1

Sunday, November 11, 2012

Doa Pelindung Dari Rihul Ahmar

Kesihatan Zahir dan Batin

Kesihatan tubuh manusia merangkumi aspek zahir dan juga batin. Disegi zahir, tubuh memerlukan bekalan nutrien seperti zat-zat galian dan berbagai vitamin yang mencukupi agar terpelihara sihat. Namun, kadangkala penyakit datang juga. Ini disebabkan sumber penyakit kepada tubuh bukan sahaja datang dari faktor-faktor yang zahir, akan tetapi faktor yang batin perlu disaksamakan.

Keistimewaan orang-orang islam kerana adanya amalan yang menitik-beratkan kesihatan batin. Tidak akan lengkap penjagaan kesihatan tubuh sekiranya tidak ada amalan "Doa Pelindung dari Rihul Ahmar." Doa ini sangat menyuluruh, merangkumi berbagai penyakit kronik mahu pun tidak kronik, menyirna segala macam sebab-musabab yang boleh menjejaskan kesihatan tubuh. Doa ini telah diamal dan diajarkan oleh Rasullullah SAW. Nasihat Baginda, bacalah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup semoga kita terpelihara diri dari serangan Rihul Ahmar ini. Insyaallah!!!

Rihul Ahmar adalah makhluk jinn. Makhluk ini menjadi punca pada pelbagai jenis penyakit kronik pada tubuh manusia. Ia lahir dari dalam luar dan dalam tubuh manusia. Amalan dan gayahidup zahir yang kurang sihat menjadikan ia membesar dan mengganas sejajar dengan sejauhmana gayahidup yang tidak terpelihara. Ia boleh berkembang biak di dalam tubuh. Ia bersifat merosak anggota tubuh dan membunuh.

Rihul Ahmar Dan Anak Adam

Suatu ketika di zaman Nabi Sulaiman AS, di atas singgahsana kerajaannya di hadapan manusia, jin dan juga binatang, Nabi Sulaiman merasa berkuasa memerintah semua makhluk Allah di dunia ini. Tiba-tiba muncul satu lembaga yang besar, dasyat rupanya sehingga Nabi Sulaiman merasa takut dan gementar melihatnya. Lalu ia bertanya siapa sebenarnya lembaga itu dan apakah tujuan kedatangannya. Lembaga itu menjawab ia "Rihul Ahmar.” Allah mencipta dirinya sedemikian rupa dan di beri kuasa mendatangkan penyakit kepada anak-anak Adam. Ia boleh meresap ke dalam tubuh manusia seperti darah mengalir di dalam urat saraf. Tatkala Allah hendak memberi azab kepada sesiapa yang dikehendakiNya, Dia memberi kuasa kepadanya supaya masuk ke dalam badan. Jika ia masuk ke dalam otak hilanglah akal seseorang itu, jika masuk menerusi hidung maka akan lahirlah penyakit bengkak-bengkak sebagainya, sehingga binasalah seluruh anggota manusia tersebut.

Mendengar itu Nabi Sulaiman AS memerintahkan mereka yang berada disekelilingnya membunuh dan membakar lembaga itu. Rihul Ahmar menjawab tidak seorang pun dapat menghalangnya, kerana Allah telah menjadikannya sedemikian rupa dan melanjutkan umurnya. Kemudian lembaga itu pun ghaib hingga ke zaman Rasulullah SAW.

Telah diriwayatkan bahawa cucu Rasulallah, iaitu Syaidina Hassan ra telah mengidap sakit rongga dan keluar darah daripadanya. Jibrail AS datang dan memberitahu bahawa cucu Baginda itu terkena sakit yang didatangkan oleh Rihul Ahmar.

Bila ditanya apakah adakah ubatnya, Jibrail AS mengatakan ada, lalu ia ghaib. Sebentar kemudian datang semula kepada Rasulullah SAW mengatakan bahawa Allah SWT berkenan mengurniakan satu hadiah doa yang mustajab kepada sesiapa yang membacanya meskipun satu kali seumur hidupnya, insyallah ia akan selamat daripada penyakit Rihul Ahmar. Rasulullah SAW pun membacakannya untuk cucunya. Lalu Syaidina Hassan ra pun sembuh serta bangun berdiri dalam keadaan yang cukup sihat. Rasulullah SAW telah bersabda kepada sahabat-sahabatnya supaya mempelajari doa tersebut dan mengajarnya kepada umatnya yang lain supaya mereka mendapat manfaat!!!

Maksudnya:
Dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
  • DenganNya kami mohon pertolongan, dengan nama Allah, bersama Allah, dari Allah, kepada Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, Maha Mulia, Maha Agung, yang aku takut dan bimbang terhadapNya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaranNya, segala pujian bagi Allah sebanyak-banyak pujian, Maha Suci Allah setiap pagi dan petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan, dengan nama Allah yang menyihatkan, dengan nama Allah yang tiada apa jua dibumi dan dilangit berkuasa memudaratkan, Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sebahagian dari Al-Quran menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang mukmin.
  • Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung denganMu dari kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha Besar 3x. Aku berlindung dengan Allah, Rabbku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta rupabentukku dan Pemberi rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah dari sekalian kebinasaan, segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala jangkitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan. Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) surat ini dengan nama-namaMu yang Maha Agung dan sifat-sifatMu yang sempurna, wahai Pemilik kebesaran dan kekayaan, wahai Pemiliki kerajaan dan sekelian alam malakut, wahai Pemilik keagungan dan sekelian alam jabarut (jinn)!!!
  • Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai Pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung bagi mereka yang penuh-sesal (akan dosa-dosa mereka), wahai Pengasih terhadap orang-orang miskin, wahai Pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Pembelas-kasih dan ehsan, wahai Tuhan yang penuh kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak pemberian, wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkanNya, wahai Pelindung yang tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung denganMu dari azab badan dan kesempitan, aku berlindung denganMu dari Rihul Ahmar, penyakit kronik yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf. Maha Suci Engkau yang apabila menghendaki sesuatu Engkau hanya mengatakan “Jadilah! maka jadilah ia”. Allah Maha Besar 3x.
  • Wahai Yang menjadikan, wahai Yang membuat kebajikan, wahai Yang memberi pertolongan, wahai Yang Maha Gagah, wahai Yang Maha Adil, wahai Yang Berdiri dengan keadilan, wahai Yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Yang mengembalikan, wahai Yang menolak, wahai Yang Mencukupkan, wahai Yang menyembuhkan, wahai Yang meng’afiatkan, wahai Yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan, wahai Yang menerima kesyukuran, wahai Yang banyak memberi balasan atas kesyukuran, wahai Yang Maha Kasih Sayang, wahai Yang Maha Belas Kasihan, wahai Yang memberi pertolongan, wahai Yang Maha Berkuasa, wahai Yang Maha Gagah, wahai Yang Penuh Berkuasa, wahai Yang Maha Agung, wahai Yang mendahulukan, wahai Yang mengemudiankan, wahai Yang hidup, wahai Yang berdiri dengan sendiriNya, wahai Yang membalas mereka dengan balasan ke atas apa yang mereka usahakan, wahai Yang memerintahku, wahai Yang memilikiku, wahai Yang memberi perlindungan, wahai Yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan, wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Pemerintah sekalian orang-orang yang beriman, wahai Pembantu orang-orang yang dhaif dan miskin, wahai Yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal, wahai Yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam, wahai Yang Gagah (mengalahkan) setiap syaitan yang sangat durhaka, wahai Yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil, wahai Sebaik-baik Pemerintah, wahai Sebaik-baik memberi pertolongan, wahai Pemberi rezeki anak-anak yang kecil, wahai Yang Maha Pengasih terhadap orang tua-renta, wahai Pemerintah orang-orang yang beriman, wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian, wahai Pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Pengasih dari kalangan yang mengasihi, wahai Sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni, wahai Sebaik-baik pewaris, wahai Sebaik-baik Pemberi Keputusan, wahai Pemerintah pada Hari Pembalasan!!!
  • Ya Allah, hanya Engkau yang aku sembah, hanya pada Engkau aku memohon pertolongan, padaMu aku bertawakkal, padaMu aku gemar dengan apa yang ada di sisiMu, padaMu aku berharap dan hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup dan penyakit-penyakit, segala kesakitan, kesusahan dan darah hitam. Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya, dari Rihul Ahmar, penyakit darah kuning, segala kebinasaan, segala maksiat dan ketidak-sedaran, kerunsingan, kesedihan, dukacita dan terpenjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, gempabumi, bala bencana, keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat, tipudaya orang-orang yang melampau, dari sesuatu yang menyelinap silih berganti oleh malam dan siang melainkan yang datang adalah dengan baik, wahai Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya, sesungguhnya Tuhanku di jalan yang tegak dan lurus. Engkau Tuhanku, pada Engkau jua aku bertawakkal, Engkaulah yang Mencukupkan aku, sebaik-baik Wakil, sebaik-baik Pemerintah, dan sebaik-baik Pemberi Pertolongan. Tiada daya upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Cukuplah kami oleh Allah, sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan selawat Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan para sahabatnya, selamat sejahtera, dan segala pujian bagi Allah Pemerintah Semesta Alamraya. Amin!!!


Moga Bermanfaat!!!

1 comment:

  1. Saya mohon agar dapat di beritakan sumber hadith berkenaan Rihul Ahmar tersebut agar dapat di praktikkan dengan yakin serta memberi manfaat. Jazaakallahu khairan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...