat kerana Allah Ta'ala] 
              - tiap-tiap rakaat membaca Fatihah + mana-mana ayat atau surah.
  • Tasbih yang perlu dibaca ialah: سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر                                
  • Sesudah berniat dan bertakbir, baca sepertimana solat-solat biasa, iaitu doa Iftitah,
1) Kemudian baca al-Fatihah dan mana-mana surah atau ayat, selanjutnya - 15 kali tasbih;
2) Kemudian ruku' - di dalam ruku' - 10 kali tasbih (ganti bacaan ruku' yang biasa);
3) Kemudian i'tidaal (mengangkat kepala dari ruku') - 10 kali tasbih;
4) Kemudian sujud pertama - 10 kali tasbih;
5) Kemudian bangkit dari sujud iaitu duduk antara 2 sujud - 10 kali tasbih;
6) Kemudian sujud kedua - 10 kali tasbih
7) Kemudian bangkit dari sujud, duduk sebentar antara 2 sujud (sebelum berdiri) - 10 kali tasbih.
    ***Jumlah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih.
    ***Ulangi langkah 1-7 sampai 4 rakaat, menjadikan jumlah semua tasbih - 300.
  • Doa selepas solat tasbih sebaiknya adalah doa memohon ampun. Doa yang selalu dibaca adalah seperti di bawah ini (*Penulis memilih mengamalkan Doa Akasyah selepas Solat Tasbih):

[Ya Allah, sesungguhnya kami mohon taufiq dariMu sepertimana orang-orang yang Engkau berikan petunjuk, amalan sepertimana orang-orang yang yakin, penerima pering sepertimana orang-orang bertaubat, keazaman sepertimana orang-orang yang sabar, gementar sepertimana orang-orang penuh kusyuk, permohonan sepertimana orang-orang yang penuh harapan, ibadat sepertimana orang-orang warak, arif, dan berilmu, sehingga kami benar-benar takut padaMu. Ya Allah, kami memohon padaMu, selubungi kami rasa takut untuk bermaksiat terhadapMu sehingga peringatanMu membawa kami dalam taubat dan ketakutan dariMu sehingga kami benar-benar ikhlas keranaMu dari peringatan tersebut dan sehingga kami penuh tawakkal padamu dalam setiap urusan dan sehingga dengannya kami  berbaik sangka terhadapmu. Maha suci Engkau Pencipta cahaya].
Wasallam!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...