Kelebihan Doa Akasyah
Doa Akasyah adalah doa taubat. Kata-katanya teratur indah, bagaikan sajak. Doa ini juga sangat tinggi martabatnya. Sangat baik dijadikan amalan, meskipun di baca sekali seumur hidup. Doa ini juga banyak kelebihannya bagi sesiapa yang bermunajat pada Allah SWT dengan sesuatu hajat.
Dalam kitab Mujarabat dan juga Makmuk Syarif ada menyatakan bahawa Doa Akasah asalnya di bawa oleh Malaikat Jibril as dari Arasy. Diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra; "pada suatu hari aku sedang duduk di hadapan Rasulullah SAW di dalam Masjid Madinatul Munawwarah, tiba-tiba datang Malaikat Jibril as dengan membawa Doa Akasyah, lalu diberikan kepada Rasulullah SAW seraya berkata: "wahai Rasulullah, sesungguhnya aku membawa Doa Akasyah, sejak dari Adam as dan nabi-nabi lain belum pernah di beri kecuali kepada engkau." Kata Malaikat Jibril lagi: "sesungguhnya aku melihat Doa Akasyah ini tergantung di bawah Arasy selama 90,000 tahun sebelum Allah menciptakan dunia seisinya."
Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra juga telah berkata: Rasulullah SAW pernah bersabda padaku; "jangan kau tinggalkan membaca Doa Akasyah ini, kerana dengan membaca doa ini engkau akan memperoleh keamanan dan anugerah dari Allah sehingga dapat menghafal al-Quran dan kitab."
Sayyidina Umar bin Khattab ra berkata: "Rasulullah SAW telah bersabda padaku: "wahai Umar, bacalah doa ini, kerana dengan membaca doa ini engkau akan memperoleh pahala yang sangat besar, 70,000 malaikat berbuat kebajikan untukmu kerana membaca doa ini, seorang malaikat mempunyai 70 mulut dan kepala, setiap mulut akan memuji Allah dan semua itu diberikan kepada orang yang membaca doa ini, dan Allah memberi rahmat kepadanya."
Sayyidina Uthman bin Affan ra berkata: "sesungguhnya aku dapat menghafal al-Quran berkat doa ini."
Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib berkata: "aku menjadi kuat berkat doa ini."
Hassan Basri ra berkata: "aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "sesungguhnya seseorang tidak akan memperoleh pahala sepertimana banyak pahalanya orang yang membaca doa ini."
Syeikh Sya'ba ra berkata: "aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "barangsiapa yang berdoa dengan doa ini, jika ia meninggal dunia, maka ia akan sentiasa mendapat anugerah dari Allah, 70,000 malaikat menghantar jenazahnya ke kubur, setiap seorang malaikat membawa panji cahaya; para malaikat berkata; "jangan engkau takut, sesungguhnya Allah telah memberi anugerah kepadamu, nanti di hari kiamat akan dibukakan pintu syurga untukmu" dan Allah berfirman: "wahai fulan, sesungguhnya Aku malu menyiksa kamu kerana kamu telah mengamalkan Doa Akasyah ini."
Banyak lagi kebaikan yang diperolehi dengan mengamalkan Doa Akasyah ini. Sangat banyak fadilatnya, di segi zahir mahu pun batin, dunia mahu pun akhirat.
InsyaAllah, wallohu 'aklam bissawab!!!

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang! Ya Allah! limpahan selawat ke atas junjungan kami nabi Muhammad SAW dan seluruh keluarga serta para sahabatnya. Dengan nama Allah yang Maha Menyinari segala cahaya. Segala puji bagi Allah Maha Pencipta segala nur dan yang menurunkan kitab Taurat di atas gunung Thur di dalam kitab yang termaktub. Segala puji bagi Allah yang kekayaanNya terbentang luas. Segala keperkasaan dan kebesaranNya amat benar dengan kemasyhuranNya. PemberianNya yang senang dan susah, tetap disyukuri. Segala puji bagi Allah yang mencipta langit dan bumi, mencipta gelap dan terang. Pada akhirnya orang-orang yang derhaka akan diadili dengan setimpalnya. Kaf Ha Ya ‘Ain Shod Ha Mim ‘Ain Sin Qaf. Hanya padaMu kami menyembah dan padaMu kami memohon pertolongan. Wahai yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri dengan sendirinya, Allah Maha Belas Kasih kepada hambaNya, Dia Maha Pemberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya kerana Dialah yang Maha Kuat lagi Maha Mulia. Wahai yang Maha Mencukupi segala sesuatu, cukupkanlah segala yang kami perlukan dan hindari kami dari segala kecelakaan. Di tangan kekuasaanMu terletak segala yang baik, bahwasanya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Ya Allah! Wahai yang Maha banyak tak terkira pemberiannya, wahai yang Maha Kekal Perhubungannya. wahai yang Maha Elok perbuatannya, wahai yang Maha Pemberi rezeki kepada hambaNya dalam segala urusan, wahai yang Maha tiada bandingan segala ciptaanNya, wahai yang KeabadianNya tiada berubah sedikitpun, Selamatkanlah kami dari segala kekufuran dan kesesatan demi ‘La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’. Ya Allah! jika ada syak dalam imanku bersamaMu, samada aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’. Ya Allah! jika ada kekufuran dalam islamku bersamaMu, samada aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’. Ya Allah! jika ada syak dalam tauhidku padaMu, samada aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’. Ya Allah! jika ada ujub (sombong), takabur, riya’ dan sum’ah (menonjolkan diri) dan kekurangan di dalam amalku padaMu, samada aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’. Ya Allah! jika ada dusta, umpat, adu domba dan bohong melalui lisanku, samada aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’. Ya Allah! jika terlintas was-was dalam sanubariku, samada aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’. Ya Allah! jika ada keraguan dan kelalaian dalam ma’rifatku kepadaMu, samada aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’. Ya Allah! jika ada kemunafikan dalam hatiku, kerana dosa-dosa besar dan kecil, samada aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’. Ya Allah! jika adariya’ dalam perbuatan dan lisanku, samada aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’. Ya Allah! apa jua kejahatan yang telah aku perbuat, samada aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’. Ya Allah! apa jua kebaikan yang Engkau kehendaki bagiku, tapi aku tidak mensyukurinya, samada aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’. Ya Allah! apa jua yang telah Engkau takdirkan untukku, tapi aku tidak meredzainya, samada aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’. Ya Allah! apa jua nikmat yang telah Engkau berikan padaku, tapi aku salah-gunakannya, samada aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’. Ya Allah! apa jua kurniaan dari nikmatMu, tapi aku tidak bersyukur padaMu, samada aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’. Ya Allah! apa jua kurniaan yang telah engkau kuasakan bagiku, tapi aku tidak menunaikan hak-haknya, samada aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’. Ya Allah! apa jua kebaikan Engkau anugerahkan padaku, tapi aku menyangkanya tidak baik dariMu, samada aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’. Ya Allah! apa jua kasih sayang Engkau untukku, tapi aku menutup mata, samada aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’. Ya Allah! apa jua perbuatan yang aku lakukan sepanjang umurku, tidak Engkau redha, samada aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’. Ya Allah! apa jua singkat amalku dalam mengharap dariMu, samada aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’. Ya Allah! jika aku bergantung kepada selain dariMu di dalam menghadapi segala kepayahan, samada aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’. Ya Allah! jika aku menyandarkan pertolongan kepada yang lain dariMu, samada aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’. Ya Allah! apa jua kebaikan yang aku melihatnya bukan dariMu sedangkan ianya dari kurniaanMu, samada aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’. Ya Allah! seandainya kakiku tergelincir dari titian Sirat kerana kurang pasti persoalan yang dipertanggung-jawabkan padaku, samada aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri kepadaMu dengan mengucap: ‘La Illaha Illallah Muhammadur Rasulullah SAW’. Ya Allah! Wahai Maha Hidup, Maha Berdiri Dengan Sendirinya, Maha Mengurus, Maha Mengasihi, Maha Mengurnia, Maha Pemurah, Maha Menguasai, tiada Tuhan selain Engkau Maha Suci Engkau dari segala sifat kekurangan dan cela, aku adalah orang yang menzalimi diri sendiri, maka Kami kabulkan dan menyelamatkannya dari kesusahan sebagaimana Kami menyelamatkan orang-orang mukmin; demikian juga tatkala Nabi Zakaria berdoa; “Tuhanku! Janganlah biarkan aku hidup sendirian tanpa keturunan bahawa Engkaulah sebaik-baik pewaris.” Ya Allah! demi kalimah ‘La Ilaha Illallah’ dan kemuliaannya, demi ‘Kursi’ dan keluasannya, demi ‘Arasy’ dan segala keagungannya, demi kalam dan coretannya tanpa henti, demi ‘Luh Mahfuz’ dan pemeliharaannya, demi ‘Mizan’ (neraca timbangan) dengan dua matanya, demi ‘Siratul Mustaqim’ dan kehalusannya, demi Jibril dan amanatnya, demi Mikail dan belas kasihannya, demi Israfil dan tiupan sangkakalanya, demi Izrail dan pencabutan nyawa, demi Ridwan dan syurganya, demi Adam dan keterpilihannya, demi Syith dan kenabiannya, demi Nuh dan bahteranya, demi Ibrahim dan khalilullahnya, demi Ishak dan keagamaannya, demi Ismail dan pengorbanannya, demi Ya’akub dan kedukaanya, demi Yusuf dan keterasingannya, demi Musa dan kekeramahan (pembuktian nyata) nya, demi Harun dan kehormatannya, demi Hud dan kewibawaannya, demi Salleh dan untanya, demi Luth dan pemikirannya, demi Yunus dan dakwahnya,demi Danial dan kekeramatannya, demi Zakaria dan kesuciannya, demi Isa dan kerohaniannya, demi junjungan kami Muhammad SAW yang terpilih menjadi kekasihNya dan syafaatnya. Ya Allah! Wahai yang Maha Hidup, Maha Berdiri Sendiri, tiada Tuhan selain Engkau Maha Suci Engkau dari segala sifat kekurangan dan cela, aku adalah orang yang menzalimi diri sendiri, maka Kami kabulkan dan menyelamatkannya dari kesusahan sebagaimana Kami menyelamatkan orang-orang mukmin; Tiada Tuhan selain Dia jua disembah, padaMu aku bertawakkal. Dia lah Tuhan yang menguasai ‘Arasy yang Agung. Allah yang mencukupkan segala keperluan. Dia sebaik-baik Pelindung, semulia-mulia Penolong. Tiada daya dan kekuatan melainkan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Ya Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan lindungilah kami dari azab neraka. Semoga Allah sentiasa mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya yang paling mulia, cahaya ‘ArasyNya’ penghulu kami, nabi kami dan pemberi syafaat kepada kami iaitu Nabi Muhammad SAW, seluruh keluarganya dan para sekalian sahabatnya. Dengan rahmatMu wahai yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, amin, amin, wahai Rabb sekalian alam. |
InsyaAllah, wallohu 'aklam bissawab!!!
mohon di ijasahkan kesaya. saya insya allah mau mengamalkannya.
ReplyDeleteiyas
amalan ini sangat indah, mudah dan seronok dibawa. Tersirat disebaliknya iaitu fazilat serba guna; kalau 18 kali diamalkan dalam 1 hari, hati bercahaya, fikiran terang, mudah menyingkap rahsia banyak perkara; bukan perkara aneh jika berkesempatan bermimpi jumpa Rasulullah SAW!
DeleteSalam, ada tertinggal nama nabi Musa. Selaps demi Yusuf dan keterasingannya, demi Musa ........ demi Harun dan kehormatannya,
ReplyDeleteterima kasih saudara, akan segera diperbetulkan...
ReplyDeleteSebarkan dgn ikhlas. tiada paksaan dalam agama
ReplyDeleteNiatkan ibadah(sebarkan ilmu walau 1 ayat)
Nasihat Kubur:
1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah .. aku dengan TAHAJUD
2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM..
3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.
4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,
5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT
6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA..
7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"
Kirim ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 org..
Karena, saat kamu membawa Al-Qur'an, setan biasa2 saja.
Saat kamu membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat kamu membacanya, ia gelisah.
Saat kamu mmahaminya, ia kejang2.
Saat kamu mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan shari-hari, ia stroke.
Trus n trus baca & amalkan agar syaitan stroke semuanya juga jantungnya dan mati.
Ketika anda ingin menyebarkan .. ini, lagi2 syaitan pun mencegahnya.
Syaitan berbisik;
"SUdahlaaaaaah tak payah di SEBARKAN, tak penting pown, BUANG MASA saja, tak mungkin akan di baca "...
Sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT menghargainya puluhan kali ganda ..
Ø Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan
K: Kiblat
A: Arah
A: aku
B: Bersujud hingga
A: akhir
H: Hayatku
#budak_islam . Ringankan tangan anda dengan copy ayat ini
Doanya memang sangat bagus. Alhamdulillah moga saya dan kita semua istiqamah amalkannya.
alhamdulillah karna sering saya baca waktu dulu masih bujang dengan sendirinyabisa meng hafal doa ini , dan alhamdulillah aq sudah merasakan kedahsyatan kebesaran ALLOH swt. subhanalloh...
ReplyDeletemohon izajah ya syekh.. semoga manfaat.. aamiin.
ReplyDelete