2

Saturday, November 17, 2012

Penyakit Gusi Dan Gigi

Masalah Gusi Dan Gigi
- Penyakit Gingivitis dan Periodontitis
- Peranan Vitamin-Vitamin dan Zat Gizi

Memelihara kesihatan gigi sama pentingnya memelihara kesihatan gusi. Gusi berperanan besar menyihatkan gigi. Apabila gusi bermasalah, gigi turut terlibat dan bermasalah. Apabila gusi sakit, bengkak, nyilu, berdarah, bernanah atau mengecut; gigi akan turut sakit, longgar, sekiranya tidak di rawat, mungkin tertanggal dari gusi. Penyakit gusi perlu ditanggani segera agar tidak menjejaskan gigi sehingga tertanggal atau ditanggalkan.



Gingivitis. Seringkali penyakit gusi bermula dari radang gusi, disebut “Gingivitis”. Gingivitis adalah peringkat awalan kepada penyakit gusi “periodontitis.”

Namun, bukan semua gingivitis awalan kepada periodontitis; perubahan hormon boleh menyebabkan gingivitis; gingivitis puber, mungkin dialami oleh gadis baru aqil baligh, di mana pertambahan hormon secara mendadak memacu pengaliran darah ke gusi menyebabkan gingivitis; ada wanita yang mengalami gingivitis setiap kali kedatangan haid; gingivitis hamil, selalunya berlaku dari bulan ke 2-3 kehamilan, berterusan bulan ke 8; penggunaan pil-pil perancang keluarga/KB juga boleh menimbulkan gingivitis; kadangkala, wanita yang melalui menopaus, juga mengalami gingivitis.

Gingivitis boleh merebak menjadi lebih serious, secara perlahan-lahan tanpa kesakitan. Suasana di dalam mulut yang sentiasa lembab, berasid, di tambah dengan kehadiran gula, kanji dan sisa-sisa makanan yang terlekat di celah gigi-gigi, menjadikan bakteria mudah membiak. Bakteria di dalam mulut akan membina tompokan putih/kekuningan disebut “plaque” di permukaan, di celah gigi-gigi. Gusi mudah membengkak merah, mudah berdarah ketika memberus gigi. Di tahap ini masih gingivitis awalan, gigi-gigi masih kukuh tertanam di dalam soket masing-masing. Belum berlaku kerosakan pada tulang rahang atau tisu gusi.

Gingivitis awalan boleh di rawat dengan amalan menitik-berat kebersih mulut dan gigi. Plaque tidak akan hilang dengan sendirinya; perlu ditanggal dan dibersihkan dari gigi-gigi oleh doktor gigi, agar gigi dan gusi kembali bersih, sihat dan dapat terus berfungsi dengan baik.

Sebenarnya ramai orang yang mengidap gingivitis awalan ini!!!
Gingivitis sekiranya terbiar tidak di rawat dengan segera, akan menjadi periodontitis!!!

Periodontitis. Sekiranya gingivitis awalan terbiar dan tidak dipedulikan, keadaan akan bertambah parah. Gingivitis parah disebut “periodontitis.”

Gusi di anggap mula berpenyakit; apabila sering membengkak dan berdarah. Plaque adalah penyebab ketara kepada periodontitis. Bakteria sudah banyak bertapak pada permukaan dan celah-celah gigi dalam bentuk plaque. Plaque menjadi keras “tartar” sehingga mengelilingi perdu gigi. Lambat-laun menganggu cengkaman gusi pada gigi. Lapisan tisu gusi yang memegang erat gigi jadi tertarik, hingga terlekang dari gigi.

Bakteria dari plaque sentiasa mengeluarkan bahan toksin menyebabkan radang gusi. Gusi semakin terdedah pada jangkitan kuman. Toksin yang terhasil akan memakan “enamel” dan merosak struktur dalaman gigi, terutama “dentin” dan “cementum”.

Toksin dari plague bukan saja memakan tulang, bahkan menyerang tisu-tisu gusi. Tisu gusi semakin renggang dari gigi. Tulang rahang semakin rosak. Gusi dan tulang rahang yang memegang gigi tidak dapat bertahan. Gusi jadi sangat membengkak, sangat nyilu dan sangat menyakitkan terutama sewaktu memamah makanan, mudah berdarah bila tertekan, sisa-sisa makanan semakin mudah bertompok menyebabkan jangkitan.

Sistem kekebalan tubuh semakin terhalang untuk bertindak melawan bakteria apabila plaque semakin menebal meliputi gigi dan perdunya. Gusi kemudian mengecut. Gigi menjadi longgar. Gigi tidak mampu terpaksi ditempatnya lagi. Akhirnya gigi terlekang dari gusi atau terpaksa ditanggalkan.

Periodontitis adalah penyakit yang menyebabkan kehilangan gigi pada orang dewasa!!! Sekiranya tidak di rawat segera, akan mengakibatkan kehilangan gigi!!!

Apakah Punca Masalah Gusi Dan Gigi?  

Penyakit gusi dan gigi dikategorikan sebagai penyakit keradangan yang disebabkan bakteria yang bermukim pada permukaan dan celah-celah gigi.

Tidak dinafikan, kurang penjagaan dan kebersihan pada mulut dan gigi, umpamanya jarang berkumur, malas memberus gigi setiap hari, boleh menyumbang kepada timbulnya masalah gusi dan gigi.

Bahan makanan dan minuman juga banyak menjejaskan kesihatan gigi dan gusi. Jenis makanan dan minuman yang terhasil melalui proses perindutrian zaman kini sering menggunakan bahan-bahan kimia dan seringkali di adun dengan gula sukros. Gula sukros boleh merosakkan gusi dan gigi. Rendam saja sebatang gigi ke dalam segelas minuman berkarbonat, seperti coke atau cecair gula sukros, selang beberapa hari akan kelihatan gigi tersebut berlubang-lubang di makan gula sukros.

Perokok menghadapi risiko lebih tinggi kepada penyakit gusi dan gigi. Merokok menghalang keupayaan tubuh untuk meresap vitamin C. Lambakan plaque dan tartar pada gigi dan gusi mengecut adalah gejala yang sering berlaku kepada perokok.

Akan tetapi, meskipun sudah menitik-berat kebersihan pada mulut, gusi dan gigi, kenapa pula seseorang itu masih juga mengalami masalah gusi dan gigi?

Kekurangan Zat Galian Dan Vitamin!!!

Sebenarnya faktor dalaman tubuh berkaitan dengan kekurangan nutrien merupakan punca tersembunyi kepada masalah gigi dan gusi, terutama kepada orang dewasa.

Kekuatan struktur tukang dan gigi banyak bergantung kepada nutrien. Vitamin-vitamin dan zat-zat galian adalah nutrien yang sentiasa diperlukan oleh seluruh tisu tubuh, termasuk mulut, gigi dan gusi.

Apabila tubuh tidak dibekalkan jenis-jenis nutrien yang mencukupi, bermacam-macam penyakit mulut, gusi, gigi dan tulang boleh timbul. Kekurangan salah satu atau lebih nutrien berikut menyumbang kepada penyakit gusi, gigi dan mulut: -

Kekurangan Zat-Zat GalianKALSIUM, MAGNESIUM dan ZINC
Kekurangan Vitamin-VitaminC, D, A, B2 (Riboflavin), B3 (Niacin), B9 (Asid Folik) dan K

Kekurangan KALSIUM. Dibandingkan dengan zat-zat galian lain, kalsium adalah zat galian/gizi yang paling banyak terkandung di dalam tubuh. 99% tersimpan dalam tulang dan gigi, bakinya berada di seluruh tubuh; di dalam darah, otot, saraf, dan cecair yang meliputi sel-sel.

Kalsium mencukupi akan memelihara tulang, rahang dan gigi berkeadaan kuat, teguh dan sihat. Kekurangan kalsium akan menimbulkan berbagai gejala; seperti gusi berdarah, gigi longgar, gigi tanggal pra-matang, gigi rapuh, dan “osteoporosis” (rapuh tulang, kurang ketumpatan tulang, tulang mudah retak atau patah). Menurut kajian dari “the National Institute of Health’s Osteoporosis and Related Bone Disease National Resource Center”, USA - gigi-gigi menjadi longgar, seringkali disebabkan gusi mengecut, berpunca dari kurang ketumpatan tulang, menandakan kekurangan kalsium dalam tubuh.

Justru, mustahak mendapat bekalan kalsium mencukupi dari bahan makanan harian untuk tulang dan gigi yang kuat.

Sumber Makanan:
  • Susu segar, produk-produk tenusu rendah lemak; seperti keju, yogurt/dadih, ais krem dll
  • Ikan (dalam tin atau dimasak); seperti sardines, salmon, bilis, tongkol/tuna, kembung dll
  • Cengkerang; seperti tiram, siput, kerang, kepah, lokan, udang kecil, ketam dll 
  • Bijiran, Kekacang dan Herba Kering; biji bijan, biji flax/linseed, bijiran oat, kuaci bunga matahari, kuaci labu, bijiran yang diperkaya kalsium, buah tin/ara kering, badam, kacang tanah dll
  • Sayuran Hijau; collard hijau, kale, sayur bawang, bawang putih, brokoli, sawi, tomato kering/serbuk, bayam hijau, bendi dll
Kekurangan MAGNESIUM. Magnesium memelihara otot dan saraf untuk berfungsi secara normal. Magnesium, bergandingan dengan kalsium, membina struktur tulang dan gigi yang sempurna dan teguh. Ia juga mengendali denyutan nadi kepada jantung dan mengutuhkan sistem kekebalan tubuh.

Kekurangan magnesium akan menimbulkan radang pada tisu gusi, kerosakan gigi dan penyakit gusi. Penyakit periodontitis sangat berkait-rapat dengan kekurangan magnesium. Beberapa kajian mendapati kekurangan magnesium menjadi salah satu sebab kepada penyakit yang melibatkan gigi dan gusi, kekejangan otot, penyakit-penyakit berkaitan pengaliran darah, tekanan darah tinggi, kencing manis, jantung, kemurungan, migraine, osteoporosis, dan masalah pernafasan.

Sumber Makanan:
  • Bijiran; beras, gandum, roti gandum, oat, flax/linseed, biji bijan, kuaci labu, kuaci tembikai/semangka, kuaci bunga matahari dll
  • Kekacang; seperti kacang Brazil, badam, biji gajus, kacang walnut, kacang pinto, kacang merah (kidney beans), kacang tanah, blackeyed peas, kacang dahl, jangung, kismis, kurma, serbuk koko, baking chocolate, peanut butter dll
  • Ikan (dalam tin atau dimasak); seperti kod, sardines, salmon, bilis, tongkol/tuna, kembung dll
  • Daging lembu dan kambing dll
  • Susu segar, produk-produk tenusu rendah lemak; seperti keju, yogurt/dadih, ais krem dll
  • Buah-buahan dan Sayur-sayuran; brokoli, bayam hijau, kale, bendi, bak choy, kobis cina/kobis panjang, lobak cina (turnip), sawi, spirulina, rumpai laut, alpukat, pisang dll
Kekurangan ZINC. Zat galian zinc meransang proses kesembuhan pada luka dan kecederaan, dan memampan sistem kekebalan tubuh. Sangat berguna bagi membantu menanggani masalah gingivitis dan periodontitis. Zat ini, bergandingan dengan copper, menghalang plaque dari bertompok.

Kekurangan zinc menyebabkan hilang deria rasa pada lidah, hilang selera, mulut kering, dan cenderung timbulnya penyakit gusi.

Sumber Makanan:
  • Daging; hati binatang, daging lembu, daging kambing dll
  • Cengkerang; seperti tiram, siput, kerang, kepah, lokan, udang kecil, ketam dll
  • Bijiran; beras, gandum, roti gandum, oat, flax/linseed, biji bijan, kuaci labu, kuaci tembikai/semangka, kuaci bunga matahari.
  • Kekacang; seperti kacang Brazil, badam, biji gajus, walnut, pinto, kacang merah (kidney beans), kacang tanah, blackeyed peas, dahl, serbuk koko, baking chocolate, peanut butter dll
Kekurangan VITAMIN C. Vitamin C berperanan besar memelihara kesihatan tisu, termasuk gusi. Tisu-tisu seluruh bahagian tubuh perlukan vitamin C untuk pembinaan dan juga kesembuhan. Sebagai anti-oksidan, vitamin C membantu menyihatkan sel-sel tubuh dengan cara mengempur radikal bebas daripada merosakkan DNA, lipid dan protein, menghalang dan melawan sebarang jangkitan.

Kekurangan Vitamin C jarang berlaku. Bahan makanan yang mengandungi vitamin C banyak dan mudah di perdapat. Kekurangan vitamin C, kalsium, vitamin B9 dan zinc boleh menjadikan tisu gusi lembut, mudah rosak dan tidak anjal, mendorong bertapaknya plaque bakteria dan menyebabkan gusi mudah membengkak dan berdarah, dan lambat kesembuhan.

Vitamin C terserap air. Ia tidak dapat dihasilkan oleh tubuh atau di simpan di dalam tubuh. Oleh yang demikian, bekalan vitamin C perlu sentiasa mencukupi dalam diet harian.

Sumber Makanan:
  • Sayur-sayuran; paprika hijau/kuning/merah, jenis-jenis cili, jenis-jenis sawi, parsley, malunggay, kale, mustard spinach, sayur leek, serbuk tomato, bayam merembat, ubi keladi, brokoli, kol, peria, seleri, jenis-jenis kobis seperti kobis Brussel, bawang merah dll.
  • Buah-buahan; kakadu plum, camu-camu, goji berry, barbados /acerola cherry, jujube atau kurma china ("red dates"), jambu kesumba/klutuk, blackcurrant, kiwi kuning dan hijau, longan, lychee, pisang kaki, ‎redcurrant, papaya/betik, strawberry, oren, cantaloupe/rockmelon, anggur, markisa, mangga, tembikai susu, nenas. 
Kekurangan VITAMIN D. Vitamin D adalah perlu untuk pembinaan dan ketumpatan tulang dan gigi yang sempurna, meransang pertubuhan sel-sel baru, melancar fungsi saraf dan otot, memelihara sistem kekebalan tubuh untuk berfungsi dengan baik, dan meringankan keradangan pada mana-mana bahagian tubuh.

Vitamin D mampu dihasilkan oleh tubuh apabila kulit terdedah pada cahaya matahari, disebut juga "vitamin cahaya matahari". Vitamin D juga diperlukan untuk penyerapan kalsium yang sempurna. Sebenarnya, vitamin D sangat diperlukan oleh orang-orang dewasa.

Kekurangan vitamin D boleh membawa risiko penyakit rapuh tulang "osteoporosis", penyakit gusi dan penyakit “rickets” (penyakit tulang menjadi lembut dan gigi mudah rosak atau tanggal). Sistem kekebalan tubuh juga turut menjadi lemah, menambah risiko penyakit kanser, masalah keguguran rambut dan “osteomalacia” (keadaan otot dan tulang lemah).

Vitamin D terserap lemak, bermakna perlu makanan yang berlemak untuk penyerapannya. *Peringatan: Vitamin D berlebihan boleh menyebabkan tubuh menyerap terlalu banyak kalsium, ini akan menambah risiko sakit jantung dan pembinaan batu karang dalam ginjal, hilang nafsu makan, kehilangan berat badan, kerap kencing/membuang air kecil, komplikasi denyut jantung yang tidak teratur menyebabkan mudah berkeringat, sesak nafas dan sebagainya.

Sumber Makanan:
  • Minyak Ikan Kod; kaya vitamin A dan D, mengandungi 10,001 IU/100gm, 1 sudu teh=1,360 IU;
  • Ikan (dalam tin atau dimasak); seperti kod, sardines, herring, salmon, mackerel, bilis, tongkol/tuna, kembung, keli, belut, telur, telur ikan
  • Susu Segar dan Produk Tenusu, keju, marjerin, hati lembu dll
  • Bijiran diperkaya zat, cendawan
  • Cengkerang; seperti tiram, siput, kerang, kepah, lokan, udang kecil, ketam dll. 
*Peringatan: Tiram, susu segar, keju, telur dan telur ikan mengandungi kolesterol yang tinggi, di makan dalam kadar sederhana, perlu dihindar oleh mereka yang menghadapi risiko sakit jantung.

Kekurangan VITAMIN A. Vitamin A juga menyumbang kepada kesihatan gusi, membantu menguatkan sel-sel tulang dan kesihatan kulit. Vitamin A baik untuk sistem kekebalan tubuh, melindungi gusi dari jangkitan virus, bakteria, dan perkembangan kanser.

Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan tubuh mudah dijangkiti virus. *Peringatan: vitamin A berlebihan menyebabkan penyakit kuning, pening loya dan muntah, hilang selera makan, kekacauan fikiran, dan rambut gugur.

Sumber Makanan:
  • Susu Segar dan Produk Tenusu; keju, marjerin, hati lembu, ikan, telur dll.
  • Bijiran diperkaya zat, Herba Kering; parsley, oregano, apricot, kacang hijau dll.
  • Sayur dan Buah; paprika, cili, tomato, keledek, lobak merah/wortel, jenis-jenis labu merah, betik, mangga, peach, pisang, anggur, jenis tembikai/semangka, jagung, jenis-jenis sayuran hijau dll.
Kekurangan VITAMIN B2/Riboflavin. Vitamin B2 atau riboflavin adalah vitamin anti-oksidan yang menyihatkan kulit, rambut, mata dan hati. Ia terlibat dalam penghasilan sel-sel darah merah dan membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Tubuh memerlukan riboflavin untuk mengaktifkan asid folik bertindak-balas bio-kimia di dalam tubuh.

Kekurangan vitamin B2 akan menyebabkan sudut-sudut dan penjuru mulut mengelupas, sariawan, gusi dan lidah membengkak. Keadaan ini akan memudahkan jangkitan kulat di dalam mulut. Cirit-birit juga boleh berlaku, di mana usus penghadaman sulit menyerap nutrien.

Sumber Makanan:
  • Susu segar, produk-produk tenusu rendah lemak; seperti keju, yogurt/dadih, ais krem dll
  • Daging; hati binatang, daging lembu, daging kambing dll
  • Cengkerang; seperti tiram, siput, kerang, kepah, lokan, udang kecil, ketam dll
  • Bijiran; beras, gandum, roti gandum, oat, flax/linseed, biji bijan, kuaci labu, kuaci tembikai/semangka, kuaci bunga matahari.
  • Kekacang; seperti kacang Brazil, badam, biji gajus, kacang walnut, kacang pinto, kacang merah (kidney beans), kacang tanah, blackeyed peas, kacang dahl, jangung, kismis, kurma, serbuk koko, baking chocolate, peanut butter dll
Kekurangan VITAMIN B3/Niacin. Kekurangan Vitamin B3 akan memberi kesan negatif kepada tisu, kulit dan mulut. Lidah membengkak kemerahan dan pecah-pecah, lidah dan mulut menjadi sakit, gusi juga membengkak dan sering berdarah, mata sakit dan selalu berair, kulit gatal-gatal dan berpenyakit “pellagra” (kulit menggerutu dan mengelupas).

Sumber Makanan:
  • Bijiran; beras, gandum, roti gandum, oat, flax/linseed, biji bijan, kuaci labu, kuaci tembikai/semangka, kuaci bunga matahari.
  • Ikan (dalam tin atau dimasak); seperti kod, sardines, salmon, bilis, tongkol/tuna, kembung dll
  • Daging; hati binatang, daging lembu, daging kambing dll
  • Kekacang; seperti kacang Brazil, badam, biji gajus, walnut, pinto, kacang merah (kidney beans), kacang tanah, blackeyed peas, dahl, serbuk koko, baking chocolate, peanut butter dll
Kekurangan VITAMIN B9/Asid Folik. Vitamin B9 diperlukan untuk berbagai fungsi tubuh termasuk penghasilan pembaikan DNA, percambahan dan perkembangan sel-sel baru.

Kekurangan B9, akan menimbulkan gejala-gejala sepertimana kekurangan vitamin B3. Dan boleh menyebabkan seluruh tubuh menjadi lemah.

Sumber Makanan: 
  • Daging; hati binatang, daging lembu, daging kambing dll
  • Ikan (dalam tin atau dimasak); seperti kod, sardines, salmon, bilis, tongkol/tuna, kembung dll
  • Bijiran, Kekacang dan Herba Kering; biji bijan, biji flax/linseed, bijiran oat, kuaci bunga matahari, kuaci labu, bijiran yang diperkaya kalsium, buah tin/ara kering, badam, kacang tanah dll
  • Sayur-sayuran hijau; seperti bayam, asparagus, turnip greens, lettuce dan beberapa jenis sayuran Asia, ubi bit, jagung, tomato, broccoli, kobis brussels/kobis mini, romaine lettuce, bok choy dll.
Kekurangan VITAMIN K. Kekurangan vitamin K jarang berlaku pada orang dewasa. Bayi lebih mudah kekurangan vitamin K.

Vitamin K adalah vitamin terserap lemak, dan penting pada proses pembekuan darah. Kekurangan vitamin K selalu timbul pada orang yang menghadapi masalah penyerapan lemak pada sistem penghadamannya.

Gejala-gejala kekurangan vitamin K akan menyebabkan darah gagal membeku apabila kulit atau tisu tercedera, kulit atau tisu mudah calar atau luka, gusi berdarah, hidung berdarah, kadangkala terdapat darah dalam air kencing atau najis, atau darah keluar terlalu banyak sewaktu kedatangan haid, tulang mudah retak, dan penyakit jantung juga berkait rapat dengan kekurangan vitamin K.

Sumber Makanan:
  • Sayur-sayuran hijau; seperti bayam, asparagus, turnip greens, lettuce dan beberapa jenis sayuran Asia, tomato, broccoli, kobis brussels/kobis mini, romaine lettuce, bok choy dll.
  • Daging; hati binatang, daging lembu, daging kambing dll
  • Susu segar, produk-produk tenusu rendah lemak; seperti keju, yogurt/dadih, ais krem dll
  • Bijiran; beras, gandum, roti gandum, oat dll
Dos Harian Disarankan




* Tiada data RNI yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia berkaitan Magnesium dan Vitamin K. Justru, DRI/RDA, USA adalah rujukan yang hampir untuk dijadikan panduan.


2 comments:

  1. Hi, Dimanakah saya perlu rawatan untuk penyakit gusi ni, mungking kamu boleh bg cadangan kepada saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, Alex
      step 1: pastikan tubuh selalu cukup vitamin n zat galian. faktor usia adalah penyumbang kepada vitamin n mineral deficiency. faktor lain ialah overdose making love, sbb setiap air mani/sperm yg keluar, utk tubuh menghasilkannya semula perlu guna banyak vitamin n minerals, bila dlm tubuh kekurangan vitamin n minerals maka gusi n gigi affected, faktor ini ramai orang tidak sedar. jalan mudah ialah supplemen "spirulina" sbb ia adalah whole food. saya cadang spirulina pacifica buatan dari cyanotech. di malaysia, syarikat multilevel Luxor ada jual spirulina jenama ini. kemudian, ambil juga megadose vit C (read my article on vitamin c megadose), cuba elak vitamin dr bahan GMO product.
      step 2: gigi perlu cepat dibersihkan dr plaque. plaque bahaya utk kesihatan gigi. jgn biarkan ia bertompok lama pada gigi. dr pengalaman sy, doktor gigi yg mmg best ialah "Fauziah Dental Surgery". Dr Fauziah/Dr Fay is very professional n u'll be happy wt her service n advice. her clinic is in Menara Raja Laut (lower ground) at Jalan Raja Laut, near Jalan Sultan Ismail, opposite to Wisma Sime Darby and KL Metropolitan University College. Menara Raja Laut is next to Plaza Hotel. u'll not regret wt her service.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...