2

Tuesday, January 24, 2012

PARU-PARU: Rawatan....

ORGAN PARU-PARU 

Paru-paru adalah organ sistem pernapasan di dalam tubuh. Organ ini turut penting bagi memelihara kesihatan seluruh tubuh.

Secara amnya, paru-paru mempunyai 2 fungsi; melibatkan pernafasan, dan tidak melibatkan pernafasan.‎

1) Fungsi Pernafasan

Fungsi melibatkan pernafasan; para-paru menyerap oxygen dari udara ke dalam tubuh (sewaktu menghirup ‎nafas) dan menukar oksigen tersebut dengan karbon dioksida dari darah untuk dikeluarkan dari tubuh (sewaktu menghela nafas), melalui saluran pernafasan. ‎

Pertukaran oxygen dengan karbon dioksida berlaku di dalam gerombolan bebola/bebelon sangat kecil ‎disebut “alveoli”. Apabila udara memasuki melalui rongga hidung atau mulut, udara terus melintasi saluran ‎hidung (nasopharynx) dan saluran mulut (oropharynx), lansung ke saluran tekak (larynx) dan kerongkong ‎‎(trachea), terus menuju ke beberapa saluran udara kecil (bronchi) dan saluran udara paling kecil (bronchioles), ‎sehingga akhirnya sampai ke gerombolan bebola alveoli. Disitulah berlaku proses pertukaran oxygen dari udara dengan ‎karbon dioksida dari darah. ‎

Penghirupan dan penghelaan udara di pacu oleh tindakan otot berupa lapisan tisu tipis seperti gegendang disebut “diaphragm”, terletak di bahagian bawah organ paru-paru. Apabila diaphragm di kuncup melalui penghirupan nafas, udara ‎akan meluru masuk melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru; dan apabila diaphragm dikembangkan melalui helaan nafas, udara ‎akan bergegas keluar melalui saluran pernafasan.


2) Fungsi Tanpa Melibatkan Pernafasan

Paru-paru juga turut terlibat ‎dalam beberapa fungsi lain di dalam tubuh, tanpa melibatkan pernafasan, antaranya:‎
  • Menapis/menyaring dan memisahkan darah beku yang bertompok di dalam pembuluh darah ‎‎“veins”.‎ 
  • Menapis/menyaring dan memecahkan buih yang berisi udara yang berada di dalam pembuluh darah ‎veins. ‎ 
  • Bertindak sebagai pelapis yang lembut dan ‎empuk bagi melindungi organ jantung, kerana kedudukan organ paru-paru merangkumi hampir seluruh organ jantung.‎ 
  • Immunoglobulin-A adalah kimia “antibody” dari sistem kekebalan tubuh, dihasilkan di ‎dalam bronchi dan bronchioles untuk melindungi dari ‎sebarang jangkitan pada saluran pernafasan. ‎ 
  • Memelihara suasana paru-paru dan saluran pernafasan agar tiada jangkitan dari kuman dengan cara menghasilkan lendir yang ‎mengandungi bahan-bahan anti-kuman. Lendir digerakkan dari bronchioles ke bronchi, lansung ke trachea, ke larynx dan seterusnya keluar melalui saluran hidung dan mulut; debu dan kuman yang turut masuk sewaktu penghirupan udara akan terjebak melekat kedalam lendir dan di bawa keluar bersama lendir-lendir tersebut, menjadikan ‎saluran pernafasan bersih dari jangkitan kuman. ‎ 
  • Membekalkan saluran udara untuk mengeluarkan berbagai ragam suara.

PENYAKIT PARU-PARU ‎ 

Penyakit paru-paru adalah penyakit yang disebabkan oleh, samada jangkitan kuman atau kelemahan atau kerosakan pada paru-paru atau saluran pernafasan, menyebabkan ia tidak dapat berfungsi dengan baik.‎

Terdapat 3 kategori penyakit paru-paru:‎ ‎
  1. Masalah saluran pernafasan - Selalunya penyakit ini dalam bentuk saluran pernafasan menjadi ‎sempit atau tersekat untuk membawa oxygen ‎dan gas-gas lain ke dalam dan ke luar dari paru-paru; penderita akan menghadapi waktu-waktu amat sulit untuk bernafas. Bekalan oxygen pada tubuh jadi tidak mencukupi !!!
  2. Masalah tisu paru-paru – Penyakit jenis ini berkaitan dengan strukur tisu paru-paru. Selaput parut pada tisu paru-paru menyebabkan paru-paru tidak dapat mengembang sepenuhnya. Keadaan ini menjadikan paru-‎paru sulit untuk menghirup oxygen dan menghela kardon dioksida sepenuhnya. Bekalan oxygen pada tubuh jadi tidak mencukupi !!!
  3. Masalah peredaran darah dalam paru-paru – Penyakit jenis ini berkaitan dengan pembuluh darah di dalam paru-paru. ‎Pembuluh darah jadi sempit atau tersekat disebabkan samada darah beku, selaput parut atau keradangan pada dinding pembuluh darah. Pertukaran oxygen dan karbon dioksida di dalam alveoli menjadi terjejas. Bekalan oxygen pada tubuh jadi tidak mencukupi !!!
Kebanyakan penyakit-penyakit yang terjadi pada paru-paru adalah disebabkan oleh kombinasi dari 3 kategori ini. Penyakit paru-paru boleh berlaku pada sesiapa saja, dewasa atau kanak-kanak, tua atau muda, lelaki atau perempuan, miskin atau kaya. Penyakit paru-paru sebenarnya merbahaya, boleh membawa maut, terutamanya pada kanak-kanak di mana sistem kekebalan tubuh mereka belum cukup kuat untuk menanggani sebarang komplikasi paru-paru.

Penyakit paru-paru yang sering berlaku, seperti : ‎
  • Asma/lelah – saluran pernafasan tersekat.‎ 
  • Pneumonia – keradangan pada paru-paru, tisu membengkak dan sulit untuk bernafas.‎ 
  • Pulmonary fibrosis dan sarcoidosis – jangkitan pada tisu paru-paru. ‎ 
  • Pulmonary edema - banyak lendir yang menyebabkan paru-paru membengkak. ‎ 
  • Bronkhitis – keradangan pada saluran bronchi sehingga banyak lendir menjadikan pernafasan tersekat.‎ 
  • Atelectasis - bebola alveoli rosak, menyulitkan pertukaran oxygen dan karbon dioksida. ‎ 
  • Emphysema - kerosakan pada bebola alveoli sehingga sebelah paru-paru mengecil. ‎ 
  • COPD (chronic obstructive pulmonary disease) – saluran pernafasan tersekat.‎ 
  • ILD (autoimmune interstitial lung disease).
  • Kanser paru-paru – tumor pada sel-sel dan tisu-tisu, pertumbuhan dan pembiakan yang tidak dapat dikawal sehingga ‎merosakkan fungsi paru-paru. ‎  

PENYEBAB UTAMA PENYAKIT

Sebenarnya, para pakar dan ahli di bidang perubatan dan permakanan belum dapat mengenal-pasti sebab-sebab terjadinya ‎kebanyakan penyakit paru-paru. Hanya yang dapat dikenal-pasti, termasuk:‎
  • Merokok. Asap dari rokok, cerut atau paip sering dikatakan sebagai penyebab nombor 1 kepada penyakit paru-‎paru. ‎ 
  • Gas Radon. Gas tanpa warna tanpa bau yang digunakan dirumah-rumah. ‎ 
  • Asbestos. Bahan fiber dari bahan galian bukan logam, digunakan sebagai atap rumah, "ceiling", penampan dari panas atau kebakaran ‎dan lain-lain. Asbestos mengeluarkan serat-serat halus yang seni dan berterbangan di tiup angin dan terhirup ‎oleh paru-paru. Asbestos boleh merosakkansel-sel paru-paru, menyebabkan keradangan dan selaput parut dan ‎menjadi salah satu penyebab kepada kanser paru-paru. ‎ 
  • Kecemaran Udara. Habuk-habuk dari kecemaran udara boleh memberi kesan negatif kepada paru-paru. ‎ 
  • Kuman. Bacteria, virus, kulat yang menyebabkan selsema dll. ‎ 
  • Kekurangan vitamin D.
  • DNA, genetik. 

RAWATAN P‎ARU-PARU SECARA ALAMI

1.   PARU-PARU PERLUKAN VITAMIN DAN ZAT GALIAN

Beberapa jenis vitamin berkesan menguatkan paru-paru agar dapat berfungsi lebih lancar menyihatkan tubuh. Vitamin D, A, C dan zat galian Zinc sangat mempengaruhi sistem kekebalan tubuh, memperbaiki dayatahan sel paru-paru dari sebarang jangkitan yang menyebabkan berbagai jenis penyakit.

Vitamin D

Paru-paru lemah atau rosak menyebabkan sulit pernafasan. Kualiti kehidupan banyak terjejas apabila tubuh menjadi lemah tak bermaya. Aktiviti harian, rutin kerja, pembelajaran, dan riadah akan sentiasa terganggu.

Antara faktor yang menyebabkan kerosakan pada paru-paru dan saluran pernafasan ialah kekurangan vitamin D. Penyakit-penyakit yang selalu dikaitkan dengan kekurangan vitamin D seperti asma, COPD dan ILD.

ASMA.     Asma terjadi apabila paru-paru atau saluran pernafasan membengkak, pengeluaran lendir bertambah banyak dan menebal, saluran udara semakin sempit, paru-paru tidak dapat berfungsi secara normal. Dengan demikian, asma akan menyebabkan sesak nafas, tubuh kedinginan, batuk-batuk dan kemampuan beraktiviti menjadi lemah. Kajian menunjukkan ada kaitan vitamin D terhadap penyakit asma; apabila kadar vitamin D berkurangan di dalam tubuh, maka serangan asma akan menjadi lebih parah.

Vitamin D membantu pesakit asma; dengan permakanan Vitamin D yang selalu mencukupi akan dapat mengurangkan keradangan yang menyebabkan bengkak pada paru-paru, dan memperkuat otot-otot pada paru-paru.

Pada wanita hamil, bayi dalam kandungan memerlukan banyak vitamin D. Dengan memakan vitamin D yang mencukupi, risiko bayi mengidap penyakit asma apabila dilahirkan akan berkurangan.

COPD.    COPD adalah suatu penyakit yang melibatkan saluran pernafasan dari kerongkong ‎‎(trachea) ke beberapa saluran kecil (bronchi) dan saluran paling kecil (bronchioles). Paru-paru yang di serang COPD jadi berlubang-lubang kesan dari tindakan enzim-enzim yang menghapus sel-sel tercemar di dalam paru-paru. Kajian menunjukkan pesakit COPD yang cukup mendapat vitamin D, akan bernafas lebih lega/selesa dari orang yang kurang vitamin D di dalam tubuhnya.  

ILD.     ILD adalah sejenis penyakit paru-paru yang parah, yang berkemungkinan membawa maut. Penyakit ini disebabkan bengkak melampau yang meninggalkan kesan parut di dalam paru-paru. Kajian juga menunjukkan seseorang yang kurang vitamin D akan mengalami bengkak paru-paru lebih parah, paru-paru akan terhalang dari berfungsi dengan baik. 

Justru, vitamin D sangat diperlukan oleh seseorang yang mengidap penyakit pada paru-paru atau saluran pernafasan.

Saranan Dos Harian (RDA). Dos harian yang disarankan :

UsiaLelakiPerempuanWanita HamilIbu Menyusu
0-12 bulan400 IU 400 IU

1-13 tahun600 IU 600 IU

14–18 tahun600 IU 600 IU 600 IU 600 IU
19–50 tahun600 IU 600 IU 600 IU 600 IU
51–70 tahun600 IU 600 IU

71 tahun> 800 IU 800 IU


Sumber Vitamin D. Sinar cahaya matahari pada kulit, ikan, cendawan/jamur dan bijiran. Supplemen vitamin D yang terbaik ialah minyak ikan dan "Cod Liver Oil". 

Vitamin A

Vitamin A diperlukan untuk kesihatan pada lapisan-lapisan otot dan kulit. "The National Institute of Health's Office of Dietary Supplements, USA" menyatakan kekurangan vitamin A boleh menyebabkan lapisan otot paru-paru menjadi lemah dan kurang kemampuan untuk mencegah serangan kuman-kuman, menjadikan paru-paru mudah dijangkiti pneumonia dan batuk kering "tuberculosis/TB".

Justru, untuk membina paru-paru yang sihat dan mencegah dari keparahan yang disebabkan oleh serangan kuman-kuman, vitamin A juga sangat diperlukan oleh tubuh.

Dos Harian (RDA). Dos harian yang disarankan  :

UsiaLelakiPerempuanWanita HamilIbu Menyusu
0-6 bulan1,320 IU


7–12 bulan1,650 IU


1–3 tahun1,000 IU600 IU 600 IU  600 IU
4–8 tahun1,320 IU 600 IU 600 IU 600 IU
9-13 tahun2,000 IU 600 IU

14–18 tahun3,000 IU 2,310 IU 2,500 IU 4,000 IU
19 tahun >3,000 IU 2,310 IU 2,565 IU 4,300 IU

Sumber Vitamin A. Daging lembu, daging kambing, daging ayam, telur. Sayur-sayuran dan buah-buahan seperti lobak merah/carrot, keledek, labu, bayam, papaya, mangga, tembikai susu dll.

Supplemen terbaik untuk vitamin D dan A ialah minyak ikan dan "Cod Liver Oil". Memilih minyak ikan atau Cod Liver Oil harus juga diperhatikan ratio vitamin D dan A. Kebanyakan minyak ikan ratio vitamin D dan A sehingga 1:100, bermakna terlalu banyak vitamin A berbanding vitamin D. Permakanan antara vitamin D dan A yang sesuai hendaklah dalam ratio 1:10. Dos vitamin A yang berlebihan boleh menyebabkan sengal tulang, sakit kepala, pening, dan kabur penglihatan. 

Antara jenama Cod Liver Oil yang terbaik ialah dari Carlson, Blue Ice dan Green Pasture.

Produk Carlson
Produk Blue Ice
Produk Green Pasture
Vitamin C

Menghisap rokok, asap yang di hirup ke dalam paru-paru adalah asap yang mencetuskan radikal bebas dan mencemar kesihatan paru-paru. Paru-paru terpaksa menggunakan anti-oksidan dari tubuh untuk membasmi radikal bebas tersebut agar tidak terus merosakkan fungsi paru-paru.

Vitamin C adalah anti-oksidan yang berkesan untuk tujuan ini. Satu kajian yang disiarkan pada Januari 1994 "The American Journal of Clinical Nutrition" menyatakan orang yang mempunyai paras vitamin C yang tinggi di dalam tubuh memiliki fungsi paru-paru yang lebih lancar berbanding mereka yang kekurangan vitamin C. 

Dos Harian (RDA). Dos harian yang disarankan :

UsiaLelakiPerempuanWanita HamilIbu Menyusu
0-6 bulan*40 mg (mencukupi) *40 mg (mencukupi)

7–12 bulan*40 mg (mencukupi)*40 mg (mencukupi)

1–3 tahun15 mg 15 mg

4–8 tahun25 mg 25 mg

9-13 tahun45 mg 45 mg

14–18 tahun75 mg 65 mg 80 mg115 mg
19 tahun >90 mg 75 mg 85 mg 120 mg

*Perokok memerlukan tambahan 35 mg/hari daripada orang yang tidak merokok.

Sumber Vitamin C. Vitamin C terlalu banyak dan mudah di perdapat dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Vitamin C mudah terhapus oleh kepanasan atau bahang api dari masakan, amalan memakan ulam/lalap adalah resepi yang baik.


Zat Galian Zinc

Zinc diperlukan oleh tubuh untuk sistem kekebalan agar dapat bertindak dengan baik. Zinc sebagai peransang kepada aktiviti-aktiviti lebih kurang 100 enzim di dalam tubuh. Ia juga berperanan dalam metabolisma tubuh dan pertumbuhan sel-sel baru, kesembuhan dari sebarang kecederaan, pemecahan karbohaidrat, dan perkembangan DNA. Sepertimana vitamin C, zinc adalah juga anti-oksidan.

Ciri-ciri sedemikian dapat membantu mencegah sebarang kerosakan yang terdapat pada paru-paru. Satu kajian yang disiarkan pada Jun 2008 "Respiratory Medicine" menyatakan pengambilan suplemen *22 mg zat galian zinc setiap hari (melebihi dos RDA) boleh mempertingkatkan lagi fungsi paru-paru. Bagi paru-paru yang lemah, unsur anti-oksidan yang terdapat pada Zinc dapat memperbaiki keadaan paru-paru menghadapi jangkitan penyakit-penyakit.  

Dos Harian (RDA). Dos harian yang disarankan :  

UsiaLelakiPerempuanWanita HamilIbu Menyusu
0-6 bulan*2 mg (mencukupi) *2 mg (mencukupi)

7–12 bulan*3 mg (mencukupi)*3 mg (mencukupi)

1–3 tahun3 mg 3 mg

4–8 tahun5 mg 5 mg

9-13 tahun8 mg 8 mg

14–18 tahun11 mg 9 mg 12 mg13 mg
19 tahun >11 mg 8 mg 11 mg 12 mg

Sumber Zinc. Daging lembu, daging kambing, ikan, keju. Labu sangat kaya dengan zinc, terutama bijinya. Bijiran, kacang, kentang, juga makanan laut seperti tiram dll.   


2.  PARU-PARU PERLUKAN MADU DAN KULIT KAYU MANIS

Madu Lebah bersifat anti-biotik/anti-kuman virus, kulat, bakteria, dan mikrob. Madu berkesan membantu tubuh melawan, mencegah dan ‎memulihara berbagai jenis penyakit. Juga sebagai anti-oksidan; menyirna radikal bebas, ‎merawat dan memulihkan sel-sel dan tisu-tisu ‎ tubuh.

Serbuk Kayu Manis juga bersifat anti-biotik/anti-kuman dan berkesan menghapus, menghalang ‎sebarang ‎jangkitan dan pembiakan bakteria yang sulit dihapuskan. Serbuk Kayu Manis juga ‎anti-keradangan, ciri penting yang diperlukan bagi pesakit paru-paru.

Kedua-dua bahan ini berkesan mengurangkan kahak dan lendir di dalam rongga pernafasan dan paru-paru. Seterusnya, merawat kerosakan pada paru-paru dan membantu meningkatkan fungsi para-paru untuk lebih lancar dan efektif.

Dos Harian: Madu dan Serbuk Kayu Manis di larut ke dalam air suam, di minum pada setiap hari, pagi dan malam.  


3. PARU-PARU PERLUKAN CELLFOOD

Cellfood adalah produk "nano technology" berupa cecair yang mengandungi ‎ nutrien dari alam semulajdi/alami 78 jenis zat galian/gizi, 34 jenis enzim, 17 jenis asid amino, dan "electrolytes" yang diperlukan oleh tubuh. Ia juga bertindak membekalkan seberapa banyak oxygen dan hydrogen yang diperlukan oleh tubuh.

Orang yang mempunyai masalah pada paru-paru atau saluran pernafasan memerlukan kadar oxygen yang lebih tinggi untuk membolehkan tubuh beroperasi ke tahap normal. Oxygen juga diperlukan untuk membersihkan sisa keracunan dan memperbaiki kerosakan yang dicetuskan oleh radikal bebas.

Radikal bebas mengancam kesihatan. Cellfood memberikan elektron yang hilang di dalam sel radikal bebas, merubahnya menjadi hidup kembali sebagai O2 yang stabil dan bermanfaat. Cellfood unik kerana membekalkan elektron yang hilang tanpa mencipta tambahan radikal bebas.

Sepertimana alam semulajadi, kesaimbangan sistem tubuh adalah kunci kesihatan yang baik. Cellfood menyerap dan membekalkan nutrien pada seluruh sel-sel tubuh. Juga terlibat dalam setiap sistem tubuh seperti kekebalan, saraf, pencernaan, metabolisma dll.

Bekalan hydrogen pada tubuh juga perlu.Tubuh menggunakannya untuk berbagai fungsi; mencuci, membina dan meperteguh sel-sel tubuh, membawa nutrien kepada otak dan seluruh tisu tubuh, mencegah keradangan, memelihara kelembapan paru-paru, juga dalam proses pencernaan dan pengeluaran sisa-sisa makanan.

Kekurangan hydrogen menyebabkan kandungan air dan lemak menurun, menjadikan tisu-tisu kering, otak mengecut, otot mengecut, wajah menjadi cengkong dan bermacam lagi komplikasi tubuh. Cellfood membekalkan hydrogen untuk mengatasi semua komplikasi ini.

*Harap ambil perhatian !!! Cellfood tidak membahayakan kesihatan. Tahap permulaan meminumnya, mulakan dengan dos rendah. Kekadang akan timbul sympton selsema, demam dll. selama lebih kurang seminggu. Ini adalah proses kesembuhan alami. Apabila kembali sembuh, di tambah dos, dan mungkin berlaku lagi sympton tadi. Teruskan, jangan berhenti, lebih kurang seminggu keadaan akan kembali normal. Kemudian, kekalkan dos biasa seperti disarankan. [Penulis tidak menjual produk ini....]

4.  PARU-PARU PERLUKAN KAWALAN

Amalan hidup harian, samada sengaja atau tidak, kadangkala menyumbang kepada merosot kesihatan.

(i) Gula pasir@ sukros.

Masih banyak orang yang tidak tahu, tidak sedar atau tidak peka bahawa gula pasir@ sukros membawa padah pada kesihatan tubuh manusia. Kesan negatifnya, mengancam seluruh sistem di dalam tubuh. Gula pasir menyedut semua bekalan vitamin-vitamin, zat-zat galian/gizi, dan zat-zat lain yang berada di dalam tubuh untuk membolehkan ia (gula) diserap sebagai tenaga.

Sebaiknya jauhi gula pasir, dan juga apa-apa jua produk yang menggunakan gula sukros; seperti minuman dalam tin, coca-cola, pepsi, candy dll. Gantikan dengan gula merah/melaka/jawa. Gula merah juga pemanis, tapi tidak mengancam kesihatan tubuh, masih mengandungi nutrien semulajadi yang bermanfaat untuk kesihatan. Tanpa atau kurang kehadiran gula sukros di dalam tubuh akan menyumbang kepada kesembuhan segera.

Justru, gula pasir @ sukros dan makanan yang bercampur dengan sukros perlu dikurangkan atau dihindari !!!

(ii) Allergi Susu.

Penyakit allergi (alahan) boleh dihidapi oleh sesiapa saja. Allergi berkemungkinan terjadi dari faktor genetik atau warisan keturunan, DNA yang terjejas disebabkan radikal bebas dan sebagainya, Allergi, atau alahan tubuh pada sesuatu makanan, boleh muncul dalam berbagai cara, dan boleh berubah dalam kehidupan seseorang dari suatu makanan kepada suatu makanan yang lain.

Susu pasteur, makanan berasaskan susu seperti keju dll. kerapkali dikaitkan dengan allergi. Makanan susu adalah bahan makanan yang meransang pengeluaran lendir di dalam tubuh. Justru, lendir mudah terkumpul pada saluran pernafasan dan di dalam paru-paru, menyebabkan serangan asma dan masalah pernafasan. Allergi pada makanan bersumberkan susu selalunya timbul dalam bentuk penyakit bronchitis, resdung, masalah saluran pernafaan, selsema, dan mungkin juga jangkitan di telinga (resdung telinga).

Justru, susu dan makanan yang berasaskan susu perlu dikurangkan atau dihindari !!!

(iii) Tubuh Kedinginan. 

Hawa dan cuaca dingin, terutama pada waktu malam dan subuh, memberi kesan negatif kepada orang yang mengidap masalah paru-paru dan saluran pernafasan.

Udara dingin akan mengundang tindakbalas sistem pernafasan untuk mengeluarkan lendir bertambah banyak dan menebal di dalam saluran pernafasan. Saluran-saluran pernafasan akan menguncup, dan menyebabkan keradangan atau kebengkakan. Keadaan ini menyebabkan seseorang itu sukar untuk menghirup udara dan menghela nafas.

Tabiat mandi malam melewati pukul 8:00 malam jangan sekali-kali diamalkan. Mandi malam cepat mempengaruhi penguncupan saluran pernafasan, pengeluaran lendir yang berlebihan kerana tindakbalas tubuh untuk memelihara suhu yang normal di dalam tubuh. Keadaan ini menyebabkan saluran pernafasan tersekat, menjadi sulit untuk bernafas. Sekiranya mandi malam diamalkan berterusan,paru-paru akan menjadi lemah, dan komplikasi akan timbul.

Justru, aktiviti mandi di waktu malam, memandu motosikal, membiarkan tubuh terdedah pada kesejukan tanpa pakaian atau baju, terdedah pada kipas angin yang berputar kuat dll perlu dihindari !!!

*Harap ambil perhatian !!! 

Merawat masalah paru-paru dan saluran pernafasan melalui permakanan secara alami, selalunya mula menampakkan kesan positif sekurang-kurangnya 3 bulan setelah diamalkan. Bagi pengidap yang sedang memakan ubat-ubatan dari doktor, perlu diteruskn seiring dengan kaedah permakanan di dalam Artikel ini.   

RINGKASAN

Nutrien Khasiat Kesembuhan
Vitamin D, A, C & Zinc
VITAMIN D & A.  banyak terdapat dalam minyak ikan : Fish Liver Oil/Cod Liver Oil.
Tambahan dos RDA diperlukan. Dos tambahan adalah untuk jangkamasa sementara. Sekiranya berkesan, dos perlu dikurangkan secara berperingkat kepada dos normal.
Vitamin C. Anti-oksidan; mencegah cetusan radikal bebas dari merosakkan sel-sel, tisu-tisu, sistem di dalam tubuh, termasuk DNA. Sumber: buah-buahan dan sayur-sayuran. 
Zinc. Untuk sistem kekebalan. Peransang aktiviti-aktiviti lebih kurang 100 enzim di dalam tubuh. Berperanan dalam metabolisma tubuh dan pertumbuhan sel-sel baru, kesembuhan dari sebarang kecederaan, dan pemecahan karbohaidrat, perkembangan DNA. Juga anti-oksidan. Dos tambahan sementara *22 mg setiap hari.
CellfoodSupplemen oxygen, hydrogen, nutrien 78 jenis zat galian/gizi, 34 jenis enzim, 17 jenis asid amino, dan "electrolytes" yang diperlukan oleh tubuh. Diperlukan untuk kesaimbangan seluruh sistem dalaman ‎tubuh.
Madu & 
Serbuk Kayu Manis
Madu; sumber terbaik anti-oksidan, menyirna radikal bebas, ‎merawat dan memulihkan sel-sel dan tisu-tisu ‎ tubuh. Anti-kuman (bakteria, kulat/jamur, mikro dll).
‎Serbuk Kayu Manis; anti-kuman, mampu menghapus, menghalang ‎sebarang ‎jangkitan dan pembiakan kuman bahkan yang sulit untuk dihapuskan.
NO !!!
1) Gula Sukros
2) Susu
3) Dedahan Hawa Dingin

Tanpa gula sukros, menyumbang kepada kesembuhan paru-paru dengan segera.
‎Tanpa susu, mengurangi kemungkinan allergi/alahan disebabkan penyakit genetik, DNA.
Hawa dingin meransang pengeluaran lendir di dalam paru-paru dan saluran pernafasan, menyempitkan dan menjadi sulit untuk bernafas.  

Moga Bermanfaat Untuk Anda, Selamat Mencoba !!!

2 comments:

  1. saya suka sangat tips dalam blog ni, sangat best dan mudah

    ReplyDelete
  2. Slam...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.sebulan akan turun sebanyak 60 hinga 80 militer or 0.6 cm atau 0.8 cm.ubat saya.andai 4 cm sel ketumbuhan kanser.bajet 6 bulan untuk sembuh sepenuh nya.andai 8 cm ketumbuhan.bajet 8 hinga 10 bulan untuk sembuh sepenuh nya.insya allah.

    memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. harga cuma rm150 tetapi herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh...daun daun herba warisan terpilih memang tidak akan jumpa di mana mana.percaya lah..
    ..
    .merawat dan membaik pulih...jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi... sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh...jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid...orang ada kanser...saya akan membantu merawat hingga sembuh NAMA SYARIKAT SAYA.....JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...